Home

Thursday, September 22, 2011

Beraya Di Rumah Baru BF. Eh BFF !

Terasa macam mengada-ngada kan tajuk di atas itu? Iye memang sengaja nak feeling mengada-ngada memandangkan perwatakan di luar aku tak mengada-ngada *batuk. HAHA. Lepas seminggu kejadian baru lah aku terhegeh-hegeh nak update kan? Eh ini auto post. Memang sengaja aku buat satu hari satu post. Ngeee. Boleh aje nak buat satu hari dua post tapi aku rasa lagi best kalau satu hari satu post. Ekekekek.

Jadi selepas aku pergi ber-dating dengan kakak aku , aku cepat-cepat balik rumah untuk tukar baju nak pergi ke open house rumah baru BFF aku , Dee M. Iye lah dulu rumah dia dekat sebelah kawasan perumahan aku dan sekarang dia dah pindah jauh sikit. Jadi lepas Asar aku bergegas ke rumah baru Dee dekat Air Panas memandangkan ada kawan Ayah nak mai beraya kan? Boleh pulak aku ala-ala sesat nak mencari rumah Dee. Aku ni dah lah memang jenis pelupa sikit bab-bab jalan. Heh , failed betul bab-bab jalan ni mehh.

Then Ayah aku terus suruh aku call Dee and Dee pun dah bila bila aku sesat dekat ceruk mana. Ekekekek. Last-last Dee kasi Ayah dia cakap dengan aku tapi aku takut makin menyesatkan ahahaha , maka aku suruh cakap dengan Ayah aku. Lepas tu baru lah sampai dengan jaya nya! Ewaaaah. Datang-datang aje aku terus pergi makan khen? Harus lah! Kata open house? Ekekekeke. Waktu tu kawan-kawan sekolah aku yang lain semua dah balik kecuali Hannah dengan Bibi. Aku memang dah plan nak datang lambat sebab ingat nak lepak sampai malam. Tehehehe.

Lepas pukul 6 petang macam itu memang semua orang dah tak ada kecuali saudara mara Dee aje. Aku macam biasa lah kan berguling sana berguling sini dalam rumah orang ekekek. Eh rumah Dee aje sebab kitaorang memang sangat-sangat rapat. Hiks. Birthday kitaorang cuma selang dua hari aje katanya. Ngeee. Then ada saudara Dee datang dengan anak kembar diorang. Sangat comey baby-baby kembar itu. Tak ada lah baby pun , maybe dah setahun lebih kot budak-budak tu sebab nya dah boleh berjalan sikit-sikit. Hihihi.

Aku tak ingat pulak nama baby yang kakak kembar tu. Cuma ingat yang nama adik , Insyeera sebab yang tu asyik berdukung dengan aku. Hehehe. Walaupun mek nampak ganas tapi budak-budak sangat suka dengan ai okeh? HAHAH , statement mintak pelempang sangat kan? HAHA. Memang pun Insyeera tu bila aku dah dukung dia tak mahu langsung dekat Dee. Ekekekeke. Curlastt sangat kann! Gitueww katanya. Ok meh meh layan gambar :D


tengok tu , Insyeera duduk atas aku jugak :P


Dee dan juga si Merah tak silap aku. Hihi


aku dan Insyeera lagi.


kakak kembar Insyeera ... err lupa nama dia. hehe.

diorang ni kembar tak seiras :)

Then dalam pukul 7.15 macam gitu kawan-kawan dari sekolah rendah kitaorang pun datang. Dah lama betul tak jumpa diorang , err dalam setahun kot? Hehehe , lama jugak tu. Last jumpa raya tahun lepas kot? Aiyooo udah lupa ! Harus lah seronok jumpa Izzati dengan Hasanah kan dan diorang datang bersama rakan sekolah diorang err wa lupa nak tanya nama dia. Adess. Hihi. Kitaorang dah tak sekolah sama-sama dah , sebab diorang duduk dekat area lain , kitaorang dekat area lain. Heheheh.

Maka semakin gamat lah khen rumah Dee ? Hahah , harus! Rumah baru Dee sangat luas dan cantik! Harus lah seronok berborak bagai khen? Aku pun siap makan second round okeh? Keh keh keh. First round makan Nasi Minyak and then second round makan Sate! Memang makan tak hengat donia dah Mummy Dee pun cakap makan aje. Ekekekek. Choii sangat perangai aku kan? HAHAH. Lepasss tu sesi yang di nanti-nanti kan ... posing dengan kamera! HAHAH. Biasa lah kan? Jumpa pun jarang-jarang *sob sob , maka harus lah berposing sakan selagi boleh :P

Kebetulan Dee ada beli gadget baru , Polaroid Instant Camera eh nama dia? Err apa-apa ajelah yang penting kamera yang comey ituew katanya. HAHA. Nanti aku tanya lah balik Dee apa ke nama benda alah tu. Ekekekek. Okay jom layan gambar lagi :P


gadget terbaru Dee.


kami berempat :')
aku , Dee M , Izzati dan Hasanah :')


tehtap nak feeling cute kan :P


time ni semua berebut-rebut nak tengok gambar yang dah di snap tadi :P

thanks to kawan Izzati and Hasanah yg sudi ambil kan gambar kitaorang berempat tu :')


ngeee aku pun nak jugaaaak :D

Lepas dah berposing sakan , parent aku pun datang amik aku dalam pukul 8.30 malam kot? Ngeee. Kali ini lepak tak lah lama sangat tapi lama jugak lah. Eh apa belit-belit ayat aku ni kan? HAHA. But seriously terasa semacam aje haha , I mean bila jumpa kawan-kawan sejak sekolah rendah , ambil gambar , it was like something sweet but ada feeling touching jugak lah. HAHAH , mek Ijah dah mula nak emo-temo. This is not good wokeyy. Ngahahah.

Well , memang seronok dapat jumpa kawan-kawan and yeah memang best. Borak , makan , gelak , posing ambil gambar and perasaan dia sangat seronok yang lain macam tau. HAHA. I know it seems like my emo-temo is turning out ok and I better cut it off my story so then tak ada nak emo-temo sangat kan? LOL. And yes I'm really enjoyed my day last week bermula dengan berdating dengan kakak aku and end with open house at my BFF. It's full of fun and aku sangat enjoy! :P

Oh yes last but not least.



four of us!
i heartz this so much :P

Persahabatan adalah something yang priceless yang tak mungkin dapat di beli di mana-mana. Betul bukan? :) 

Seribu sahabat boleh di jumpai ketika senang. Tetapi seorang sahabat sejati susah untuk di temui ketika payah. :')


nota kaki :: mahu memiliki header baru? apakata join GA Header dari Kaka Ayu dan mungkin korang antara yang bertuah untuk memenangi Header yang Cun dari Kaka Ayu. Tarikh tutup 27 September. Cepat join sekarang ! :D



Terima kasih sudi baca entry ini :')

26 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

OMG ai loikeee polaroid camera itew but darl ai ckp x payah bukan gambar lawa sgt...sigh bkn kira lawa org minat kan uols....sedeyyyy sob sob...lap ayaq mata ngeee...over giler ....somell nyer kawan2 uols mcm uols gak....nnt ai edit watermark tue sbb nmpk putih2 kat celah huruf tue x nice plak...uols reti buang x yg putih sket tue?

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hihihihi , mmg syok noks. ai pun hingat nk beli jgk sbb kamera nya murah tp err filem dia mahal *hentak kaki

ekekekek... kesian yu noks. takpe pujuk la nnt2 uols ekekeke. harus la khenn semua somel2 mcm ai ekekek *matilaa perasan ahahah.

ohh ai perasan tu cuma lupa nk kasi edit. hiks.

tiefazatie said...

sgt comel la u guys nie..=)

miloais said...

gi open house umah orang tak hengat2 nak balik kekdahnya! ekekekekek
kalo buat gitu kat umah iols... iols halau balik ye!
hak hak hak

ps : beb... iols tak pegi umah anuardini - atas sebab keselamatan!
hak hak hak

nope... really tak dapat pegi kali ni!
alasan : RAHSIA!
hiks

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hihihi comel eh? tenkiu ifa hikss.

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> ahahahah dgn Dee ni aje pun ai buat perangai tak tahu malu. ekekek. mummy dia siap paksa ai tidur dkt rumah diorg mlm tu tp ai yg hentak2 kaki tak nak. *gedik tak? ahahah..

choii nk halau ai .. nangiss!!

mohtifff tak leh nk dtg??!! nangiss sgt !! baru nk peluk siyum dkt sana huwaa... erkk ahahah

Cik Bambam said...

KAMERA TUH COMEL OKEHH!!! :D

Ijah EmoTemo said...

cikbambam >> heee kann! ;)

siti kektus said...

eh, kamera tu mcm mainan je. comel betul. ;p



bila kite ngan kengkawan, mmg best sgt2. ;)

Ijah EmoTemo said...

sitikektus >> hihi kan? comeel je kamera tu ngee.

yupss! exactly! :)

Saiazuan said...

mood aku raya dah abis sejak blk uitm.. happy je tgk dia :D

Ijah EmoTemo said...

Zuan >> hehehe, iyelah kan mesti mood dh habis terus heheh. ahahah sgt happy :P

Umie Artoqiemie said...

jealous aku tgok polaroid tuhh .. huhuhuhuhu :(

Ijah EmoTemo said...

umie >> hihihi , ijah ni pun jeles jgk sbb itu kawan ijah punya. tssk ahahah

Nadhra said...

Seronok nya!!! Kamera tu cun gila!!

Cik TeN10 said...

comelnye kamera itu !! nmpak macam toys je.. ingtkn baby insyeera punye toys tadi.. kekeke

Hanis MY said...

I like i like... Insyeera tu mmg minat kt ijah...dah Ada cirri keibuan gitu fiwitt

Ijah EmoTemo said...

nadhra >> khenn! cun sgt! :P

Ijah EmoTemo said...

cikten10 >> hikhik. itulaa nmpk mcm toys walhal bkn ekekekek

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> ekekek mula2 dia nangis tgk ijah then bila ijah try dukung terus tak mahu lepas ekekeke. aiyark ciri2 ibu *malu* hahahah

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dik bape harga camera tue??

meaw said...

polaroid camera!sweet gila kan :)

Ijah EmoTemo said...

mama amana&arief >> kawan ijah beli dlm rm 290 mcm gitu la :)

Ijah EmoTemo said...

meaw >> ngeee kannn! ;)

KhaiRin said...

cantik nyer camera..tp tu la bsr sgt..almaklum la org skrg seme nk benda kecik

Ijah EmoTemo said...

khairin >> hehehe mmg cantik. emm kamera ni biasa2 ajela. xbesar sgt tp cute je la size dia :)