Home

Sunday, January 30, 2011

Kenapa lah CEREWET sangat?

Dah lama tak merasa jadi burung hantu semenjak musim persekolahan bermula. Rasa nya jarang betul aku tidur lambat sepanjang sekolah dah bukak ni. Teringin nak tidur lambat tapi buat naya untuk hari keesokkan nya je pun. Mahu nanti aku pening kepala tahap feeling nak pitam kan? Uhuh , ngeri je aku.

Sekarang dah pukul 5.30 pagi. Sebenar nya aku dah mengantuk tahap muka Rozita Che Wan jadi muka Anita Sarawak dah ni. Tapi tak lama je lagi dah nak Subuh , baik tunggu sat dan bulat kan mata sebelum feeling nak tidur ke hape kan? Kekdahnya aku baru lepas bertukang betul kan itu ini dalam belog. Pergh , gila gigih kan betul kan segala macam kan? Aku baru lepas tukar layout belog lagi. Seperti biasa , bila mood angin Sumatera aku dah mai , memang lah aku tetap gigih kan diri untuk tukar segala macam layout , lepas tu nak kena edit bahagian tepi aku yang macam-macam benda tu kan? Tehehehe.

Nak buat macam mana , aku ni memang cerewet. Terutama benda yang aku akan selalu buat walaupun tak ada lah selalu pun. Kadang-kadang nak menulis belog , untuk aku lah kan , bukan tunggu ada bahan cherita , bukan tunggu ada mood baru nak menulis , tapi kadang-kadang bila aku tengok belog aku berseri sikit , baru lah angin nak menulis tu datang. Teehehe.

Korang ada ke yang sama macam aku ni? Eheh. Aku ni dalam segala macam hal , banyak je yang cerewet , lepas tu orang sekeliling yang mual menyampah nya kan? sob sob sob haktuih sangat kan? Heh. Tak ada benda menarik yang terjadi dalam hidup ini untuk di kongsi kan bersama dengan korang. Gambar menarik pun tak langsung memandangkan memang aku tak mood untuk ambil gambar apa-apa. Banyak yang dah di draft kan , cuma tunggu masa untuk di publish kan. Kang orang muak pulak aku asyik cherita benda sama je. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak kan? Harus loya je korang nanti. Sadis ai. Eheh.




selingan gambar. masa di Terengganu. bila tak ada siapa nak layan percakapan minah kepoh , last-last cakap dengan cermin je lah kan? eii scary nya yu! erk!

Adess , sebenar nya aku tengah menahan sakit perut ni. Aisehmen. Aku pun tak tahu aku silap makan apa. Tapi aku rasa perut aku sangat sakit. Gastric? Tak mungkin sebab semalam pukul 10-11 malam tu aku bangun dari tidur aku makan roti. Sakit perempuan? Eheh , no komen. Aku pun tak tahu kenapa. Sejak petang semalam aku sakit perut , lepas makan bihun goreng dengan sambal pedas yang Ayah beli. Heh , itu lah orang suruh makan masa pagi , kau menggedik nak makan time petang kan? Adess. 

So how how ni uols? -.- Oh ada selingan lagi. Maaf kalau entry ni panjang berjela tapi macam entah apa-apa je kan? I'm sorry lah uols. Tengah pagi-pagi buta macam ni , memang lah mood merapu sentiasa berkumandang di dalam jiwa kan? Adess.



Sejak AJL hari tu , aku terus jatuh cinta dengan lagu Hanyut. Mungkin mood jiwa kacau aku yang melanda sejak dua menjak ni membuatkan aku terasa nak dengar je lagu ni. So how lagi ni? Asyik jiwa kacau je sejak dua menjak ni. Entah apa-apa je kan. Uhuh. Oh lagi satu hal. Sekarang belog dah rasa macam cun berseri sikit. Bukan tak suka layout yang dulu tapi layout dulu nampak menyerabut kan mata. Seriously , mata aku yang sakit bertambah sakit bila tengok belog sendiri. Heh. Sekarang dah ok sikit. Harap warna nya tak ada lah buat kau silau ke silu .. eheh.

Oh ya , tak ada siapa ke nak join exchange link? Tehehehe.  Gigih betul peromot dekat orang kan? Eh aku tak peromot lagi dekat mana-mana. Malas sebenar nya sebab benda tu bukan giveaway atau apa je pun kan? Tak nak lah paksa-paksa orang. Tehhehe. Tapi okay je kalau korang semua nak join , just drop the comment dekat entry melekat dekat atas tu ha , lepas tu paste sekalik la link url belog korang :) Senang kerja den katanya. Hehehe.

Ok Ok , nampak nya kalau aku teruskan menulis , bermakna aku makin melalut pasal heartbeat,nuffnang dan sebagai nya. Better aku stop sekarang. Tapi nak tulis lagi? HOW? *lempang pipi dia , adush*

nota kaki : awak awak kenapa saya sedih?
ada ubat tak untuk sedih?
ada ada :(
eh apasal cakap sensorang ni. huwaa

2 comments:

kun izzul said...

rajinnyee.

Ijah EmoTemo said...

hye kun :) teheheh , tgh mood rajin , ok la nk tukar2 layout ni. tehehe