Home

Thursday, September 29, 2011

Tempe Bilis Goreng Berlado - Mudah , Cepat dan Sedap Yu Allzz!

Masa tengah godek-godek dalam folder gambar dalam laptop , terjumpa banyak sangat gambar makanan. Aku memang sangat suka snap gambar makanan sebab makanan antara entry kecemasan yang boleh di buat ketika korang tak ada idea nak update apa-apa. Hihihi. 

Jadi nya kali ini aku nak kongsi resipi beserta gambar dari kamera cap ayam aku dalam belog ini. Heh , resipi biasa-biasa aje uolz. Jangan nak mengharap kan resipi tahap MasterChef ala-ala Che Mat Gebu ke apa wokey? *nangis* Aku nak berkongsi resipi kegemaran aku yang sangat mudah dan cepat untuk di masak malah sedap untuk di makan bersama nasi panas. Wooottz Wooottz!

Tanpa melengahkan masa , ewah , meh aku tulis dahulu bahan-bahan yang di perlu kan ye. Ngeee.

Tempe Bilis Goreng Berlado Kau Hado? Eh panjang pulak nama resipi ni. Kah kah kah *pang*

Bahan-Bahan.

Bawang Putih 2-3 ulas *
Bawang Merah 2-3 ulas *
Bawang Besar 1 ulas
Tempe 1 Paket atau 2 Paket ( banyak mana korang mahu)
Ikan Bilis ( banyak mana korang mahu) 
Cili Merah 1 batang *
Cili Api 4-5 batang (kalau nak lagi pedas letak 7-8 batang atau ikut suka hati korang lah) *
Garam
Minyak untuk memasak. 

Cara-Cara memasak

1) Mula-mula potong tempe kecik-kecik dan secara mendadu gitu?Jangan kecik sangat dan jangan besar sangat tapi atas keselesaan masing-masing katanya.

2) Lepas dah siap potong tempe , goreng tempe tersebut dan untuk aku jangan garing sangat goreng tempe tu. Sebab nanti masa nak tumis tu kita akan goreng lagi sekali.

3) Kemudian utk bahan-bahan yang bertanda * seperti bawang putih , bawang merah , cili merah , cili api , korang tumbuk bahan-bahan itu sehingga lumat. Err garam mak aku dia suka letak masa tumbuk. Kalau nak letak masa tengah menggoreng pun boleh! Nak blend pun boleh tapi lagi marveles kalau tumbuk wokeyy.

4) Dah siap goreng tempe dan tumbuk bahan-bahan bertanda * , panas kan minyak di kuali yang lain dan tumis kan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi.

5) Tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga garing err ke naik bau macam gitu lah. Hamboii macam tumis kari aje bunyi dia. Hahahah. Dan kemudian masuk kan ikan bilis yang telah di basuh.

6) Setelah nampak tumisan itu sudah garing sedikit , dan ikan bilis pun dah hala-hala garing masuk kan tempe yang telah di goreng tadi. Sebatikan tempe dengan tumisan itu. Gituew.

7) Kemudian masuk kan bahan yang terakhir sekali iaitu bawang besar err korang boleh potong ikut suka hati korang bawang besar ni , err kalau tak nak letak pun tak apa hihi dan gaul lagi. Ewah banyak betul menggaul. Hiks.

8) Setelah semua nya dah digaul dengan sebati dan rata *wah , maka Tempe Bilis Berlado sudah pun siap dan boleh di hidangkan dengan senyuman. Ehh.


tadaaaa...

mempersembah kan ... Tempe Bilis Goreng Berlado Kau Hado ... ehhh !

err tapi tak nampak sangat lah pulak lado nya! ahhh lantak lah , janji memang berapi wehh -___-'


guna kamera cap ayam begini lah hasil nya.

tapi yang pasti sangat marvelous okeh walaupun berapi telinga mak noks siap dengan air mata meleleh macam tengok Sembilu Kasih aje. Eh?

keh keh keh.

