Home

Showing posts with label popia manis. Show all posts
Showing posts with label popia manis. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan & Tempahan Aneka Popia Roll Mini

7 Ramadhan.

Baru ada masa untuk mengetuk kibod. Baru sempat nak menjenguk belog sendiri. Sadis pula perasaan tiba-tiba. Tapi hendak buat macam mana kan? Jijah memang sedikit sibuk menyiapkan tempahan customer Popia Roll Mini. Lagi sadis nak promote dalam belog pun tak sempat. Sadis. Sadis. Sadis. Okay , over sangat bunyi sadisnya.

Okay alang-alang , meh nak promote kejap. Seperti yang semua sedia maklum , Jijah memang ada menjual aneka Popia Roll Mini iaitu , Popia Pedas , Popia Manis dan Popia Nestum. Bersempena dengan Raya akan datang , sesiapa yang ingin menempah aneka Popia Roll Mini boleh berbuat demikian dalam kadar secepat mungkin.


Tiga beradik popia.

Popia Pedas. Popia Manis. Popia Nestum.


Okay ini adalah harga-harga bagi aneka Popia Roll Mini.

Kalau ada yang berminat untuk menempah aneka Popia Roll Mini ini boleh terus menghantar emel di jingliq1125@yahoo.com atau mesej di 017-6229932. Kalau boleh serious buyer only ya? Kepada yang ingin menghantar melalui pos laju , bayaran untuk keseluruhan postage ialah RM8. Tetapi kalau mengambil lebih daripada 4 botol , memang kami perlu menambah sedikit cas tambahan menjadi RM 15. Lagipun kami masih baru dalam perniagaan ini. HEHE.

Kalau yang nak COD pun boleh di area KL dan Lembah Klang ya. Dan lagi bagus kalau dapat pick up sendiri dekat rumah. Gituew. So apa tunggu lagi kan? Tempah sekarang sebelum order ditutup minggu hadapan. Yes, minggu hadapan segala tempahan akan ditutup terutama yang perlu kami pos kerana kami takut pihak posmen tak mahu terima any parcel berdekatan tarikh hari raya. Paling lambat kami boleh pos pun mungkin sebelum 1 Ogos atau sebelum itu. Jadi cepat order sebelum terlambat ya? 

Jangan lupa untuk follow Instagram dan Twitter : POPIAROLLMINI serta LIKE fanpage di Facebook : Popia Roll Mini. Okay? Sebab kekadang Jijah lagi banyak update segala promosi , segala tracking number dan lain-lain disitu. Lebih senang konsepnya. Jadi korang pun tidak terlepas pandang :)

Wah , promosi terus entri ini khen? Kekonon nak buat entri luahan perasaan. Terus menjadi entri luahan perniagaan. Kauuuu mampoo?! HAHAHAH. Gituew. Jangan risau , dijamin sedap. Anzalna Nasir , pelakon popular pun puji memuji popia ai okeh? Gituew. Kikiki. 

Konsepnya Jijah menanti tempahan korang ya. Hihihi.

Okay pepetang begini orang sibuk pergi PARAM , sibuk memasak dekat dapur , sibuk tertekan atas jalan raya sebab jammed , Jijah jelah yang sibuk mengetuk kibod khen? Sebab masa begini aje yang rilek sedikit. Kalau masa-masa lain , memang nak pandang netbook pun tak ada masa langsung. Sila baca dengan nada yang paling sibuk sekali. Kikiki.

So nak tulis apa lagi ni?


errr gambar sebelum Ramadhan.

errr Jijah masih lagho ke ni?

nangess..

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, May 29, 2013

Duta Popia Roll Mini?

Eh aneka Popia Roll Mini Jijah ada duta? Betul-betul atau main-main ni? Kemain lagi si Jijah ni khen aneka Popia Roll Mini dia pun siap ada duta bagaikan? HAHAHA , Jijah memang sentiasa drama queen dan over semedang kan? Harus! Konsepnya hidup lebih ceria kalau jadi drama queen ni khen? Tapi bakal kena pelempang pun ada jugak peluang kalau 24/7 asyik nak jadi drama queen je khen? HAHAH.

Kekdahnya , memang Jijah selalu saja suruh retis-retis kesayangan Jijah untuk bergambar dengan aneka Popia Roll Mini Jijah. Harus lah khen theyols menyapot bisnes kecil-kecilan Jijah khen? HAHAHAHAH , okay suka betul si Jijah ni memaksa khen? Alah, sekali sekala sajork. Gituew statement si Jijah khennn. HAHAHAH -.-'

Okeh antara yang kena paksa untuk posing special dengan Popia Roll Mini Jijah ialah , Amar Asyraf. Hero drama yang pernah hangat suatu ketika dahulu , Setia Hujung Nyawa. HEHE , abam Amar mesti sokong bisnes Jijah khen? Siap buat posing comel lagi tu! HAHAHA. Nasib comel! Hihiks.


terima kasih Amar Asyraf atas sokongan anda.

hihiks , walaupun kena paksa khen?

