Home

Friday, March 23, 2012

Titik Perubahan?

Sudah terlalu lama jejari tembun ini tidak mengetuk keyboard laptop kan? Padahal banyak betul perkara nak dikongsikan di dalam belog kesayangan ini. Tetapi entah kenapa aku seolah-olah malas untuk menulis apa-apa. Lagi senang untuk membaca dan menjadi pembaca senyap di belog orang lain. Hendak menurunkan komen pun terasa berat semacam. Seolah-olah tiada langsung idea. Biasalah , kadangkala bila kita selalu buat perkara sama mesti kita hendak juga berhenti lakukannya perlahan-lahan.

Sekarang ini sekadar hendak mencari kembali mood dan semangat blogging seperti sebelum ini. Kesian sungguh dengan diri ini , cepat betul mood naik dan turun nya. Betul ke kena kesian? Heh. Ada banyak entry yang dah dijadikan perkasam gara-gara tak ada mood nak menyambung menulis dan tiada idea nak teruskan penulisan. Haih. Tak apalah , bukan entry penting pun. Cuma kadang-kadang sadis bila tengok sendu betul belog sendiri sejak akhir-akhir ini. Apasal gaya penulisan hari ini macam sendu semacam kan?


Tengok tajuk entry ini ; titik perubahan? Apa yang IjahEmoTemo nak ubahkan ini? Ikut hati macam-macam perkara nak diubah. Itu ikut hati. Dapat buat atau tidak , itu tak pasti. Kali ini memang berazam nak berubah. Nak berubah untuk macam-macam perkara. Moga azam berubah ini masih belum terlambat. Tak ada benda yang terlambat selagi teringin nak buat kan? Hehehe.



credit gambar : Google.

Aku sendiri dah buntu tak tahu hendak tulis apa lagi. Masalah yang selalu terjadi bila tengah teringin untuk update macam-macam. Tak apalah , nanti sambung lagi di lain entry. Eh lupa nak tanya , ada yang rindu ke dengan Jijah? Hew Hew Hew. *dush* Hahahah , insyaAllah kalau ada mood karang , aku update lagi. Kalau ada mood lagi aku belogwalking belog korang. Kalau lah kan? Eh kata nak berubah , tapi masih dengan ayat "berkalau" ye Jah? Hmmm...Result SPM aku? Alhamdulillah , okay. Tak mahu komen lebih , itu isu sensitif. Hahaha , tiba-tiba ye Jah? Hihihi.

Dah. Aku mahu berhenti menulis. Nak rehatkan otak yang berserabut dengan macam-macam perkara. Nak tenangkan fikiran. Malas nak fikir yang bukan-bukan. Eh perasan tak Jijah tulis pendek aje kali ni kan? Okbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

8 comments:

miloais milo said...

mek.... rindu banget ngan mek....

tahniah beb...

perubahan perlu - untuk terus maju
kalo tak - akan static - amat tak elok kekdahnya....
tapi jangan buat perubahan mendadak dan melulu
takut nanti tersilap langkah ye...

apa2 pun - good luck

KhaiRin : anies said...

otak kena releks br bleh tulis

PinKy MoMMa said...

tu la yang akak rasa dulu dik..huhu ke laut sungguh..meh la nak seru dik ijah nyer mood mengetuk keyboard.. ^^

sitiezahim said...

aik mmg lain beno gaye ijah menulis ni..almaklumlah orang dah lepas spm..dah besa...hahahaha jgn mare ijah..eppi sokmo ok :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo -- heheh i miss u too!! :)

yes, so far tengah menuju ke arah perubahan sedikit demi sedikit. hopefully berjaya. hehe tq!! :)

Ijah EmoTemo said...

khairin -- hehehe yes! betul tu :)

Ijah EmoTemo said...

akak pinky -- heheh stress sgt tak dpt cari hujung pangkal mood ni. sob sob sob. mungkin dah rasa xada bahan menarik untuk cerita kot sob sob. hehe

alolo shumil je akak hehehe

Ijah EmoTemo said...

kak siti -- hehe ada lain ek? mungkin sikit2 kot ngehehehe ;)