Sangat mudah kan masak Tempe Bilis Goreng Berlado ni. Ini memang favourite aku okehh? Sangat mudah untuk di masak dan sekarang ni pun mak aku banyak kasi peluang aku cuba masak benda-benda yang simple. Tapi korang jangan mintak aku masak Kari , Gulai ke pheww , itu jauh lagi perjalanan. Keh keh keh. 

Kalau makan Tempe Bilis Goreng Berlado ni dengan nasi panas fuhh , tak payah ada kuah pun meletopz yu alzz. Mahu nya tak meletep kalau cili api pun dah berapa tangkai kan? Hak hak hak. Harus mulut jadi lazer macam Azwan Ali lepas ni? Eh. Sudaaah. Erheheheh. Maaf lah kalau resipi yang aku kongsi kan ini ala-ala biasa aje. Dah ini aje yang aku tahu kan? Ngeh ngeh ngeh. Tak kan asyik nak kongsi gambar tak mahu kongsi resipi khen? 

Kata nya sharing is caring. Hiks. So , korang suka tak makan tempe? Hihihi. Tempe makanan favourite aku woooo ! Bukan ke katanya makan tempe boleh kasi muka shantek tanpa pakai botox? Eh , Okbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)



37 comments:

yad'z said...

dop suke tempe... huhuhuhu.... tapi lau tempe goreng mkn ngan sambal kicap. boleh lah,. layan gak kadang2./

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

boooommmmmm
mek masak ekk pewitttt
nak rasa ngeee
curlasttt uols
mmg memula masak simple2 dulu lepas tue baru la kari,masak lemak,nasik lemak,mee grng,kek etc ....siler masukkan list berikutnyer hikhikhik

azam said...

woh...sedap ikan bilis...tempe?? kureng skit

Hanie_Dew said...

kau ni suka entry mbaut entry maknan kan. kecur air liur tgk tempe goreng berlada ko hado kau ni. uuu..mengalir dgn derasnya.

miloais said...

sejak bila mek jingg pandai memasak ni??? *larikkkkkkkkkk* hiks

iols tak suka makan tempe...
kalo MIL bagi sambal ikanbilis bertempe.. iols makan ikan bilis jer.. tempe tolak tepi
ekekekeke

Ijah EmoTemo said...

yudz >> hihi sedap eh tempe goreng cicah kicap? waaa nk try la kikiki

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ngeee iye noks ai masak. hihihi. mmg selama ni ai yg tukang potong segala bahan but this time ai masak sendiri hik hik hik.

kannn... buat simple2 dulu. then baru buat yg segala jenis payah erkk. ahaha.

Ijah EmoTemo said...

azam >> hihihi , ijah ok je dedua tu :D

Ijah EmoTemo said...

hanie >> ahahahah sila bawak bertenang hokkay! secara tak sengaja er ke sengaja keh keh keh nk update psl mknn hari ni. hihihi. uikss sila tahan air liur tu ahahaha

meaw said...

tempe sambal tumis pon sedap woooooo :D

Jue said...

Hanie antu tempe
Aku anti tempe
hahahaha!!aku x suka tempe tp ade skali tu kan kat kpg br ada kdai ayam penyek..dia punya te,pe goreng byk sedap wa ckp lu
tp lps tu, mkn kat nsc campur on the next day, amik tempe goreng byk2 tp x sdap ><~

So Shy Lady said...

pndainye ijah masakkkkkk tempe bilis goreng berlado kau hado

heheh nk try wat gak!

Ijah EmoTemo said...

jue >> hahahah iye ke? patut la dia duk kecur air liur ekekekek.

ohh dkt kg baru , tahu tahu ada kedai ayam penyet situ. ngee tp tak pernah cuba. hikhikhik. ohh iye ke? hehehe.

Ijah EmoTemo said...

meaw >> aaaa , ijah semua yg berkaitan tempe suka hikhik. dah jadi hantu tempe plk ni ahahah

Ijah EmoTemo said...

shy lady >> erhehehe , biasa2 aje. ngeee malu la ahahaha.

haaa sila la try.. err klu tak sedap harap maaf *nangis ekekekek

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> choii!! ahahahahaha ai mmg sejak azali jejari tembam ini suka main masak2 dan reti memasak... boleh gitu? ahahahaha...

hikss , ai mmg peberet skrg. nak nak klu kakak ai balik sure dia masak tempe aje lagi laaa ai jadi hantu tempe skrg hikhik...

ekekekek ikan bilis pun ok la ahaha

tiefazatie said...

pergh..sedap gle nie lalink..suka je mkn nie..dulu3 masa duk labuan..time balik umah..mmg le suh mak msk nak bw balik labuan..haha

Hanis MY said...

yummynyaaa i likee tempe!

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihihi mmg sedap. ehiks. waaa, mesti wajib kan? ngeee! syok gila bila dpt mkn tempe ekekeke ;P

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> yeayy! kita geng! hikhik :D

Cik TeN10 said...

tempe ? tak penah cuba makan lagi setakat ni.. ape rasa dia ? cepat2 promot spya i teringin utk merasai kelazatan tempe.. hehe :p

Juwita Jamaludin said...

ini menu kecemeran suami ni.. hanya tempe kat sini mahal tau mahu nya RM15 satu yang kat msia Rm 1.50 tu.. huhuhuh tapi beli gak sebab sedap..:)

Saiazuan said...

x pandai msk, pndai mkn je.. hoho klu tnya x nk blaja ke? xnk blaja, nak mkn je.. hoho

sitiezahim said...

tempe memang besssss :D

Ijah EmoTemo said...

cikten10 >> ngeee tempe ni kan rasa dia mcm soya-soya err mcm gitu la. tp mmg lazat bila goreng. perghh mmg terangkat. hahahaha. kena cuba baru tahu :P

Ijah EmoTemo said...

kak juwita >> weee.. woo 15 hinggit? perghh. menangis tgk harga dia hihi. tp klu dh nak beli aje la kan. hihi

Ijah EmoTemo said...

zuan >> hahahaha takpe zuan lelaki mehhh xpndi masak pun :P ijah klu xpndi masak rmi lerr lelaki tak nk dkt ijah *meraung* ehh ahahahah

Ijah EmoTemo said...

kak siti >> kann! mmg best dan sedap. hihi.

Asmara said...

sukanya lauk nih! ratah pun sodap! terliuq akak. :D

KhaiRin said...

x kn resepi je? bla nk mengajak mkn kt umah plak? da lama tggu ni...

Ijah EmoTemo said...

asmara >> kannn! mkn macam tu aje pun sedap. hihihi

Ijah EmoTemo said...

khairin >> huhuh , itu tak tahu la bila kalau nk mengajak mkn :P

Run Away said...

siyes..Sy memang suka mum tampe...Sedappppppppp:d

Ijah EmoTemo said...

runaway >> yeayy! ada lg geng :P

DfyStrawbery said...

pehhh, sedap gile tuhhh! nak nak :D

Ijah EmoTemo said...

DFStrawberry >> hihihi meh meh jamu mata ekekekek

e said...

LAST DATE UTK REGISTER: 18/10/11
*DEPOSIT HAYA RM20

GROOMING CLASS!!!
JOM BELAJAR MAKEUP,CARA PENJANGAAN WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN SET PUTRAYANA, GAYA PENAMPILAN WANITA BERTUDUNG/FREE HAIR. PEMAKAIAN AKSESORI DAN BANYAAAAK LAGI AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN!!
**goodies,lunch, certificate akan disediakan
**brg2 makeup, skincare juga ada utk dijual! bwk duit extra ye!
TARIKH: 29/10/2011
TEMPAT: SHAH ALAM (alamat akan diberikan kemudian)
FEES: (NORMAL) RM85 ; (STUDENT) RM55 ONLY **with student id card


CARA DAFTAR:
SMS KE 016-2128740
NAMA PENUH, IC, (GROOMING CLASS), NORMAL/STUDENT.

LIKE>> http://www.facebook.com/pages/Eyra-Rizal-Touch/234006379828