Home

Monday, October 21, 2013

Bila Nervous Jumpa Dato' Siti Nurhaliza... Boleeeeeeeh?

Sebenarnya Jijah sangat jarang nak merasai berdebar-debar jantung bagai nak pecah bila bertemu dengan artis. Mungkin sebab sudah selalu bertemu sampai kadang-kadang tiada perasaan katanya. Amboi riak sungguh ayat kan? Sekali sekala. Eh eh. 

Tapi pelik sekali bila Sabtu lepas ketika meghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan ayah Jijah dan terjumpa Dato' Siti Nurhaliza , Jijah boleh berdebar-debar bagai nak rak?! Sejak bila Jijah sudah reti nak nervous dan berdebar-debar semua ini? Sejak bila? HAHAHAH. Memang serius punya cerita. Jijah punya berdebar macam ada orang nak memasuk meminag gituh. MAMPOOOOO?! HAHAHAHA. Statement macam nak kena penampar sangat!

Dulu memang pernah berjumpa dan pernah juga ambil gambar bersama dengan Dato' Siti Nurhaliza. Tapi dulu perasaannya lain. Sekarang pula lain macam. Amboi. Kebetulan dekat meja Dato' Siti Nurhaliza tenang tanpa sebarang gangguan dan tuan empunya majlis pun sempoi membenarkan weols yang berada disitu untuk mengambil gambar kan , jadi apa lagi kan? HARUSLAH JIJAH MENCELAH! HARUSLAH! Eh capslock pula! HAHAHA. Ingat senang nak jumpa Siti dengan sekadar terkedek-kedek kemudian bersalam , borak kejap dan bergambar ikut suka hati? Eh. Kiranya nervous sebab tak biasa berkeadaan begitulah barangkali Jijah ni kan? HAHAH.

EH asyik bercherita saja. Meh tengok gambar comel kami. Memang comel sangat Dato' Siti Nurhaliza. Sangat okay! Sampai Jijah terasa sangat teruja tengok gambar sendiri -__-'


OH TUHAN OH TUHAN.. apa comel sangat Siti Nurhaliza ni uols?!

HAHAHA sejak bila Jijah ada crush dekat artis perempuan ni? 

ERKKK. 

LOL.


APAAAA COMEL SANGAT NI?!

HAHAHAHA.

maaf masih lagi teruja tengok gambar sendiri. LOL.

Comel sangatkan Dato' Siti Nurhaliza uols? Hiks. Sebenarnya seram sejuk jugak nak ajak bergambar macam itu. Jijah memang kekadang penakut juga kan. Macam ada rama-rama berjoget berzapin dalam perut kalau nak bergambar pesen begitu. HAHAH. Masa ni memang Siti baru saja pulang dari Singapura bersempena dengan APM. Siti datang bersama dengan Dato K gituew. Cuma tak adalah Jijah gigih nak snap bersama dengan Dato' K khennnn. HAHAHA. Cukuplah sekadar tengok sajork. 

Paling tak menahan Umi pun bersemangat bergambar dengan Siti. Punya teruja Umi sama macam anak dia ni ha. HAHAHA. Jarang Jijah berasa teruja macam ni. Kali ni memang betul punya teruja lah ni. Sampai buat entri baru kan? Kalau tidak... memeram sajork dalam draft kan? HAHAHA.

Makanya... cukup sampai disini dahulu entri ringkas ini. Nanti jika ada kelapangan lagi Jijah update lagi okay? Hiks. Mesti ramai rasa nak lelempang Jijah sebab kemain teruja tulisan Jijah dalam entri ini khen? Maafkan Jijah. HAHAHA. okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

6 comments:

kikyn said...

Ape kelakau sangat entry uols bersama dato' ct ni jijah oiii..wakakkakkaka..tekukik2 kaka ketawa. Tampo mek. Wakakakakak..

husna zahidi said...

erk..apasal dato siti ni comel sangat?? >.<

Qhaifa Nur said...

rasa macam tak percaya jumpa dato siti, ijah...kalau kak nur laa

Ieyra Ghani said...

wahhh untunglaahh dia :)

Jom join GA terbaru ni ^^
http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/2013/10/sem-break-giveaway-by-ieyra-ghani.html

Myra Jay said...

Alolololooo suwitnyaaaaa..
jeles nengok :D

Anonymous said...

kerlas jijahhh....