Home

Saturday, July 16, 2011

Ikea to Curves. Menikmati Meatball Ikea katanya!

Semalam bila membuka folder-folder gambar baru sedar yang aku terlupa nak update sesuatu. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa. Eh eh ayat gedik sungguh. Ekekek. Jadi kira nya ini entry yang dah basi-basi manja lah sebab ini cherita yang boleh tahan lama jugak sebenar nya. Ingat lagi tak entry-entry sebelum ini yang aku secara tak sengaja terserempak dengan Aaron Aziz di Curves bersempena BSN Carnival? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak? Elleh , ingat la tueww tapi buat-buat lupa khen? *pang*


Jadi kan aku pernah beritahu sebelum ini yang aku pergi makan meatball di Ikea kan? Jadi sekarang baru lah teringat nak tepek menepek gambar yang pergi makan dekat Ikea tu. Macam biasa Ikea sentiasa sesak baik orang nak pergi makan semata-mata mahupun yang nak membeli belah. Sampai aje dekat Ikea terus pergi mencari tempat duduk. Memang sesak sangat-sangat tapi dapat jugak tempat duduk. Lepas tu Kak Ekah dan Kak Fieza pergi beli kan meatball untuk aku dan kakak aku. Kitaorang jaga tempat kekdahnya. Kak Fieza sempat beli ais krim dengan karipap dekat Ikea dan bak kata Kak Fieza ini karipap Ikea okeh bukan karipap belakang lorong rumah korang tu tau! *nangis* Hakhak , Kak Fieza kalau tak buat ayat guling-guling tak sah khen? Hahahah.


tehtap posing walau di mana pun berada. kau hado? #matilaa


menanti meatball dengan muka paling tabah.

gituew hakhakhak.

Lepas tunggu beberapa minit , ewah dah macam nak buat kuih pulak kena tunggu beberapa minit bagai khen? Hahahah , lepas tu makanan yang di nanti-nanti pun muncul. Hahah , iyelah aku kan mana pernah jejak Ikea semata-mata untuk makan. Selalu pergi Ikea untuk beli barang ke apa ke kan? Hiks. Harus lah meks jakun tengok meatball itu. Boleh macam gitu?


tadaaaa , meatball yang memang yummeh.


tehtap posing khen?!!

Kak Fieza dan Kak Ekah pun ada beli jugak makanan-makanan lain. Aku yang sememang nya kaki makan harus lah makan aje semua benda khen? Kebetulan tengah lapar ya hamat , aku makan aje lah dah orang pun suruh makan khen? Keh keh keh sungguh tak tahu malu muka nya! *nangis*


errr kek gapo ni? mek tak tahu.


jangan tanya aku nama makanan ni.
aku tukang makan je. ekekeke.

Habis aje makan sampai pitamz kitaorang pun apa lagi balik lah kan? Tak kan nak duduk dekat Ikea macam kitaorang lah tauke nya? Hakhakhak. Tapi sungguh lah meatball itu yummeh. Tak cukup dalam pinggan aku , aku ambik yang dalam pinggan kaka Ekah sebab dia tak boleh nak habis kan kata nya. Ekekeke. Lepas tu ambik Fish n Chip kak Fieza. Haih , pelahap betul bunyi nya tapi err err iye lah kot. Lepas tu kan pergi dekat Garden jumpa Aril tu minum air pulak dengan kek semua memang boncitz lah perut aku kejap. Ekekekek.

Tapi memang yang pergi Curves hari tu sangat seronok ye. Harus lah kan? Ekekeke .Terima kasih sangat-sangat dekat Kaka Fieza dan Ekah yang belanja aku dengan kakak aku makan hari tu. Lepas tu siap hantar kitaorang sampai ke rumah lagi tau! Hiks.Ekekekek. Baiklah aku rasa baik aku tamat kan entry ini sebelum aku merapu pulak. Saja nak update weekend petang-petang macam ni. Teheheheh.

So , korang buat apa hujung minggu ni? Malam ni ada match Liverpool vs Malaysia dan tadi masa aku dekat LRT Masjid Jamek , fuhhh penuhhh wooo penyokong Liverpool nak naik LRT pergi Bukit Jalil *peluh*.


Terima kasih sudi baca entry ini :)


15 comments:

PinKy MoMMa said...

itu kek daim dik..sedapppppnyer :D

enjoy ur weekend dear!

tiefazatie said...

sedapnya!!!nak!!!waaa

Ijah EmoTemo said...

kak pinky >> ye eh? hikhik. ijah aritu tahu makan je and mmg sedap :D

hiks tq sis :)

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hehehe mmg sedap ifa! smpi kenyang gila aritu ekekekek

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

wah menternak lemak nampak...uwaaa teringin nak rasa meatball ikea itew...sebab ramai kata sedap sgt...sedap ker uols???

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hahaha mmg ternak lemak sgt aritu. lepas tu cuci mata sekali khen? hakhakhak.

hiks sedap uolss. kuah dia tu yg sedap ekekek meatball dia pun lembut semacam je uolss.. sungguh enak ai makan! hiks , nnt balik malaysia moh lah makan :D

miloais said...

seksi ah chicken wings tu posing!
hak hak hak

so bila uols nak belanja iols makan meatball???

jap.... semalam iols pegi wangsawalk... call uols...tapi tak berjawab. ingat nak ajak join sekali!

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> itu jgk yg uolss tgk dulu kan? seksi seksa itu hakhakhak.

err mohtif nk suh ai belanja? ai pelajar sekolah okeh!! nangis erkk hahaha.

hiks sorry kaka milo , smlm bgn lambat teheheheh

Mama Zharfan said...

cafe ikea tu dh halal ker..kan ari tu kecoh2 psl tak halal ie nak kena samak etc..me tak pernah mkn meatball tu sbb was2 :p

Ijah EmoTemo said...

mz >> hee , apa yg ijah tahu cafe tu dah halal. itu la memula was was jgk then bila dpt tahu yg dah halal semua n ada org nk belanja , ijah pergi jela join tehehehe.

bunick said...

mek, aiols nk g ikea wiken ni ngan kaka miko & kaka chengkeh, nt aiols nk try merasa meatball yg nampak sedap itu....

Ijah EmoTemo said...

bunick >> wah best nya! selamat menikmati meatball itu uolss!! ;P

tiefazatie said...

jeles...nak2..sedap2..

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihihi. mmg sedap!

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihihi. mmg sedap!