Home

Thursday, July 28, 2011

Saya Mahu Red Velvet Lagi !! Oh Na Na !!

Ini kisah semalam punya. Aku tempah dengan kawan aku Red Velvet Cupcakes and aku memang tengah teringin gila nak makan benda alah ni sebelum puasa. Ngehehehe. Sebelum ini suruh kakak aku beli dekat KLCC tu tapi boleh pulak dia terlupa kan. Maka harus lah aku ala-ala telan air liur seorang diri bila teringat Red Velvet itu. Ngahahaha melampau-lampau over nya kan? Biasa lah! Ekekekek. 

Jadi Selasa lepas , kawan aku , Aisyah , cakap dia ada jual Red Velvet dengan Macaroon. Wooahh , aku pun memang teringin ya hamat nak makan Macaroon. Asyik tengok Kaka Milo aje yang makan benda tu tak sudah-sudah ahahaha , nak jugak rasa macam mana. Padahal kan ,aku tengah sakit tekak dengan batuk tak berhenti. Semua makanan aku rasa tawar takpun paling best rasa masin. Erk best ke? Eheheheh. Jadi aku pun order , order via Twitter je uolss , canggih tak meks? Hahaha. Aku mula-mula order nak 4 pcs Red Velvet dengan 9 pcs Macaroon dengan 3 perisa. Aku pilih perisa Blueberry 3 pcs , Chocolate Ganache 3pcs and Salted Caramel 3pcs. Aku beli sikit sebab tengah tak sihat + kegawatan ekonomi hakhak jadi tak payah kau nak over beli banyak-banyak. Nanti ekonomi dah pulih beli lah kau satu lori pun , tak ada siapa kisah! Hahahaha. Tapi lepas tu kakak aku cakap nak jugak Red Velvet maka aku tambah 2 pcs lagi Red Velvet.

Tapi aku tak pergi ambik sendiri. Aku suruh kawan aku yang lain ; Dee M yang ambik kan untuk aku. Terima kasih awak , jasa awak saya kenang sampai bila-bila. Eceh tetibe aku sweet sangat ni apasal. Ngahahah *pang* Bila dah petang macam gitu , aku pun pergi ambik pulak dari Dee M segala jenis makanan itu. Fuhh , aku memang tengah teringin nak makan Red Velvet dengan Macaroon yang warna warni itu semakin melonjak-lonjak nafsu makan ye. Hahahah , padahal kan aku pun cuak jugak kalau semua makanan aku rasa tawar. Memang nak kena lah kan !


tadaaaaa.
Red Velvet with Cream Cheese Frosting!
Sumpah Cream Cheese dia sedap gilaaaaa!! 
Macaroon punnnnn sedaaaaaap!!

homemade semua ni tauuu.
bertuah meks dapat kawan-kawan reti baking semua ni. 
ekekeke bertuah lagi korang dapat kawan yang suka makan ni kan?
ahaks!

Sumpah sedap gilaaaa red velvet kawan aku buat ni wehhh. Cream Cheese dia fuhh sampai aku cuit banyak kali dekat red velvet yang lain. Korang tengok aje lah kan ada 2 cuppies yang dah tercomot sikit semua pasal aku cuit cream dia. Ekekekeke. Memang sedaaap weh. Sampai kan si kenit dalam rumah aku pun sibuk makan tau. Ehehehe. Macaroon pun sedap terutama yang salted caramel. Ngeee. Suka!

