Home

Wednesday, August 24, 2011

Dapat Kad Raya Dari Retis. Kau Hado? *lariii


Semalam tengah duduk depan laptop tiba-tiba Darwisy datang dekat aku bawak naik satu surat. Dia cakap ini Ijah punya. Aku terangkat kening lah kejap sebab tengah duduk fikir siapa pulak yang nak hantar surat dekat aku ni kan? 

Lepas tu cepat-cepat koyak sampul surat itu dengan kadar segera. Heksaited ni yuolss dapat surat. Mana tahu surat dari pehminat khenn? (montah hijau berjemaah puhlease ngahaha) Ceh perasan tak habis-habis IjahEmoTemo ni kan? Kikikik. Gigih ni koyak kan sampul surat tu sambil dengan cot cet cot cet si kenit tu sibuk tanya siapa yang kasi , kenapa dia kasi , dia kasi apa. Ya Hampun riuh sungguh mulut si kenit ni. Hihihi.

Dan .... yang hantar surat itu ialah ....

*

*

*

*

*

*

*

*


*

ok sudah.

Kad Raya dari Retis yuolsss.

boleh gitu?


oh yeah ! dapat kad raya !

:D

Eheh , iye dapat kad raya dari retis yuolss. Bukan Aaron Aziz , tak payah nak hanjing aku. Lempang bertalu karang baru tahu. Ngahahaha. Dah puas dah dapat tandatangan Aaron Aziz , apa korang hingat aku nak buat koleksi tandatangan Aaron Aziz ke? Wah tetibe kau hangin Jah. Muehehehe. Aku baru teringat yang aku ada mintak Kaka Reng ambil kan tandatangan Akim AF. Dan Kaka Reng pun setuju sebab diorang nak berbuka puasa bersama-sama dengan Akim and Amar. Aku tak boleh nak join sebab tempat nya agak jauh , tak jauh tapi hehe payah lah meh. Nak pergi nanti boleh , nak balik kang payah sebab dekat Shah Alam , nanti siapa nak menghantar aku? Hihihi.

Aku mana pernah jumpa Akim AF katanya. Meks peminat setia Akim wokeyy. Ngahahah. Aku suka lagu dia je. Ngahaha. Kebetulan Kaka Reng nak pergi sana aku pun mintak lah dia ambil kan tandatangan kan. Dah alang-alang tu dapat jugak Kad Raya khenn? Aku lagi lah suka sebab dah lama betul tak dapat Kad Raya. Teheheheh. Oh ya majlis berbuka puasa tu buat sekali dengan Amar yang aku pernah jumpa dekat The Curves tu ha. Alaaa yang aku pergi Ikea , BSN Karnival tu. Perlu ke nak cherita lagi sekali? Tak perlu! Muahahaha.


TQ Kaka Reng ! :D


ini Amar Baharin. heheh.
gambar pergi The Curves hari tu.

So nak cherita itu sahaja lah kan? Dapat Kad Raya dari retis. Tehtap nak heboh kan? Of Course! Gituewww , lempang bertalu baru tahu. Muehehehe. Saja-saja nak update kan? Tiba-tiba macam ada mood nak update walaupun sebenar nya mood ni mati sendiri tadi nak update apa-apa. Entah lah , malas nak layan mood yang kejap naik kejap turun ni. Heh. So uoolss , ada dapat kad raya tak tahun ni ? Tehehehehe.



TQ Akim & Amar !

TQ jugak untuk Kaka Reng ku sayang. 
muaah. muehehehe.

p/s: Jom Sampai kan Salam Raya korang di SINI. TQ.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, August 23, 2011

Cukuplah.

Sudah banyak kali aku teringin untuk meng-update tentang hal ini. Tapi setiap kali itu juga aku sering ketandusan idea untuk menulis dan kadang-kala aku takut tulisan aku bakal membuat orang menyampah dengan ayat-ayat aku yang mungkin bakal menghiris hati orang lain ataupun mungkin juga orang akan nampak ke-poyo-an serta kesalahan aku. Lagipun bila kita menulis tentang amarah , benci dan geram bukan semua orang akan nampak dan boleh rasa apa yang kita rasa sebalik nya orang akan nampak keburukan , kebodohan serta kelemahan kita sendiri. Kadang-kadang kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memperlihatkan kita punya kelemahan kita sendiri kan? 

Nampak nya mukadimah tajuk terlebih-lebih pulak. Nanti makin banyak benda lain pulak aku membebel , lepas itu aku lupa pulak apa yang aku nak luah kan dalam entry kali ini. Sebenar nya sebelum bulan Ramadhan lagi aku hendak tulis mengenai hal ini. Tapi aku malas sebab aku rasa buat apa nak geram-geram dan mengamuk tak tentu hala dalam belog even ini belog aku , aku punya suka lah kan? Tapi nampak gaya nya aku perlu juga tulis untuk luah kan segala rasa yang dah lama bertapa (bertapa wokeyy bukan bang tapa eh oppss.) dalam hati ni. Haish , terkial-kial dalam kepala otak nak mencari ayat yang sesuai ni meh. 

Aku rasa dah banyak kali aku membuat entry khas melepaskan rasa geram yang berbuku dalam hati. Semua benda yang sama , tak pernah berubah pun rasa geram dalam hati tu. Aku tahu blog bukan lah tempat sesuai nak meluahkan apa yang aku geram , marah , benci sekalipun. Tapi kadang-kadang kalau dah tak ada tempat nak meluah , belog adalah tempat yang terbaik untuk aku meluah. Bukan begitu? Gitueww katanya. Sebenar nya cukup lama dah aku bersabar dengan perangai sesetengah manusia ni. Manusia yang tak habis-habis nak nampak segala benda yang buruk , hodoh , bodoh tentang aku ni. Aku penat nak bersabar. Aku penat nak melayan karenah manusia jenis macam ni. Aku marah pun still sama. Aku diam pun still sama. Tak ada beza. Penat tahu tak? Pelik aku orang-orang yang macam itu tak penat ke?


Aku sendiri pun penat melihat tak kan lah orang yang buat benda alah ni tak penat ek? Haih. Aku bukan lah sengaja nak membebel tak tentu hala. Tapi aku rasa daripada aku amukan #sethtan pecah kan pasu bunga ke , baling bantal ke , menjerit macam orang gila ke , lebih baik aku luahkan dekat sini kan? Aku tahu mungkin ada silap aku yang membuatkan ada sesetengah orang tu tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tapi kadang-kadang aku senyap tak melayan pun perangai korang , tak kan nak cari pasal jugak kot? Tak perlu lah kot. Tak perlu nak jadi macam zaman kanak-kanak. Hal pemadam dia Ultraman , pemadam aku Power Rangers pun nak bertekak bagai nak rak. Tak perlu kot. Masing-masing dah matang , masing-masing dah reti fikir baik dan buruk. Kalau nak bergaduh , bertekak pun apa lah faedah yang dapat kan?


Kalau menabung dengan ASN ke ASB ke dapat jugak untuk hujung tahun. Muahahaha. Tetiba aje kan masuk cherita lain? Tak pasal-pasal ke laut jugak entry geram aku ni. Haih. Penat meh nak melayan perangai orang-orang macam ni. Sangat penat tau. Aku kadang-kadang tertekan dengan perangai orang-orang macam ni. Aku paling nak elak dari tekanan tahun ni. Dah lah tahun ni macam-macam ujian berat aku terima. Mungkin iyelah orang nampak aku gembira suka girang kan? Tapi bukan semua orang tahu apa yang kita sedang alami. Senyuman dan kegembiraan itu sekadar untuk menutupi segala rasa dan ujian yang Tuhan bagi pada aku. Kalau aku asyik nak bersedih , asyik nak berduka nanti orang cakap aku kemurungan pulak kang -_____-' Tak mahu Tak mahu. 


Kalau ikutkan isi sebenar entry ini sangat panjang , sangat banyak yang terluah , sangat-sangat penuh emosi. Namun aku rasa tak perlu aku tonjolkan emosi aku yang berduka lara dalam ni. Lagipun bulan-bulan Puasa ni aku malas nak emo-temo sangat. Tapi bukan ke sekarang aku pun dah macam menulis entry emo-temo. Tssskk. Erhh , apa tulis main pusing-pusing ni. Aku dah potong yang mana patut dan malas lah nak kasi orang sentapz ulu hati baca entry ni. Tapi kalau orang tu dah jenis tak ada perasaan aku tulis macam mana pun tetap macam tu jugak kan? Tetap nak buat ikut kepala otak dia kan tak fikir perasaan orang lain? Dan bila dia kena apa yang aku kena hamboii tahu pulak nak melenting tak tentu pasal kan? Haih , manusia ni kadang-kadang selalu macam itu. Cakap dekat orang kemain hebat. Tapi bila kena dekat batang hidung sendiri , baru tahu macam mana orang rasa dan baru lah reti nak melenting macam mana aku melenting tak tentu hala tu kan? 


Cukup lah nak buat orang lain sakit hati. Mungkin awak akan rasa gembira buat aku menangis , buat aku marah dan geram tapi tahu tak apa yang awak buat tu merugikan masa awak aje. Mungkin lah seronok. Tapi tak payah lah membazir masa macam itu membuat orang lain sakit hati. Tuhan tu sentiasa ada dengan kita. Hari ni kau buat orang , esok orang buat dekat kau balik. Karma. Tak suka kan macam tu? Tak best kan macam tu? Haih. Cukup-cukup lah tu. Penat meh membebel bulan puasa ni. Kalau tengah tak puasa ni macam-macam ayat azimat tertulis kan? Kikikik. Kawal diri masa bulan puasa. Nak marah boleh , kalau over , haip habis kurang pahala nanti. Hiks. Apa aku merepek ni -_____-'


Oh ya sebelum aku terus kan membebel dan membebel , nak tunjuk aku punya watermak baru yang akan berkuatkuasa bermula hari ini , ewah. Ngehehehe , just a simple watermark yang aku mintak kawan aku , nyah Moimori buat kan untuk aku. Hihihi. Biasa lah kan , nak tempah dekat orang aku mana hado reti nak melabur duit banyak-banyak. Kalau free laju je mak! Gitueww kau!



ehem.
simple aje kan watermark itu.
tehtaaap hade TULIP.
mak kan obses gila dengan Tulip.

tehehehe.

p/s: gambar atas tu tak pernah tayang kan? hihihi.
itu aku cilok dari kawan aku punya fb. gitueww.

Aku memang nak yang simple aje watermark untuk belog ni. Maklumlah kena letak watermark meh. Nanti senang-senang aje orang cilok gambar-gambar aku. Tak kisah lah gambar apa pun kan. Gitueww. Ehem. Berbalik kepada membebel tadi tu kan , err. Aku cukup penat dengan situasi sekarang ni. Tak perlu lah nak menambah kan lagi situasi menjadi semakin rumit. Kowser tauuu. Hadoilahh. 

Tak mahu lah tulis geram-geram lagi meh. Tak larat dah aku ni nak tulis panjang-panjang lagi. Nanti last-last korang tengok gambar tu pergi komen gambar tu pulak khen? Berpeluh sakan aku tulis entry ni tak baca pun khennnn? -________-' Ngehehehe. Maaf lah kalau ada yang terasa hati dalam entry ni. Tak berniat apa-apa pun. Cuma nak cakap cukup-cukup lah ek? Cukup apa ? Cukup garam. Kbye.

Terima kasih sudi baca entry ni :)





Saturday, August 20, 2011

Cheesy Macarony ? Yummeh !

Kali ini aku mahu update tentang menu berbuka aku entah berapa hari lepas pun aku tak pasti. Bila berpuasa ni , tekak ni mengada-ngada sikit. Boleh pulak tekak ni rasa muak makan nasi hari-hari. Hehehe , mungkin sebab sebelum ni mana pernah makan nasi pukul 5 pagi lepas tu pukul 7 malam makan pulak nasi. Mungkin sebab itu lah kan aku agak muak sikit makan nasi. 

Jadi kebetulan dalam peti ada cheese dan makaroni pun ada jugak. Maka , aku pun tanpa berfikir panjang , ceh , terus mintak Umi aku buat kan Cheesy Macarony. Teheheh , bukan versi yang bakar sebab oven rosak meh. Jadi buat yang versi kukus aje lah. Itu pun sudah rasa sangat-sangat-sangat yummeeeeh! Hamboii , sampai begitu sekali ye. Ekekekek. Umi aku siap letak daging kecik-kecik lebihan inti kuih cara. Jadi bertambah-tambah lah sedap kan? Ehehehe.


jangan tanya mana cheese.
mana nampak meeeeh -.-'

Lepas tu Umi aku siap buat kan roti hotdog letak dengan cheese. Memang hari tu makan cheese aje kerja nya kan? Alah , sekali sekala why not kan? Tapi aku agak gerun makan cheese sebab aku senang sakit tekak if makan berlebihan cheese. Hensaf okeh? Tambahan bulan puasa ni , aku paling mintak jauh sangat sakit tekak , batuk dengan demam. Tapi Alhamdulillah , hari tu makan okay aje.


simple tapi yummeh! 
xD

Memang bulan puasa kali ini aku agak muak sikit makan nasi. Tekak ni mengada-ngada sungguh nak makan itu lah , ini lah. Selamat Umi aku jenis okay aje kan kalau suruh buat menu lain tehehehe. Sebab puasa kali ini aku lagi banyak minum air dari makan. Perut pun boncitz air aje meh. Heh. Memang kali ini teruji dengan dahaga yang sangat-sangat. Aku pun syukur sebab gastrik aku tak menyerang kali ni. Kalau tidak selalu aje bercuti puasa sebab gastrik. Adoiyai. Begitu lah kan.

Ehhe , so korang puasa kali ini amacam ? Okay ke tidak? Ada tak yang macam aku , tiba-tiba tekak mengada-ngada tak mahu makan nasi? Eheheheh. Atau aku seorang aje macam ini -.-' Oh tidak! Ekekekek. So , lebih baik aku berhenti menulis sekarang. Teruji iman tengok gambar makanan. Ngahahaha , choyy sungguh. Muehehehe.


sekali lagi : cheesy macarony yang yummeh :D

psst : kalau sudi sila lah like fanpage Cherita Emo-Temo ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)


Friday, August 19, 2011

Banyak Betul Yang Mencari IjahEmoTemo ? *seram!*

Boleh tak nak perasan glemer dalam entry kali ini? Boleh tak ? Boleh tak? Ngahahaha , macam biasa , kata kan sahaja BOLEH !! woott wottt!! *pang* Ekekekeke. Sebenar nya tak tahu nak update apa , then terjumpa gambar yang di printscreen sekitar last week. Jadi aku rasa nak update tentang ini dulu lah ek? Ada je gambar-gambar makanan masa berbuka puasa tapi aku macam malas pulak nak edit meng-edit letak watermark semua kan? Maka , tunggu lah bila aku rajin , aku update tentang makanan-makanan itu. Ehhe , lagipun aku makan benda-benda biasa aje. Tak ada pun chicken chop ke , lamb chop ke hape kan? Ekekekke.

Alamak ! Mukadimah dah ke laut dah kan? Kisah nya , last week aku try lah kan feeling syok sendiri google nama sendiri as IjahEmoTemo. Muahahaha. Sebab dulu-dulu letak nama penuh aku which is biar lah rahsia , cehh , mesti keluar aje perkara lain kan? Sentapz mak noks! Ekekekek. Sekali bila tulis IjahEmoTemo , tak payah tulis penuh pun dah terkeluar sendiri. Wah wah wah , kembang kempis hidung mak okeh? Ekekekeke.


bukti wokey!!

