Home

Tuesday, August 23, 2011

Cukuplah.

Sudah banyak kali aku teringin untuk meng-update tentang hal ini. Tapi setiap kali itu juga aku sering ketandusan idea untuk menulis dan kadang-kala aku takut tulisan aku bakal membuat orang menyampah dengan ayat-ayat aku yang mungkin bakal menghiris hati orang lain ataupun mungkin juga orang akan nampak ke-poyo-an serta kesalahan aku. Lagipun bila kita menulis tentang amarah , benci dan geram bukan semua orang akan nampak dan boleh rasa apa yang kita rasa sebalik nya orang akan nampak keburukan , kebodohan serta kelemahan kita sendiri. Kadang-kadang kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memperlihatkan kita punya kelemahan kita sendiri kan? 

Nampak nya mukadimah tajuk terlebih-lebih pulak. Nanti makin banyak benda lain pulak aku membebel , lepas itu aku lupa pulak apa yang aku nak luah kan dalam entry kali ini. Sebenar nya sebelum bulan Ramadhan lagi aku hendak tulis mengenai hal ini. Tapi aku malas sebab aku rasa buat apa nak geram-geram dan mengamuk tak tentu hala dalam belog even ini belog aku , aku punya suka lah kan? Tapi nampak gaya nya aku perlu juga tulis untuk luah kan segala rasa yang dah lama bertapa (bertapa wokeyy bukan bang tapa eh oppss.) dalam hati ni. Haish , terkial-kial dalam kepala otak nak mencari ayat yang sesuai ni meh. 

Aku rasa dah banyak kali aku membuat entry khas melepaskan rasa geram yang berbuku dalam hati. Semua benda yang sama , tak pernah berubah pun rasa geram dalam hati tu. Aku tahu blog bukan lah tempat sesuai nak meluahkan apa yang aku geram , marah , benci sekalipun. Tapi kadang-kadang kalau dah tak ada tempat nak meluah , belog adalah tempat yang terbaik untuk aku meluah. Bukan begitu? Gitueww katanya. Sebenar nya cukup lama dah aku bersabar dengan perangai sesetengah manusia ni. Manusia yang tak habis-habis nak nampak segala benda yang buruk , hodoh , bodoh tentang aku ni. Aku penat nak bersabar. Aku penat nak melayan karenah manusia jenis macam ni. Aku marah pun still sama. Aku diam pun still sama. Tak ada beza. Penat tahu tak? Pelik aku orang-orang yang macam itu tak penat ke?


Aku sendiri pun penat melihat tak kan lah orang yang buat benda alah ni tak penat ek? Haih. Aku bukan lah sengaja nak membebel tak tentu hala. Tapi aku rasa daripada aku amukan #sethtan pecah kan pasu bunga ke , baling bantal ke , menjerit macam orang gila ke , lebih baik aku luahkan dekat sini kan? Aku tahu mungkin ada silap aku yang membuatkan ada sesetengah orang tu tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tapi kadang-kadang aku senyap tak melayan pun perangai korang , tak kan nak cari pasal jugak kot? Tak perlu lah kot. Tak perlu nak jadi macam zaman kanak-kanak. Hal pemadam dia Ultraman , pemadam aku Power Rangers pun nak bertekak bagai nak rak. Tak perlu kot. Masing-masing dah matang , masing-masing dah reti fikir baik dan buruk. Kalau nak bergaduh , bertekak pun apa lah faedah yang dapat kan?


Kalau menabung dengan ASN ke ASB ke dapat jugak untuk hujung tahun. Muahahaha. Tetiba aje kan masuk cherita lain? Tak pasal-pasal ke laut jugak entry geram aku ni. Haih. Penat meh nak melayan perangai orang-orang macam ni. Sangat penat tau. Aku kadang-kadang tertekan dengan perangai orang-orang macam ni. Aku paling nak elak dari tekanan tahun ni. Dah lah tahun ni macam-macam ujian berat aku terima. Mungkin iyelah orang nampak aku gembira suka girang kan? Tapi bukan semua orang tahu apa yang kita sedang alami. Senyuman dan kegembiraan itu sekadar untuk menutupi segala rasa dan ujian yang Tuhan bagi pada aku. Kalau aku asyik nak bersedih , asyik nak berduka nanti orang cakap aku kemurungan pulak kang -_____-' Tak mahu Tak mahu. 


Kalau ikutkan isi sebenar entry ini sangat panjang , sangat banyak yang terluah , sangat-sangat penuh emosi. Namun aku rasa tak perlu aku tonjolkan emosi aku yang berduka lara dalam ni. Lagipun bulan-bulan Puasa ni aku malas nak emo-temo sangat. Tapi bukan ke sekarang aku pun dah macam menulis entry emo-temo. Tssskk. Erhh , apa tulis main pusing-pusing ni. Aku dah potong yang mana patut dan malas lah nak kasi orang sentapz ulu hati baca entry ni. Tapi kalau orang tu dah jenis tak ada perasaan aku tulis macam mana pun tetap macam tu jugak kan? Tetap nak buat ikut kepala otak dia kan tak fikir perasaan orang lain? Dan bila dia kena apa yang aku kena hamboii tahu pulak nak melenting tak tentu pasal kan? Haih , manusia ni kadang-kadang selalu macam itu. Cakap dekat orang kemain hebat. Tapi bila kena dekat batang hidung sendiri , baru tahu macam mana orang rasa dan baru lah reti nak melenting macam mana aku melenting tak tentu hala tu kan? 


