Home

Tuesday, March 13, 2012

Vanilla Coklat Episod Akhir - Apa Yang Bakal Terjadi Dengan Zara & Amir? Jangan Lupa Malam Ini Jam 9 Malam di TV3!

Rasanya ramai yang tahu tentang drama di slot Lestary , Vanilla Coklat ini kan? Rasanya jugak ramai juga orang yang dah terkena penangan Vanilla Coklat ini kan? Aku pun antara yang secara tiba-tiba terkena penangan Vanilla Coklat atau lagi tepat penangan ZaraAmir ini. Hihihi. Teringat pula masa penangan NoraElena-SethTan dulu. Perasaan dia lebih kurang sama tapi ZaraAmir ini macam lagi hebat kot penangan dia dekat aku? Macam biasa juga aku punya pesen kalau penangan-penangan ni pesen tengok dah nak episod-episod akhir. Heh.

Vanilla Coklat dilakonkan oleh Izara Aisyah dan Aiman Hakim Ridza. Rasanya sekarang ini pun populariti Izara dengan Aiman meningkat naik dengan jayanya. Hahaha. Memang ramai betul peminat ZaraAmir sekarang ini gara-gara menonton Vanilla Coklat. Untuk yang tak tahu Vanilla Coklat sebenarnya berkisar tentang cinta remaja yang sebenarnya di kahwin paksa atas desakan keluarga masing-masing gitu lah. Zara (Izara) dan Aamir (Aiman) sebenarnya satu kolej tapi tak pernah pun berbaik dan selalu bergaduh. Well , drama ni memang pesen favourite remaja-remaja lah kan? Eh yang tak remaja pun ada jugak yang suka. Sebab drama ini boleh di katakan boleh buat kau gelak dengan perangai Mama Zara tu. Hahaha. Tapi mungkin jugak boleh buat kau stress sebab perangai ayah diorang yang aku kira agak tak matang lah ek sebab nak suruh anak diorang bercerai tiba-tiba. Hehehe. Gigih betul kau Jah siap tulis bagai kisah cherita drama ni? Sah penangan Vanilla Coklat lettuew! :p

Jadi malam ini merupakan episod kemuncak untuk drama Vanilla Coklat. Haish , bila tengah minat menggila dengan cherita ini ( maklum lah baru follow kan? wajib rasa macam tengah mood angau terlebih tssk) terasa cepat betul cherita ini nak habis. Macam zaman Nora Elena dulu lah. Episod 16 baru gheti nak follow. Lepas tu geram bila tahu-tahu dah nak habis kan? Macam jugak Vanilla Coklat ini , bila episod dah nak masuk episod 10 baru nak follow? Ngahahah. Malam ini dah masuk episod 13 iaitu episod akhir dah pun ye Jah! Baru gheti nak menyesal gituew? Eceh , gedik sangat menyesal. Hahahah. 

Ehem sebenarnya aku nak jugak tepek menepek banner atau wallpaper eh (?) yang kawan aku buat dengan gigih nya dan aku rasa sangat shantek! Gigih sangat ahli jemaah Vanilla Coklat ini buat wallpaper macam gini tau. Tak puas aku melihat tau. Muehehehe.. Oh ya please siapa nak ambil wallpaper shantek macam ini sila dapatkan keizinan dahulu dan please kasi credit to the owner : Amka. Benda tu simple , jangan nak mengelat tak mahu kasi credit pulak , doa cirit birit baru tahu. Nak? Eh.


cantik kan wallpaper ini?! :)


auwww! pink Aiman uols! ngahaha.
mohtif Jijah ala-ala suka? *matilerr*


haih , ini lagi lah. tersangat cun. :p


cun jugak! #ZaraAmir fever sangat uolsz! :p

Hihihi. Gigih betul Jijah pagi ini kan tulis pasal Vanilla Coklat kan? Memandangkan malam ini episod akhir lagi lah terasa semangat nak menonton drama ini okay? Tapi ada jugak rasa sedih sebab lepas ini dah tak akan ada episod baru melainkan marathon balik episod 1-13 tu aje lah hah -____-' Sekarang ini pun sibuk marathon Vanilla Coklat. Haih sama juga masa zaman Nora Elena dulu. Hihihi. Berdebar jugak kan nak tahu apa yang bakal terjadi episod akhir malam nanti. Siapa yang follow drama ini pasti tahu apa yang dah jadi semenjak dua menjak ini kan. Geram aje rasa dengan Kamal (Iqram Dinzly) dan Liyana (Bella Dally) tak habis-habis nak porak porandakan rumah tangga Zara dengan Amir. *cakar netbook* Ngahahah. 

