Home

Tuesday, June 14, 2011

Kaki Menggigil. Kepala Terhantuk. Comel Bukan?

Ehem. Tak tahu nak mula kan cherita untuk entry ini macam mana. Tengah nak menulis pun kaki menggigil-gigil tahu tak? Keh keh keh. Sungguh mengada-ngada nak menggigil segala kan? Kali ini tajuk dan isi entry ada kena mengena ya. Bukan setakat mahu diva dan vogeh sajork tajuk. Kalau di ingatkan balik kejadian-kejadian yang terjadi pada minggu lepas itu mahu rasa nya bermacam-macam perasaan bercampur baur menerjah dalam diri. Ngahahaha.

Kisah nya , minggu lepas pergi menerjah lokasi Stanza Cinta yang di lakonkan oleh Fizz Fairuz , Nur Fathia dan Aaron Aziz. Kebetulan Fizz pun ada ajak ke lokasi dan kawan aku pun  ajak aku jugak ke sana , maka aku pun berkesempatan lah menerjah ke sana. Punya lah jenuh nak mencari lokasi tu sebenar nya even Fizz dah bagitahu dekat mana semua tu. Lepas tu dengan hujan lebat lagi lah bertambah payah nak mencari. Tapi alhamdulillah setelah 2 jam setengah mencari sampai juga kami ke lokasi Stanza Cinta. Heh , 2 jam ye? Hikhik. Daripada mendung sehingga lah hujan lebat sampai tak hujan terus baru jumpa lokasi penggambaraan tu tau :P

Jadi nya bila kami sampai tu Fizz tengah shooting scene dia. Kitaorang tunggu aje lah dulu. Dekat dengan sejam jugak menunggu dan ehem sebenar nya kitaorang nak terjah Aaron Aziz jugak. Ngehehehehe. Tapi mula-mula tu tak nampak bayang langsung Aaron Aziz. Jadi kitaorang duduk bersantai dulu lah ye. Tiba-tiba tak lama kemudian kawan aku , Kak Fieza nampak Aaron Aziz , hamboii boleh semua berkejaran ambik novel Stanza Cinta nak suruh Aaron sign. Ngeh ngeh ngeh. Masa tu aku rilek okay aje lagi. Lepas tu boleh pulak Kak Fieza menggeletar berlari ke arah kitaorang ye sebab ketakutan. Ngahahah. Lepas tu terkebil-kebil Aaron tak tahu nak kasi dekat siapa buku tu. Boleh aku pandang sambil sengih-sengih sambil jerit perlahan panggil dekat Kak Fieza. Choy sangat masa tu. Haha.



Aaron Aziz tengah sign novel Stanza Cinta.
Aaron Aziz melakonkan watak Irfan Ikmal.

Lepas tu pulak Kak Fieza terlupa nak mintak ambil gambar dengan Aaron kan. Apa guna nya terjah tanpa mengambil gambar uols. Sia-sia okeh. Wah gitu kau Jah. Keh keh keh. Lepas tu aku terus ambil novel kawan aku terus berlari-lari anak *silabygkancepat!* pergi dekat Aaron yang duduk dekat bawah rumah. Pheww. Masa tengok dia depan-depan baru lah kaki menggigil okeh? Patutlah pun Kak Fieza ketakutan katanya. Hakhak. *pang* Lepas tu boleh pulak aku punya kelam kabut meja nak terbalik -.-' Handphone Aaron pun terjatuh -.-' Kes nak terbalik meja ler tueww. Lepas tergagap-gagap nak mintak ambik gambar. Ekekekek. Sampai kan Aaron pulak cakap : rilek la. =.=' Malu akuuu woiii.

Lepas tu diam je aku tengok Aaaron sign dekat novel Stanza Cinta. Hikhik. Kelu terus lidah aku ni wehh. Nak sebut #sethtan pun tak mampu kata nya. Padahal Aaron rilek je. Aku pulak yang gelabah terlebih. Choy Choy Choy sangat okeh? Lepas tu bila nak ambik gambar sebab ada aku dengan Aaron boleh pulak aku tanya : Siapa nak ambik gambar kita? Hakhak. Tak rasa nak lempang ke muka sendiri? Adess. Selamat ada abang krew yang tengah nak makan keh keh tolong ambik kan gambar. Terima kasih bang oii. Ekekek. Lepas tu aku mula lah berlari-lari anak ke kereta kawan aku tu ha. Tergedik-gedik sangat tau. Kawan-kawan aku terkejut bila dapat tahu aku dah ambik gambar dengan Aaron. Kagum kata mereka walupun aku rasa masa tu habis seluruh badan menggigil okeh? Hakhakhak over betul!


hiks , Aaron ajak duduk ye sebelah dia. cehh.
thanks to abang krew ituew. :)

Okay nak cherita apa lagi ni? Oh lepas tu turn kawan aku pulak berkejaran tapi kali ni aku ikut je hakhakhak muka tak tahu malu okeh. Sekali sekala apa salah nya. Hahahah. Lepas tu masa tu jugak boleh pulak kepala aku terhantuk dekat tiang weh. Malu lagi sekali. Aaron punya muka terkejut okeh masa tengah duduk sign novel lagi. Aiyark , sangat malu. Rasa nak lari-lari anak pergi jauh-jauh. Hakhak. Choy sangat kan? Aiyoh. Lepas tu bila borak punya borak dah kurang sikit menggigil. Heh. Gedik sangat kan siap nak gigil bagai. Aiyoh. Sempat jugak Aaron ajak makan ye. Aku dah bukak tupperware bagai tapi macam malu nak makan boleh? Hakhakhak nak lempang tak? Padahal memang perut tengah lapar masa tu. CHOY lagi. Then lepas tu aku pun ambik kan video untuk fanpage Stanza Cinta TV3 di facebook tu. Sempat ambik yang Aaron Aziz je. Bila nak ambik yang Fizz , dia dah kena panggil shooting balik. Tak apa , maybe next time lah ye. Hehehe.


jangan bebel ye kalau gambar blur.
lupa nak pki flash.
tangan menggigil. mampu ke nak ambik gambar elok-elok? 
maklum la aku tak pakai DSLR. kamera murah je. gituh.
T___T

Uhhu. Lepas tu sempat borak dengan Fizz ye. Jangan di lupakan Fizz. Kalau tak ada Fizz , memang tak akan dapat lah nak jumpa Aaron. Hehehe , terima kasih Fizz. Nampak kurus aje Fizz. Lepas tu mata dia pun tak sembuh-sembuh lagi. Harap cepat-cepat la sembuh nya. Sepet terus mata dia. Tapi itu lah , tehtap shooting jugak. Hiks. Apa-apa pun Aaron Aziz okay aje , baik dan rilek walaupun aku menggelabah tahap nak kena pang pang pelempang gituh. Terima kasih jugak dekat Aaron walaupun berulang kali gigih aku menunduk bawah rumah tu takut terhantuk kepala semata-mata nak mintak ambik gambar la , nak mintak buat video la nak itu nak ini. Hehehehe , selamat dia okay je.


Fizz Fairuz. Get Well Soon.
Terima kasih sebab kasi kami menerjah ke lokasi penggambaraan :)


Apa-apa pun terima kasih kepada Fizz Fairuz. Kami sangat gembira ye kerana dapat berjumpa dengan Aaron dan juga of course la dapat jumpa Fizz pun happy. Hehehehe. Jangan lupa korang , nanti Nora Elena dah nak habis , korang tengok lah pulak Stanza Cinta di TV3 19 Jun ini jam 9 malam. Ehem dekat bawah ni promo dari Aaron Aziz. Maaf tak buat ayat gempak sebab aku pun menggeletar memikir ayat. Heh. Thanks again to Aaron Aziz :)


thank you Aaron Aziz. 
:)

Uhhu , satu lagi ; jangan lupa follow Stanza Cinta di Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini gituh. Like juga di Facebook untuk mendapat gambar-gambar terkini dan maklumat terkini tentang Stanza Cinta. Ehem , ada tak yang minat Aaron Aziz ni? Hihihi. Maaf kalau ayat aku nampak kelam kabut sebab aku pun hala-hala seram sejuk tengah menulis ni. Hakhak. *pang* Okay lah sampai di sini sahaja entry kali ini. Maaf panjang bebenor dan maaf lah kalau gambar kurang cantik. Macam aku cakap ; lupa guna flash dan tangan menggigil. Heh. Okthxbai.