*pang*

Ngahahahah , saja-saja je uolsss nak feeling kan? Sebenar nya tak tahu nak update apa-apa. Kadang-kadang malas betul nak update apa-apa sebab bila tulis apa-apa ada aje serba tak kena di pandangan mata orang kan? Bukan sentap cuma kalau orang ni asyik mengomel aje , harus lah aku ala-ala muhasabah diri tengok apa lah yang salah di dalam setiap aku tulis tu kan? Kot-kot terlebih riak ke , terlebih feeling ke hape kan? Boleh kurang kan sikit lepas ni kan walaupun macam haramjadah payah. Ekekekeke.

Tak apa lah. Tak kisah lah. Kisah nya , siapa yang rajin ni google nama aku ni? Ehiks , ala-ala blushing mak! Gituh kau kan? Hahahaha. Atau aku selalu google nama sendiri maka err err no komen. Wakakaka. Hepp!! Mana ada tauu!! Ekekekeke. So , alkisah nya aku pun tak tahu apa mohtif entry ini -______-' 

p/s: kalau sudi moh lah LIKE fanpage CHERITA EMO-TEMO. :')

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, August 17, 2011

Fenomena Tak Habis-Habis Lagi ?

Banyak benda nak update tapi tak ada langsung perasaan nak update tentang banyak benda itu. Boleh? Kata kan saja boleh! Ewah. Biasa nya hari Sabtu aje aku suka update santai-santai. Nak buat Wordless Wednesday pun macam tak ada mood. So how ? Jadi nya aku buat aje lah entry santai walaupun aku rasa akan sarat jugak nanti. Macam tak biasa khen? Hahaha.

Aku sibuk tengok stats dekat dalam belog ni semalam. Biasa aku tengok dekat Nuffnang saja. Tak tengok dekat dalam blog ni punya. Jadi semalam bila tengok terangkat kening jugak aku. Fuhh , bila tulis pasal Aaron Aziz , memang banyak rupa nya yang singgah masuk dalam belog ni ek? Biasa nya dekat Nuffnang memang aku selalu nampak keyword tentang Aaron Aziz. Tapi bila tengok dekat blog memang banyak jugak yang tengok entry aku tentang Aaron Aziz ni ek? Eleh , buat-buat tak tahu pulak kan? Ekekekek.


1k+ yg view tentang Oreo Daddy Dunk With Aaron Aziz.

Bagi aku banyak. Well , mesti korang lagi banyak kan?
Pergh , kemain jauh pageview Oreo Daddy Dunk dgn yang lain-lain tu. -.-'

Biasa nya ramai yang jenguk entry Oreo Daddy Dunk with Aaron Aziz and Family. Eheh , mesti ramai yang tengok family Aaron Aziz lettuew. Kann? Aku tak kisah pun kalau korang nak tengok ke , nak tatap ke apa. Tapi harap tak ada lah ek yang cilok gambar aku tanpa kebenaran aku ek? Atleast give me some credit yang berpeluh sampai bau tengik (or tengit) dekat event tu weh. Itu saja la kan? Tehtap statement diva. Ngeh ngeh ngeh.

Paling tak menahan kalau tengok keyword dekat Nuffnang tu kan , mesti orang cari pasal kereta Aaron Aziz? Mak oii , kurlastt sangat kan carian keyword ituew? Hahahaha. Bertabah aje la bila aku membaca nya kan? Gigih sangat aku pun buat entry kas ari ini kan? Errr sekali sekala. Selain tu , carian keyword popular sekarang drama Ramadan Terakhir. Haa , drama favourite aku tu uolss. Makin lama makin best drama tu. Ehiks.


amboi amboii yg mencari cerita blue pun ramai kan?!! erkk.

Err kisah nya macam itu lah kan? Senang cherita fenomena #SethTan ni macam tak habis-habis lagi kan? Hehehe. Demam #SethTan aku dah kebah tapi macam ramai aje lagi tak kebah aku pun korek-korek balik folder pic aku tengok ada jugak sikit-sikit gambar event Oreo tu yang aku tak publish lagi kan? Jadi tehtap meks nak kongsi dekat sini kan? Kalau nak cilok , jangan lupa credit dekat belog ni wokeyyy?!!



kau mampoo ambik gambar macam ni? *pang*


backstage tetap saya terjah. kau ado? *pang*



3 keping je? Eh ok lah tu kan dari aku buat koleksi peribadi sorang-sorang kan? Ngahaha. Well , aku tau mesti korang-korang ada lagi gambar yang lagi vazz dan meletup kan? Tak kisah , aku tau aku nak kongsi aje gambar lama-lama sebab kalau kongsi hari tu sekaligus memang jawab nya meletup lah entry hari tu sebab penuh betul gambar nya. Cari nahas katanya! Begitu la. Apahal rajin betul aku hari ini? Walaupun mood tengah so-so kan? Hmmm. Sekarang ni nak update belog pun malas wokey. Selang dua ari selang dua ari aje lah. Nak update hari-hari memang malas. Cherita belambak , of course lah kan? Tetapi jejari tembun aku nak update sangat lah malas. Heh.

