Home

Monday, February 9, 2015

Jangan Lupa Menonton Teman Lelaki Upahan Gandingan Hebat Elizad Sharifudin & Ungku Ismail Setiap Isnin - Khamis Jam 7 Petang Di TV3!

Siapa yang dekat sini pernah membaca novel Teman Lelaki Upahan hasil nukilan Azura Rasiddin? Kalau korang pernah membaca novel ini , pasti korang juga tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama adaptasi ini di slot Akasia bermula hari ini pada jam 7 malam hanya di TV3! Jijah juga sebagai seorang pembaca novel Teman Lelaki Upahan turut tidak sabar untuk menonton drama adaptasi ini.

Tambahan pula bila melihat barisan pelakon yang bukan calang-calang menambahkan lagi rasa kekuatan ingin menonton drama ini. Siapa barisan pelakon drama ini? Teman Lelaki Upahan diarahkan oleh Azma Aizaal Yusof dan membariskan barisan pelakon hebat seperti Elizad Sharifuddin , Ungku Ismail Aziz , Izara Aishah , Sharifah Alesha , Fazlina Ahmad Daud , Azhan Rani , dan ramai lagi. Bila melihat senarai nama pelakon pun sudah cukup menerujakan perasaan ini. Apatah lagi buat yang pernah membaca novel tersebut kan? Sekurangnya sedikit yakin bahawa drama ini bukan sekadar drama adaptasi semata sahaja. Malah tahu pengarahan Azma Aizaal Yusof bukan boleh dipandang enteng. Tambahan dengan barisan pelakon yang hebat sebegitu , haruslah semakin terkinja-kinja perasaan untuk menonton drama ini.


Barisan Pelakon Teman Lelaki Upahan!

Meh sini Jijah kasi sinopsis sikit untuk korang , terutama yang tidak pernah membaca novel Teman Lelaki Upahan ini. Bagi korang mood untuk petang ini katanya!

Sinopsis novel Teman Lelaki Upahan.
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL 
“Syarat? Syarat apa?” 
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
Hah! Macam mana bila korang membaca sinopsis tersebut? Teruja ke tidhokkkkkk? Memandangkan Jijah tidak jumpa sinopsis yang pendek untuk drama ini , jadi Jijah tepek sinopsis untuk novel dulu okay? Hehehe. Bagaimanapun perasaan teruja tetap meluap-luap tak kira lah baca sinopsis untuk drama atau novel , dah nama pun adaptasi dari sebuah novel kan? HAHAHAHA. Lagi menambahkan perasaan teruja ini apabila Jijah ada melihat video di Instagram dari IG Elizad Sharifuddin dan Ungku Ismail Aziz yang manis-manis belaka. Terus perasaan nak mencakar lantai semakin berleluasa uols! HAHAHAHAHA.

Jijah dan cakaran tidak pernah berpisah kan? HAHAHAHA , haruslah dah kalau dua-dua sama-sama manis , sama-sama buat orang tersengih sampai telinga , gila tidak mencakar kan? Sebab itu semakin tidak sabar untuk menonton drama ini! Kalau baca novel pun dah kemain aku tersenyum tersengih , apatah lagi menonton drama ini nanti kan? Hihiks!

Bila dah kata mula nak mencakar semua , haruslah Jijah akan menjadi gigih untuk bertemu hero dan heroin ini kan? Bila dah gigih itu haruslah tetibe aje sesat ke Pesta Buku Selangor untuk bertemu dengan hero dan heroin Teman Lelaki Upahan ini tau! Bila masa Jijah tak gigih kan? Jom tengok gambarrrr!


Jijah bersama dengan hero TLU ; Ungku Ismail Aziz.


Jijah bersama dengan heroin TLU ; Elizad Sharifuddin.





Jijah , Ungku Ismail , Elizad Sharifuddin & Azura Rasiddin.

Nampak tak wajah kegigihan Jijah ittuew? Bila dia gigih , empatpuluhpatlapan kali snap pun tak pernah cukup katanya! HAHAHAHA. Bila lagi nak gigih kalau bukan sekarang kan? Tambah tengah mood berbunga-bunga nak menonton drama Teman Lelaki Upahan ini kan? Lagi lah dia punya gigih macam nak buat stok enam puluh tahun gegambar itu kan? HAHAHA. Seronok sebenarnya bertemu dengan mereka ini. Sangat friendly sangat humble dan sangat melayan kerenah Jijah yang bermacam-macam itu. Ingat senang ke orang nak layan peel Jijah yang kadang-kadang macam meminta disiku sajork kan? Ekekekekek.

Ada tak yang serupa Jijah tidak sabar dan begitu teruja menantikan drama ini petang karang? Kalau ada sila angkat kibod berjemaah! Eh? Hahahaha.. Memang agak lama juga menanti drama ini. Boleh tahan bersabar dan bertabah juga! Nasib Jijah jumpa video video manis tatkala drama dah nak bermula esok lusa kan? Kalau jumpa video manis tahap kencing manis potong kaki itu terlebih awal sebulan dari tarikh yang hendak ditayangkan mahu juga yang terpaksa berganti kuku setiap hari khen? HAHAHAHA.

Tulis panjang pun tak sukop kan? Nah ambil lagi satu video khas untuk korang semua yang bakal menonton drama ini petang nanti! Video ini memang diorang sendiri yang buat sendiri dan lihatlah sendiri betapa comel dan manisnya mereka berdua ini tau! Geram tau! Eh? HAHAHAHA.



Jangan Lupa Menonton Teman Lelaki Upahan setiap Isnin-Khamis jam 7 petang di TV3 bermula hari ini!

Hihiks! Memang comel sangat mereka berdua ini tau! Gambar sudah tengok , video ucapan mereka pun sudah tengok , jadi jangan pula lupa untuk menonton Teman Lelaki Upahan bermula hari ini di TV3 , jam 7 petang okay? Janji tau? Janji tau? Eh!

Sesiapa yang sudah membaca novel mesti tahu macam mana manis dan berlikunya kisah Kyra Lydia dan El ini. Seharusnya tak sabar bagaimana segala imaginasi dan bayangan bertukar menjadi kenyataan di layar mata kaca tv nanti. Ya , jujur aku memang tidak sabar kerana ingin sekali melihat apa yang telah di baca itu menjadi realiti kemanisan di dalam tv itu nanti. Dan aku percaya , manis-manis potong kaki itu pasti ada sama ada bersahaja atau spontan kan? Sebab itu perasaan tak sabar itu semakin melonjak-lonjak! Hihiks!

Jadi jangan lupa bermula hari ini Teman Lelaki Upahan gandingan hebat dan comel Elizad Sharifuddin & Ungku Ismail Aziz bakal menemani korang di slot Akasia jam 7 petang setiap Isnin-Khamis! Haruslah tak sabar untuk mencakar ditemani bekalan oksigen bertong-tong sementelah melihat video di IG yang manis-manis belaka ittuew! Ada yang teruja , eksaited dan tak sabar macam Jijah jugak tak? :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

mummy_ayu said...

wah..mcm best jer. nak gie cari novel la..baru best tgk..nak tgk..nak tgk. tq for share info!!