Home

Sunday, July 24, 2011

Mana Ucapan Untuk Diva? *larikk*

Ahaks. Terasa nak lempang bertalu-talu tak muka aku bila baca tajuk entry ituew? Harus lah kan terus terasa nak pang pang bertalu bila baca tajuk entry ni. Ekekekek. Sebenar nya aku masih lagi demam , bukan demam biasa. Tapi demam panas lah pulak. Tak pernah-pernah demam panas sampai tak boleh nak bangun , sampai letak kain dengan air atas kepala pun tak jalan-jalan , sampai nak tidur sepanjang masa. Teruk betul keadaan aku semalam. Nak bukak mata pun tak boleh sampai aku pun tak percaya yang aku demam panas. Ahahahha , boleh pulak macam gitu?

Pagi semalam mula-mula dah okay aje keadaan aku. Cuma batuk tak berhenti. Lepas minum 100 plus dengan air asam jawa sebab aku sakit tekak , badan aku dah mula rasa tak selesa. Terasa nak tidur lah , terasa letih lah. Petang tu pulak bila dah rasa mengantuk aku terus tidur aje lah. Bila dah tidur tu lah , badan aku mula panas ya hamat. Sampai mak aku pun risau tengok keadaan aku. Siap kena paksa bangun lagi eheheheh. Nak bangun memang tak larat sebab kepala terasa berat dengan berdenyut. Tekak loya sebab tak makan apa-apa. Nak makan macam-macam semua rasa tawar. Minum milo pun rasa tawar , macam mana tuh? *nangis*


minum air ini pun pasti tawar jugak okeh!
nangiss

Bila malam , badan aku makin panas. Kepala makin berdenyut-denyut sampai aku rasa macam nak pecah aje kepala nya. Fuhh , sungguh terasa nak menangis. Lepas tengah malam badan aku dah panas tak panas sebab mak aku asyik letak kan kain dengan air atas kepala nak kasi kebah sikit. Tapi pagi semalam , aku rasa badan aku makin panas. Aduss , stress okeh! Badan panas satu hal , kepala berdenyut pun satu hal. Huwargh! Memang lah aku terasa nak menangis hentak-hentak kaki okeh? Dugaan sungguh. Aku pun tak tahu kenapa teruk betul demam aku kali ini. Tak pasal-pasal pukul 3 pagi tadi aku mintak dengan mak aku panadol sebab ubat demam dah tak ada. Nak pergi klinik , klinik hape yang hade pukul 3 , 4 pagi nih ? Ada je tapi aku kan cerewet kan? Tehtap feeling diva kan! *pang*


gambar feeling diva?
erkk!


Dan bila pukul 5 pagi macam itu badan aku terus kebah dan kepala pun dah hilang berdenyut. Syukur sangat-sangat! Alhamdulillah. Cuma batuk pulak datang balik. Hailah , redha aje lah. Lagipun haritu bersungguh-sungguh cakap nak diet sangat kan? Hamikk kau bila demam panas , memang nak makan apa-apa pun tak ada selera. Cuma mampu makan capati kosong ataupun roti bakar ataupun biskut je. Itu pun rasa nak muntah lah , rasa tak larat lah nak telan. Haih. Tengah menulis ni pun badan rasa sejuk semacam je. Mungkin sebab nak kebah dari demam lah kot. 

Tapi kalau ikutkan semalam , memang badan terasa panas ya hamat. Tapi dalam badan terasa sejuk. Memang menggigil jugak lah semalam. Memang demam panas sungguh semalam. Eheheheh. Gigih betul aku bercherita kan? Dah tu nak cherita apa lagi kan? Ehiks. Berbalik kepada tajuk entry ini ... mana ucapan-ucapan untuk diva picisan ini? Ahahahahah. Tak ada ke sesiapa nak lawat ai yang tengah tak sihat ini? Tak pun nak kasi cokelat ke , cupcake ke , buah buahan ke? Mana? Di mana?!! *pang* Wakakakak , memang terus rasa nak lempang kan muka aku yang cute iniew? *montah* Ahaks!


gambar sekadar hiasan. 
voleyh?

Tehtap feeling kan kau Jah? Haruslah! Bila lagi nak feeling kalau bukan di belog sendirik khen? Begitulah! Ahahahahah. Haih , tak padan dengan demam panas , tehtap nak feeling tak hengat kan? Ekekekeke. Hailah , harap-harap cepat lah sembuh demam panas ini. Tak sanggup nak melalui rasa panas yang tahap air mendidih atas dapur. Tak larat nak merasai kepala yang berdenyut seumpama nak pecah ni yuolsss. Tak larat nak batuk sampai sakit perut erkk. Sungguh tak larat okeh! Uhhu. Doa-doa kan lah aku cepat sembuh ye.

Okay lah , aku pun dah tak ada benda nak menulis lagi. Harap betul cepat sembuh sebab sungguh tak larat nak makan ubat semua ini. Nangis!!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

9 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

cian kena demam teruk uols...
get well soon na
jgn malas makan ubat taw....dan jgn minum air berice oke @____@

iamfarha said...

Get well soon! hehe

tiefazatie said...

moga cpt sembuh lalink!

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> itula , dah lama tak demam teruk mcm tu. hehe.
tq ye kaka ayu :)

Ijah EmoTemo said...

aa >> tq bebeh! :D

Ijah EmoTemo said...

ifa >> thanks ifa :)

PinKy MoMMa said...

diva tunjuk cincin mahaiii hukhukhuk..takut ahkak tgk ;p

get well soon syg :)

PinKy MoMMa said...

diva tunjuk cincin mahaiii hukhukhuk..takut ahkak tgk ;p

get well soon syg :)

Ijah EmoTemo said...

akak pinky >> ahahaha diva pki cincin murah je tu *nangis* hahaha.

tq akak :)