Home

Friday, March 2, 2012

Gambar-Gambar di Sekitar Malam Gala Cinta Kura-Kura. Jangan Lupa Menonton Cinta Kura-Kura Bermula 1 Mac 2012.

Seperti biasa , aku selalu tertangguh nak update cherita dek kerana kekangan waktu dan kemalasan. Heh. Sepatutnya update tentang cherita ni awal-awal tapi terlambat juga. Dua minggu yang lepas aku sempat menghadiri Malam Gala Cinta Kura-Kura yang bertempat di e@curve. Biasalah aku akan pergi dengan kawan aku khen? Teruja juga mahu menonton cherita ini sebab genre cherita ini tak salah aku komedi romantik. 


Filem Cinta Kura-Kura merupakan filem yang diarahkan oleh Nizam Zakaria dan dilakonkan oleh Tiz Zakyah , Aeril Zafrel , Fizz Fairuz , Fara Fauzana , Zizan , Bob AF dan ramai lagi. Masa di Malam Gala Cinta Kura-Kura hari itu , Lisa Surihani pun sempat datang memberi sokongan. Masa tu lebih kurang seminggu sebelum Lisa dan Yusry berkahwin. Hiks. Okay mari kita layan gambar dulu sebelum aku komen tentang filem Cinta Kura-Kura ni hokkay!



Usop Wilcha!



Daus AF!


Pengarah Cinta Kura-Kura , Nizam Zakaria.


Zizan!


Kumpulan Sofazr yang menyanyikan lagu untuk OST Cinta Kura-Kura!


mak cik Merry! erk tak ingat nama sebenar dia gapo! haha.


bang long! eh Norman KRU. ngahaha.


Fizz Fairuz!



Ini bukan artis extra! Ini perfeeling retis :/
ngahahahah.

So bagi pendapat aku yang sibuk jugak nak kasi pendapat ni khen? Filem Cinta Kura-Kura memang menghiburkan. Siapa-siapa yang menonton filem ini pasti akan ketawa mendengar dialog yang di tuturkan. Bagi aku filem ni memang sesuai untuk siapa-siapa yang nak hilangkan stress or nak ketawa aje sepanjang masa. Iyelah kan , dah Zizan pun berlakon atau lagi tepat meminjamkan suara dalam filem ini. Walaupun cuma meminjamkan suara tapi lakonan Zizan tehtap berjaya buat aku ketawa terkekek-kekek. 

Bagi aku cherita ni pesen lawak santai. Kau akan tergelak tengok karenah kura-kura Tiz iaitu Nico. Perangai dia ya hampun mengalahkan manusia. Ngahahaha. Memang menarik dan kelakar filem ini. Iyelah kalau siapa-siapa yang tengah stress memang elok benar tengok filem ini. Iyelah kan nak gelak ketawa suka ria tanpa fikir apa-apa masalah khen? Serius bila aku tengok hari itu memang aku tergelak aje. Senang cherita , filem ini menghiburkan lah. Berjaya buat aku ketawa tanpa henti gituh. Memang masa aku tengok hari itu , seluruh panggung ketawa terkekek-kekek.


Tiz Zakyah!


Aeril Zafrel ;)


tehtap perfeeling bergambar dekat sini khen? ngahahaha :p

Muehehehe minta maaf lah ye kalau entry kali ini dipenuhi dengan gambar-gambar kan? Sekali sekala katanya! Padahal setiap kali muncul entry pergi event mesti penuh dengan gambar kan? Tak gheti nak buat entry bersambung katanya! Hihihi. Untuk filem ini aku kasi 3 bintang setengah. Kalau aku kasi lebih-lebih nanti korang kata aku ni terlebih over pulak. Ngahahaha. 

Sungguh filem ini menghiburkan lah. Macam aku tulis di atas tadi lah kan , kalau korang terasa nak bergelak ketawa , filem ini antara yang boleh buat kau ketawa. Atau aku aje yang jenis ketawa tak kira masa? Erk! Selain daripada Zizan , Fara Fauzana dan Usop Wilcha antara yang meminjamkan suara mereka untuk kura-kura. Memang cute bila FaFau kecek kelate. Mampoo kura-kura kecek Kelate? Hahaha. So cute! So kalau nak tengok macam mana kura-kura kecek Kelate , haaa kena lah pergi menonton filem ni :p








sebab malas , aku cantumkan semua gambar yang aku bergambar.
eh macam pusing-pusing ayat aku :/

Fuhh jenuh jugak nak siapkan entry ini. Salah satu faktor , mood aku agak terumbang ambing sekarang ni. Perlu ke cherita? Ghasaklah cherita jugak! Lepas tu kemalasan nak ngedit gambar kasi kecik. Maklumlerr , kalau gambar besor , nanti berukban aku tak mampoo nak kasi upload. Lembap semacam. Pastu sibuk jugak letak watermak. Perfeeling takut orang curik gambar khen? :/ Kisahnya macam-macam yang buat aku terbantut nak update. Sepatutnya by last week aku update. Grgg. Biasalah , kita mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan semuanya. Err tetibe kan?Hehehe.

So , jangan lupa untuk menonton filem Cinta Kura-Kura bermula semalam ! Pasti korang akan terhibur dan tersengih selepas menonton filem ini. Ngeh ngeh ngeh :D

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

12 comments:

Hanamiko Sakura said...

eii..bestnye jumpa retis... pegi tak ajak pon.. hehehe ^^

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

1st nyapa muka daus gebusss sgt uols????

2nd hamboiii ada abe fiz sure ader mek ijah gak

3rd ai loike ur tudang ada corak leopard la awwwww

Hanis MY said...

beshnya bergambar dgn lisa i loikeee... nanti ijah buat review pasal pelem ni k..nk g tgk jaun la fullekk... wuwuwu...

sitiezahim said...

tizz mesti cantikkan? heheheh

Mama Zharfan said...

me nak gi tgk ari ni heheh

tiefazatie said...

aargghh..jeles2..haha

Ijah EmoTemo said...

hanamiko - heheheh.. kebetulan fizz kasi tix :)

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu - hahahaha no komen :p hehe mmg fizz yg ajak pi tgk citer ni heeheh.. ngeee kan? loike jgk tp kain tudung ni pesen panas sikit.. berpeluh sikit klu pki -__-

Ijah EmoTemo said...

kak hanis - weeee kebetulan terserempak terus ajk bergmbr hehehe

Ijah EmoTemo said...

kak siti - a'ah cantik n sweet :)

Ijah EmoTemo said...

mama zharfan - :)

Ijah EmoTemo said...

ifa - oh tidaak jgn jeles hehehe