Home

Thursday, November 17, 2016

Gambar-Gambar Di Sekitar Penggambaran Drama Bersiri Amsyar. Korang Tengok Ke Tidhok?

Macam sudah agak lama Jijah tidak berkongsi gambar-gambar ketika ke tempat penggambaran dengan engkorang semua dalam belog picisan ini khen? Kalau dulu , selalu sahaja ada update tak kira masa. Sekarang hendak bukak laptop pun kena pegang tasbih kekuat sebab tak kuat nak mengetuk kibod lagi dah khen? Kikiki. Kali ini Jijah hendak berkongsi dengan engkorang semua gambar-gambar yang sempat Jijah rakam sendiri ketika Jijah sempat menyinggah ke tempat penggambaran drama bersiri yang sedang ditayangkan di TV9 iaitu Amsyar.
Peluang yang diberi oleh pihak Zeel Production terutamanya producer tersohor dan vogeh da vazz , Hj Zil haruslah tidak disia-siakan oleh Jijah. Peluang bukan datang bergolek. Kalau dah dapat peluang haruslah dicapai dengan sebaiknya khen? Sebenarnya penggambaran untuk drama Amsyar ini sudah lama dilakukan. Malah sudah habis pembikinan drama bersiri ini. Tapi biasalah , Jijah yang cukup diva ini, barus sekarang hendak kongsikan gambar-gambar dengan engkorang khen? Kikiki , maafkan Jijah!
Kalau ada yang masih belum tahu , Amsyar merupakan sebuah drama lakonan Elly Mazlein , Redza Rosli , Ben Laden dan ramai lagi. Turut berlakon di dalam drama bersiri Amsyar ini ialah teman buat perangai Jijah iaitu Kaka Lynn. Kihkihkih. Kaka Lynn memegang watak sebagai Kak Murni. Engkorang jangan memain , Kak Murni pun bakal ada FC tau! Kahkahkah! Makin vogeh da vazz lah teman buat perangai Jijah yang sorang ni khen? Hakhakhak , konpem kena kecam lepas dia baca entri ni nanti :p Dah tak payah nak tulis bebanyak sangat. Meh tengok gambar-gambar jom!















Haaa , puas hati tak engkorang? Atau nak lagi gambar ni? Hehamboi! Cer peromot belog picisan ni bebanyak. Baru lah rasa seronok nak share gambar khen? Kahkahkah! Melampau! Kalau ada yang teringin untuk membaca sinopsis drama bersiri ini , boleh membaca entri AMSYAR yang lepas tau , sebab disitu Jijah ada berikan sinopsis khas untuk engkorang semua. Kalau engkorang ada masa yang lebih hendak sesantai sebelum waktu tidur korang. Boleh lah menonton Amsyar setiap Selasa - Ahad jam 8.30 malam. Korang pasti tak akan rasa menyesal untuk menonton drama ini kerana gabungan pelakon baru dan lama yang cukup menyengat!
Jijah sendiri tidak lepaskan peluang untuk menonton drama ini yang penuh dengan emosi dan airmata. Memang layan juga menonton drama ini. Korang semua jangan lupa untuk menonton juga okay? Lakonan Elly Mazlein , Redza Rosli serta pelakon-pelakon lain memang tidak akan menghampakan engkorang semua. Jalan ceritanya juga tidak kurang hebatnya. Penuh berliku dan konflik. Jangan engkorang mengharapakan cerita cinta manis bersemut pula. Itu tunggu drama lain pulak HAHAHAHA.
















Haaaa kekdahnya tak ada bergambar dengan Elly Mazlein kew? Kehkehkeh! Mana mungkin khen? Sesambil kita datang melawat tempat penggambaran , menyaksikan mereka semua berlakon serta para krew dan team zeel production menyiapkan naskah ini haruslah diselitkan sekali dengan sesi selfie khen? Oooopss! 


Kak Lina Pom Pom dengan Jijah!
Maafkan wajah kemengantukan Jijah ittuew!

kehkehkeh!


Waheeda & Kak Murni
Gitchuew!

Haaaaa puas ke tidhok engkorang semua tengok gegambar ni? Haruslah puas khen! Ekslusif gitchuew! :p Engkorang semua ada yang menonton drama ini tak? Amacam ? Ada yang menonton sambil menyediakan berpuluh kotak tisu tak? Cer citer sikit! Harap engkorang semua seronok dan terhibur membaca entri ini ya. Dan jangan lupa untuk menonton Amsyar setiap Selasa - Ahad setiap 8.30 malam di TV9.
Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: