Home

Monday, January 25, 2016

Edisi Kehidupan : Rakyat Malaysia & Beratur.

Semenjak menjadi pengguna tetap untuk perkhidmatan kenderaan awam ( public transport ) , LRT , Jijah sentiasa berhadapan dengan pelbagai peel dan perangai manusia yang bermacam jenis. Kadangkala sampai terasa tak terluah dengan kata-kata melihat perangai mereka ini. Hendak kata worst sangat , tak juga. Hendak kata biasa-biasa sahaja , pun tidak juga. Namun ada satu perangai dan peel ini , Jijah rasa Jijah perlu juga tuliskan di dalam sini , bukan sekadar catitan peribadi. Namun untuk renungan dan peringat bersama termasuk untuk diri sendiri juga.



Jijah seringkali meneliti sikap segelintir rakyat Malaysia yang cenderung untuk tidak beratur ketika hendak menunggu LRT. Bukan semua ya , tetapi cuma segelintir yang bajet good-good , bajet LRT ni aku pun ada saham dalam ni , KEHTEHPIIII SEMUAAAAA.. Gitchuew! Walhal , tehtap jua rakyat marhaen yang nak tak nak kau tehtap kena beratur juga ya? Sebenarnya , tidak lah Jijah lokek untuk memberi laluan kepada yang betul-betul memerlukan masuk terlebih dahulu. Namun , biarlah betul pada caranya. Habis tu kalau setiap hari kau lambat dan setiap hari kau perlu memotong barisan orang dek kerana kau lambat , adakah itu perbuatan yang betul? Memang jenuhlah aku nak kena beralah dengan orang yang begini khen? 

Sikap selfish dan pentingkan diri serta tidak menghormati pengguna yang lain dengan memotong barisan cukup merimaskan Jijah. Sekalipun kalian terlambat , apakah orang lain tidak terlewat juga? Tambahan dengan situasi sekarang , apabila LRT sering terlewat dari masa asalnya sehingga menjadikan perjalanan ke office yang sepatutnya cuma 30-35 minit drag kepada lebih sejam untuk menunggu LRT tiba sahaja. Belum lagi LRT tiba-tiba terhenti ditengah-tengah landasan. Kalau landasan yang masih boleh nampak bangunan , bukit-bukau dan matahari masih boleh menarik nafas lega. Tapi kalau di tengah-tengah terowong , ada juga rasa nak pengsan di hadapan mat salleh. Eh? Niat lain nampak! Ekekekeke.

But seriously , aku cukup tak suka bila melihat segelintir rakyat Malaysia yang cukup mementingkan diri sehingga tidak reti untuk beratur. Benda yang paling mudah. Rasanya basic yang diajar ketika di sekolah rendah even di tadika sekalipun. Dulu , siap kena letak tangan atas bahu lagi tau! Kalau kau gatal buat macam tu dekat LRT , memang ada jugak yang tersadai dekat atas landasan kang! HAHAHAHA.

Sebenarnya , cukup penat melihat keadaan sebegini yang dimana , masing-masing sudah cukup dewasa dan sepatutnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Namun entah dimana silapnya , masing-masing seolah-olah memandang enteng perkara begini. Semoga di tahun 2016 ini , akan berlaku sedikit perubahan rakyat Malaysia yang lebih menjurus kepada kebaikan dan tidak berlaku perkara remeh temeh seperti ini. Iyer , nampak remeh temeh kerana tidak beratur. Namun , kerana perkara kecil itu lah yang bakal membentuk kepada keperibadian yang mulia , menghormati orang lain dan beradab. Bila kita menghormati pengguna lain , orang juga akan turut menghormati kita sebagai pengguna juga. Tak begitu?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: