Home

Sunday, October 17, 2010

Karipap-Karipap Cinta?


credit : inche Google.


Salam and Hello.Ngeh3x.Ada kena mengena ke entry aku kali ni dengan novel Karipap-Karipap Cinta ini? Hiks. Tak ada kena mengena langsung pun.Maybe ada lah kot part Karipap itu , tapi bukan lah aku nak tulis pasal preview novel ni by aku ke hape.Hehehe. Tapi apa yang sama nya? Nak tahu apa? Sila scroll ke bawah ye? Ngeh3x.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
* choyy ai dah tak larat nak tekan benda alah ni. heh. siapa suruh kau buat benda alah ni? sengal! -__-'


Tadaaaa , karipaaaappp! Ngeh3x.Tu je yang kau nak kecoh-kecoh kan? Heh. Bukan apa yuols! Ai ni memang sesekali makan karipap hasil air tangan Umi ai ni , harus lah makan tak ingat orang lain.Hehehehe.Memang favourite aku time kecik-kecik dulu , karipap tak ada inti.Yeap. Sebab aku dulu tak makan inti dia , kalau Umi aku buat karipap inti daging ke apa ke , sure aku buang.Heh. Jadi untuk elakkan pembaziran , Umi aku memang akan buat karipap kecik-kecik , comel-comel yang tak ada inti.Memang sedap.Haha.Till now , aku teringin nak makan karipap tak ada inti -__-' Tapi , Umi aku malas nak buat sebab aku sorang je pun yang makan. Heh , kalau yang ada inti tu , semua orang makan.Heheh.Tapi aku je yang tergedik terkinja suka makan karipap tak ada inti.Hoit , hoit. Best wooo. Aku ni memang lah pelik sikit. Hish.

Umi punya karipap memang paling sedap yang aku rasa.Hehehe.Yelah air tangan mak kan?Mesti always be the best in our heart gituh :P Maybe jugak sebab inti daging yang Umi buat tu kan?Tu yang sedap sampai aku makan tak ingat dekat orang lain.Heh , heh. Tapi yelah , memang umi buat sekali sekala je.Kalau tak makin comel dan tembam gebu lah aku. Haha. And one more thing. Aku tak reti nak kelim karipap. Sadis sangat. -____-'

Aku tengok punya lah senang Umi kelim karipap tu ha.Pernah jugak try.Tapi the end karipap itu menjadi sangat lah cacat okeh?Dah rupa ikan paus jah terus rupa karipap itu.Nangis sangat! Pernah jugak try guna benda mainan apa tu , plastersin?Eh plastercine. Tak kan tak tahu kot benda alah tu?Alah , mainan budak-budak riang macam ai ni.Ngeh3x.Memang time ai kecik-kecik dulu punya lah banyak plastercine ni ha.Best sangat main.Salah satu yang ai cuba buat is karipap lah.Gigih sangat.Last-last tak menjadi pun.Sadis sangat okeh? Hahah. Tapi itulah , teringin jugak nak belajar kelim karipap.Sebab inti dia senang je.Part nak kelim karipap tu yang aku mencabar sikit.Ohh sampai peluh-peluh okeh?itu untuk orang yang tak reti buat macam kau je jah oii , Heh.

Jadi ai nak bertanya ni , ada ke antara bloggers yang reti buat karipap sendiri?Karipap inti apa yang uols reti tu? And , uols reti kelim karipap tak?Hiks , soalan , gaya macam aku ni reti sangat. -__-' Hampeh! HAHA. ;)


p/s: gedik sangat kau jah , kejap tulis "aku" , sekejap tulis "ai" , cittt -__-'


No comments: