Home

Wednesday, December 14, 2011

Review Movie :: Songlap :: Jangan Lupa Saksikan Lakonan Mantap Shaheizy Sam , Sara Ali dan Syafie Naswip Pada 15 Disember Nanti !!

Kali ini aku hendak berkongsi dengan korang semua tentang review sebuah lagi filem yang baru sahaja aku menonton pada minggu lepas. Aku telah sempat meluangkan masa untuk pergi ke Preview Songlap di GSC One Utama. Maklumlah salah seorang pelakon utama filem tersebut , Syafie Naswip tu kan kawan kitew , wajib lah kitew pergi menyokong kawan kitew kan? Hamboii tak boleh lebih-lebih lagi ke huruf W tu?? *PANG* Kebetulan Syafie Naswip turut ada tiket lebih , maka aku pun turut serta lah kan?! Begituu.


Jadi sebelum aku membebel tak tentu hala pasal trafik jam ke , pasal tak jumpa GSC dekat mana dan lebih-lebih lanjut baik aku teruskan lakukan ulasan tentang filem Songlap yang sempat aku tonton minggu lepas itu ye? Bukan apa , once aku dah membebel tak tahu bila nak stop. Bila tak tahu nak stop , tajuk ke Ulu Yam , isi dah ke Bangkok. Ehh? Apa semua ni?Hahahah.




Filem Songlap merupakan filem yang telah diarahkan oleh Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak.Filem berbentuk drama dan aksi ini telah dilakonkan oleh barisan pelakon hebat dan mantap seperti Shaheizy Sam , Sara Ali , Syafie Naswip dan ramai lagi. Ternyata filem Songlap ini mempunyai jalan cerita yang lain daripada yang lain. Jalan cerita yang sangat berbeza dengan filem-filem yang sedang ditayangkan dipawagam sekarang ini. Okay lebih elok jika aku letak sinopsis filem ini bagi untuk menyemarakkan semangat korang untuk menonton filem Songlap ini.


Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini? 


Aku mahu terus mengulas tentang filem ini dengan lebih lanjut. Bimbang entry ini semakin panjang pulak kan? Kejap lagi nak tayang gambar-gambar bersama artis pulak? Eh acara wajib tu. Ehem , secara jujurnya permulaan filem ini membuatkan aku agak blur. Permulaan cerita yang agak kabur sedikit , tapi itu hanya permulaan. Mungkin juga "jiwa" aku tidak sampai lagi semasa permulaan filem ini bermula. Mungkin. Itu sebab aku beritahu pada awal entry jalan cerita filem ini sangat berbeza dengan filem-filem lain yang pernah ditayangkan.





Namun sejurus itu , aku sudah boleh mengikut lenggok filem Songlap ini. Tak dapat aku nafikan kelainan corak penceritaan filem Songlap ini membuatkan aku menonton dengan santai. Tidak lah ketawa berdekeh-dekeh mahupun menangis tersedu sedan macam kena sampuk ke hape kan? Serius , kelainan jalan cerita filem Songlap ini aku sangat suka. Meskipun kadang-kadang aku macam berkerut dahi untuk mengetahui apa yang akan jadi Next Next Next , tapi aku mampu menonton secara santai gitu. Curlast ayat kau Mek Jah kerut dahi pun mampoo santai khen? Kau hado?Ehh. 




Jika ditanya tentang lakonan Shaheizy Sam , Sara Ali dan Syafie Naswip pula bagaimana? Aku rasakan setiap daripada mereka berjaya melakonkan watak masing-masing dengan baik dan mantap. Karakter Shaheizy Sam ternyata berbeza dengan filem-filem yang pernah dia beraksi sebelum ini. Ramai yang aku baca dari portal-portal hiburan malah ketika sesi soal jawab bersama media , ramai yang memuji dengan karakter "AM" ini sebenarnya. Ramai yang berpendapat yang karakter Shaheizy Sam kali ini seolah lari dari kebiasaannya. Oh yeah! Memang aku pun suka dengan watak Shaheizy Sam kali ini. Great job Sam ! Eh speaking? Err.






Pertama kali menonton lakonan Sara Ali dengan kadar yang lebih lama ternyata sangat menerujakan aku.Meskipun watak Hawa banyak menimbulkan soal tanda tanya dalam hati aku tetapi memang aku kagum jugak lah sebab watak Hawa ni macam terlalu banyak bermain dengan emosi. Tak percaya? Kena pergi tengok , sure korang angguk-angguk dengan apa yang aku tulis ni. Keh keh keh. Serius , bila scene Sara Ali aje mula lah otak berputar memikirkan macam-macam. Kenapa dia macam itu? Kenapa dia macam ni?Eh itu eh ini. Serius filem ini memang buat korang tertanya-tanya dengan macam-macam tapi dalam keadaan yang sangat santai. Meskipun Sara Ali beritahu kepada pihak media masih belum berpuas hati dengan tahap lakonan nya dalam Songlap tapi aku rasa patut diberikan pujian kepada Sara Ali kerana lakonan dia dapat dirasai gitu!



Ehem Syafie Naswip pula setelah hampir dua tahun tidak berlakon menganggap filem Songlap sebagai kemunculan dia kembali gituew. Watak AD ternyata sangat terkesan di hati aku tau. Ini tak tipu. Dari tadi asyik terkesan kan? Eh kisah , belog aku , suka hati aku nak tulis hape. Ekekekeke. Aku rasa memang dalam filem Songlap ni , lakonan Syafie Naswip berjaya buat tersenyum dan juga berjaya buat aku menangis. Oh my , sangat tak sangka ye filem Songlap berjaya buat aku menangis. Ramai juga yang memuji lakonan Syafie Naswip untuk filem Songlap ini. Wajib aku sebagai kawan Syafie Naswip tersenyum bangga jugak kan? Memang tak boleh nafikan yang Syafie Naswip berjaya membawa watak AD dengan baik sekali. Tahniah Ayie! ;)

scene ni mampu buat korang menangis. stand by tisu okes? ehh! tak tipu -.-
aku tak stand by tisu lap dengan hujung lengan baju je. ehh.
Hmmm sejujurnya kan aku tak pernah menyangka filem Songlap yang pada permulaan cerita dia aku agak kelam itu berjaya buat aku menangis di pertengahan cerita ini dan pengakhiran filem ini. Sungguh , aku menangis untuk beberapa tika. Songlap bukan sahaja memaparkan kisah tentang sindiket haram penjualan bayi tetapi turut memaparkan unsur nilai kekeluargaan? Boleh macam gitu? Pendek cherita filem ini sebenarnya disebalik boleh buat kau ketawa dan tersenyum bakal terpalit juga air mata kau meleleh nanti. Oh ya filem ini juga agak tergantung dan mungkin juga akan disambung dalam bentuk drama. Mana tahu kan? Sebab masih banyak persoalan yang tergantung dan aku sangat gembira if Songlap akan disambung dalam drama ! Pasti lagi menarik ye?! Teringat pula kata salah seorang kawan aku , bukan kah kehidupan pun begitu?Tiada perkara yang pasti pun , tak pernah pun ada happy ending macam dalam filem. Mueheheh dan bak kata Syafie Naswip , filem Songlap pun ada persamaan dengan filem-filem arwah Yasmin Ahmad yang banyak buat kita berfikir. Memang betul pun. Hehehe.

Untuk filem Songlap ini aku berikan 4 bintang setengah dari 5 bintang. Kamu...kamu...kamu semua jangan lupa menonton filem ini ! Mungkin filem ini agak heavy sikit jalan cerita nya tapi aku percaya korang pasti enjoy menonton! Okayyy review kali ini agak panjang dan paling lama aku karangkan sebab aku sendiri pun tak tahu. Ekekekek. Jom layan gambar semasa Preview Songlap tersebut yang telah diadakan di One Utama , Damansara pada Rabu lepas.










Sara Ali dan Roza , artis extra. 
curlast kawan I artis jugak!
ahaks :p


Hiks sebenarnya sangat seronok pergi Preview Songlap kali ini sebab pertama kali jumpa Sam. Ya Hampun Sam sangat lah gila-gila orang nya. Teringat masa Kak Fieza nak bersalam , aci dia lap tangan dia dekat kain tepi meja?? Meraung tak?Hahaha tapi seronok sangat. Paling penting makanan-makanan yang diorang jamu sangat marvelous uols! Sampai bertambah-tambah aku makan. Hakhakhak :p Eh sibuk makan rupa nya? Keh keh. Okay ini gambar-gambar di bawah aku bersama pelakon-pelakon Songlap pulak. Ahaks.






Hiks , panjang betul kan entry kali ini? Dengan tulisan nya , dengan gambar-gambar nya! Ahaks. Ehem okay ada lagi ada lagi. Masa tengah tunggu Syafie Naswip habis interview oleh wartawan , tiba-tiba abang Budiey datang dekat aku. Ingatkan nak bertegur "hai hai - bye bye!". Sekali abang Budiey cakap "Ijah , meh kejap abang nak interview kamu!" Aku terus.. "ERKKKK! Tak mahu tak mahu" sambil geleng-geleng kepala. Hahaha siap nak guling-guling bawah kerusi. Hahahah dramatik sangat! Tapi akhirnya photographer blog ; Kak Fieza dan Kak Ekah , Kaka Nisa , Rozaaa tolak jugak aku suruh pergi di interview oleh abang Budiey. 

