Home

Monday, October 4, 2010

Setahun Datang & Pergi

Salam and Hello. Okeh , hari ni memang entry full dengan gambar. Heh , heh. Ai memang suka letak gambar dalam blog. Meriah sikit katanya! Heh. Okay , tajuk dia memang ergh , macam apa je kan? Heh. Tapi betul lah. Setahun datang dan pergi. Macam cepat betul masa berlalu. Macam baru je tahun lepas ambil PMR. Macam baru je tahun lepas tergesa-gesa masuk hospital sebab sakit. Heh , best gila. Ambil PMR dekat hospital. CHOYYY!

Heh , alkisah nya , first day PMR ai amik PMR dekat sekolah macam biasa je. But second day PMR , 5 OCT , tu , pagi sebelum ai ke sekolah. Tiba-tiba kaki cramp. Sumpah sakit sampai nangis-nangis. Parent ai dah gila cuak , yelah , macam tiba-tiba je. Perut sakit gila , memulas , lepas tu siap extra dengan muntah lagi. Aiyoh! Pening kepala tak yah cakap lah. Memang sumpah nak menangis je. Terus urgent pergi Ampang Puteri. Okeh , time tu cikgu cakap , susah sikit nak ada harapan ambil balik exam. Ai dah macam , okay dunia dah terasa gelap gelita. -__-' sekarang pun masih terasa gelap gelita. Dush! But itulah , segala nya macam dipermudahkan.

~ first day @ hospital. dekat VVIP suite. gila mewah tempat aku buat exam. haha. -__-'~

Sebenar nya kitaorang tak tahu nak refer doc mana for sakit perut/cramp macam ni. But bila sampai hospital. Pihak hospital macam gila cuak , tengok ai dengan baju sekolah lengkap , heh , heh , ai can't forget it this moment. Hehehe. Then muka macam lagi sikit nak pengsan. Dengan tangisan air mata lagi .Heh , gila gempak ni? Haha , diaorang cakap , jumpa Dr Goh. Ai ingat doc jantan okeh? HAHA , tapi yelah. Chinesse name , memang ai confused sikit. Hehe. Then sekali doc perempuan :) She such a very good and nice doctor I've meet :) Sangat baik. Lembut lemah gemalai je doc ni. Serious. Memang ai suka gila :D Then , dia yang tolong everything for cakap dengan pihak sekolah and almost dia yang bantu. And , masuk-masuk je ai kena masuk suite VVIP katanya. Heh , gila best. TV LCD katanya. Ai yang telan air liur. Hehe. Tapi memang bestlah.


~ Ai teruja katanya , pakai benda alah ni *weirdo*~




~ Main cikuuucakkk dulu sebelum ambil exam. lol~

Okeh , but I'm bit scared lah nak kena buat exam dalam hospital.Tak tahu entah macam mana exam dalam tu. Rupanya , best jugaklah. Heh , yang tak best sikit-sikit nak terberak je kerjanya.Lepas tu nurse kasi ubat yang bikin mengantuk dan nak muntah.Memang huru hara sikit first day tu ha.Okeh , to me suasana dia ok. Sebab pengawas yang mengawal me , dalam seorang or dua orang. Hanya pengawas perempuan okeh. Heh , bila ai nampak ada pengawas lelaki , gila kau cuak! Yang tak leh tahan is , ai punya exam habis pukul 9 malam. KAU MAMPOO? nangis sgt ai. ;(


~ First break. Ambil gambar dekat highway tu ha. Yang nak pergi Ampang Point semua tu. Tengah boring.Heh.~



~ My second time masuk hospital. Oh tuhan!~

Okay ini ada lagi satu kisah disebalik ai panggil as tragedi PMR , heh.Okay actually after 3 days bertapa di hospital Ampang Puteri itu , doc dah kasi pulang berehat ke rumah. Ai happy lah. Sebab , boring seyh duduk dekat hospital.Even pakej astro yang dia kasi best je.Muahaha. Dekat hotel pun xdapat okeh? Motif ai. But lepas ai ada sesak nafas and susah nak tidur , ai terus teringin gila nak balik rumah.Tidur dekat dalam bilik ai dengan bantal-bantalbusuk ai kan? Haih then terus doc kasi balik bila tengok keadaan aku agak stabil.But a day before nak balik aku demam panas.Sampai kena kasik makan ubat demam lah , letak benda alah yang macam ais sejuk tapi macam jeli tu dekat dahi.(refer gambar bawah tu ye). Then esok nya , hari Sabtu boleh balik. Okeh , rasa lega gila. But.....
~ Ais sejuk yang macam jeli yang ai cakap tu ha dekat dahi ai.~

But then. Hari Ahad , ai kembali sakit.Muntah sampai dah tak ada daya badan.Cirit birit tak payah cakap lah.Hailah.Aku dah start cuak.Sebab hari Isnin nak kena Exam lagi.Matilah kalau macam ni kan.. :( Lepas tu , hari Isnin , aku dah tak sedap rasa badan ni ha. Emergency again bawak aku pergi hospital again *sigh* Rupa-rupa nya , doc silap kasi ubat. CHOYYY! Ini memang aku sumpah gila lah dalam hati.Patutlah makin teruk.Aku ada alahan katanya doktor itu , ceh? Aku malas nak melawan. Then ,aku pun kembali buat exam sampai lah last day dekat hospital tu ha. Hailohh!

~ Ai tak tahu kenapa suka sangat ambil gambar dengan drip ni sume.Ekekek~

Okeh , memang lah ai rasa itu satu pengalaman baru.First time masuk hospital after 15 years hidup kan?Huish,aku paling seram kalau time malam.Seram gila.Heh. Lepas tu ,ada sekali tu pernah aku sesak nafas pukul 2 pagi. GILA AKU TAK CUAK? SESAK NAFAS okay? Tapi yang tak boleh tahan tu kan , aku lompat dari katil sebab aku tak boleh nafas? ERK. Cepat-cepat nurse check jantung semua.But yang pelik nya , NORMAL ? Apa kes? Dugaan je kot :( Okeh , moh kita tengok gambar je pulak. Aku dah tak ada idea nak menulis.
~ Heh , tengok kartun , bila dasyat sangat boring nya!~


~ From tingkap dekat bilik aku tu ha. Tak ada kerja meh~

~ Erkk , kenapa aku rasa seram ye bila tengok gambar ni?ERK!CHOYY!~

~ Antara makanan nya.~

~ Aku suka benda alah ni , resit makanan. Sebab apa? Dia tulis , --> MAKAN AWAL , PMR.~

Haa , aku terlupa nak cerita satu benda lagi. Heh,heh. Aku tak tahu kenapa makanan-makanan dekat hospital ni , semua nya sedap -__-'. Selera aku makin bertambah , heh! Serius , makanan western ke , makanan kukus ke hape ke , semua nya sedap. Hailoh! Aku memaglah suka. And , disebabkan aku masuk and keluar from hospital ni , jadi bilik aku bertukar2. Mula-mula aku duduk dekat tingkat 5 , ramai-ramai.Situ best. Semua nya baik-baik. Nurse pun boleh buat kawan , siap borak-borak.Heh.Tapi yang kemudianNya itu , bilik tak cukup. Aku kena duduk dekat tempat wad orang bersalin. CHOYY! Memanglah nurse dia tahap garang gila doe and sangat kerek.HEH , KEJIS!.Aku cuak je.Heh! And apa lagi?


~ Okay this is the last day before balik!~ *muka lesu dan pucat gila.paksa senyum je tu.Heh!*

Okay rasanya semua benda aku dah cerita.Sorry if entry ni terpanjang and whatsover , just nak cerita pengalaman tak seberapa buat exam+sakit time PMR last year. Hailoh , suatu benda yang best tapi better exam dekat sekolah.Hehe.And , to all PMR CANDIDATES 2010 , DO YOUR BEST & GOOD LUCK. ;)
To all my teachers and friends ,
tq for support me ketika aku menghadapi "saat" itu.
Aku masih menghadapi "saat" itu.
And I'm still need your support.
Love and Hugs.



No comments: