Home

Showing posts with label diyanahalik tudung. Show all posts
Showing posts with label diyanahalik tudung. Show all posts

Thursday, June 29, 2017

Edisi Dah Lama Tak Menulis : Ada Yang Rindu Tak?

Setelah enam bulan tidak mengetuk kibod dan menulis apa-apa dalam belog picisan ini, akhirnya jiwa Jijah kembali diseru untuk mengetuk kibod. Enam bulan yang sudah, diri sendiri terlalu sibuk mencari hala tuju diri sendiri. Terlalu sibuk dengan perkara yang lebih perlu didahulukan terlebih dahulu katanya. Tapi sebenarnya nak menulis semua ini kadangkala kena ada jiwa terlebih dahulu, barulah entri boleh buat orang lain terhibur khen? Ataupun Jijah saja yang acah-acah orang lain terhibur khen? Kikiki.

Bila sudah terlalu lama tidak menulis, mula lah diri sendiri jadi blank sekejap tak tahu nak menulis apa khen? Tapi tehtap juga nak kasi belog picisan yang sudah bersawang ini berupdate khen? Iyelah mana tahu ada juga yang ternanti-nanti kita update belog khen! Kahkahkah sediakan baldi segera! HAHAHAHA.

Okay sekarang idea sudah kering. Cukuplah sampai disini dahulu. Nah, kasi sekeping gambar untuk tatapan engkorang semua. Rindu ke tidhok kekdahnya? :p





Tudung : Lush Chiffon Floral by Diyana Halik
Baju : Beli kain dekat Jakel sajork!


Terima kasih yang sudi baca entri ini :)

Wednesday, August 5, 2015

Koleksi Tudung Diyana Halik Yang Cantik & Selesa!

Kita semua tahu terlalu banyak tudung instant yang berada di pasaran. Namun tidak semua tudung instant memberi kita keselesaan seratus peratus dan sesuai dengan bentuk muka kita. Betul tak? 

Jijah sering menghadapi sedikit masalah apabila membeli tudung instant. Almaklumlah bila sudah kerja ini semua benda hendak cepat. Sudah malas hendak melilit shawl atau hendak memakai tudung bawal. Tudung instant menjadi pilihan bila malas kan? Tetapi tidak semua tudung instant sesuai dengan bentuk muka Jijah. Kadangkala ia sedikit ketat dan kadangkala ia membuat muka Jijah nampak pelik. HAHAHAHA.


Ariana by DiyanaHalik

Namun setelah mencuba tudung instant dari Ariana by DiyanaHalik , hati terus jatuh cinta! Mana tidak jatuh cinta bila pemakaiannya mengambil masa tidak lebih dari seminit ataupun kurang daripada tempoh tersebut. Ariana by DiyanaHalik bukan sahaja mudah untuk dipakai malah ia memberi keselesaan yang menyeluruh. Tambahan pula ia turut mempunyai inner tudung yang dijahit bersama tudung membuatkan Jijah tidak perlu risau tentang inner tudung lagi! 

Jujur cakap , Ariana by DiyanaHalik merupakan salah satu tudung kegemaran Jijah kerana ia cukup selesa malah ia boleh digayakan bila-bila masa tidak kira ketika mahu bergaya santai atau kasual. Ariana by DiyanaHalik turut memiliki warna-warna yang cantik dan menarik! Rugi kalau tidak memiliki satu!

Antara warna-warna menarik Ariana by DiyanaHalik.











Selain daripada Ariana by DiyanaHalik , Tudung Diyana Halik turut mempunyai koleksi lain seperti Adelia Diyana , Alia Diyana , Alia Diyana 2 , Alia Diyana 3 & ShimmeRaya. Memang kesemua ini adalan instant tudung yang bukan sahaja memudahkan pemakaiannya kita malah ia cantik dan tampak menarik. Tidak perlu mengenakan sebarang pin tudung dan tidak memerlukan corak yang terlampau namun tetap menampakkan gaya yang cukup cantik dan elegan dengan pemakaian tudung instant dari Tudung Diyana Halik ini.

Nah , tengok dahulu sedikit koleksi dari Tudung Diyana Halik untuk tatapa korang. Selepas tengok boleh lah membeli pula kan? Hiks!

Alia Diyana




Adelia Diyana 



Alia Diyana 2



Alia Diyana 3



ShimmeRaya





Menarik kan warna-warna yang berada di atas ini kan? Ini antara warna-warna yang cukup cantik di mata Jijah. Cukup lembut tapi cukup elegan apabila dipakai nanti. Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi tudung DiyanaHalik ini terdapat dua cara untuk mendapatkannya.

Pertama : Tingkat 1 , Kidz N Creme

Diyana Halik Management
No. 5 Jalan Setia Dagang U13/AK
Setia Alam Sunsuria 7th Avenue,
40170 Shah Alam
Kedua : Website
Hah! Mudah aje kan? Kalau terasa ingin mencuba terus , boleh terus ke Kidz N Creme. Sesambil makan di cafe bawahnya , sesambil itu naik ke tingkat 1 untuk mencuba dan membeli Tudung Diyana Halik. Gittuew! Ataupun boleh terus ke website diyanahalik.com untuk membuat pembelian menerusi online katanya!
Jadi apa tunggu lagi kan? Koleksi tudung Diyana Halik bukan sahaja cantik dan senang digayakan malah ia turut meberi keselesaan buat si pemakai! Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkannya sebab tudung Diyana Halik cukup pantas sold out! Cepat-cepat dapatkan koleksi tudung Diyana Halik tau! ;)
Ehems , nah sekeping gambar kita pakai tudung Diyana Halik ittuew. Hihiks.

abaikan mata panda ittuew.

memang trademark si Jijah hahahahaahaharem.


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, October 15, 2014

Rindu Aaron Aziz Ke?

Rasanya belog picisan ini sudah agak lama tidak ada update mengenai retis kesayangan Jijah kan? Mesti korang pun tertanya-tanya kenapa Jijah sudah jarang meng-update mengenai Aaron Aziz yang daholo-kala nya boleh dikatakan setiap hari ada saja cherita dan gambar yang hendak dikongsikan bersama pembaca Cherita Emo-Temo kan? 

Jijah merajuk dengan Aaron Aziz? Jijah sudah tawar hati dengan Aaron Aziz ke? Aaron Aziz sentapkan Jijah ke? Amboi! Diva sangat kalau sampai tahap macam itu nak merajuk dan nak menyentap dengan Bintang Paling Popular 2013 ini kan? Jijah rasa , Jijah belum tahap itu lagi nak buat perangai kan? Errr atau dah buat perangai tapi ala-ala amnesia pejam mata buat-buat lupa boleh? HAHAHAHA.

Sebenarnya bukan Jijah nak merajuk sampai petala kelapan pun. Cuma kekangan masa dan waktu yang semakin hari semakin banyak dihabiskan dengan perkara lain yang lebih penting membuatkan Jijah tidak sempat untuk menjadi gigih seperti dulu. Gittuew kan. Macam orang kisah sangat kau punya kebizian tu kan Jijah? HAHAHAHAHAmpeh!

Jadi , Ahad lepas di kala hujan ribut petir dan guruh (amboi! but itu realitinya!) Jijah telah berkesempatan untuk pergi ke booth Diyana Halik Tudung di KL Calling Market yang telah berlangsung di Shah Alam. Kononnya nak meninjau tudung-tudung yang ada sesambil mengira bajet yang dah lari banyak katanya. Tapi apabila sampai sahaja di Shah Alam , nauzubillah , hujan sangat lebat dan ribut dan gurut saling tak putus berlawan sehingga membuatkan Jijah sedikit takut. Hampir setengah jam Jijah dan rerakan stuck di dalam kereta , dan berkira-kira untuk meninggalkan tempat tersebut dan terus pulang. Namun perut pula berkeroncong , jadi nak-tak-nak kena juga mengisi perut yang lapar. Mujurlah ada restoran yang berdekatan lantas apa lagi kan? Pergi mencekik la chuols!

Setelah makan dan minum selesai dan keadaan menjadi reda kembali , Jijah dan rerakan meninjau kembali keadaan di booth tersebut. Nampaknya masih ada lagi orang di situ , jadi tehtap juga geletis untuk melangkah ke booth tersebut. Bila sampai sahaja terus terdetik , mana Aaron Aziz? HAHAHAHAHAHA , mampoooo terdetik terus? Memang dah lama sangat pun tak jumpa Aaron Aziz. Bulan Puasa yang lepas adalah kali terakhir bertemu katanya , jadi lama-lah jugak kan? HAHAHA. Eh itu kira pencapaian terbaik err ke terburuk? HAHAHAA.

Nasib tiga bulan , kalau tiga tahun ? Eh simpang! HAHAHA. Lepas beberapa tika , oh baru nampak Aaron Aziz keluar daripada kereta. Oh Aaron Aziz ada! Oh itu Aaron Aziz! Hey , dah kenapa macam baru pertama kali jumpa macam tiga tahun daholo-kala ni? HAHAHA. Kemahinnn lagi kau Jijah! Biasalah Jijah kan? Kalau tak dramatik , maknanya , something wrong somewhere lah kot? HAHAHA.

Jadi hagak-hagak macam-mana rupa Jijah jumpa Aaron Aziz setelah tiga bulan tidak bertemu? Eceh.


HAHAHAHAHAHAHAHA.

OK SAMBUNG GELAK LAGI.

HAHAHAHAHAHAHA.

Dah kata dah , kalau Jijah jumpa Aaron Aziz mesti dramatik dia terlebih sikit. Macam minta penampar sebenarnya. HAHAHAHA. Sebab suka sangat buat perangai kan? Tak tahu Aaron Aziz dah redho ke pasrah dengan si Jijah ni kan? Dah lah selalu buat perangai lepas tu selalu dramatik mendiva sehabis-habisnya kan?

Dah nama pun #DivaPora kan? Kalau tak mendiva dan tak dramatik , apa guna semuanya itu? *pangggggg HAHAHAHA. Sudahlah Jijah. Tak habis-habis nak mendiva kan? Nanti orang menyampah pulak kang. Jadi apa kata kita tengok gambar nak ? Mustahil tak nak kan? Dah lama kot , Jijah tak ada letak gambar Jijah dengan Aaron Aziz dalam belog picisan ini kan? Nanti korang pulak rindu.. hewhewhew.. *pangggggg


Diva habislah tu muka dengan Aaron Aziz?

HAHAHAHA.

HeartzDeepDeep bang! Wakakakaka..


Aaronators with the one and only our Aaron Aziz.

WeFie katanyaaaa...

and We Love You Aaron Aziz!

... walaupun sekali sekala lalang *nangessss


Kalau ada Aaron Aziz , mesti ada Diyana Halik jua.

Thank you for your time Kak D and all the best untuk Diyana Halik Tudung.

Do check it out guys Diyana Halik Tudung yang memang cantik dan selesa untuk dipakai. Go to DiyanaHalikTudung di Instagram atau Diyana Halik Tudung di FB untuk sebarang info lain okay?


Sampe kata Jijah je buat perangai?

Tengok gambar ni! Aaron Aziz pun buat perangai!

HAHAHAHA.

Begitulah kisahnya kan? Memang masing-masing buat perangai kan! Biasalah , kalau dah kalau masing-masing sama naik dramanya kan? HAHAHAHA. Bila dah lama tak tulis pasal retis kesayangan dan kembali tulis dalam belog tiba-tiba rasa rindu zaman kegigihan dahulu kala. Tak kira masa , tak kira dekat mana mesti muncul muka si Jijah ni kan? Sekaran ni pun masih lagi gigih namun tak ada lagi kot macam dahulu kala la kot? HAHAHA. Atau Jijah yang lupa yang Jijah sebenarnya sangat-sangat gigih kan? HEHEHE. 

Bila rindu , mula lah terasa nak throwback itu , throwback ini kan? Kekdahnya memang betul-betul rindu Aaron Aziz lew ni? HAHAHAHA. Rindu lah jugak kan. Rindu kena bahan lepas tu bertekak berjemaah katanya. Gittuew. So korang sukew ke tidak tetibe Jijah hapdet pasal Aaron Aziz ni? HAHAHAHA. Tapi hade haku kisah kalau korang tak suka pun kan? Dah nama pun belog haku , bukan belog korang kan? Ekekekeke.

Dahhhhhh.. jangan nak sesentap lagi dah. Nanti Jijah akan hapdet lagi , insyaAllah. Almaklumlah baru aje sihat daripada demam , batuk , selsema dengan lelah kekdahnya. Sebab itu baru aje muncul menghapdet dalam belog ini. Masa pergi ke Shah Alam tempoh hari pun sebenarnya masih lagi tak sihat. Namun dek kerana kebetulan nak pergi ke arah sana , jadi terjah la juga ke booth Diyana Halik Tudung tu khen? Dah alang-alang orang kata..

Alhamdulillah , keadaan diri pun makin sihat. Dah tak ada lagi batuk yang cukup menyeksakan itu serta lelah yang merimaskan itu. Tambah pula sekarang tengah musim orang tak sihat , jadi kena juga berjaga-jaga dari segi makan dan sebagainya kan. Memang tak selesa betul bila tak sihat. Tidur pun jadi tak lena , makan pun jadi tak selera. Serba serbi tak kena. Korang pun jaga kesihatan di kala keadaan cuaca yang tak menentu dan sedang musim orang tak sihat ini okay!

Baiklah , rasanya sudah tidak ada apa-apa lagi untuk di ketuk dalam entri ini. Cuma tak ada ke gambar Jijah dengan Aaron Aziz yang molek sikit? Atau memang semua gambar Jijah dengan Aaron Aziz dengan penuh kedivaan dan dramatik habis? Eh eh eh!

Of course lah ada kan.. Diva Pora with the one and only retis kesayangan , Aaron Aziz.


... terus tersenyum bahagia katanya!

Last but not least , thank you for your time Aaron Aziz. Meskipun #DivaPora selalu melalang-kan diri , namun tehtap jua akan menyokong Aaron Aziz katanya. Tak gitu bang Tapa?

Majulah Lalang FC untuk negara!

Eh?

BAIIIII...

Terima kasih sudi baca entri ini :)