HAHAH , hazab sungguh Jijah.

kikiki.

Kemudian gegedik suruh Izzue Islam posing sebenarnya. Tapi nasib tak menyebelahi sebab tak sempat nak posing sangat pun. Cuma ada sekeping gambar yang Izzue bersama dengan Jijah tengah serahkan Popia Roll Mini itu. Wah , bunga-bunga bahasa sangat , serahkan bagai khen? Hihiks. Biasalah Jijah khen? Kalau datang mood nak menulis dengan bunga-bunga bahasa ni , mahu pitam semua orang baca kan? HAHA.


OH abe Izzue Islam!

HAHAHA , geletis pula tiba-tiba. keh keh keh.

muka tokei-tokei sangat Jijah sekarang walaupun gambar candid. Sobs kejap. HAHAH -.-'

Gigih juga kan Jijah suruh artis-artis kesayangan bergambar bagai dengan Popia Roll Mini Jijah kan? Itu sebagai tanda sokongan sebenarnya. Walaupun kena paksa masing-masing. HAHAHA. Ingat kiyut sangat lettuew nak paksa-paksa orang kan? HAHAH. Tak adalah, kebetulan tengah menggila masa itu harus suruh artis kesayangan bergambar dengan Popia Roll Mini Jijah khennn.

Gittuew. Dan yang paling terbaru pasti ramai dah tahu kot? HAHAH. Aaron Aziz pun di paksanya bergambar dengan Popia Roll Mini. Teringat masa hari tu bila Jijah keluarkan Popia Roll Mini dari plastik , terus abe Tapa tanya. "Eh nak buat apa ni? Nak makan ke apa?" HAHAHAH , mesti confused tetibe Jijah dah kembali buat kerja menggila macam nak ajak piknik tepi pawagam khennn? HAHAHA. Banyak lah piknik duduk bersila tepi pawagamnya pun kannn? HAHAHAH.

Terus lah cakap , nak suruh posing lah kan? HAHAHA. Macam abe Tapa tak biasa kena posing kan? Dulu kena posing dengan buku Sejarah. HAHAHAH , itu paling rasa tak mahu kenang lagi dah. Kenapa Jijah begitu menggila dahulu? Kenapa? Kenapa? Kenapa? HAHAHA. Dushhhh. Dan sekarang kena paksa posing dengan Popia Roll Mini kannn? HAHAHA. Kenapa banyak HAHAH ni? Macam annoying kejap. Ekekeke.


muka tengah confused ingat nak ajak piknik tepi pawagam sebab suruh abe Tapa pegang botol Popia Roll Mini -__-'

gawangnya muka abe Tapa. cuak gegirl tengok. HAHAHAH.

*pangggggggg*


hamagadddddd. lepas tu muka terus bertukar menjadi comel.

atotototo abe Tapa! 

WAKAKAKAKAK -__-'


okay dah malas nak kasi caption annoying.

HAHAHA.

HAHAH. Kemain lagi kau Jijah. Semua kononnya DUTA Popia Roll Mini ini kan? Semua kacak-kacak ye. Ehem. Kemain lagi kau Jijah. HAHAHA. Mesti paswah dan redho retis-retis kesayangan Jijah ni melayan perangai pemenat macam Jijah khen? Bertabahlah chuols! HAHAHA. Nasib tak kena charutz khennn? Matiler mek kalau kena charutz! NANGESS.

HAHAHA , drama queen tak habis lagi tu! Jijah ohhhh Jijah! Dan sebenarnya Anzalna Nasir pun antara salah seorang artis yang suka juga dengan Popia Roll Mini Jijah. Jijah suka betul dengan Anzalna ni. Dah lah cantik macam barbie doll okeh! Lepas tu sweet semacam saja! Hah , nah sekeping gambar weols berdua! Sweet kan sheols? 


atototo tomeiii jugak Anzalna ni!

sukaaaa! 

hihiks.

Begitulah kisahnya sebenarnya. Terima kasih untuk semua rerakan artis ( wah kerlast ayat ni! hahahaha ) yang sudi bergambar bersama dengan Popia Roll Mini saya walaupun secara paksa. Tapi mesti suka kan suka kan? HAHAHA. Tiba-tiba saja ayat kau Jijah!

Apa-apa pun , korang yang teringin untuk menempah Popia Roll Mini boleh saja meng-order dengan membaca entri INI. Kami juga turut menerima semua jenis order termasuk majlis perkahwinan , majlis hari jadi dan lain-lain lagi. Cepat order sekarang sebelum terlambat okeh? Ramai yang sudah merasa dan ramai juga yang menyukai. Jadi apa lagi? Jom order sekarang! 

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Wednesday, May 15, 2013

Aneka Popia Roll Mini. Jom Order!

Korang suka tak mengunyah sesuatu tatkala korang melakukan sesuatu? Contohnya ketika menonton televisyen? Ataupun mungkin ketika sedang menonton video di laptop? Atau di mana-mana sahaja? Sekiranya korang suka mengunyah sesuatu tatkala korang melakukan sesuatu. Korang semua sangat digalakkan untuk mencuba produk homemade yang dilakukan sendiri oleh Umi Jijah iaitu Popia Roll Mini.

Popia Roll Mini ini mempunyai tiga jenis anekanya iaitu Popia Pedas , Popia Manis & Popia Nestum. Menarikkan? Malah ianya sangat sedap! Setakat ini Jijah telah memberi ramai rakan-rakan mencuba dan memang keseluruhannya memuji kesedapan aneka Popia Roll Mini ini. Bukan , ini bukan puji diri sendiri. Tapi mereka kata cuma saya tak ada pula membuat video bukti khennn? Gituew statement perfeeling artis sangat!

Okay mari kita tengok gambar-gambar. Supaya korang semakin terliur dengan aneka Popia Roll Mini ini. Hihiks.



Contoh pek kecil (100gm) untuk semua aneka Popia Roll Mini


thank you Ieja for the picture!

Menarikkan kesemua aneka jenis Popia Roll Mini? Hihihi memang menarik! Untuk pengetahuan korang , aneka Popia Roll Mini ini terdapat dalam tiga bentuk saiz juga mempunyaI perbezaan harga bagi setiap aneka Popia Roll Mini. Lihat gambar bawah untuk penerangan tentang perbezaan harga serta saiz untuk tidak mengelirukan korang semua.


Popia Pedas

1) Pek Kecil ( 100gm ) - RM 3

2) Balang Kecil - RM 13

3) Balang Besar - RM 18


Popia Manis 

1) Pek Kecil ( 100gm ) - RM 3

2) Balang Kecil - RM 11

3) Balang Besar - RM 15


Popia Nestum

1) Pek Kecil ( 100gm ) - RM 3.50

2) Balang Kecil - RM 15

3) Balang Besar - RM 23

p/s : Gambar bagi Popia Manis adalah contoh bagi balang kecil & balang besar :)

Kami juga menerima tempahan tidak kira untuk korang makan sendiri atau pun untuk majlis hari jadi , majlis perkahwinan dan lain-lain. Sekiranya korang berminat untuk menempah aneka Roll Mini ini , korang boleh terus menempah dengan emel saja kepada Jijah di jingliq1125@yahoo.com atau mesej di 017-6229932. Jika ada pertanyaan atau apa sahaja yang berkaitan dengan aneka Popia Roll Mini juga boleh terus bertanya melalui emel dan mesej. InsyaAllah Jijah akan cuba sedaya upaya untuk menjawab sepantas yang mungkin.

Oh ya, sekiranya korang hendak membuat tempahan dalam kadar yang banyak contohnya seperti untuk majlis hari jadi , kenduri dan etc , Jijah memohon jasa baik korang untuk menghantar order awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang korang kehendaki. Juga kami menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui pos laju tetapi dikenakan kos tambahan sebanyak RM 8

Rasanya boleh tahan lengkap juga segala info penting untuk urusan pembelian dan penjualan Popia Roll Mini ini. Tetapi andai kata korang hendak mengajukan sebarang pertanyaan , boleh saja terus tanya kepada Jijah menerusi emel atau mesej ye? Jangan memalu dan jangan sesegan. Hihiks.

InsyaAllah korang pasti puas hati dengan rasa aneka Popia Roll Mini ini kerana kami sentiasa membuat stok terbaru setiap kali ada tempahan yang terbaru. Juga rasanya juga dijamin sedap dan kunyah sekali pasti tak berhenti mengunyah. Kerlasttttt sangat! HAHAHA. So apa tunggu lagi? Ramai yang sudah mencuba dan ramai yang mengakui kesedapan Popia Roll Mini ini! Jom Order!


Duta Tak Berbayar Popia Roll Mini.

Pelakon Setia Hujung Nyawa , Amar Asyraf.

Kerlastttt tak?

Hihiks!

Terima kasih sudi baca entri ini :)