Home

Tuesday, September 13, 2011

Sudah Setahun Kita Bersama Sayang !

Sebenar nya untuk hari ini ada entry lain yang sedang menunggu giliran untuk di publish. Sebab nya semua entry-entry yang akan di publish pada minggu ini semua nya aku siap kan masa aku tengah ada mood petang Ahad lepas. Itu sebab aku tulis di setiap atas entry yang di publish semua itu entry yang di AutoPost kerana aku bimbang ada yang akan salah anggap ingat aku setiap masa menghabiskan masa di hadapan laptop. Padahal cuma ketika-ketika tertentu sahaja.

Ehem. Seperti yang aku beritahu di atas , aku tidak mahu langsung menulis pun untuk hari ini memandangkan sudah ada entry-entry yang aku sudah auto publishkan. Tetapi semasa aku melihat di penjuru belog ini aku tiba-tiba terkejut seketika. Aku terasa macam baru semalam aku bersama dengan dia. Aku terasa seolah-olah macam baru semalam aku memulakan hidup baru bersama dia. Tapi bila lihat di tepi penjuru tarikh yang di tulis di tepi itu sudah beritahu aku sudah setahun kita bersama , sayang ! Oh cepat nya masa berlalu kan?

Hamboii , sayang mana pulak ni kan? Hihihi. Bukan boyfriend ye , jangan salah anggap pulak ye. Tapi sebenar nya usia belog Cherita Emo-Temo sudah berusia setahun. Bermakna aku membuat belog yang baru ini pada tanggal 13 September 2010 lah. Hihihi , aku memang haram jadah nak menghafal tarikh-tarikh ni kecuali tarikh hari jadi sendiri. Ekekekek. Itu kalau tak hafal jugak memang nak kena sebat bontot lah kan? Ekekeke.


Kini Sudah Bernyawa Selama 1 Tahun :')

Tak sangka sudah setahun aku bersama Cherita Emo-Temo. Tapi sebenar nya sudah hampir 3 tahun aku menjebakkan diri dalam dunia blog-ing yang pada mula nya sekadar suka-suka dan kini sudah semakin serius. Oh yeah! Menulis ni sebenar nya terapi tekanan yang terbaik untuk aku. Aku pernah tulis tentang itu di entry sebelum-sebelum ini. Sebenar nya juga Cherita Emo-Temo merupakan belog aku yang kedua setelah belog yang pertama mengalami masalah yang tak dapat nak di elakkan. Daripada mengundang marah orang lebih baik aku katup. Dah sebenar nya juga Cherita Emo-Temo juga hampir-hampir nak di katup tapi ramai kawan-kawan aku cakap lagi baik aku berehat sahaja. Sayang betul kalau katup belog yang dah ramai followers dan dah ramai yang baca kan? Hiks.

Ehhe. Aku sangat bersyukur belog aku yang dahulu nya sekadar untuk suka-suka tapi sekarang semakin ramai pembaca nya dan ramai juga yang follow. Terharu okeh :') Sebenar nya menulis belog ni banyak jugak cabaran , terutama yang masih remaja macam aku ni. Dalam hati ada taman eh nak tulis macam-macam tapi bila fikir baik buruk dan memikir apa yang telah terjadi dalam belog sebelum ini memang aku kena tapis banyak perkara. Tak semua perkara kita boleh kongsi bersama. Kan? :) Banyak benda aku belajar dari belog. Terlalu banyak sampai kan kalau sudah ada mood untuk meng-update , aku memang akan update terus.

Lagipun menulis entry di dalam belog ni pun yang best nya dapat bertukar-tukar pendapat dan dapat kawan-kawan baru. Best sangat okeh? Mahu nya tak best. Bila setahun bersama Cherita Emo-Temo aku mula kenal ramai-ramai blogger dari macam-macam negeri bahkan yang berada di luar negara pun. Ada tu kan yang sudah pulang ke Malaysia balik tau. Itu lah nak tahu betapa pantas nya masa :')

Ahh , panjang pulak aku berceloteh. Cuma sekadar nak tulis untuk kenangan bila dah ehem ehem tua nanti. Hahahah. Biasa lah kan , belog ni antara salah satu pengabadian cherita untuk bila kita dah dewasa kelak. Haha , nak tulis tua macam aku ni apa aje kan? Hihihi. Memang kalau aku tengah bosan petala kelapan , kalau baca entry lama-lama mesti tersenyum seorang diri tahu? Hahaha , adakah itu petanda syok sendiri uols? HAHAHAH. 

Bila bersama Cherita Emo-Temo , aku mula mengenali apa itu blogwalking. Bila bersama Cherita Emo-Temo , aku mula mengenali istilah I Follow You , You Follow Me but yeah masa zaman mula-mula berkecimpung memang aku tebal muka buat benda alah tu. Muehehehe. Bila bersama Cherita Emo-Temo , aku mula mengenali apa itu Nuffnang , Heartbeat serta ChurpChurp. Ahh banyak juga yang manis bersama Cherita Emo-Temo ini. Lebih membuat hati terharu ada juga yang memuji tulisan dalam belog ini meskipun ia nya cuma santai dan ikut suka hati aku aje menulis nya. Hihihi. Aku tahu memang dalam belog aku ini tak ada lah sehebat belog bloggers yang lain tapi apa yang penting aku tahu belog aku ada pengikut nya yang tersendiri dan pembaca senyap yang tersendiri. Hihihi. 

Well , Selamat Hari Jadi Belog Kesayangan ; Cherita Emo-Temo ! Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan IjahEmoTemo senantiasa. Wakakak , ucapan tak leh blah doe. Biasa lah kan? Hiks. Kang tulis panjang lagi ucapan mahu keluar air mata kan? Baik tak payah over sangat kan?!! HAHA. Terima kasih juga untuk mereka-mereka di bawah ini. Tanpa korang siapalah aku kan? :')


846 followers :')

terima kasih semua. sayang korang semua :')

17 followers :') 

terima kasih juga ! :')


105 people like Cherita Emo-Temo :')

terima kasih semua yang sentiasa menyokong ek? meskipun bilangan nya bagi mata korang sangat sedikit tapi cukup membangkitkan semangat aku untuk terus menulis kan? :')

terima kasih yang sentiasa tak jemu-jemu untuk meninggalkan komen di dalam Cherita Emo-Temo ini juga!

sayang korang ketat-ketat ! ;)

Pergh ini belum menang Anugerah Bintang Popular tapi ucapan penghargaan macam menang sepoloh jota ringgit malaysia aje ni kan? Ngahahaha. Eh kalau tak feeling DIVA dekat belog sendiri dekat mana kan? Heh heh heh heh heh! Setahun sudah kita bersama , moga banyak lagi tahun aku boleh bertahan dan menulis dengan Cherita Emo-Temo ini. Kalau di ingatkan hal-hal lepas memang rasa taubat tak mahu menulis apa-apa lagi. Tapi kalau dah jiwa suka menulis , orang halang lah macam mana sekalipun tetap aku menulis kan? Hihihi. 

So sekadar nak tanya suka-suka , korang rasa amacam dengan belog aku sekarang? Okay atau tidak ye? Sekadar nak tanya suka-suka. Tak apa nak tulis apa pun sebab konsep hidup aku memang NO HARD FEELING and NO HEART FEELING tapi tapi dalam hati aku ada la taman kecik sikit. Ekekekekek. Okbye.

p/s: esok dan lusa akan ada entry auto post. ini pun entry auto post juga. banyak betul idea yang nak di coret kan dalam Cherita Emo-Temo sejak dua menjak ni. Hmmm kalau ada BE seketul dua mesti lagi syok nak menulis kan? tehehehe. kbye.

Terima kasih sudi baca entry ini :')

38 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hepi 1st anniversary cherita emo temo...x payah la dok pikiq nk buat belog jenis apa sebab blog ni mcm diari kiter type jer apa terdlm seharian itew lagi better dari merapu x tentu pasal...ngee

MamaYatie said...

congrates dik! polower pun ramai dah..hehee

miloais said...

happy anniversary beb!

i love your blog
and i love you too...

iols harap uols teruskan menulis ye...

Miss A said...

auwww,so sweet.bestnye ade rmai follower. :) tahniah :)

PinKy MoMMa said...

wah 1st eniberi ni :)
smga maju jaya lagi ye dik..teruskan berblogging..go ijah :)

mizzkechique said...

hepi 1st anni dear.. keep blogging yer..

ieyza afieyna said...

happy anniversary untuk ur blog.. hee.. harap terus berblogging.. :)

fiqaliqa said...

wahhh. bez bez. tahniah dear :)

Hanis MY said...

happy 1st anniv, tahniah dan keep on blogging...

Cik Bambam said...

wahhh..setahun sudahhh..kalau baby dah belajar berjalan dah nie.. :P

tahniah! ^^,

tiefazatie said...

hepi besday dear blog ijah!hihi

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> tq kaka ayu! hiks. ai mmg buat blog ni khas utk cherita segala jenis kenangan dlm hidup ai. hihi. tp klu duk pikiq sgt mmg boleh guguq rambut noks! hikhik

tq ya muahhxx!!

Ijah EmoTemo said...

kak yatie >> tq ya! hihi , alhamdulillah :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> tq so much! yes i love u too bebeh! muah muahxx!!

hihi insyaAllah dgn sokongan uols semua mmg ai akan terus blogging tanpa henti. keh keh :P

Ijah EmoTemo said...

miss a >> hihi tq ya! hihi alhamdulillah :)

Ijah EmoTemo said...

akak pinky >> tq so much akak! insyaAllah , dgn sokongan and dorongan semua kawan2 mmg akan terus blogging! oh yeah! hikhik. tq ya! muahh!!

Ijah EmoTemo said...

mizzkechique >> tq so much!! insyaAllah :)

Ijah EmoTemo said...

ieyza >> tq so much ya! hihi insyaAllah akan berterusan :)

Ijah EmoTemo said...

fiqa >> hihi tq so much ya! :)

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> tq so much! insyaAllah :)

Ijah EmoTemo said...

cik bambam >> hihi tq tq! ahaha , a'ah kan silap2 dh pndi jgk bercakap sikit2 hikhik tq ya! :)

Ijah EmoTemo said...

ifa >> tq jgk! hihi. ifa pun selamat hari jadi ya! :) hiks.

tiefazatie said...

hee..welcome2..hiii..tq2..bosan..xde watpe pun..erm..lambat le beli keke sendiri nie..haha

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihi sama2 :) ahah takpe , bila2 pun boleh kan mkn kek tu. hiks.

アヌム ちゃん said...

wah happy 1st anniversary...

L said...

pergh.. xsabar nk tggu auto post dier.. huhu


jom baca sat..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

Ijah EmoTemo said...

アヌム ちゃん >> hihi tq sis! :)

Ijah EmoTemo said...

L >> hihi sila tunggu esok dan lusa k! hihi.

baikla! terjah belog kamu sekaranggg... hihi ;)

siti kektus said...

wewiitt. dah setahun tu. hihihi ;p

tahniah2.

Ijah EmoTemo said...

siti >> hee tq so much ya! hihi ;)

Run Away♥ said...

sy baru lagi neh....;d

Ijah EmoTemo said...

runaway >> hihi. :)

aimie amalina said...

heeeeee
selmt hari jadi belog ..kikiki
comei jekk
semoga lagi smgt berbeloggg
kikiki

Ijah EmoTemo said...

aimie >> tq so much ya! hihi.

aanie said...

happy 1st anniversary dik....byk betul idea kamu blh tulis entri panjang2 tp x meleret...keep on blogging ye..

Ijah EmoTemo said...

kak aanie >> tq akak! :) hihi tgh mood ok mmg idea byk , tp klu tgh xda mood mmg ke laut nk menulis mcm2 hihi.

tq ya! :)

KhaiRin said...

tahniah!

teruskan usaha!

Ijah EmoTemo said...

khairin >> tq ya! insyaAllah :)