Home

Saturday, October 2, 2010

Kisah bunga dan dot dot dot

gambar ambil dekat SINI

Ohh , baru teringat , yang ingat tak hari tu aku ada cakap pergi MPH dekat ENTRY SINI kan? Haa , jadi gambar di atas itu , salah satu novel yang aku beli. Malas nak ambil gambar sendiri. Aku ambil from google via blog pembaca setia novel. :) Okay , aku memang boleh dikatakan hantu Novel. Aku baca novel yang bermacam jenis genre kecuali thril atau seram. Cinta/Lawak/ Sedih/Duka aku layan lagi. But if thrill ke seram ke , oh minta maaf dan ampun ye. Aku memang tak suka. Hehe, even movie pun aku tak suka thrill dengan seram , apakehal pulak tiba-tiba novel aku suka kan? Hehe. Now I'm trying membeli dan membaca novel yang berkisarkan Islamik pulak. Kebiasaan nya yang menulis novel sebegini from Indonesian , but akan ditulis balik dalam bahasa Malaysia lah. Aku cuma beli Ayat-Ayat Cinta je. Itu pun sebab nak baca versi novel , sebab nya hanya satu lah kan , versi movie dan buku sangat berlainan. And , of course , I choose book rather than movie. Even orang kata impak movie itu ada lain nya , but aku tetap merasakan tulisan itu lebih indah dibaca dan dihayati daripada di tengok dan dilihat yang kadang-kadang kita leka serta tidak sedar di mana pengajaran nya semua kan? Ohh aku dah start membebel.-__-'

Oh ya , sebelum aku bercerita hal novel dan sama waktu dengan nya. Meh aku ulas sikit pasal novel Melur Bunga Ivy hasil nukilan indah dari Kak Naz. Bahasa nya sungguh indah , and I'm really love her words in her novel. Bait-bait kata nya sungguh buat aku macam , oh kay , she's good in perkataan yang er, what we call eh? Entah. But , aku memang suka. Hee :D And , aku baru baca sikit , baru start baca. Permulaan cerita yang mula-mula I'm a bit blur , but then , ok aku suka. Dari muka surat ke muka surat yang lain itu membuatkan aku semakin jatuh cinta dengan novel ini.Bukan ayat bodek ye? But yeah , aku memang suka.Sama seperti aku suka novel Lili Buat Najah dan Rahsia Hati Sofea. Cerita yang penuh emosi kedua-dua itu. ;( Okay. Melur Bunga Ivy sememang nya akan buat korang macam nak bukak kedai bunga je. Setiap bayangan yang diberi didalam novel itu sungguh mempesonakan. Sampaikan aku macam berangan jugak lah. Heh, pantang diberi peluang , nak jugak berangan tu kan ?

Aku tak habis lagi membaca novel Melur Bunga Ivy , tapi aku tetap merasakan novel ini sungguh seronok dan indah untuk dibaca. Nanti lah bila aku dah habis baca , aku ulas balik. Heh3x. Setakat ni , apa yang aku baca pun sudah cukup buat aku terbuai rasa dan perasaan. Boleh gitu? Ngeee. And cover novel ni pun aku suka.Sungguh cantik dan yeah , cantik nya. Heh, kalau dah suka , memang habislah melambung ai puji.Harap tak ada siapa yang muntah ye. Heee :D And , aku rasa novel ni , tak rugi kalau beli. Sebab , memang best. Dan harga nya juga murah. Jadi , siapa nak merasa macam ada kedai bunga , and merasa keindahan dikelilingi bunga? Haa , beli lah novel ni :D


2 comments:

CikCah Kebayan said...

novel ni mmg besh:)

FaiHash said...

yups. penuh dgn emosi novel ni. ;)