Home

Sunday, October 31, 2010

Bunga Api okeh? Kau mampooo?



* kau mampo keluar bunga api dekat dada? Harus jadi trend bideo kelip retis Malaysia lepas ni? Erk!*
Salam and Hello. Ok , sebenarnya dari semalam lagi nak tulis pasal benda ni , tapi sebab internet macam weng semacam je.So malas lah nak tulis selalu. Ok,bukan nak bergosip ke apa ye kawan-kawan.Just nak tunjuk video kelip terbaru from Katy Pery yang first time ai tengok WOW sebab nya keluar bunga api okeh dekat dada dia. Kau mampoo? Ai tak mampoo *nangis* Ngahaha.

Actually semalam baru first time dengar lagu ni.Itu pun from blog Daddy Iss entry pasal Katy Pery dekat blog Daddy Iss versi orang dewasa uolss , nak baca pergi la dekat situ. Erk! sebab time aku nak tengok mula-mula dekat youtube macam tak boleh pulak.Aku pun bukan gigih sangat nak cari ke apa.Tunggu je lah bila boleh kan.Then tiba-tiba Daddy Iss buat review dekat blog dia yang gojes mojes itu khen , so aku pun apa lagi pergilah singgah tengok/dengar/ baca dan semua itu lah kan.

Tak dapat aku nafikan lagu ni memang best.Suka dengar dengan lirik dia.Alah , biasalah aku kan semua lirik aku suka.Mana yang aku dengar muzik dia best , lirik dia macam syok je , aku dengar je lah. Gigih sangat cari link nak download semua. Hehehe. Tapi memang best lah lagu dia , rancak but bukan lah tahap segala urat-urat kepala otak aku macam nak tercabut. Suara Katy Pery dalam ni pun macam lantang semacam je.Best woo dengar. Ok , kalau korang tak suka aku tak boleh nak cakap apalah kan?Sebab masing-masing ada minat dan pandangan yang lain-lain.Huhuh.

Oh lupa pulak pasal kelip bideo dia tu. Curlast kau , ada bunga api keluar dari dada tau. Memercik-mercik gituh! Teruja ai tengok. Hahah. Ok lah , aku suka bila nak habis lagu tu. Macam semua orang happy. Semua orang enjoy. Macam fun je kelip bideo Katy Pery yang ni. Eh patut lah keluar bunga api dekat dada , tajuk dia kan firework? Haruslah kan. Lain lah kalau tajuk dia fireman tiba-tiba keluar bunga api...erk itu memang lain macam je lah kan? Ekekekeke. Oh dah tak ada apa nak tulis.Just nak borak kosong hilang kan boring ni je ;)

So here is it , lyric Firework by Katy Pery ;)

Do you ever feel like a plastic bag
Drifting throught the wind
Wanting to start again

Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards
One blow from caving in

Do you ever feel already buried deep
Six feet under scream
But no one seems to hear a thing

Do you know that tehre's still a chance for you
Cause there's a spark in you

You just gotta ignite the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on let your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gunna leave 'em fallin' down-own-own

You don't have to feel like a waste of space
You're original, cannot be replaced
If you only knew what the future holds
After a hurricane comes a rainbow

Maybe you're reason why all the doors are closed
So you can open one that leads you to the perfect road

Like a lightning bolt, your heart will blow
And when it's time, you'll know

You just gotta ignite the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on slet your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gunna leave 'em fallin' down-own-own

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
It's always been inside of you, you, you
And now it's time to let it through

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on slet your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gunna leave 'em goin "Oh, oh, oh!"

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon



p/s: rasanya lirik dia okay je kan? macam kasi semangat gituh :P

It's not a SUNDAY morning.

Salam and Hello. Ngehehe. Tak tahu nak tulis apa but gatal jugak tangan ni nak menulis. Macam tak ada idea nak menulis.Mood sekarang more to blogwalking je. Huhu. Ada banyak je benda nak cerita segala.Tapi macam tak tahu nak cerita macam mana.Macam blank tiba-tiba.Adeh. Betol lah nak menulis pun kena ikut mood jugak , kalau tak huru hara gaya menulis. Hehehe. Hari ni terasa macam boring semacam jah. Macam tak tahu nak buat apa. Blogwalking je lah hari ni.


Erm , sumpah tak tahu nak tulis apa.Ok fine , jap lagi aku buat entry baru pulak. Heh. Gelenya sungguh -.-



:: Saya Blogger Baru ::


Salam and Hello. Ok , I'm just know about this tentang ruangan khas mencari follower just like ruangan khas menchari chenta gitu , hehhe , from MiszLullaby time ai blogwalking blog dia.Aku pun terus menerjah masuk ke dalam blog Ben Ashaari untuk join jugak la :D Saja-saja nak mencari follower and sahabat di dalam blog aku ni :)

Anyway , aku boleh di kata kan baru lagi dalam dunia blogging. Maybe dalam 2 tahun kalau ikutkan yang betul-betul punya.But blog yang memasuki usia 2 tahun itu terpaksa ditutup atas sebab yang tak dapat diberitahu di sini. Heheh. And then I've created the new ones and here is it , tercipta lah Cherita Emo Temo yang sudah nak masuk 2 bulan. Memang blog yang baru ni memang lagi better than before sebab banyak dapat tunjuk ajar from sifu-sifu dan pakar-pakar dalam hal blogging. Thank You Big Time to them :)

Aku memang menulis sebab it's give me feel happy after then.Sangat puas bila dapat menulis biarpun kadang-kadang nampak merepek tapi tetap bagi aku tersenyum sekejap.Dekat sini memang kebanyakkannya aku menulis hal yang berkaitan dengan diri aku dan sekeliling aku.Sesekali aku selitkan hal-hal lain. Tengok keadaan la :) And maybe my blog is a bit emotion memandangkan aku anggap disini tempat untuk meluahkan perasaan aku. But insyaAllah ia masih terkawal :)

So , daripada sepatah dua kata yang Ben Ashaari suruh tulis dah jadi seperenggan dua perenggan pulak.Heheheh. Jom lah jadi followers dan sahabat saya disini :) Mungkin sometimes kita boleh share pendapat or idea kan? Kepada yang nak tahu more's about me , meh follow me and InsyaAllah I'll follow you back :) Jadi , selamat berkenalan buat semua and untuk para bloggers lain yang teringin untuk join juga , SILA KELIK SINI. TQ buat Ben Ashaari kerana memberi peluang dan ruang untuk kami blogger's yang baru bertapak :D

Bilo menang kutuk , Bilo kalah tok tahu guano?

Salam and Hello. Ok , first of all , aku tumpang gembira ke atas kemenangan Kelantan pada Piala Malaysia ye , bukan Piala FA , hehe , malu pulak salah info untuk entry yang sebelum ni.Ngeheh, apa-apa pun aku ucapkan TAHNIAH buat pasukan KELANTAN diatas kemenangan 2-1 kepada Negeri Sembilan. Pasti nya sesuatu yang amat menggembira kan buat Kelantan sebab dengar cerita it's been a long time lah diorang tak menang. Jadi kira nya ini kemenangan yang buat seluruh rakyat Kelantan happy riang suka hati , and me too happy ok? Ngehehe. Siap dapat cuti sehari lagi tu. Curlast sangat khen? Tapi orang KL apa nak kisah , memang dah cuti pun hari Ahad. Hehehe.

Anyway , aku ada rasa sedikit bengang dan marah with some those people yang macam mulut longkang tahap aku nak tampar-tampar manja pulak kang. Pasal apa yang aku macam tahap bengang mencharutz ni kan? Okay , seriously aku macam tak berapa berkenan with some those people yang berperangai seperti ada akal tapi letak di lutut bontot kau je. Bukan apa. I know perkara ni memang dah lama terjadi and still go on and macam tak boleh nak lari pulak isu yang macam kenegerian ini kan?

Heh , aku macam malas layan tapi the end berasap jugak hati even aku lahir dekat KL , but aku masih asal usul nya dari Kelate ye. Tak mahu lupa diri ye. Kisah nya , banyak pulak aku tengok orang mencharutz segala yang diorang mahu dekat facebook. Something yang sangat tidak bagus.Terutama sekali bila PEREMPUAN ye? Ok , fine. Aku tak kisah lah kau nak kata apa sekalipun but sometimes aku macam pelik how come's diorang ni boleh dengan berani nya cakap macam-macam even I don't think so diorang cukup kenal dengan orang Kelantan? Haish. Masalah betul bila dah set dekat otak lutut kepala korang tentang keburukan pasal Kelantan kan?Tak best lah macam ni. Kita nak have fun tengok orang main bola.Kita nak enjoy everything.Menang kita rai. Kalau kalah kita cuba lagi kan?

Ini tak , bila kauorang punya team kalah , mula lah mulut tu berbakul-bakul kutuk , mengeji , mencharutz mencaci segala hal pihak menang.Apa kes? Sometimes aku rasa macam diorang ni terlebih emo lepas tu salah kan kita emo pulak?Gila kau tak emo. Cuba kalau kita kutuk negeri kau pulak macam tu apa kau rasa? Cili ke Oren ke waffel A&W? Nan hado sekalipun rasa best. Mesti sakit hati kan?Haiyark! Ini lah kes nya bila terlalu bersemangat sokong sampai tak fikir sensitiviti lain. Ok , tak nak jadi entry ni entry emosi , jom layan gambar 2 keping.



credit to : Kak Nina utk 2 keping gambar fresh from camera yu ;) (Kak Nina is kakak player no 15 , Dawoodsu DS kalau ikut nama FB , heheh * ok mereka ini lah sepupu Umi saya *wink*)


Di sebabkan aku tak tengok time game ini , jadi tak boleh komen banyak.But tengok minit-minit terakhir sangat mendebarkan ok? Sebab N9 macam nak tandus masuk gol , macam nak jaringkan gol.Macam-macam lagi lah.Memang seram sejuk jugak lah in that time.Hehehe. But Alhamdulillah , rezeki berpihak pada Kelantan kan? So , adat pertandingan lah kan? Ada menang ada kalah.Tahun lepas Negeri Sembilan menang , Kelantan kalah. But this year , rezeki berpihak pada Kelantan pulak :) Jadi tak perlu lah nak emo segala ya wahai rakyat Malaysia. Jangan sebab bola yang bulat itu kita jadi bergaduh pulak? Hummm , tak nak komen lebih-lebih nanti ai jugak yang dimaki hamun kan pulak -.- *mode : insap*



THE RED WARRIOR , tahniah buat anda :D


Oh , apa pulak kata anda tentang kemenangan Kelantan dan kekalahan Negeri Sembilan ? *mode: aman damai ya.*

p/s: apa cer 1 Malaysia macam ni? ish buat malu je nak charutz sana sini.

kerana mulut badan yang binasa. budi bahasa tu kan budaya kita :)

just tegur menegur sesama kita :) don't take it seriously.


Saturday, October 30, 2010

GOMO kelate GOMO

credit : inche Google

Salam and Hello. Ok , I know ini mungkin menjadi Hot Topic for those yang memang minat bola dekat Malaysia ni kan.Dah lama tak follow up apa-apa game's yang berkaitan dengan bola tak kira lah dekat Malaysia or EPL ke segala jadah nya tu. Macam dah tak ada masa nak tengok semua.Sadis sangat.Ok , tak nak melencong ke lain. Malam ni , final untuk PIALA FA if aku tak salah. Final yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil tepat jam 8.30 malam ini gila gigih menulis macam pengulas sukan je gaya nya , dush yang akan menyaksikan dua pasukan dari negeri yang sama hebat dan handal nya. Which is Negeri Sembilan vs Kelantan.

If you asking me , pasukan mana yang aku sokong di antara N9 and Kelate *gaya macam tanya time AF zaman Zahid tu lah , final nanti kau nak siapa menang ye , sila bayangkan* , maybe and sure lah aku jawab aku sokong Kelate. Sebab-sebab nya ialah , asal usul aku memang pun dari Kelantan ye kawan-kawan.Memang aku lahir dekat KL , tapi aku ni tetap lah asal usulnya dari Kelantan. Fasih cakap Kelantan , tapi kadang-kadang kalau terjumpa orang yang cakap Kelantan pekat or dalam sangat , memang lah aku garu-garu dagu jugak.Hehehe. Ok ni nak cerita pasal bola atau nak cerita pasal aku khen? Motif sangat ai dah melencong ke lain.Heheh.

Btw, suka sangat dengan entry latest Kak Husna. Setiap point yang dia kasi aku asyik angguk-angguk ye?Tak ada geleng-geleng gitu.Hehe.Paling aku suka is bila dia cakap , Kalau dah perangai memang buruk, datang dari negeri mana pun memang akan buruk juga. Sengih je aku baca sebab perangai kau buruk jugak ke Jah?Erk! sebab point Kak Husna sangat bernas dan aku sokong *angkat tangan sambil tepuk-tepuk meja laptop tanda setuju* setiap hujah yang dia kasi tu okeh?Wow. Haha.

And lagi satu hal. Aku harap GOMO KELATE GOMO ni only yang dekat atas padang tu je ye?Tak perlulah yang dekat kerusi PENONTON tu pun nak buat aksi GOMO-GOMO jugak.Buang masa je nak gomo-gomo.Kalau menang kita rai dengan cara molek.Kalau kita kalah , tak perlu nak baling botol ke , nak baling banner ke , just enjoy the game yang diorang buat sehabis baik tu :) Dapat masuk final pun dah kira ok kan? harap tiada kipas susah mati KELANTAN FC melahar aku dengan stetment itu Apa-apa pun aku tetap mendoakan kemenangan buat KELANTAN untuk PIALA FA yang berlangsung malam ni.Kalau siapa yang rajin tu tengok lah dekat TV. InsyaAllah ,aku pun nak tengok dekat tv. sebab sepupu mak aku pun pemain pasukan Kelantan tu jugak , haruslah sokong dan tengok.

Layan Dikir Barat ni sebentar dehh :D




So , nanti kalau aku rajin lagi aku update lagi.Kalau tak rajin , tunggu je lah bila-bila masa nanti aku update la :) Happy Weekend Everybody ;)

Bila awan kelabu menghimpit...

credit : google

Salam and Hello. Actually nak tulis pasal lain.But tak apalah , benda tu lain kali boleh tulis.Bukan benda best pun.Tak nak tulis emo-emo even tajuk dah macam feeling sasterawan negara je. Alah, sekali sekala feeling apa salah nya kan?Ok , really need something yang buat me cheer up. Tak kuasa nak menangis , sebab merugikan. Tak mampu nak window shopping sebab kalau dah tak ada duit , buat gaya tak ada duit. Tak yah feeling macam kaya harta melimpah ruah kan? And from now , rasa macam nak tidur , tapi aku langsung tak boleh tidur sebab dah tidur awal gila lepas Maghrib semalam. Bangun-bangun pun dah tengah malam. So , tunggu lepas Subuh lah baru tidur. Hehehe.

And just now , tak tahu nak buat apa. Nak download movie , sumpah aku tak reti. Rumit dan leceh , baik aku tunggu jelah tv tunjuk ulang tanpa henti. -___-' Terasa macam gila-gila buta IT sangat dengan statement itu. Heh. Oh jadi sebab aku ni macam in a blogwalking mood , aku cuma pergi blogwalking je lah. Just now , aku blogwalking blog Inche Hatim yang banyak buat aku gelak ketawa tanpa henti.Ok , tq kepada tuan blog sebab buat ayat yang kelakar dan mampu buat aku lupa pasal sedih yang menghimpit ni jap.Chewah gigih promote blog dia dengan harapan dapat souvenir dari Dublin , erk , jangan charutz mak ye.hahaha

Heh , sumpah tengah rasa down and really need something to cheer up. Tapi tak tahu dah nak buat apa.Tak kan nak menangis lagi kot? *Dush , Dush pipi kiri kanan sebab terlampau emosi. -.-*

Friday, October 29, 2010

Ihiks , eksaited terlebih.

Salam and Hello. Okeh sebab terlampau eksaited kan?Jadi haruslah buat newpost menandakan saya faham tentang apa yang di ajar oleh Kaka Wawa tentang tutorial ringkas dan mudah tentang meletak kan signature di bawah every each posting. *saya budak baru belajar* Ngehehe. Semenjak dua menjak ni memang hati punya lah feeling nak kasik chantek blog ni kan? Tu yang macam gigih jugak bertanya , yelah orang kata kalau sesat jalan jangan malu bertanya nanti terus sesat tak tahu mana jalan keluar dan masuk gituh.Ihiks.Over sangat kan ayat ai?Ngahahah. Actually nak tulis benda lain , dah berlegar-legar idea aku ni ha. Tapi kejap lagi lah aku tulis.Teeheee :D


Her voice is so lovely.

Salam and Hello. Ok , kali ni entry pasal lagu pulak. Aku memang jenis suka dengar lagu. Kalau tak , tak adalah aku beriya beli mp3 SONY warna PINK lagi tu , hiks. Tapi aku ni bukan jenis follow up sangat lagu apa yang hit's now , lagu apa yang tengah gedeboom tahap ke langit. I don't ever care about that. Sebab aku jarang dengar radio. Even aku always surfing internet sekalipun aku memang jenis tak berminat nak ambil tahu.Heheh.

Lagi satu , aku ni memang tak suka gila lagu yang jenis rancak nak mampus sampai boleh terkeluar urat-urat kepala aku.I love jazz , r&b and sometimes keroncong pun aku layan. Nak gelak? Suka hati kauorang lah. I love music that make me calm kejap la. Tak suka lagu yang rancak sangat , but kalau sekali sekala dengar best jugak.Boleh melalak kejap. heh. Tu pasal kawan-kawan aku macam pitam kejap kalau tengok playlist music aku kot. Heheh. Sorry , aku mungkin tak suka lagu yang rancak tahap Linkin Park ,Paramore , atau apa sahaja yang berkaitan.Heh , heh. Sekali sekala boleh la ye. Hiks. Ohh , dah macam melencong ke arah lain pulak. Huish.

Actually nak cakap one of singer yang aku memang keep listening to her music and song. Lagu-lagu dia sangat bersahaja. I really love her song by now.Actually semalam aku singgah jalan-jalan blog Cik Belle tengok video kahwin somebody dekat situ. And I was like suka gila dengan lagu tu. Aku pun gigih google tau. And lagu tu sangat catchy and lirik dia best.Hiks.I like :D And penyanyi dia sumpah aku tak kenal. Fine ,maybe aku ketinggalan kereta api , kereta lembu mahupun kereta sorong , but who care's? Eceh. Korang kenal tak? aku sumpah tak kenal penyanyi tu weh , heh.



Ingrid Michaelson , her voice is so lovely. I love it so so so so much *gedik jap*


And her name is Ingrid Michaelson. Sumpah aku tak kenal dia.Tapi suara dia best.Suara dia tersendiri gituh. Wah , kau feeling Adlin Aman Ramlie ye Jah? Heh. And , start semalam gigih jugak pergi youtube tengok dia punya lagu semua.Memang semua best. Boleh katakan almost all her song is my favourite :) Memang best , till now aku suka dengan lagu Everybody , Keep Breathing ( OST Grey's Anatomy if I'm not mistaken) and banyak lagi. Memang best lah. Heheh. Motif beriya aku promote segala bagai kan?Heheh. Yelah kot korang bosan aku asyik cerita hal diri aku je kan?Why not cerita hal ni pulak. Heheh. Kalau nak bercerita hal isu semasa aku risau aku mencarut pulak.Tak pasal-pasal tambah dosa -.-'




hasil godek-godek dengan gigihnya aku dekat google tadi. ;)


Oh ini hasil google tadi , some info about her ;) Jom baca. Ngeee.


Ingrid Ellen Michaelson (born December 8, 1979) is a New York-based indie-pop singer-songwriter, best known for her single "The Way I Am". Her music has been featured in episodes of several popular television shows, including Scrubs, Bones, Grey's Anatomy[2] and One Tree Hill,[3] as well as in Old Navy's Fall 2007 Fair Isle[4] and Opel's/Vauxhall's Meriva 2010 advertising campaign.[5][6]


Itu kisah serba sedikit mengenai artis yang baru aku kenal ni. Suara dia memang best lah bagi aku. Sangat sedap dan tersendiri gituh.Lain orang lain pendapat kan?Hehehe.Now , aku macam terlebih suka dengan lagu Keep Breathing sebab muzik dia perlahan ala-ala lagu mayat gituh and tak ada lah kepala aku yang tengah pening ni makin pening kan? Heheh , yelah , aku kan ala-ala jiwang karats gituh.Redha je lah ye kalau aku selalu update about lagu jiwang je.Ekekekek. So aku tutup tirai kisah penyanyi ini dengan lagu dibawah tu ye. Have fun :)







p/s: yes everybody need's LOVE..LOVE..LOVE... ;)



Thursday, October 28, 2010

Lambaian Ka'abah 2009 *entry sendu+bergambar*

Salam and Hello. Ok this time , entry yang dah basi. Over than a year gambar-gambar semua ni. Jumpa time nak tengok gambar-gambar tadi.Hiks.Maybe entry ni akan menjadi sendu sikit dengan ayat-ayat poyo shomel aku , hehehe. Sekarang kan musim Haji , jadi aku jadi rindu kejap dengan tahun lepas. First time , menangis beriya sebab Umi dengan Ayah nak pergi jauh. *sheesh , malu* Sebab selalu aku yang pergi camping ke apa tinggal Umi dengan Ayah kan? Ha ,skang baru kau tahu apa yang Umi dengan Ayah rasa? Eh ye ke? Haha , lebih-lebih je ayat kau kan Jah? -.-'

Alhamdulillah , tahun lepas , Umi dengan Ayah aku berpeluang menunaikan ibadah fardhu Haji. Memang rezeki diorang berdua tahun lepas :) Actually , my parent dapat tahu pun last minute.Seminggu or 2 minggu before kot? Aku dah lupa pulak. Memang aku rasa aku yang paling emo kot. Bila Umi datang bagitahu aku , aku terus macam buat muka sedih.Motif sangat kan?Heheh , biasalah. Selalu aku yang tinggal Umi dengan Ayah pergi camping ke apa ke kan?Now tiba-tiba Umi dengan Ayah tinggalkan aku? Heh , meraunglah jawab nya ya -.-'
So , last minute preparation memang memenatkan.Even aku tak pergi pun tolong apa-apa , eh tapi tolong jugak.Tolong jaga Si Kenit while Umi sibuk pergi cari barang-barang keperluan untuk bawa ke Mekah dan Madinah tu kan :) Kesian tengok Umi dengan Ayah time tu , hari-hari keluar pagi balik petang or malam sebab macam-macam urusan kena buat.Yelah last minute kan? Haruslah buat dalam sekaligus.Mana nak cari masa lain lagi kan?But Alhamdulillah , everything's going well on that time :)



~ atas bawah gambar duit arab. Aku kan jakun sikit. Tu yg gigih snap. Kesah aku? Ngeheheh~


Kitaorang sempat jugak lah buat Kenduri Doa Selamat before parent aku pergi tunaikan fardhu Haji kan :)Buat kecik-kecik je , just for close friend , neighbour and saudara mara je :) Last minure kan? Haruslah , ada yang terlupa panggil , tertinggal nama. Maaf lah ek? Motif tiba-tiba macam ucapan hari raya? Ngehehe. Memang ramai sangat orang yang datang. I was like surprised gila tengok ruang tamu dengan ruang makan penuh. Boleh tak aku kata aku nak nangis tengok ramai gila orang datang untuk doa selamat before my parent pergi Haji? *lempang muka aku* Heheh , like seriously , aku memang tak jangka ramai sangat yang datang.Sebab kitaorang pun baru je lagi pindah dekat situ , dalam setahun setengah , jadi yelah , bila tengok semua jiran datang rasa terharu.Hehehe. Ok , entry sendu kan? Nak buek macam mano den ni memang over feeling sikit kalau teringat kenangan silam camni? Eh. Hehehe.

~ Buat 1 khemah untuk senang tetamu datang makan dekat luar ;) Boleh jugak if sesape nak makan dekat dalam time tu :D


~ Makanan yang sungguh lazat yang ditempah from Mak Cik Nun , tempah from saudara mara je :) Memang lazat sangat tau , kuih muih dia semua lazat-lazat.Hiks *mode:promote*
Okay memang penat jugak time kenduri tu ,sebab dah lama killer kitaorang tak buat kenduri kendara yang macam doa selamat/kesyukuran macam ni.Last sekali aku rasa dekat rumah lama kitaorang.Huhu.Tu yang aku macam semput jugak lah ,even just tolong amik air , tolong menyibuk je -.-' Heh , tapi tetap membantu okeh? Hahha. And , memang first time aku tidur awal time tu , kalau tak silap aku. Pukul 8 mlm dah tidur ok? Kau mampoo? Nangis sangat. Haha.Yelah orang datang since lepas Zuhur sampaikah ke malam , haruslah aku tidur lena gituh.Pitam terus lepas tengok orang dah balik -.-' Hehehe.

Humm , 18th November 2009 , tarikh yang buat aku menangis tak berhenti. Since pagi till malam. Ish , malu doe , menangis macam tak reti nak berhenti. Heheh. Tapi nak buat macam mana kan? Anak bongsu anak manja lah kata kan?Tu yang terlebih feeling kan?Hehehe.Memang time ni still busy buat check list semua takut tertinggal barang kan?Hehehe.And , Alhamdulillah , semua nya ok :) And jom layan gambar kejap *kesat air mata kejap*
~ Ayah tengah borak with Pak Mud ;)~



~ Me posing seorang diri sebelum menangis tak sedar diri -.-~


~ Me with Umi terchinta , okay mata dah mula berkaca-kaca and I need tisue on that time..*sheesh*~



Okay , petang time 18th November tu pulak , kitaorang semua after solat Asar pergi Kompleks Tabung Haji , Kelana Jaya. Hujan rintik-rintik kalau tak salah aku. wow , siap hafal keadaan cuaca ni , rasa macam nak bangga diri kejap.heh. Masa terasa terlalu cepat berjalan.Macam tak ada seditik pun ruang untuk aku kata .. ish bosannya?lambat lagi ke? But aku cuma boleh katakan masa terlalu mencemburui aku. Sadis sangat. Tak sempat pun nak peluk manja dengan mak ayah sendiri.Cuma terlalu asyik dengan suasana petang tu.Best jugak , sebab ramai orang kan?Memang best je.Hehe.Tapi dalam hati sendu je rasa.Haha. Ok , memang cepat gila masa tu. Mula-mula tengok jam baru 5.15 katakan...tiba-tiba tengok dah pukul 6.30 ... I'm just like?? Haaa..cepat nya :( Ok , masa tu mood dah macam tak elok sangat dah. Sebab masa berjalan sangat pantas okeh? Haih.

~ my sis , Aa a.k.a tukang jaga beg. Ekekeke.~


~ Umi and Ayah beg. Hehehe.~

Lepas tu kan pulak , kitaorang tak bawak bekal apa-apa.Haha.Memang tak ada rasa nak makan pun.Kenyang dengan rasa sebak di hati nak melepaskan pergi ibubapa terchinta ke tempat yang memang diimpikan oleh setiap Muslim di muka bumi ni kan :) Tapi ayat aku macam over sangat la.Hehehe. Yup , memang kenyang dalam lapar gitu.Ngahahah.Anyway there's something happen while me waiting for Umi and Ayah dilepaskan masuk ;( Sad thing lah. Ini mungkin akan menjadi perkara memalukan dan menginsafkan seumur hidup gituh. *dush*

Alkisah nya , beberapa minit before Umi and Ayah nak dilepaskan masuk ke dalam tu , aku macam duduk bersila macam biasalah kan.Tiba-tiba mata aku macam terpandang dekat seluar aku yang warna coklat , tak adalah coklat sangat but macam warna kulit aku la.Heh , lepas tu , bila aku tengok 2x , omguccigumgum , seluar aku terkoyak ? TERKOYAK ok? Dude, gila malu aku time tu.Dah lah dengan nak nangis lagi.Ish ,saja bikin kacau mood aku. Aku macam pelik how come seluar yang aku beli mahal-mahal seratus hinggit ok lepas tu boleh terkoyak? *lempang* Heh , nasib tak baik lah kot :( But selamat boleh cover yu.Hehehe.

Ok. Ni part yang dinanti-natikan..Eceh. Part meleleh air mata tak hingat dunia.Haha. Sumpah , aku menangis gila-gila.Dah lupa ada orang pandang aku.Dah lupa yang kau tu duduk kat tempat ramai orang.Dah lupa semua sebab emosi membatasi kewarasan akal.Haish. And memang daripada 3 adik beradik aku , aku je yang peluk cium Umi dengan Ayah aku dengan kadar paling lama.Haish. Tak sedar diri -.-' Memang sumpah sedih gila.Balik rumah pun still menangis..Terus lupa pasal seluar terkoyak tu.Oh , rupa-rupanya kain seluar tu yang tak elok.Yelah , sometimes harga mahal tak semestinya berkualiti.Haish. Lepas tu , hari-hari calling-calling ok? Ngahaha.Habis duit pun tak kisah janji lepas rindu gituh.Eceh. And , yeah , budak kecik yang Umi jaga tu pun kitaorang (aku+kakak+nenek+abang aku jugak) tolong jaga. Hehehe.Yelah atleast tak adalah sunyi duk meratib sendu sorang-sorang dalam bilik ke hape kan?Hahah , paling-paling kena tengok tv dengan Awisy , cuci tayik verak dia sebab dia merengek nak aku je basuh , sadis , siram pokok bunga dengan Awisy tapi the end pokok bunga itu tetap layu.Sadis mak ai balik-balik tengok-tengok bunga mati. Haha. Oh jom layan gambar terakhir :D

~ The Moment : Umi , Ijah , Ayah before their leaves to doing fardhu Haji :)~
*oh yes nampak jugak seluar rege mahal nak mampus tapi kualiti yillek , haktuihh*

So , dah tak tahu nak tulis apa lagi.I'm sorry if entry ni gila panjang lebar macam untuk pertandingan KENANGAN ANDA KETIKA IBU BAPA ANDA PERGI MENUNAIKAN HAJI. Haha , if ada aku pun nak masuk , kot...kot dapat kasi free pergi Umrah ke apa kan? Eh apa kau merepek ni Jah. Hehe. So , till then ye :)
p/s: ini kisah aku tahun lepas tau kawan-kawan.hehe. saja cerita tahun ni. hehehe.


nota bulu kaki : sometimes we need to be happy eventhough we're not.
jangan judge ayat gembira ria aku dengan coretan dia atas atau sebelum.
itu sekadar nak menutup duka lara di hati. heh.


I like YOU , YOU like ME back ok?

Salam and Hello. Ngeh3x.Apashal lah sejak dua menjak ni tajuk entry aku macam jiwang je aku rasa -.- Heheheh. Anyway , perasan tak ada perubahan sikit dekat blog aku ni? *mode:bangga sampai terangkat hidung. Eh?* Alah , tak nampak ke? Ada dua perubahan kechil , tapi mungkin memberi impak besar okeh? *oh perasan lagi , tampar pipi shomel dia ,paaang*

Ok , first aku ada buat sticky post which is bukan untuk bagi giveaway ke apa.Heheh.Tapi sekarang ni aku tengah mencari dengan gigih nya mencari gadget for EXCHANGE LINK , alahai payah jugak ye nak cari gadget yang sesuai.First , aku macam blank tak tahu nak buat macam mana.Second , aku memang tak reti. Third, fine aku tak reti lah weyh. Aku bukan celik IT , buta rabun lah jugak kadang-kadang.*insap* Heheh. So , untuk sementara waktu , aku guna alternatif lain yang aku pernah tengok dekat seorang bloggers.Aku lupa pulak siapa.Dia guna cara macam ni jugak.Dia buat sticky post. Lupa lah pulak. Heheh , harap dia tak marah ye aku tiru idea dia. Heheh. Ini je alternatif comel yang termampu aku buat , sadis sangat. Haha.

Then cuba teka apa lagi yang baharu? Cuba lah teka. Sudeh , malas nak buang masa scrool down semua kan? Ngehehehe , sila lah tengok gambar shomel di bawah itu. Hehehe. *bangga gila okeh? padahal orang lain dah lama buat ,heyy shadap yu!*

Ngeh-ngeh gila bangga kan dapat buat like-like dekat blog ni kan? Heheh. Ini semua berkat usaha gigih aku mengGoogle menaip , menulis dan macam-macam lagi lah. Haha.Ok a BIG THANKS and a big hug..eh? to INCHE ZEITHER kerana memberi penerangan yang sungguh shomel dan sangat lah senang untuk di ikut.Just follow the instruction , then dengan berkat kesabaran kauorang semua , eceh , mesti jadi punya.Heheh. InsyaAllah. Aku pun buat sekali je pun , terus dapat. Sebab biasanya aku ni lembaps sikit nak follow instruction yang untuk blog ni. Heh , tapi sebab Inche Zeither ajar dengan begitu mudah siap bagi code segala , haaa , memang lah mudah aku ikut and faham even mula-mula garu-garu jugak kepala yang tak gatal ni. Helleh. Hehehe.


So , apa lagi ? I like you. You LIKE me back lah okeh? motip suka sangat paksa orang , dush-dush



Dia mana ada AKU , di situ ada DIA .. *entry kasih sayang , wakakak*

Salam and Hello.Curlast tak tajuk entry aku kali ni? Macam entry pasangan berchinta gitu. Dimana ada kamu disitu ada aku? Chewah! Sebab tu aku terus tulis dekat atas tu , ni entry kasih sayang ye , bukan entry lepas rindu dekat kekasih hati yang jauh di mata ke hape.Ekekekek. Anyway , gambar ni baru ambil petang tadi. Fresh from camera lagi katanya. Muahaha. Dah lama tak tulis pasal si kecik dekat rumah aku ni kan? Bukan pasal apa , malas jugak nak tulis pasal dia , nanti dia lagi glamour dari aku kan? Ekeekek , motip ala-ala jeles gituh? Kowser!

Al-kisah nya , just nak tunjuk lah kan , betapa rapat nya kami bila , dimana ada si kecik , Awisy tu , mesti ada aku jugak. Heh , tak boleh nak berpisah. Bukan tak boleh tapi dua-dua saling memerlukan gitu , hahaah , eii , sila muntah , sila muntah. Haha. Kali ni bukan saja-saja nak letak ye gambar dia , harap tak ada siapa yang marah eh. Aku letak pun nak tunjuk yang Awisy sekarang dah bijak main game semua tau. Sampai aku yang tak pernah reti pun , tiba-tiba reti. Motif celik IT sangat budak kecik ni? Nangis ai. Haha.


~ Heh , kalau tak ada inche kenit tu , barang mainan dia pun mesti ada dekat dengan aku kan? Curlast sangat , sampai 2 bakul .. padahal banyak lagi bakul yang tersembunyi.. ekekeke~ *dekat laptop ai pun ada mainan dia kan? aiyoh!*

Tak tahu nak cerita apa lagi.Tapi memang lah budak kenit ni makin bijak dengan telatah dia yang comel.Paling comel dia dah reti nyanyi lagu Maher Zain , ish , ish siapa lah yang mengajar tu kan? Haha. Tapi InsyaAllah je lah yang dia reti sebut. Ekekeke. Awisy pun sekarang kalau tak tarik muncung tak sah kan kalau tak dapat main game aptop Ijah? *laptop okeh , dia kan pelat tak pelat gituh* Tapi aku ni kan macam terlebih sense of humour gituh *sila muntah* , tu yang baik hati kasi dia main game-game dalam laptop aku.Heheh , tapi kena aku jugak main sekali lah.Haha , kalau tak memang lah aku tak boleh tidur lena okeh? Ngeheheh. Ok , last but not least jom tengok gambar si kenit tu .. oh sebelum tu baca dulu perbualan kami berdua sebelum dapat snap gambar ni -.-'


Ijah : Awisy pandang kamera , Ijah nak ambik gambar ni.

Awisy : *muka serius main game lari-lari*

Ijah : Awisy cepat lah pandang kamera , tak pandang kamera tak boleh main game *ugut*

Awisy : Jah , awisy nak main game ni..nak main lari-lari *rengek*

Ijah : Yelah , tengok kejap je , nanti Ijah kasi lah main lagi.

And yeah , gambar di atas itulah hasil nya even mintak lagi sekali pun tak nak sebab tengah fokus nak main game lari-lari , ish budak ni.Gaya macam nak masuk final Sukan Olimpik je kan? -.-' Padahal game babysitter je pun. Hahahaha...Adohaii si kenit ni...



p/s: harap entry ni tak ada siapa pernah kisah or marah dengan content gambar dan isi kandungan nya ya?

and yes , fyi , Awisy is budak kecik yang di jaga oleh Umi saya.Sekali sekala selang seli pulak dengan kisah dia kan :)

kalau tak suka tak puas hati .. singgah sebentar tulis dlm box comment ni tau.. hehehe. nnt boleh aku remove :P



Wednesday, October 27, 2010

Random.


~ Gambar lama , Auuu Chak , yang paling aku suka. *random*~

Salam and Hello. Teringin sangat nak update macam-macam benda tapi tak ada masa yang cukup.Macam-macam hal sekarang ni. Dengan budak kecik yang shibuk nak main game lari-lari nak main game kek.Haih , layan kan je la permintaan dia , nanti muncung sedepa dia tu , ai tak sanggup nak tengok. Wah gitu. Ekekeke. Anyway , tak tahu nak tulis pasal apa maybe this gonna be random entry. Heheheh. Nak tulis macam-macam tapi sedar diri , bukan ada orang yang follow tegar belog ni kan. Ekekeke , gewdiks!

Anyway , tiba-tiba tak tahu nak tulis apa.Random sahaja ye? Actually tadi macam nak tulis something about "THANK YOU" tapi takut macam poyo pulak. Jadi batal hasrat. Haha , okay , tadi ada borak dengan sorang kawan tu. Dia kasik kat aku link blog-blog yang best. Heheh. Makin bersemangatlah aku nak blogwalking semua. Entah kenapa sejak dua menjak ni terasa macam nak blogwalking je kerja , nak menulis macam dah tak ada idea , dah tak ada mood.Ada mood tu , tapi macam tak banyak beriya macam dulu.Mungkin dah tak benda yang aku nak celotehkan. Dulu banyak benda nak celoteh. Sekarang macam gitu-gitu je. Haish.

Sebenarnya aku memang suka tulis entry letak gambar.Sebab macam menarik gitu. Hehe. Tapi itulah , internet aku ni kadang-kadang berjam baru boleh letak gambar banyak-banyak.Baik aku tidur , lagi best. Heh. Oh tiba-tiba ada benda yang melintas nak tulis.Heheheh , jadi buat entry baru lah kekdahnya :D Haha.


Tuesday, October 26, 2010

Alahan?Hantu? Erk!


~ Hantu? Erk!~ sila jangan takut dan jangan mengigau ye



Salam and Hello. Ngehehehe. Okay , entry ni bukan entry misteri nusantara tau.Entry ni boleh dikategori kan entry nak bagi info sikit. Hehehe. Aku ni jenis selalu senang terkena alahan kulit. Aku memang langsung tak boleh nak kemas bilik if ada DEBU. Memang susah jugak bila terkena debu sikit pun dah boleh mata merah , hidung meleleh , kulit dah jadi merah bintik-bintik , tekak memang officially akan gatal over sangat gaya penceritaan aku , heh. Sebab tu aku kadang-kadang malas nak kemas bilik , tapi at the end kena jugak sebab mata dah sakit tengok bilik bersepah.Tapi memandangkan aku langsung tak boleh terkena debu , memang limit jugak lah nak mengemas semua.Kena pastikan tempat mana tak ada debu , tempat mana yang kurang debu , ish , motif aku cakap macam bilik aku banyak debu -__-' Well , memang banyak pun. bilik pun macam reban ayam , heh Gila banggga debu banyak dalam bilik. Heh.

Ok , back to the topic. At the end , aku suruh Umi je yang kemaskan bilik aku.Sebab memang aku langsung tak boleh terkena debu.Kalau gatal kulit jadi bintik-bintik merah dekat muka tu ok lagi , tapi kalau dah start gatal mata dengan tekak gatal.Huish , memang terseksa jiwa dan raga ni. -__-' Setengah orang kata simptom yang aku alami tu macam resdung.Tapi aku rasa macam bukan.Dulu pernah terbaca dalam EH! pasal penyakit aku ni.Tapi lupa nama apa sebab macam pelik je bunyi dia+panjang sangat.Heheh.Jadi aku pun dengan gigih nya GOOGLE lah kejap tadi. Dengan gigih menulis segala simptom-simptom yang aku alami tu kan. Lepas tu terjumpa lah info-info yang aku nak tepek dekat bawah ni ... CREDIT INFO to : SINI

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku.Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan bolehberlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. <--- This one aku cuak pulak baca. Aiyark!

Ok untuk info yang seterus nya aku tulis yang berkaitan dengan aku je eh. Makin cuak pulak aku baca.Bahaya jugak rupa nya.Selama ni aku memang buat tak endah je.Tak ada lah sampai buat derk tak tahu , yang naya pun tubuh badan aku jugak -__-'

Gejala

• Mata merah.

• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.

• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.

• Keluar air mata.

• Kelopak mata bengkak/sembab.

Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam
dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri

• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih
tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.

• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.

• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.

• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.

• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.

• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

So rupa-rupa nya aku ni alahan kulit rupanya.Motif tak tahu kan?Heheh.Bukan tak tahu , cuma bila dah selalu terkena memang kurang / malas nak amik tahu.Aiyark! Bila tengok simptom-simptom dia memang aku terus cakap , ohh sama. Yepp , memang sama. Aku pun tak boleh pakai sebarangan pencuci muka/mekap kalau tak muka aku gatal sampai jadi merah-merah.Yang cantik terus jadi tak cantik , menangis je nanti T_T Heh. Saja-saja je share dengan kauorang semua , mana tahu ada diantara bloggers yang macam aku ke?Yang tak boleh kena debu biarpun sikit. Kan? So, aku saja-saja lah share info ni kan?Berguna jugak kalau untuk sesiapa yang tak tahu tu.Huhuh , tapi bila aku baca sampai boleh bawak mati.Susah jugak nak telan air liur.Hehehe. So till then , nanti aku update blog lagi bila ada masa :)



Sunday, October 24, 2010

You Wish but You NEVER had. *entry emo*

Tiba-tiba emosi aku macam down sekejap.Terasa macam nak menangis tapi tak tahu atas sebab apa.Tiba-tiba terasa nak tidur even tak mengantuk pun.Terasa macam nak makan tapi tak lapar langsung.Ok , sudah. Enough tell about nak itu tapi bukan nak pun. Okay aku tak moody pun tapi ini semua kesan dengar lagu Pink - I don't Believe You. Tiba-tiba macam pulak dapat idea lain nak menulis.Ish,ish.

Tak tahu nak tulis apa.Tapi sekarang ni tiba-tiba datang stress yang tak berpenghujung.Entah bila nak habis aku punya stress.mahu gugur rambut sampai botak tak habis-habis stress ni Haish. Tiba-tiba je terfikir pasal wish and you never had. Something yang always happen to my self. Ok , tipu. Tak ada lah selalu but ada lah jugak kadang-kadang. Maybe kalau nak handphone , handbag or something else tu senang je kan dapat. But how about kepercayaan?kebahagiaan and something else? Itu kot yang erti sebenarnya yang I WISH to HAVE THAT but NEVER HAD THAT. Oh it's hurt. *sheesh , jiwang karats sangat niyh*

Adey , kadang-kadang sangat stress dan terluka bila kita percaya dekat someone untuk simpan semua rahasia cherita hidup kita , but then dia boleh pulak bagitahu orang lain.Boleh pulak dia gunakan itu as personal attack untuk kita.Eh , aku pun satu hal , yang pergi cherita dekat orang apa hal? Ok , itu pengajaran hidup yang aku dapat. Do not trust people easily. Nak kata aku ni lurus bendul , mungkin lah.Sometimes , bukanlah lurus bendul , sampai orang suruh cuci longkang sambil pakai baju badut pun sanggup.Tapi lurus bendul yang aku maksudkan is , senang percaya dengan manusia-manusia yang baru kenal dengan mudah.Humm.Dulu mungkin tak percaya bila orang tikam belakang kawan sendiri *eh bukan tikam dengan pisau tu , aiyark!*

Dulu pun mungkin tak percaya orang akan senang-senang mengejek kita dari belakang even depan kita senyum manis nampak gigi biarpun ada jugak yang rongak , eh? Haha , keji. Tapi now setiap hari yang aku lalui , yang aku kenal dengan macam-macam orang aku anggap sebagai pembelajaran untuk hidup aku.Mungkin aku bengang , aku marah.But the end , aku rasa aku beruntung sebab pernah kenal orang-orang macam tu even memang periuk mangkuk yang ada tersusun chantek dekat dapur rumah aku tu macam nak layang je dekat diorang. Heh.

Fine , aku tahu aku dah start membebel.Tak ada niat pun nak tulis panjang-panjang sambil membebel.Cuma nak menulis lepaskan segala stress yang ada dalam kepala otak ni ha.Different people have different way to release their tension / stress aite? Heh , merepek ! Tapi sungguh lah dalam hidup ni , tak semua kita nak kita dapat.Tak semua yang kita suka kita akan genggam.Tak semua tapi tak mustahil jugak kita boleh dapat kan? Heh , heh , entry sebelum ni feeling Chef Wan , kali ni feeling DR Fadzilah Kamsah ke pulak? Haha , macam-macam. Anyway, serius tak tahu apa aku merepek kali ni. Ini memang yang aku terlintas aku tulis je lah.

Hish , makin menulis makin merapu.Nak upload picture , lembap semacam je , sekeping je lah gambar aku senyum sengih nampak gigi riang dekat i-City semalam :)

*i wish i had : to put smile on my face all the time without thinking anything around me. i need back my happiness. i need back all those thing that i'm missing almost 6 month's a go. how could i got it back? never loss hope by now.*




Sedap Hingga Menjilat Kaki .. eh Jari. *entry makanan*

Salam and Hello. Ngeee. Okay , kali ni entry pasal makanan.Oh bukan nak tulis resipi ke apa tiba-tiba nak feeling Chef Wan ke apa. Heh , heh , heh. Tapi nak cerita pasal Nasi Briyani Pak Anjang yang pernah aku cerita dekat dalam blog ni , yang aku beli time bulan puasa hari tu.Tak ingat dah dekat mana aku tulis dulu.Heheh , nevermind. Ok , actually aku ni bukan lah penggemar Nasi Briyani macam everymonth kena pergi cari sebungkus and makan ke.But sometimes nak jugak tukar-tukar selera, yelah hari-hari asyik makan nasi putih je kan? Why not tukar makan Nasi Briyani ke , Nasi Tomato ke , Nasi Hujan Panas ke *adeh , tetibe feeling nak makan Nasi Hujan Panas even sebenarnya warna nasi je lain , sebab macam pelangi tu kan?Hehe* , atau apa-apa je lah kan.



So , tak mahu cherita panjang-panjang.Nanti orang cakap aku merepek je lebih.Hehehe. Kisah nya , kedai yang aku pergi ni , kawan ayah yang bagitahu.Dia cakap sedap and memang superb lah Nasi Briyani Gam or Kambing dia.Aku pun feeling nak try jugak.Heh. Oh lupa pulak nak bagitahu dekat mana pulak kedai tu kan?Heheheh. Excited sangat kekdahnya nak cakap betapa sedap nya Nasi Briyani Gam itu ;) Okeh , kedai dia terletak di Seksyen 13 , Shah Alam. Paling senang nak nak tahu dekat mana , ala , dekat dengan office Naza TTDI. Muahahah , benda paling mudah aku nak ingat , sebab nampak Naza TTDI je okay , memang tahu kedai tu dekat area tu.Hehehehe.Oh ya , nama restoran tu is Pak Anjang , Briani Johore. Senang je nak tahu kedai Pak Anjang ni ha , sila tengok gambar bawah ye ;) *gigih ambik gambar dari dalam kereta , ngeh3x.*


*from luar kedai Pak Anjang Briani Johore*

Kitaorang tak makan dekat restoran tu memandang kan nak hantar my sis balik dekat UiTM pulak.So kira tapau bawak balik untuk my sis and kitaorang pulak ingat nak makan dekat lain.Rush kekdahnya nak ke sana ke sini.Tu yang pergi hantar my sis balik asrama dia dulu.Then kitaorang tak terus balik.Semalam hujan punya lah lebat dekat KL , dekat Shah Alam renyai-renyai.Sejuk dingin je semalam.Best je rasa semalam :) Tapi tiba-tiba terasa macam nak selsema lak , sebab terkena hujan sikit.Terasa je lah.Heh. Oh ya , semalam sempat pusing-pusing pergi I-City.Pergi petang , tak ada apa yang best pun. Tapi sempatlah ambik gambar. Kalau malam sure best and cantik.Petang , hapelah nampak nya?Nampak aku jelah yang senyum tersengih macam orang gila bagai nak rak.Haha.

~ berhenti makan dekat gerai di area Shah Alam~

Okay , ada lah jugak aku edit gambar-gambar dekat I-City tu ha.Nanti-nanti lah aku upload :D Ok then , tiba-tiba ayah ajak minum dekat mana-mana gerai area Shah Alam tu. Lagipun aku tak bawak air mineral pulak semalam , selalu aku bawak , bekal aku bila haus.Heh , heh! Then , pergi lah menyinggah dekat satu gerai di Shah Alam ni.Aku tak tahu lah pulak area mana tu , masih confused tempat-tempat di Shah Alam. Heheheh , alasan gedik je lah tu. Kebetulan aku pun lapar , alang-alang ada Nasi Briyani tu , aku pun terus kan lah makan dekat situ.Hehehe , nampak sangat tak menyabor nak makan -__-' Ohh , lupa pulak. Semalam Umi beli Nasi Briyani lauk kambing.Memang sumpah sedap! Sangat sedap sehingga menjilat kaki jari. Yelah sekali sekala makan , tak apa lah.Kalau selalu makan , heheheh , tak tahu den nak kata apa.Mahu nya naik darah kang. Aiyark!

Dia ada 2 jenis kalau tak silap. Aku pun tak pasti , sebab Umi yang pergi beli. Heh , kang salah kasik info , buat kena saman je ai. Hehehehe. Ok , harga dia RM 12.50. Mahal ke? To me it's worth because lauk dia sangat banyak.Bukan seketul kecil kambing tau?Tapi besar sangat.1 ketul yang dia kasi tu , = sebungkus nasi tau.Tapi dia bukan kasi seketul , ada lah dalam 2..3 ketul lauk macam gituh.Tu yang aku suka sangat.Kalau sekali sekala pergi makan , memang peerghhh , sedap ya amatz! So , semalam ayah tak berani nak makan kambing , takut naik pulak darah tinggi dia kan.Jadi dia cuit-cuit je yang aku dengan Umi punya.Citt , cuit-cuit ye? Hahah. Lepas tu , ayah cuma pesan Nasi Goreng Ladna , nampak macam sedap -__-' Tapi aku tak cuba pun sebab kekenyangan makan Nasi Briyani tu ha :D

~ Ini lah Nasi Briani with lauk Kambing yang aku cakap tu ha , nampak dalam gambar macam sikit , tapi banyak okeh? Fuhhh , kekenyangan dan kelazatan okeh?~

Ngeee , tapi semalam tak habis pun lauk.Last-last kasi dekat Ayah je.Ngeheheh.Tapi memang sedap sangat Briyani semalam. Eh perasan tak aku sekejap tulis BRIANI , sekejap tulis BRIYANI , heh , sengal je -__-' Fuhh , tapi tak berani jugak makan kambing banyak-banyak. Hehehe.Sekali sekala nak tukar selera tu okay lah kan :D So , aku memang suggestkan dekat korang untuk cuba Nasi Briani for those yang tinggal dekat area Shah Alam / KL tu ha :) Memang tak rugi pun. Ngeheheh , motif aku beriya sungguh promote bagai? feeling nak dapat nasi briani kambing percuma dari tokey pak anjang ke hapee aku ni bersungguh sangat promote? So till then ;)



Saturday, October 23, 2010

Today is not Tomorrow.

Salam and Hello.Hahah , shiyot je tajuk yang ai kasi ni kan.Okay , seriously tak tahu nak letak tajuk apa.Just main letak asalkan aku rasa comel macam aku je tajuk.Ngeh3x. Hari ni memang terasa sangat penat.Mata ni pun dah tunggu nak katup terus tidur je.Tapi sebab menggedik jugak nak update , so update lah jugak blog ini.Hehehe. Banyak jugak benda nak cerita , nak share picture.Hiks. Tapi nanti-nantilah dulu.Nak edit semua dulu.Banyak betul proses nya.Tak boleh nak letak sekarang.Hehehe. Nak menulis pun kena ada mood jugak.Now energy pun makin berkurangan nih.Nak menulis , kang termerapu hal lain , buat naya je.Heh.

Banyak benda nak tulis , nak merapu , nak itu ini , but tunggu lah dulu ye :) Now , nak pergi mengedit segala benda tu dulu :D And , nak pergi tidur kejap. Heh. *sure , tak tidur jugak , mesti gigih sgt buat segala benda tak patut tu -__-'*


Friday, October 22, 2010

TikTokTikTok...oh dah sebulan?

Salam and Hello.Tadi tengok di sidebar at my blog.Aku tersenyum kejap.Cepat betul masa berlalu.Cepat betul segala nya berlaku.Rasa macam baru semalam buntu antara hendak buat baru?Atau biarkan saja ia tak dibuat baru , atau ubah yang dulu , dan lakukan yang baru?Oh pening kan?Memang betul , saat itu aku buntu.Rasa macam-macam sampai dah tak boleh nak fikir sehinggakan aku pun menangis.Aku dan blog , umpama aku dan buku.Oh kenapa?Sebab , aku suka menulis.Aku suka menulis everything yang berkaitan dengan aku.Jiwa , rasa , hati , emosi di dalam blog. Now , tidak lagi. Ok , stop menulis kejap sebab ....

* omg , kenapa dekat atas tu aku macam feeling tulis novel sambil dengar lagu Geisha- Jika Kau Cinta Dia sambil buat muka tegang + kerut sebab nya tak ada idea nak menulis.Oh ok , memang gedik ya tulisan di atas tu , harap korang tak muntah bila baca.Heheh.*

Ok , ini aku tulis dengan gaya biasa.Haha.Sebenar nya tadi aku tengok sidebar blog aku ni.Aku memang rasa macam-macam.Rasa happy after all , banyak benda berlaku and akhir nya aku dapat sesuaikan diri dengan blog baru ni.Tapi tetap rasa sedih dan rindu dengan blog lama.Blog tu permulaan aku menerjah masuk ke dalam dunia blog.Aku sayang sangat dengan blog lama sebab macam-macam.Blog tu tempat aku meluah rasa sampai aku rasa bodoh jugak aku luahkan segala sampai tak tapis apa-apa.Ok , it's my fault , it's my bad , my sin.Kita manusia kan?Belajar dari kesilapan.From now , aku memang dah tapis segala macam benda.Blog baru ni memang banyak jugak perubahan.For me , memang ada perubahan , antara banyak dengan sikit.But untuk aku , memang banyak sangat perubahan.Terutama dari segi penulisan dalam blog ni. Bukan aku kata aku cuba TIRU JADI ORANG LAIN , but kali ni , aku lebih menjadi remaja senior.Wah , ayat kau , mampoooo? Haha.

Nope , I mean , kali ni , aku menulis tak ada lah tahap nak emo-temo macam blog aku yang lama tu.Serious , blog lama aku , everything aku luahkan.Sampai aku rasa boleh mengaibkan aku sendiri.Ish , ish.Belajar dari kesilapan yang lepas.Betul , blog yang lepas banyak mengajar aku untuk menjadi bloggers yang bukan sekadar menulis mengikut emosi tapi keadaan sekililing jugak.Lagi satu , aku selalu blogwalking and banyak jugak dapat tips sana sini nak menulis bukan sekadar luahan perasaan or nak lepaskan perasaan marah , geram , gembira , sedih , moody , mencharutz atau apa sahaja.Heh , gigih betul aku tulis entry kali ini. *sambil blogging sambil dengar lagu Thank You Allah*

Apa lagi aku nak merepek dalam ni? Seriously , blog ni memang aku sayang sepenuh jiwa dan hati.Haha , eiii ayat aku macam lah blog ni umpama boypren aku.Huish.Heheheh.Aku tak ada lah kata blog aku sekarang bagus.Blog aku sekarang hebat ke apa.But apa aku cakap , betul lah hidup ni belajar dari kesilapan.Betul lah hidup ni kau kena buat salah dulu baru kau tahu mana kau punya silap , baru kau reti nak buat benda tu elok-elok , cantik-cantik.

Ohh , lupa pulak nak cakap.Sebenarnya kalau ikutkan hati memang terlalu sayang nak tukar blog.You know what , when you've stick with something that you've always update , always merepek , always everything with , then you've to change it , memang sesuatu perkara yang paling susah di dalam hidup aku.Tapi sebab bila aku nak edit keseluruhan dah macam terlambat.Dah macam susah sangat.First , nak tukar layout , then bila dh try tukar , semua nya jadi makin terus.Memang menangis jugak lah aku tengok.Then , banyak entry aku yang di dalam blog lepas more about personal.Too personal and mungkin akan membuat aku rasa nak pejam mata je baca.Haish , how come aku boleh terlebih emosi sampai pergi tertulis di dalam laman blog kan?Ish ,ish ... my fault bebeh! Tak boleh nak diundurkan balik semua tu , and aku pun malas nak delete semua.Hehehe.

So , what can I said now is , everything happen with a reason.Haha , mesti korang dah makin pelik baca entry aku ni kan.Jah oii , apa kau merepek.Nope , sebenarnya apa yang aku nak cakap is , setiap kejadian ada hikmah nya.Dulu banyak benda aku tak reti.Di blog yang lama , boleh kata blog aku memang tak cun lah.Dah try buat macam yang aku buat dekat blog sini , semua tak menjadi.Hampa je.But bila I've make a new blog , doing the same thing , lain pulak jadi nya.Semua nya menjadi.Nak letak NuffNang senang , nak tukar layout mudah , nak letak itu ini semua nya boleh.Alhamdulillah :) Kalau blog dulu,hailah,kuat jugak aku mencharut sebab serba serbi yang aku buat tak kena and tak menjadi.

Kesimpulan nya , menjadi seorang bloggers bukan sekadar menulis catatan , menulis coretan peribadi suka duka.But actually more than that.Banyak benda aku belajar melalui blog ni.Yang baik , yang tidak baik , yang suka mahupun yang duka.Hanya kita yang kena pandai menilai dengan mata kasar dan dari hati :) Okay , terasa macam menulis esei BM untuk SPM pulak. Maaf terpanjang pulak catatan kali ni. Hehehehe. So , nanti nak tulis lagi entry baru , lepas gian ;P Hehehehe :D


Agar-Agar Miloais?

Salam and Hello.Ngeee.Semalam , tiba-tiba my sis datang dekat me yang tengah err , lupa pulak aku tengah buat apa semalam.Tapi yang pasti secara mengejut dan teruja datang dekat aku.Heh,heh.matilah aku kalau dia baca ai keji dia.Aku pun macam pelik lah tengok kakak aku tu ha.Haha. Then dia datang dekat aku cakap jom buat Agar-Agar Milo. Aku macam ek? Agar-Agar Milo Miloais ka? Ngahahah.Okay , tak ada kena mengena langsung dengan Kaka MiloAir itu. Ekekek.Tapi aku pun macam teruja jugak lah walau pun tak ada lah feeling suka tahap Puding Jagung tu ke apa ke kan?Hehehe , so , aku pun nak kongsi resipi lah jugak sambil bercerita kisah semalam :) Nak tahu resipi dia? Haaa , sila lah lihat di bawah ye :D

Nak buat Agar-Agar Milo ni memang mudah rupanya.Bahan-bahan dia pun sikit.Cara dia pun mudah dan senang.Kakak aku cari via internet je.Yelah sekarang nak resipi apa-apa pun guna internet je kan?Ngeee.Tapi aku tetap nak feeling Chef Wan kongsi resipi dekat sini meskipun hanya Agar-Agar Milo. -___-'


BAHAN-BAHAN (bahan2 yang di peruntukkan di bawah ini untuk loyang kecil dan bilangan agar-agar yang sedikit , tukar anggaran bahan jika mahu buat lebih dan banyak)

Agar-Agar (8gm)

Air (1 3/4)

Gula (1/3)

Serbuk Milo (3/4)



~ Agar-agar yang telah di campur dgn Air , Gula dan Serbuk Milo. Kacau perlahan sehingga semua nya larut.~

CARA-CARA (lapisan coklat)

1) Mula-mula masukkan agar-agar bersama dengan air.Larut kan agar-agar bersama dengan air itu.Kacau perlahan.

2) Kemudian setelah agar-agar telah larut bersama dengan air , masukkan gula dan juga serbuk milo.Kacau perlahan sehingga gula mula larut.Kemudian tapis.

3)Setelah semua nya selesai dan larut , tuang adunan ke dalam loyang dan beku kan.

4) Kemudian cakarkan sedikit permukaan supaya lapisan coklat itu dapat dilapiskan bersama dengan lapisan susu.

~ Okay ini tengah menunggu lapisan coklat beku , tunggu dalam 10 minit kot?Heh, lupa.~

Okay cara-cara kat atas tu ,untuk lapisan coklat.Dia akan menjadi dua lapisan.Alah , korang tak kan tak pernah makan kot?Ada je kat pasar malam or time Baazar Ramadhan tu jual :) Ni aku nak tulis bahan-bahan /cara-car untuk lapisan susu pulak :) Oh ya , bahan-bahan itu aku tunjuk untuk bilangan dalam loyang kecil lah.Sikit je.Kalau nak buat untuk ramai , mungkin korang kena adjust sikit bahan-bahan tu :)

Bahan-Bahan ( lapisan susu)

1)Agar-Agar (10gm)

2)Air ( 1 1/2)

3)Gula (1/2)

4)Susu Sejat Ideal (1/2) *me guna susu F&N tu je , sbb check2x tak ada susu cair ni je -__-'*

5)Esen Vanila (Beberapa titis je)

CARA-CARA (lapisan coklat)

1) Mula-mula masukkan agar-agar bersama dengan air.Kemudian kacau perlahan sehingga agar-agar larut.

2) Kemudian masukkan gula dan kacau sebati sehingga gula larut.

3) Selepas itu masukkan susu sejat bersama-sama dengan beberapa titis esen vanilla.

4) Perlahan-lahan tuangkan adunan ke atas lapisan coklat.

5) Kemudian letak kan ke dalam peti sejuk.

~ Kalau agar-agar tu dah keras and dah masak , begini lah jadi nya.Ni buat main-main.Kalau buat serius-serius , memang lah lagi cantik.Haha ;) ~

Ngeeee , lepas sejam ke setengah jam macam tu , siap untuk di hidang :) Mula-mula ala-ala cuak je takut tak jadi ke apa.Yelah baru first time buat tanpa tunjuk ajar sifu masakan which mean my mom lah kan.Haha , kalau dia ada , sah-sah kitaorang cuma tengok je.Tak menolong pun.Ngeh3x.Keji gila stetment T_T Ok , tak kitaorang tolong , cuma tolong tengok.Erk! Tapi Alhamdulillah , menjadi okeh? Sedap pulak tu. Hehehe. sebenarnya takut rasa dia pelik ke apa, tapi selamat jadi dengan jaya nya , lega hati

Okeh ,tadi sepatutnya ada gambar makanan which mean agar-agar milo yang aku susun jadi F which mean my name la.Tapi tadi tertekan backspace sampai hilang T_T Okay , malas upload lagi sebab nak upload satu gambar pun = 10 minit.= juga buang masa.= juga aku tak larat.Heh.Jadi sekian , resipi aku hari ini :) Selamat mencuba ye :D Heheheh , gaya macam resipi Nasi Briyani je aku kasi kan? Ekekekekeke




Wednesday, October 20, 2010

Bila langit mula Jingga ...


Salam and Hello. Ok , gambar di atas ni time last week dekat Shah Alam dekat Seksyen 7 if aku tak salah. Time tu langit sangat cantik warna dia.Jingga.Memang cantik.Tak puas mata memandang.Tapi bila aku ambil gambar , dia macam jadi tak cantik sangat.Tak apalah.Tapi memang aku suka sangat tengok.Warna Jingga , nampak macam , aku terpesona sangat dengan ciptaan Nya :) Memang aku paling suka tengok panorama alam yang semulajadi macam ni.Memang terlalu indah.Tak boleh nak ditukar ganti keindahan yang di cipta oleh Nya itu :)

Ingat nak ambil gambar banyak-banyk.Tapi flash asyik memancar , and Ayah cakap ganggu orang nak bawak kereta je -__-' Ok, then tutup flash , hazab terus gambar , heh! Then terus tak ambil gambar.Oh ya , lepas tu tengok kawasan luar i-City.Lagilah aku teruja nak ambil gambar.But yeah , harapan lah kan nak ambil semua , dengan time tu dah mula senja.Dah mula gelap.Tapi aku suka sangatlah tengok langit jadi kejinggaan macam tu.Auwhh , best nya :D


p/s: lepas edit gambar ni aku rasa macam makin hazab , bukan makin cantik.
*bertabahlah hati*