Kalau ekonomi tengah baik memang aku beli banyak-banyak Red Velvet itu tambahan lagi kalau letak dalam peti cream tu macam keras sikit perghhh makin sedap aku makan weh. Gegghh , aku nak lagi nak lagi Red Velvet itueww. Ngahaha tak pasal-pasal meroyan tau! Semalam dalam twitter pun dah meroyan nak lagi katanya. Ekekeke. Choyy sungguh!!


cuppies yang telah di cuit , ahaks!
yummmeh!!


warna warni macaroons!! ;)

Tapi nak tahu tak , aku seorang aje cakap macaroon ni tak manis sebab aku tengah sakit tekak. Ngahahahahahaha , kau gila? Kakak aku cakap , wehh manis okeh. Sungguh aku rasa tawar cuma flavour dia aku boleh rasa sedap lah. Tehehehehe. Sungguh sedap makanan-makanan ini. Memang lepas gian kejap aku! Ekekeekek. Haih terasa nak tempah lagi Red Velvet ni tau! Tak puas makan. Rasa nya 10 bijik Red Velvet pun belum tentu perut Doraemon aku ni rasa puas. Erk , melampau-lampau kan? Ahahahaha.


ini bukan Red Velvet , tapi Choc Cuppies.
kawan aku , jugak yang buat. 
Shaza katanya , meks tehtap membeli saja reti nya!
ahahaha

haih , pandai betul diorang ni , jeles mak!

Begitu lah kisah nya kan? Tapi memang sejak nak puasa ni rajin betul aku beli cupcakes ni. Lepas gian sangat-sangat. Lepas tu kalau gain weight ke hape jangan nak meraung sampai retak lantai sudah ye? Erkk. Hahahah. Saja je nak update sebelum puasa next week ni. Kang update minggu depan aku pulak yang terlebih meleleh air liur kan? Hahahaha.

So , korang suka tak cupcakes dengan macaroon? Dah pernah cuba macaroon? Suka atau rasa macam mana ? Tehehehe bagi aku okay je makanan manis semua ni cuma jangan makan selalu lah kan. Tak baik untuk kesihatan katanya!

Terima kasih baca entry ini :)

10 comments:

miloais said...

sedapkan macarons iteww!
peberet sangat2 dengan macarons

now iols nak tunggu uols belanja iols red velvet cake itew!

cepattttttt!~
ekekekekek

cepat sembuh nok
cuba guna madu ngan lemon / lime / limau nipis
jangan bancuh dgn air ye... just ambik dua sudu madu dan perah kan sebijik limau nipis
kalo guna lemon tu - agak2 lah jusnya ye... nak guna sebijik pun ok gak.. kalo uols nak lepas tu duduk dalam toilet jahhh! masa tawww! mau cirit-birit lepas pulun sebijik lemon!
hak hak hak

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> khen! mmg sedap tp syg nya ai tak leh nk feel sbb tekak sakit -.-'

ahahahaha , boleh je klu nk belanja red velvet sebijik tuh hakhakhak.

ohh , mcm itu ye? madu + limau or lemon la ye? tq kasi tips. mmg tgh mencari tips hlgkan batuk ni. tak tahan dah dgn dgn batuk semua ni.

wakakakak kewjis klu sebijik tu mmg sah2 tak sempat masuk tandas dah tercirit okehhh! hahahaha

PinKy MoMMa said...

uihhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh air liur..
telan..telan..huhu itu macaroon tak tergoda sbb manis..lebih tergoda ngan choc cuppies itu muehehehe

Ijah EmoTemo said...

akak pinky >> hikhik. mmg ijah pun tgh meleleh sama sbb semua ni dh masuk dlm perut ijah dh pun. ekekek.

choc cuppies tu mmg sedap. hikss.

tiefazatie said...

xpernah mkn..sob2...sedih..

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihihi ijah pun baru first time mkn macaroon tu tehehe.

cik Dil said...

bila awk pulak yg nk buat ni??dil nk tempahh..muahahha

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Mek terlioq iols tgk
Hanya mampu lap air lioq
Uwaaa kena handmade la jawabnyer
Uwaaaa hentak kaki 。・°°・(>_<)・°°・。

Ijah EmoTemo said...

dil >> ahahaha , klu ijah yg buat jwb nya tak sedaaaap *nangis* ekekekek

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hikhik. bertabahla kaka ayu. ai yg tgk ni pun terliur lagi ni. tak puas nk makan :(

bertabahlah kaka ayu. erhehehe