Home

Sunday, October 31, 2010

Bilo menang kutuk , Bilo kalah tok tahu guano?

Salam and Hello. Ok , first of all , aku tumpang gembira ke atas kemenangan Kelantan pada Piala Malaysia ye , bukan Piala FA , hehe , malu pulak salah info untuk entry yang sebelum ni.Ngeheh, apa-apa pun aku ucapkan TAHNIAH buat pasukan KELANTAN diatas kemenangan 2-1 kepada Negeri Sembilan. Pasti nya sesuatu yang amat menggembira kan buat Kelantan sebab dengar cerita it's been a long time lah diorang tak menang. Jadi kira nya ini kemenangan yang buat seluruh rakyat Kelantan happy riang suka hati , and me too happy ok? Ngehehe. Siap dapat cuti sehari lagi tu. Curlast sangat khen? Tapi orang KL apa nak kisah , memang dah cuti pun hari Ahad. Hehehe.

Anyway , aku ada rasa sedikit bengang dan marah with some those people yang macam mulut longkang tahap aku nak tampar-tampar manja pulak kang. Pasal apa yang aku macam tahap bengang mencharutz ni kan? Okay , seriously aku macam tak berapa berkenan with some those people yang berperangai seperti ada akal tapi letak di lutut bontot kau je. Bukan apa. I know perkara ni memang dah lama terjadi and still go on and macam tak boleh nak lari pulak isu yang macam kenegerian ini kan?

Heh , aku macam malas layan tapi the end berasap jugak hati even aku lahir dekat KL , but aku masih asal usul nya dari Kelate ye. Tak mahu lupa diri ye. Kisah nya , banyak pulak aku tengok orang mencharutz segala yang diorang mahu dekat facebook. Something yang sangat tidak bagus.Terutama sekali bila PEREMPUAN ye? Ok , fine. Aku tak kisah lah kau nak kata apa sekalipun but sometimes aku macam pelik how come's diorang ni boleh dengan berani nya cakap macam-macam even I don't think so diorang cukup kenal dengan orang Kelantan? Haish. Masalah betul bila dah set dekat otak lutut kepala korang tentang keburukan pasal Kelantan kan?Tak best lah macam ni. Kita nak have fun tengok orang main bola.Kita nak enjoy everything.Menang kita rai. Kalau kalah kita cuba lagi kan?

Ini tak , bila kauorang punya team kalah , mula lah mulut tu berbakul-bakul kutuk , mengeji , mencharutz mencaci segala hal pihak menang.Apa kes? Sometimes aku rasa macam diorang ni terlebih emo lepas tu salah kan kita emo pulak?Gila kau tak emo. Cuba kalau kita kutuk negeri kau pulak macam tu apa kau rasa? Cili ke Oren ke waffel A&W? Nan hado sekalipun rasa best. Mesti sakit hati kan?Haiyark! Ini lah kes nya bila terlalu bersemangat sokong sampai tak fikir sensitiviti lain. Ok , tak nak jadi entry ni entry emosi , jom layan gambar 2 keping.



credit to : Kak Nina utk 2 keping gambar fresh from camera yu ;) (Kak Nina is kakak player no 15 , Dawoodsu DS kalau ikut nama FB , heheh * ok mereka ini lah sepupu Umi saya *wink*)


Di sebabkan aku tak tengok time game ini , jadi tak boleh komen banyak.But tengok minit-minit terakhir sangat mendebarkan ok? Sebab N9 macam nak tandus masuk gol , macam nak jaringkan gol.Macam-macam lagi lah.Memang seram sejuk jugak lah in that time.Hehehe. But Alhamdulillah , rezeki berpihak pada Kelantan kan? So , adat pertandingan lah kan? Ada menang ada kalah.Tahun lepas Negeri Sembilan menang , Kelantan kalah. But this year , rezeki berpihak pada Kelantan pulak :) Jadi tak perlu lah nak emo segala ya wahai rakyat Malaysia. Jangan sebab bola yang bulat itu kita jadi bergaduh pulak? Hummm , tak nak komen lebih-lebih nanti ai jugak yang dimaki hamun kan pulak -.- *mode : insap*



THE RED WARRIOR , tahniah buat anda :D


Oh , apa pulak kata anda tentang kemenangan Kelantan dan kekalahan Negeri Sembilan ? *mode: aman damai ya.*

p/s: apa cer 1 Malaysia macam ni? ish buat malu je nak charutz sana sini.

kerana mulut badan yang binasa. budi bahasa tu kan budaya kita :)

just tegur menegur sesama kita :) don't take it seriously.


4 comments:

nik rosmawati said...

diorang ni asyik tak puas hati jea ngan ore kelantan.menang pun kena kutuk kaw.kalu kalah tak tahu la mcm mana.

FaiHash said...

hye nik :) tahu xpe , segala benda tak puas hati. bila pemain kelantan terpukul belakang , dh kata jahat. bila pemain kelantan baling botol , terus diorang kata org kelantan pengotor? ya hampun. mcm la diorang tak buat benda sama. haish. susah betul nk ubah pemikiran org mcm ni kan ? haishh

nik rosmawati said...

mmg susah nak ubh fikiran org mcm ni.biar jea la dia.
aritu tgk games pengokong negeri lain baling batu terkena kat pengadil tp tak de lak kecoh2.siaran langsung tv kot .
tp salah kelantan jea nampak.

FaiHash said...

itu lah pasal nik. setiap gerak geri yg kelantan buat semua nampak salah tak betul di mata diorang. sometimes mcm fed up and hilang respect dgn org mcm ni. jgn lah sbb sorg , semua rakyat kelantan yg kena. kata 1 malaysia , tp still kenegerian mcm tu apa kes? -.-'