Home

Thursday, November 3, 2016

Slot Azalea TV9 : Amsyar Lakonan Hebat Elly Mazlein , Redza Rosli & Ben Laden Setiap Selasa - Ahad Jam 8.30 Malam.

Macam sudah terlalu lama Jijah tidak mengetuk kibod mengenai drama yang menarik untuk ditonton khen? Hihiks , maaflah , sejak dua menjak ini memang sedikit sibuk sehingga diri sendiri pun tidak terkejar untuk menonton mana-mana drama yang sedang ditonton di televisyen. Kali ini Jijah hendak mengajak korang untuk menonton sebuah drama terbitan Zeel Production untuk Slot Azalea di TV9. Drama yang bertajuk Amsyar yang dilakonkan oleh Elly Mazlein , Redza Rosli , Ben Laden , Hairi Safwan , Nafiz Muaz , Faralyna Idris dan ramai lagi. Amsyar yang bertemakan kekeluargaan ini telah diarahkan oleh pengarah tersohor Murali Abdullah.

Sebenarnya drama Amsyar ini telah pun bersiaran pada 28 Oktober yang lepas. Jijah sempat menonton episode 1 drama tersebut dan ternyata ia bukan drama yang biasa-biasa kerana mempunyai para pelakon yang bukan calang-calang. Lakonan pelakon utama , Ben Laden turut menjadi tumpuan Jijah kerana lakonannya cukup mantap untuk beberapa episode awal ini. Tak percaya? Haaaa , kena tonton sendiri baru lah korang akan percaya dengan statement vazz Jijah khennn? Kihkih! Jom baca sinopsis dahulu buat mereka yang masih belum menonton. 


Drama Amsyar mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Amysar yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalan raya. Sebagai seorang anak tunggal Amsyar tinggal sebatang kara dan dijaga oleh pak LANGnya bernama Shahrul. Namun isteri Shahrul tidak menyukai Amsyar dan menganggapnya sebagai bebanan pada keluarga mereka.
Selepas tu Amsyar tinggal bersama seorang lagi bapa saudaranya bernama Azhar. Tetapi ramai pula yang tidak menyukainya di situ sehinggakan dia sering dimarahi, dipukul dan didera.
Kerana tidak mahu menjadi bebanan pada orang lain, Amsyar redha tinggal di Teratak Kasih sebuah rumah anak-anak yatim yang menempatkan budak-budak yang senasib dengannya. Pemilik rumah anak yatim itu bernama Waheeda.
Apa akan berlaku kepada Amsyar selepas itu. Dapatkah dia hidup dengan lebih bahagia dan tenang? Untuk mengetahui kesudahan kisah penuh emosi ini, jangan lupa tonton Drama Amsyar pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan siaran ulang tayang di TV3
Baca sinopsisnya sahaja sudah mengetahui jalan cerita ini cukup berat khen? Pasti kita sebagai penonton pun turut bermain emosi apabila menonton drama Amsyar ini. Jijah sendiri turut terkesan tatkala menonton tempoh hari. Tambahan pula semua pelakon yang terdapat dalam drama bersiri ini bukan menampilkan lakonan yang biasa-biasa. Tulis pepanjang pun tiada guna khen? Mohler kita tengok gambar pulek!







Sinopsis sudah diberi dan gambar-gambar para pelakon utama pun sudah diberi. Jadi korang semua jangan buat-buat lupa pulak untuk menonton drama bersiri Amsyar yang disiarkan di TV9 setiap hari Selasa sehingga Ahad jam 8.30 malam. Jijah yakin korang semua pasti akan menyukai dengan setiap satu watak yang dijayakan dalam drama ini. Jadi jangan lupa menonton okay? 

Terima kasih sudi membaca entri ini :)

No comments: