Home

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan :)

Di kesempatan yang aku ada ini , aku ingin mengucap kan Selamat Berpuasa buat rakan-rakan blogger yang beragama Islam dan Salam Ramadhan buat kalian semua yang jika tiada aral melintang nya akan bermula pada hari esok , 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan. Bermakna malam ini akan bermula lah terawikh. Alhamdulillah , kita semua masih lagi berkesempatan untuk melakukan ibadah berpuasa pada tahun ini. Cepat aje kan masa berlalu? Terasa macam baru semalam kita menyambut bulan Ramadhan , kita meraikan AidilFitri kan? Masa sangat pantas berlalu!


Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf andai sepanjang aku menulis di dalam belog Cherita Emo-Temo ini pernah mengguris hati mana-mana pihak atau sesiapa yang masuk di dalam belog ini tanpa aku sedari. Memang aku tiada langsung niat untuk mengguris kan hati , menyakitkan hati mahupun menambah bara di hati korang. Biasa lah kita semua manusia biasa. Kadang-kadang leka dengan keseronokan menulis sehingga terlupa menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling kita. Jadi aku memohon ampun dan maaf ye?


Semoga di kesempatan Ramadhan kita semua yang ada ini di manfaatkan sebaik yang mungkin dengan meningkatkan lagi amalan-amalan di bulan yang sungguh mulia ini.Semoga kita juga di kurnia kan kesihatan yang baik bersempena bulan yang baik ini untuk melakukan ibadah puasa ini. InsyaAllah. Amin. 


Jadi , Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan blogger dan Salam Ramadhan , tulus dan ikhlas dari IjahEmoTemo :)


setiap kali dengar lagu ni terasa syahdu aje kan?

Selamat Berpuasa !
:)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

10 comments:

tiefazatie said...

salam ramadhan dear!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

selamat berpuasa kat mek jugak....
mood lagu sayu then keimanan sket this month insyaAllah

alin said...

salam ramadhan...selamat berpuasa ye.. ;)

Baju Kurung Budak said...

Salam.
Selamat menyambut bulan ramadhan 2011 juga.
Semoga Bulan ini segala ibadah kita dipermudahkan Allah dan rezeki kita akan lebih diberkati. jangan lupa bayar Zakat ya.

miloais said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa uolssss!~

Ijah EmoTemo said...

ifa >> selamat berpuasa :)

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> selamat berpuasa! eheh kan? mmg sayu je :)

Ijah EmoTemo said...

alin >> selamat berpuasa :)

Ijah EmoTemo said...

BajuKurungBudak >> selamat berpuasa :) yup insyaAllah :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> selamat berpuasa! :)