Ehem , pada yang nak tengok lagi-lagi gambar Oreo Daddy Dunk tu bole terus pergi ke entry lama aku. Ataupun boleh terus pergi ke fanpage Cherita Emo-Temo k? Ehiks , jangan pergi je meh , LIKE lah sekali fanpage itu. *gigitjari* Sudah sudah sudah , dah merepek pulak nanti. Baik berhenti menulis kan? Hehehehe. So dalam entry ni nak beritahu fenomena Aaron Aziz tak habis-habis lagi? Gituh? Hahaa , jangan ada yang nak pang pang bertalu aku sudeh sebab asyik update tentang Aaron kan? Takpe lepas ni aku update tentang Anuar Zain. Mahu? kthxbye.


tadaaaaa dari Cik Oreo Kiyuttt.
ekekekeke.

psstt: boleh tolong LIKE fanpage Cherita Emo-Temo tak? hehehe jasa korang saya hargai ! :D

p/s : ada satu entry luahan hati yang dah di draft kan. tak tahu antara perlu di publish kan atau tidak. korang rasa? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini.


Monday, August 15, 2011

15 hari sudah. 15 hari lagi.

Diam tak diam sudah 15 hari kita semua berpuasa. Dalam tempoh 15 hari berpuasa , aku terasa masa yang berjalan dari hari ke hari itu sangat lah pantas. Cuma kadang-kadang terasa lambat bila aku rasa dahaga. Perlu ke cerita? Ok tak perlu. Tapi nak jugak cerita sebab tak nak kasi entry kali ini hambar. Aku rasa puasa kali ini memang pantas masa berjalan. Iye lah , aku rasa macam baru sahaja menulis yang sudah enam hari kita berpuasa. Tapi tengok lah hari ini aku sudah menulis hari yang ke 15 kita berpuasa. Alhamdulillah. Kita semua masih berpeluang merasai Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Lebih aku terasa seronok kerana kesihatan aku kali ini agak baik dan tidak lah seperti tahun lepas. Syukur.

Sekarang ini mesti ramai yang sudah mula kan persiapan untuk hari raya Aidilfitri. Maklum lah lagi 15 hari sahaja lagi kita semua hendak menyambut lebaran. Dah ada ke yang buat persiapan untuk hari raya nanti ? Eheheheh , aku? Memang tak ada persiapan apa-apa pun. Lagipun aku akan beraya dekat KL je kan? Jadi buat ke tak buat persiapan sama aje. Heh. Begitu lah kan.


Sibuk mengira detik berpuasa dengan nak hari raya , macam tak sedar diri pulak kan trial SPM lepas hari raya kan? Fuhh. Sebenar nya next week on 26th August pun akan ada 1 paper iaitu paper Tassawur Islam. Pheww , seram lah pulak. Lepas tu akan sambung exam after raya ; 5 September 2011. Gergh , semakin nervous yuolss. Mahu nya tak nervous? Tengok nak tulis ni pun gigil-gigil siap blank kejap tak tahu nak tulis apa. Eheheheh. Over sangat kan? Tapi itu lah hakikat nya sekarang. Ngeheheh.


Emmm rasa nya tak mahu update apa-apa lagi. Tiba-tiba rasa gementar kan? Begitulah. Moga-moga next week dapat jawab dengan elok dan trial nanti pun dapat jawab dengan elok. Eh eh ayat pun dah pusing-pusing tanda nya aku dah pening lettuew. Kthxbai.



teaser : baju raya tahun ini.

korang dah ada? gituhhh.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, August 13, 2011

Bila Nak Seratus Ni ?

Ehem. Korang rasa , kali ini aku nak bercherita pasal apa ye? Apa benda yang lagi seratus ni ye? Korang boleh agak tak apa agak nya ? Heee. Mengada-ngada betul kan nak suruh orang teka teki teka tekuk , ular mati dalam mangkuk kan? Gituh ...

Sebenar nya nak bercherita tentang ehem ehem , korang kalau perasan dekat sidebar belog aku ini ada aku letak kan badge untuk fanpage Cherita Emo-Temo. Tadi aku perasan yang fanpage itu dah nak mencecah 100 orang. Sekarang baru 93 orang lik kata nya. Ehem , sebenar nya aku bukan lah perasan popular gowjes tetapi ada lah sikit-sikit perasan DIVA kan? uhuk uhuk. Ish lari topik. Sebenar nya ada banyak tujuan kenapa aku buat fanpage Cherita Emo-Temo tu. Bukan mengejar populariti mahupun mengejar glamour lah kan kata orang.

Sebalik nya aku rasa kan , buat fanpage lebih selamat daripada aku suruh orang add personal facebook aku. Aku tak kuasa nak buat dua facebook semata-mata untuk asing kan kawan-kawan belog , kawan-kawan personal , kawan-kawan itu dan ini. Leceh. Tapi dengan fanpage ini aku boleh guna satu akaun tapi dapat kenal dengan ramai orang. Tak gitu walaupun yang like fanpage aku , aku rasa macam kawan-kawan personal aku sendiri je? Erkk. Ngahahahah. Nevermind , diorang kasi sokongan dekat aku tu. Ada jugak kawan-kawan blogger yang like jugak , itu memang bikin wa terharu la derr. Terus ganas kan ayat? Ekekekek.


ehem , sekarang dah 93 orang like.

p/s: err ada kawan friendlist aku yang kena paksa like. muahahahah. *pang*


ehem ehem.

moh cepat-cepat LIKE : Cherita Emo-Temo


Ehem ehem , korang tak mahu ke LIKE jugak fanpage belog kesayangan aku ini? *gigitjari* Meh lah LIKE fanpage itu sebagai tanda sokongan kan? Terutama yang 813 followers Emo-Temo kan? Korang WAJIB LIKE okeh? Bukan harus lagi dah tapi WAJIB okeh? *pang* Muahahahah. Tak paksa tapi sangat lah terharu kalau korang LIKE fanpage itu okeh! Lagipun aku pun ada jugak update gambar-gambar dekat situ. Ehem ehem contoh nya gambar-gambar Aaron Aziz kan? Itu wajib uolss. Ngahahaha , rasa nak pang pipi bertalu-talu kan?. Ehiks mana-mana gambar memang aku update dekat situ. Dekat facebook personal pun letak jugak tapi dah korang tak boleh nak add macam mana mahu tengok kan? Gitu statement. Ekekekek.

Ehiks , harap-harap ada lah kan yang sudi-sudi LIKE fanpage Cherita Emo-Temo itu. Ehehehe. *pose muka tak tahu malu* Keh keh keh. Apasal macam tak tahu malu pulak gaya aku menulis ni? Meraih simpati sangat kan? Tapi hada mak kisah cak cak cak? *petir* Ekekekek. 

Err so so so dah tak ada benda mahu update. Sampai di sini dulu lah ek? Nanti-nanti aku update lagi lah ye. Eheheheh. 

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, August 12, 2011

Roti Jala Pun Dah Cukup ! Gituh !

Note : Ini merupakan entry AUTOPOST

Kali ini aku nak bercherita tentang menu berbuka puasa aku beberapa hari yang lepas. Baru ada rasa keinginan nak bercherita kata nya. Lagipun banyak jugak gambar-gambar dalam folder ni kan? Harus turn by turn gitu. Gituh lah kan. Kalau sebelum ini aku pernah beritahu yang family aku wajib ada kuih muih Kelantan dan Nasi Kerabu setiap kali berpuasa kan? Aku pun ada jugak menu wajib setiap kali berpuasa. Biasa nya aku punya makanan masa berpuasa memang lain dari yang lain. Eheheheh , kadang-kadang aku seorang je makan nasi briyani. Kadang-kadang aku seorang je makan chicken chop. Memang betul-betul mengada kan? Ehiks.

Setiap kali berpuasa memang aku selalu merengek dekat Umi aku untuk makan roti jala. Sebenar nya kalau ikut hati aku beli aje lah senang dekat Baazar walaupun aku tahu biasa-biasa aje rasa dia kan? Malas nak menyusahkan Umi aku. Tapi sebab Umi aku rasa lagi untung buat sendiri , jadi Umi aku pun bergigihan buat aje lah kecuali kalau aku seorang aje nak makan , nah ambik kau beli aje lah rm 4 hinggit dapat lah sepoloh keping. Tak worth sangat khen? Tapi kalau dah tergedik-gedik nak makan , beli aje lah kan? Asalkan perut boolat aku kenyang. Gituh!

Jadi nya , Selasa lepas , Umi aku pun bergigihan lah kung kang kang kung buat roti jala dekat dapur. Harus lah dapur kan? Tak kan Umi aku nak buat roti jala dekat ruang tv kan? Memang mengarut sungguh lah kan? Hahahahah. Gituh katanya! Biasa nya Umi aku akan buat tak banyak sangat dan tak jugak sikit sangat. Maklum lah anak bongsu dia ni pelahap sikit kan? Sebab kalau bulan puasa , kalau dah ada roti jala memang aku tak akan makan nasi dah. Memang aku melahap lah roti jala tu sampai montah katanya! Curlast tak? Hahahaha.

Ok ok jom tengok gambar pulak kan? Membebel banyak-banyak pun tak guna okeh! Gituhhhh...


roti jala dalam pembikinan.

jari berinai tu jari mak aji lah uols. ekekeke mak aji = umi aku la. ahaha.


roti jala!

Ini nak cherita pulak pasal masa buat roti jala kan. Aku pernah jugak try nak tebar roti jala tu yuolss. Tapi kan sebab aku ni suka betul menggigil , maka lain yang nak di tebar lain pulak yang jadi nya. Hazabedah sungguh! Memang membebel lah mak aku kan tengok hasil tak menjadi kan? Ehiks. Lantas aku pun malas nak cuba-cuba lagi. Setiap kali nak cuba setiap kali tu jugak nak gigil. Gewdik sungguh ! Last-last aku cuma tolong gulung kan roti jala itu aje. Eheh , itu pun kena buat elok-elok ye. Kalau tak leteran mak aji makin panjang nanti. Siapa nak jawab? Jawab lah kau dalam hati diam-diam. Ekekekek.



hasil setelah siap...

eheh , nampak macam byk kan? 

tapi sbnrnya sekejap je ni uolss aku ngap ngap. hamboii sungguh tak sopan!



gulai daging yang boleh di cicah bersama roti jala.

nyum nyum nyum.

Biasa nya aku kalau makan roti jala ni , aku akan makan roti jala tak berkuah. Tapi kadang-kadang mak aku akan buat kari daging tak pun kari ayam. Tapi Selasa hari tu mak aku buat gulai daging. Sedap jugak meh cicah dengan roti jala. Eheheheh. Ada setengah orang cicah dengan kuah durian kan? Dah lama betul mak aku tak buat versi yang jenis macam tu. Sedap jugak tu mehhh. Ceh, IjahEmoTemo apa benda yang dia kata tak sedap kan? Ahahahaha.

Hiks , sebenar nya nak cherita pasal roti jala tapi panjang berjela kisah yang aku tulis macam pengalaman bercuti ke Phuket aje kan? Hahahahah , apahal lah dengan aku ni mengarut je lebih hari ni. Hiks. Tak mahu dah mengarut-ngarut lagi. Ehehehe. So , korang ada tak jenis macam aku , suka makan roti jala? Ngeee. Biasa nya korang buat ke beli? Gituh soalan kan? Tehtaaaap. Hahahah. Oh last but not least lihat pinggan roti jala saya! :D


mueheheheh berkeping-keping roti jala saya makan!
iye , tak makan nasi dah kalau dah makan roti jala ;)

ohh endah kan kuih buah tanjung itueww. hiks.
kthxbye.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, August 10, 2011

Kuih Muih Kelantan | Manis Tapi Sedap ! Dok Gitu ?

Note : Ini Merupakan AutoPost.


Setiap kali muncul nya Ramadhan , memang boleh di kata kan sebagai wajib juga untuk ada kuih muih Kelantan dekat rumah aku ni ha. Memang every year , kitaorang akan tempah menempah kuih muih seperti Buah Tanjung , Akok dan Jala Mas dari orang yang sejak berapa tahun dulu nya kitaorang selalu tempah. Memang terbaik kuih muih yang diorang buat ni yuolss. Berbaloii beli okeh? Wah tiba-tiba mak promosi walaupun tak kasi alamat kan? Gituh!

Biasa nya setiap kali berpuasa , memang kitaorang akan tempah kuih-muih tu semua dan buat juadah berbuka untuk kuih muih. Iyelah , kitaorang ni bukan pergi Baazar Ramadhan hari-hari. Jadi kalau mak aku tak rajin nak buat kuih , kira nya itu aje lah kuih muih kitaorang. Itu pun dah sedap sampai makan tak hengat kan? Gituh katanya. Memang tak nafikan kuih-muih ni semua manis tapi jangan lah makan banyak sangat. Ala kadar sudah uols. Lepas tu yang kitaorang makan tak hengat tu bukan pasal apa , sebab nya bila bulan puasa je mak aku tempah. Hiks. Biasa nya tak akan mudah-mudah habis kuih muih ni. Sebab biasa nya mak aku akan beli banyak dan paling-paling sekejap nak habiskan kuih muih ni pun dalam masa dua minggu macam gitu lah. Lama tak lama kan? Lagipun boleh simpan dalam peti kan!

Tak mahu tulis panjang-panjang lagi. Jom layan gambar yuolss. Fuhh , semenjak berpuasa ni penuh folder picture aku dengan gambar makanan. Ngeee , belog pun sama kan? Ngeee. Apa kau Jah ngee ngee ? Pang mahu? Ngahahah tiba-tiba aje kan?! *petir*


ini nama dia Kuih Akok. 


yang bulat-bulat nama dia : Buah Tanjung. *jgn tanya mek mana dpt nama asal usul kuih itu!
yg ala rambu-rambu bukan rambut okeh nama dia : Jala Mas *jgn ty jgk asal usul nama kuih ini!*


gambar selingan : Kuih Cara Inti Daging dan Kuih Cara Inti Gula.

So mana satu pilhan korang? #tetibe.

So korang pernah tak makan kuih muih Kelantan ni? Memang kebanyakkannya manis tapi sedap. Ehehehe , macam aku selalu cakap , lain orang lain taste. Ada suka ada tak kan? So begitu lah. Uh , sedar tak sedar kan dah 10 hari kita berpuasa kan? MasyaAllah cepat sungguh masa berjalan kan? :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, August 9, 2011

Saya Pun Dah Jumpa Aaron Aziz. Ek?

Kali ini nak bercherita pasal Darwisy yang Umi aku tolong jaga itu. Asyik bercherita pasal makanan sahaja kan? Nak jugak di selang-seli kan dengan kisah lain pulak kan? Hehehehe. Kisah nya minggu lepas aku tengah duduk depan laptop bukak Twitter , tiba-tiba Darwisy ni datang dekat aku. Macam biasa lah kan , sibuk ajak main sekali semua lah kan? Tapi aku macam biasa tengah puasa-puasa ni memang malas betul nak main dengan dia. Tehehehe. Teman tu okay lah tapi main sekali tu yang tak okay. Ekekeke.

Lepas tu kebetulan aku tengah tengah tengok twitter AaronAzizLovers masa tu. Tiba bermula lah dialog antara aku dengan Darwisy yang buat aku ala-ala ternganga dan kemudian nya ketawa guling-guling. Ekekekek.

Darwisy : Ijah ini bukan ke yang lawan-lawan? *sambil tunjuk background twitter AaronAzizLovers
Ijah : Emmm , oh KL Gangster. Malek!
Darwisy : A'ah lah. Dia lawan-lawan kan Ijah?
Ijah : A'ah. 


comel !

tengah menulis ABC masa tu. hiks. itu yang ada pensel :P


ekekeke siap pakai spek yuools.
itu spek aku masa kecik-kecik. 
ala yang spek mickey mouse , spek mata hitam ituew.
tapi skrg udah nan hado yg cover hitam. dah jadi ala-ala spek betul gituew.