Erhiks. Sangat tak sabar nak tengok episod akhir malam ni. Oh ya kalau korang semua jenis bergigihan nak jumpa para pelakon Vanilla Coklat boleh lah tengok ramai-ramai di Rasta TTDI malam ini. Katanya akan ada Aiman , Izara (maybe ada kot?) , Iqram dan beberapa lagi pelakon lain. So sesiapa yang suka sangat dengan Aiman ke Izara or sesiapa yang berlakon dalam Vanilla Coklat sangat lah di alu-alu kan untuk join ye. Muehehehe. Aku? Tak nak join. Sekarang mood nak melaghokan diri dah hampir pudar. Biarlah dulu aktiviti lagho ni. Lagipun dengan Zara pun dah jumpa banyak kali khen? Hiks. 

So para pehminat ZaraAmir dan Vanilla Coklat jangan lupa temu janji kita semua pukul 9 malam ini di TV3 hokkay! Cepat betul masa , tengok-tengok dah episod akhir! Tak sabar nak tahu apa lah di penghujung kisah perkahwinan remaja yang pada mula sama-sama benci tapi bila di akhirnya suka sama suka tapi ada pulak dugaan nya kan? Eh banyak betul tapi. Hihihi. Erhiks. Cerita ini mungkin bukan pesen yang jalan cherita berfikir ke atau serius. Tapi lebih kepada untuk buat korang tersenyum dan tergelak ketika menonton. Ehhey , ke aku seorang aje yang begini? Ekekekek.

Okay macam dah terlebih panjang pula entry kali ini kan? So jangan lupa untuk menonton episod akhir Vanilla Coklat malam ini pada jam 9 malam di TV3! Bahagia atau sebaliknya? Melerts sangat ayat mek Jijah! Hahahah :p


sob sob sob 
malam ini episod last :/

p/s: ehem dah tukar header baru la :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

22 comments:

Anonymous said...

morning darling, dah nak abis dah cerita ni ye, tapi serius jarang dpt tgk, tapi sesekali tgk, alahai feeling je hehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wajib ai tgk gak malam ni
sure thyeols punya happy ending
ai loikeee zara & amir

huda93 said...

wallpaper sgt cantikkkk!! <3 cm na nk buat wallpaper erk?? guna software apa ye? huhu

Saya Disini said...

xsabr nk tgu mlm ni...

Unknown said...

semestinya mlm nie akan dduk dpan tv..haha..
diorg bbaik asanya mlm nie..hppy ending..^^V

misz uzmy said...

xsabar nak tengok malam ni..

tapi sedih last episod dah..
xdapat tengok telatah amir n zara..

aanie said...

dulu cite ni rasa mcam comel2 tp bila part ayah dia suruh cerai tu rasa menyampah lak...

tp x sabar nak tgk episod last mlm ni....happy ending rasanya kot....

as_syifa' said...

best22

tiefazatie said...

comel je kan..hee

MamaYatie said...

abis sudah...
akak pun layan citer ni...best kan!
nampak serasi & ada chemistry kan kapel ni...hihi

dik, result spm kuar rabu depan..nervous tak?mesti tak lena tido kan..sejarah tu jgn lupa,wajib A1 (hihi...tanduk dah kuar ni)

Anonymous said...

ehhhm...best gak erk cite vanilla coklat...t'utamnya amir dan zara...gandingan meka berdua ne mmg maaaaaaaantop sngat...buat lha lgi cite yg ade zara dan amir ne...smalam manangis tgok cite ne...banjir rumahhhhhhh!!!!!

Ijah EmoTemo said...

tina -- feeling sgt kan? hehehe

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu -- ahha! happy ending yg buat ramai tersengih2 heheheh

Ijah EmoTemo said...

huda -- tq! my friend yg buat. guna photoshop :)

Ijah EmoTemo said...

saya disini -- :)

Ijah EmoTemo said...

fatin -- hehehehe oh yes happy ending akhirnya! :p

Ijah EmoTemo said...

misz uzmy -- hehehe kan? rindu zaraamir :)

Ijah EmoTemo said...

aanie -- hihihi kan? mula2 best. pertengahan start mengarut :/ but ending sgt best! ngeee hahah

Ijah EmoTemo said...

syifa -- :)

Ijah EmoTemo said...

ifa -- sgt comel :)

Ijah EmoTemo said...

kak yatie -- hehehehe kan? chemistry diorg sgt kuat wooo :p heheheh

Ijah EmoTemo said...

cik anon (lol) -- hehehe best sgt2 kan! haha