Aiyark ingatkan kawan aku Syafie Naswip je kena interview. Tapi tak apa dia pelakon utama filem Songlap. Aku ni , nak kena interview buat hapew nya kan? Oh lupa sebagai penonton. Nangis. Hahaha. Sebab aku ni baik kan , kan , kan aku tepek jugak video ni untuk tenungan dan renungan masa hadapan yang aku pernah pergi majlis-majlis lagha macam ni. Erk eh?! Oh my please jangan bahan aku , jangan gelak kan aku dengan gaya geletis aku menjawab sambil gelak tu. Jawapan pun on the spot. Pheww!




oh myy *tutup muka* gedik kau Jah. hahah.

so here it is , gambar-gambar ketika di interview walaupun seketika cuma?! 
waka waka eh eh. lol.




Hahahahahha , ini thread review Songlap or thread Jah perasan jadi retis tempelan??? Hahaha persetankan semua itu. Kisahnya! Well , jangan lupa pergi ke panggung wayang berhampiran korang untuk menonton Songlap bermula esok , 15 Disember !!! Serius filem ini tak rugi untuk korang tonton !!! So last but not least , nak tayang gambar goodies bag yang aku dapat masa pergi preview Songlap minggu lepas. Aku beruntung jugak sebab dapat 2 goodies bag , erhiks. So antara yang aku dapat ialah buku nota kecil warna merah dan di dalam ada gambar filem-filem yang pernah diterbitkan red film (eh ye ke?) stokin , keychain kick boxing , kalendar kecil dan cd untuk pihak media. Gitueww. 





Oh yes , aku tahu entry ini overdose panjang , maafkan aku. Aku malas nak buat tiga empat kali cherita tentang benda yang sama. Senang bercherita sekali harung kan?? Lagipun more to story to comes later kan?? Ahaks. Again ; jangan lupa menonton Songlap di pawagam berhampiran korang bermula esok ; 15 Disember !!! ;)


Terima kasih sudi baca entry ini :)







16 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Curlastt sgt review pilem kali ni
Nak nangesss gak boley x???
Curlastt Kwn baik ngan retis ehemmmmm (pjng ni) ingat apa kiter twit hr tu ngeeee mana la taw khen ehemmmm lg tetiba jd Sakit tekak...
Woot woot Abe budiey dh kenai uols ekkk
Lepas ni blh jd BFF dia la ngeeee

KhaiRin said...

boleh jd reporter utk ruangan artis ni...
hebat hebat!

So Shy Lady said...

cantik sara ali tu... shahiziey sam ada pasti gempak ;D

Hanis MY said...

bestnyaaa nk tgk jugak... nak kawan dengan retis jugak wuwuwu...

mamaNoriz said...

review lengkap ni!

rasa nk tengok je..

aanie said...

takut nak tgk sb macam ganas jek cite ni..ada gaduh2...
syoknya jd ijah..asyik jumpe retis je..

umie naziera said...

tngok trailer pown macm dah best

Asmara said...

mcm best citer ni. hihi.. nmpknya kene tunggu org upload free gak ni. haha..

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ehemmmmm byk nya uols berdehem kali ehemmmmmm! hahaha. :p

klu ada jodoh tak kemana wakakaka :p
eheheh kenal secara kebetulan je ni uols dgn bang budiey heheh

Ijah EmoTemo said...

khairin >> hehehe tq! tak mampu kot nk jd wartawan hiburan heheh

Ijah EmoTemo said...

shy lady >> yes cantik :) hehe mesti gempak punya!! :)

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> heheh nnt jgn lupa donlod eh ekekek :p erkk meh lah berkawan dgn retis jgk hahah

Ijah EmoTemo said...

mama noriz >> heheeh , jgn lupa tgk eh! :)

Ijah EmoTemo said...

kak aanie >> hehe tak ganas mana pun. biasa2 je ijah rasa :) ngeee best ke? biasa2 je akak. hehe kebetulan je semua ni :)

Ijah EmoTemo said...

umie >> yes mmg best and touching :)

Ijah EmoTemo said...

kak asmara >> haha , takpe phm akak dkt jepun. jgn lupa donlod ye hahah