Terima kasih sebab sudi baca entry ini :)


20 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

iols yg baca ni pow dh Mcm larik 100 meter
Sbb Mek Ijah excited giler citer ngeh ngeh
iols x der minat sgt kt aaron ngan fizz but suka Tgk dia org berlakon....ai minat EF dulu kini selamanyer gitew (^_−)−☆

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ai paham sbb ai pun time menulis kaki sejuk balik. hakhakhak. sengal je ai ni. ekekeke. ai pun minat biasa2 je. tp ok la dpt jmp :P hikhikhik. EF . hiks suka jgk ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

best x novel itew???
x dan nak baca la uols

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ini novel berbentuk keagamaan. insaf bila baca sbb ada di selitkan petikan hadis dan ayat al-quran :)

mek pun tak beli lagi ni. next time maybe nk suruh aaron dan fizz sign. hehe :)

tu la tak sempat la nk baca semua :(

tiefazatie said...

omg!!!!!!!!!!ifa suka die..macho...untung la u dear..adoi la..tp punya la choy..nampak bebenor ketar tue..hihi

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hakhakhak. gila tak menggeletar ifa? dia punya suara bikin jantung berdup dap dup dap okeh. hahahahaha :P

kekekeke tp aaron aziz seriously ok je eventhough hp dia jatuh T_T maap bang aaron T_T

miloaiskurangmanis said...

nok... r u ok????
gabraa tak hengat uols ni...

relaks lah beb... heols tu manusia jugak... beza heols pemes - uols nan hado!
wakakakaka

ya ampunnnn!~
dahhhh...! bila nak belanja iols tengok movie ni!

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hakhakhak. terpegun tgk aaron aziz dpn mata. igtkan tgk dlm tv hakhakhak. aiyoh klu kaka milo , kaka gk mahupun kaka ana tgk aiols aritu cmne mahu rasa nak meraung tlg hantuk kan lagi kepala ai sbb gabra gila hahahaha..

kejis ckp ai nan hado huwaaa..

erkkk kaka milo belanja la dulu macaroons hahahahah

miloaiskurangmanis said...

mek jingg : tau tak pe.. kalo iols ada kat situ - memang iols hantuk kan lagi kepala uols kat tiang itew!
hak hak hak...

iols nak bagi kesedaran kat uols... memang kenyataan amat pahit utk diterima akal dan fikiran! ahakssssssss!~

uols terlewat hoccay. dah tinggal 9 bijik sajork dalam fridge. semua anak2 iols dah booking! hak hak hak

dahhh... uols gi belajar camne nak buat ye.. nati bleh makan banyak!
hak hak hak

Ardini Humaira said...

waaaaaaaaaaaaahhhhh! pelakon hensem :D

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> haiyooo sgt kejam okeh? nangis meraung hentak kaki sgt. hakhakhak.

mmg perit nk menelan kenyataan yg benar ituew. ekekekek.

aiyohh!! nk jgk nk jgk macaroons tu huwaa. ekekekeke.

aiyark , lps spm baru belajar buat benda tu hahaha

Ijah EmoTemo said...

dni >> hiks hensem kan? tp mcm tembam sikit ekekekek.

aishareoils said...

jeles okk.hehe

Ijah EmoTemo said...

ecah >> heee. jgn la jeles2 hehe.

LittleGurl said...

wah bestnye jumpa aaron smart gilosss!!!!! *nanges*

Ijah EmoTemo said...

LG >> Hiks , mmg best cuma itu la boleh pulak masa tu nak terhantuk kepala masa tu nak terbalik meja. malu gilaaa T__T

saya bukan tomato said...

huwaaaaaaaaaaa !!!!!!!!! nak jeles seratuslimapulohenam tahun ! T_T

Ijah EmoTemo said...

kaka tomato >> hihihihi. sila jgn jeles. hehe. ala kebetulan aje tu ;)

Afiqa Dayana said...

waaahhhh, best gilaaaa dapat jmpe aaron ~ jeles ! jeles ! :D

Ijah EmoTemo said...

afiqa >> heheheh mmg best and smlm jmp dkt function oreo pun still igt ttg kejadian ni hahaha