Setelah beberapa hari tidak meng-update apa-apa di dalam belog kesayangan , akhir nya aku muncul kan diri. Kadang-kadang perlu jugak berehat dari menulis dekat belog kesayangan meskipun tangan bagai di tarik-tarik untuk menaip segala jadah benda kan? Erk , macam seramz lah pulak tangan bagai di tarik-tarik. Gulp!
Ceh. Setelah menenangkan diri yang tak berapa nak tenang hari tu , akhir nya aku rasa proses undur diri untuk beberapa hari ini berjaya buat aku menjadi seperti sedia kala. Hamboii ayat kemain lagi kan? But seriously setelah berhari-hari aku berfikir macam-macam dengan kepala kusut masai dan macam-macam lagi akhir nya hari ini aku terasa sangat lega. Alhamdulillah.
Tak tahu nak tulis apa-apa lagi selain daripada nak beritahu hari ini aku mampu tersenyum lebar dan banyak perkara yang nak di selesai kan hari ini selesai juga. Syukur sangat-sangat. Dah lah pagi tadi hujan kemain lebat sampai liat betul nak bangun pagi dan hujan itu betul-betul satu rahmat. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kerana segala benda di permudah kan hari ini.
Jadi , dengan secara tiba-tiba aku pun turut terasa bersemangat nak buat macam-macam. Tapi macam yang aku cakap dalam entry sebelum ini , apa-apa pun buku-buku atas meja yang berselerak bagai nak rak dan buku yang dah di sign oleh retis kesayangan *batuk* tu jangan lupa pulak. Memang kalau ikut kan hari-hari nak update tapi kadang-kadang dah tulis separuh jalan tapi malas nak publish. Tehehehe , itu memang hakikat sekarang. Tak tahu kenapa. Hiks.
Ermmm , rasa nya dah tak ada nak tulis apa-apa lagi. InsyaAllah kalau mood menulis datang lagi aku update lagi. Ngeh ngeh ngeh. Eh eh eh lupa pulak nak tanya , ehem ada ke yang rindu dekat saya ni ... *gigitjari* Hakhakhak , gedik gelenya sungguh khen? *pang* Baik lah! Terima kasih buat semua yang beri aku semangat dalam entry sebelum ini. Sayang korang ketat-ketat! *peluk*
;)
Jangan terlalu gembira kerana takut di kemudian hari akan menangis. - pesanan untuk diri sendiri :)
Pernah dengar tentang Samsung Colby II tak? Ahha! Kalau belum sila tekan link ini --> http://grpv.cc/M3I
Terima kasih sudi baca entry ini :)
6 comments:
Alhamdulillah.. semoga perjalanan hidup seterusnya juga akan dimudahkan
pulak ye....
ada ke yg rindu kat uols??? ekekekeke
nokkk... so kiranya ni.. tak jadik le nak undur diri ye????
sitisifir >> terima kasih :) insyaAllah amin :)
kaka milo >> hakhak , undur diri tetap undur diri sbb spm makin hampir hiks.
cuma aritu undur diri sbb jiwa kacau katanya. ekekekek.
err tak ada ke yg nk rindu dkt ai *nangis*
selamat kembali...akak pun tenggelam timbul jugak...hahaa
kak yatie >> hiks tq :) heheh , itula lps ni ijah pun tenggelam timbul jgk ni haha
Post a Comment