Home

Monday, July 25, 2016

Edisi OOTD : Melaram Di Hari Raya Pertama.

Biasalah , bila sesekali tidak mengupdate belog , mesti akan ada penyakit tiba-tiba gigih untuk mengetuk kibod lagi , lagi dan lagi! HAHAHAHA! Biarlah khen? Bukan selalu datang penyakit rajin begini. Kikikiki.

Kali ini nak bercherita tentang gaya melaram si Jijah yang tak tahu-lah kenapa macam beriya betul tahun ini. Jijah siap beli lace dari kawan Jijah yang beli terus dari Vietnam katanya. Gaya lace dia macam ada orang nak datang meminang katakau! Kahkahkah. Hey! Tak ada sesiapa nak masuk meminang pun masih boleh pakai lace sesantek hokkay! Jangan jadi tipikal maleis sangat Jijah oiii! Hahahahaha!

Memang betul , kali ini Jijah macam ada semangat yang boleh tahan juga. Gigih menempah baju beserta lace tersebut. Tapi banyak betul dugaan menempah baju raya tahun ini. Sehingga mahu menumpah air mata either baju tersebut boleh disiapkan atau tidak. Dramatik gila khennn? Biasalah , dah nama pun #DivaPora! Ekekekeke!


Kasut : Vincii

Handbag : Vincii.

Iols pakai jenama tempatan sajork. Gitchuew!



Latar belakang : Rumah Ayah Long. Kikiki.

Baju : Tempah sendiri.

Lace : Mode Fabrics

Melaram ke tidhokkk?!

HAHAHAHAHA.

Agaknya si Jijah ni ingat dia kena pergi ke Anugerah Bintang Paling Popular kot? Begitu sekali meriah dia punya lace okay?! HAHAHAHA. Bertabah dan redholah semua sanak saudara bila glitter lace tersebut bertempiaran jatuh sikit demi sedikit okay! Kekdahnya tak boleh lah cecurik kuih raya sebab akan kantoi kerana glitter akan jatuh jua di tempat Jijah duduk hahahahaha!

Begitulah Jijah , kalau tak ada tulisan merepek tak sah. Lagipun entri ini memang saja-saja tulis untuk ingatan akan datang. Mana tahu suatu hari nanti , bila tiba hari yang sunyi sepi tak tahu hendak membuat apa , membaca entri-entri lama pun best juga khen? Hihiks. Lagipun memang apa sahaja yang berbentuk personal tidak ada unsur tunjuk menunjuk pun. Sekadar perkongsian yang mungkin boleh digunakan untuk sesiapa kelak , atau untuk tujuan diri sendiri hendak membuat rujukan sendiri katanya.

Cukup sampai disini dahulu. Nanti ada masa lagi , Jijah tulis lagi. Kesian belog picisan ini. Asyik sahaja sunyi tanpa sebarang update khen? Konon macam ramai sangat yang nak membaca belog picisan ini kan! HAHAHAHA okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Sunday, July 24, 2016

Edisi Kehidupan : #TeamRayaKL. Korang?

Kalau sebelum ini Jijah asyik bercherita mengenai cherita lagho sajork khen? Kali ini nak bercherita mengenai Raya Jijah pula. Jarang sangat bercherita dalam belog meskipun Raya lelepas khen? Hihihi. Tak ada apa yang menarik sangat pun. Masih lagi single walaupun sebelum ini bersungguh-sungguh dengan pencarian Jodoh tapi malangnya Jodoh dah kena hinggap dek orang lain. Eh? Perlu lah cherita sini? HAHAHAHA. Meskipun sedikit lambat Jijah update di dalam belog , tetapi tak mengapalah. Raya kan sebulan? Hihihi.

Kembali kepada cherita Raya Jijah , seperti yang ditulis di tajuk itu , Jijah memang #TeamRayaKL setiap tahun semenjak lahir lagi. Ada kampung tetapi tak pernah balik kampung. Bukan , jangan salah faham. Bukan kena buang dengan orang kampung. Tapi nenek dan saudara mara ratanya sudah menetap di KL. Kalau yang berada di kampung pun cuma tok nenek saudara sahaja. Dah lah kampung kita jauh di Kelantan sana , jadi macam tak berapa gagah mana pun nak balik beraya ke sana. Hehe. Tapi kekadang teringin tu ada jugak bila orang cakap seronok menghadap jammed ittuew. Tapi tak tahu lah kalau lepas itu Jijah yang hensof selepas membuat kenyataan seronok itu khen? Hahahahaha.

Raya di KL pun seronok juga. Saudara mara tak putus-putus datang. Meriah tetap ada. Tak ada lah sendu mana pun. Selagi ada keluarga dan saudara mara khen? Tak kira di kampung mahupun di KL asalkan ada keluarga yang kita sayangi dan cintai , itu lebih daripada mencukupi. Nak tulis pepanjang pun rasa macam tak ada perlunya lagi. Lebih baik kita tayang gegambar yang mana ada kan? Lagipun macam korang berminat nak baca pasal kisah kehidupan Jijah si Diva Pora ni khen? HAHAHAHA. Jom tengok gambar raya!


Jijah & Umi.


Jijah & Ayah. Biasalah , kena tarbiyah di pagi Raya khen?
Hensofff!


Umi & Ayah Mie.




OOTD katanya! Biarlah berlatar belakang kan , tong sampah gedabak ittuew! 
REDHA! Hahahahahaha!



Raya at Cik Pa's.



OOTD lagi tetapi bertukar tempat pula. kehkehkeh.



Raya at Cik Zu's.


Thanks Kak Nina for coming! :*


The ladies ABCM ( anok beranok cikgu mat! ) bila dah start berposing khennn :p



Le cousin's!


Belum sepenuhnya lagi , dah penuh separuh khen?
Kalau keseluruhan keluarga Anak Beranak Cikgu Mat ni , memang sampai ke depan lewww!


Raya at Ma Si's :)

Bila sudah terlalu lama tidak mengupdate belog , haruslah penuh dengan gambar sahaja belog hari ini khen? Hahahaaha! Lagipun cuma sekali sekala sahaja Jijah terasa gigih begini. Bukan selalu pun khen? Untuk tatapan di masa hadapan kelak. Nanti bila perlu , haruslah gigih diri ini menatap kembali entri dan gambar-gambar ini khen? Begitulah khen. Nak tulis macam-macam pun tak tertulis sebab entri ini bakal menjadi lebih panjang nanti. Hihihi. Cukup sampai disini dahulu. Bagaimana dengan Raya korang semua? Pasti meriah dan gembira kan? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)