Cukup lah nak buat orang lain sakit hati. Mungkin awak akan rasa gembira buat aku menangis , buat aku marah dan geram tapi tahu tak apa yang awak buat tu merugikan masa awak aje. Mungkin lah seronok. Tapi tak payah lah membazir masa macam itu membuat orang lain sakit hati. Tuhan tu sentiasa ada dengan kita. Hari ni kau buat orang , esok orang buat dekat kau balik. Karma. Tak suka kan macam tu? Tak best kan macam tu? Haih. Cukup-cukup lah tu. Penat meh membebel bulan puasa ni. Kalau tengah tak puasa ni macam-macam ayat azimat tertulis kan? Kikikik. Kawal diri masa bulan puasa. Nak marah boleh , kalau over , haip habis kurang pahala nanti. Hiks. Apa aku merepek ni -_____-'


Oh ya sebelum aku terus kan membebel dan membebel , nak tunjuk aku punya watermak baru yang akan berkuatkuasa bermula hari ini , ewah. Ngehehehe , just a simple watermark yang aku mintak kawan aku , nyah Moimori buat kan untuk aku. Hihihi. Biasa lah kan , nak tempah dekat orang aku mana hado reti nak melabur duit banyak-banyak. Kalau free laju je mak! Gitueww kau!



ehem.
simple aje kan watermark itu.
tehtaaap hade TULIP.
mak kan obses gila dengan Tulip.

tehehehe.

p/s: gambar atas tu tak pernah tayang kan? hihihi.
itu aku cilok dari kawan aku punya fb. gitueww.

Aku memang nak yang simple aje watermark untuk belog ni. Maklumlah kena letak watermark meh. Nanti senang-senang aje orang cilok gambar-gambar aku. Tak kisah lah gambar apa pun kan. Gitueww. Ehem. Berbalik kepada membebel tadi tu kan , err. Aku cukup penat dengan situasi sekarang ni. Tak perlu lah nak menambah kan lagi situasi menjadi semakin rumit. Kowser tauuu. Hadoilahh. 

Tak mahu lah tulis geram-geram lagi meh. Tak larat dah aku ni nak tulis panjang-panjang lagi. Nanti last-last korang tengok gambar tu pergi komen gambar tu pulak khen? Berpeluh sakan aku tulis entry ni tak baca pun khennnn? -________-' Ngehehehe. Maaf lah kalau ada yang terasa hati dalam entry ni. Tak berniat apa-apa pun. Cuma nak cakap cukup-cukup lah ek? Cukup apa ? Cukup garam. Kbye.

Terima kasih sudi baca entry ni :)





12 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

panjangnyer n3 mek kali ni
wah curlasttt watermark itew
tulip lawa khennn...nyapa x suruh ai buatkan jer ngeee...gurau jer

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hihihi ini entry luahan perasaan harus panjang berjela. kikik. igtkan pendek dah rupa nya pnjg. ekekekek.

hehehe , tak tahu kaka ayu nk kasi free.. tp klu nk buat silakan pastikan ada tulip wokeyy hikhik

PinKy MoMMa said...

luahkan lah..sekurang kurangnyer ringan skit rasa beban itu :)
manusia memang sntiasa di uji..

ceria okeh adik :)

VanillaKrimSoda said...

ewahh gambar mencetus kontroversi~ aku teruja dgn gambar tu je..
muah hahaha.. jgn mare.... peace no war.. V(^.^)

Ijah EmoTemo said...

akak pinky >> yups. lps luah dkt sini dh rasa ok sikit :) klu tak asyik rasa mcm2 aje.

tq ye akak :)

Ijah EmoTemo said...

vanilla >> hihihi. gmbr lama tu.. err ada la dlm sebulan lepas kot? kikik.

sabo sabo eheheh

tiefazatie said...

pjgnya..leh wat novel nie ijah..hihi..xpe..xslh meluah nie..ok je..hee..ifa pun meluah perasaan gak kat ijah..hehe

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihihi. itula bila tgk betul2 baru sedar yg ijah tulis pnjg gila. ekekeke.

heee, itula bila luah dkt dlm mcm ni rasa ok sikit :) hee :D

Afiqa Dayana said...

wah, aaron lah ..
huhu jeless :P

Ijah EmoTemo said...

afiqa >> hihi tak pyh la jeles.

miloais said...

uols sentap dengan iols ke mek???
maaf ye nokk... kalo selama ni gurauan iols buat uols terasa - kecik ati - sentap bagai... sob sob sob

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> mohtif? choyy!! ini utk org lain la ahahah