Lepas tu diam kejap. Darwisy masih teruja tengok gambar Aaron. Hahah. Lepas tu tiba-tiba aku dengan penuh riak ...

Ijah : Awisy , Ijah pernah tau jumpa dengan Aaron. *pang*
Darwisy : Eh sama lah. Awisy pun pernah jumpa!
Ijah : Ek , Awisy pernah jumpa eh?Dekat mana? *teruja*
Darwisy : A'ah , Awisy jumpa dalam TV!

*pitamz*

terus terkulai layu akak mendengar jawapan si comel pujaan hati ini. hamboiii over kau jah , kang hade yang hangin buat ayat macam itu kan? hehehe.


ini lah background twitter yang Awisy tunjuk dekat aku tu.
hehehe

YA HAMPUN !! Masa itu aku dah nak gelak guling-guling dengar jawapan Darwisy tau. Kalau ingat balik riak wajah Darwisy yang confident gila dengan tersenyum lebar tu aku mati-mati percaya tau. Hahahaha. Comel betul jawapan dia. Iye lah kan? Kalau macam itu aku pun selalu jugak jumpa Aaron dalam TV kan? Hahahah. 

Bijak tak bijak budak kecik ini tengok aje bila dia menjawab soalan. Ekekekek. Memang macam itu lah selalu nya Darwisy. Boleh buat orang tergelak bila dengar dia menjawab. Sangat comel okeh. Heheheh , sengaja je update pasal benda ini kan? Nak jugak bercherita hal Aaron kan meski bulan Ramadhan? Gituh katanya. 

So nak cherita apa lagi ye yuolss? Dah macam tak ada pulak benda nak di cherita kan lagi. Ehehehehe. Begitu lah kan kisah nya , sampai dekat budak kecik pun sibuk kecoh cakap hal Aaron kan? Hepp , jangan cakap ai kipas susah mati Aaron ye? Kipas rumah ai elok je lagi. Erk? Wakakakak. Harus di lempang muka ai dengan statement ituew kan? Ngahahaha. Tapi sungguh lah bila ingat balik apa yang Darwisy jawab hari tu , memang terus terasa nak gelak tau! 


err terjumpa gambar ini dalam Stanza Cinta TV3 fanpage yuolss.

ehem , itu buku mak okeh! ada lagi gambar-gambar lain yang nak di kongsi tapi itu tunggu lepas Raya okeh? oppss.

nampak tak muka Aaron itu ala-ala memikir ayat? ceh , penuh satu page muka surat depan Aaron tulis siap dengan Study Hard lagi. meks terharu okeh. tak habis-habis lah kau Jah!

keh keh keh. harus lah meks kecoh kan? dah orang lain pun sibuk kecoh kan? ke nak printscreen jugeek DM ai bersama Aaron? 

sudah faizah sudah , sila kembali ke jalan yang benar. erkk. sibuk tarbiah orang diri sendiri pun dua kali lima aje kan? *meraung*

*hensaf*

Sebelum entry ini bertukar isi yang melampau-lampau , ngahahaha , baik aku berhenti menulis. Ekekekeke. Suka macam itu kan , campur aduk kan cherita bagai kan? Hahaha , tak apa lah janji belog ini tak bersawang dan berdebu katanya! Gituhhh ...

Terima kasih sudi baca entry ini :)


Sunday, August 7, 2011

Saya Berbuka Puasa dengan Nasi Kerabu Kuning. Korang ?

Semalam menu berbuka puasa kitaorang agak istimewa dan boleh di kata kan wajib bila bulan puasa mesti akan ada menu ni. Iye , Nasi Kerabu memang menu wajib bila bulan puasa. Maklum lah , aku kan orang Kelantan , harus lah kan wajib makan Nasi Kerabu kan? Hiks. Cuma semalam Umi aku buat Nasi Kerabu Kuning bukan warna biru seperti kebiasaan tu. Bagi aku mana-mana pun sedap. Ehehehe.

Aku jenis suka makan nasi kerabu tanpa ulam-ulaman. Eheh , patut lah kan wajah meks tak awet muda kan? Ngelat makan ulam-ulaman kata nya. *nangis* Kekdahnya , aku memang ulam ulaman ni makan bila tengah teringin je. Eheheheh. Jadi semalam aku makan nasi kerabu tanpa ulam ulaman lah kan? Hiks.


Nasi Kerabu Kuning + Ayam + Keropok = Yummeh!

Memang kenyang perut suka hati sangat semalam kan dapat makan Nasi Kerabu ! Hahahah. Hari ini pun makan lagi Nasi Kerabu sebab ada banyak lagi kuah dia kan? Tak kan nak membazir pulak. Ehiks. Begitu lah kan. Dekat bawah ini pulak nasi kerabu versi ulam ulaman yang kakak aku punya. Eheheheh. 


nampak menyelerakan gituh!
tapi aku tehtap tak boleh nak makan bersama ulam-ulaman -.-'

Ehiks. Jadi korang suka tak makan Nasi Kerabu? Eheheheh hari ini korang berbuka puasa dengan apa? Baik lah , aku pun dah tak ada apa-apa lagi nak cherita kan. Baik aku berhenti menulis sekarang. Hiks.

Terima kasih sudi baca entry ini :)