Home

Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Akhirnya!

Jijah is BACK! Yes, Jijah is BACK ! Akhirnya baru berkesempatan untuk mengetuk kibod setelah sekian lama agak menyepi tanpa berita dalam belog ini khen? Gituew ayat Jijah khen? Menyepi bagai khen? HAHAH.

Tak sebenarnya bukan sengaja untuk menyepi tanpa khabar berita. Ada saja Jijah di Twitter mahupun di Instagram. Cuma keadaan memang tak mengizinkan untuk Jijah mengetuk kibod. Jijah sebenarnya baru sahaja sihat daripada demam , batuk dan selsema. Fuhh , agak tertekan juga bila terlalu banyak perkara kita nak buat tapi terlangsai akhirnya. Sadis gila. Lepas itu terasa macam pertukaran hormon pun iyer juga. Malas betul nak memandang netbook chuols. Apatah lagi nak mengetuk kibod untuk mengupdate belog kan? Memang tak terdaya sungguh konsepnya sekarang. Gituew.

Tengoklah sampai bila hujung minggu baru betul-betul ada masa yang terluang untuk mengupdate belog. Itu memang betul-betul sibuk atau apakah semua ini kan? HAHA. Aduh. Sendu sungguh belog Jijah tahun ni kan? Padahal ada banyak saja gambar-gambar menarik , cerita-cerita menarik untuk dikongsikan bersama korang semua. Biasalah Jijah kan? Bila banyak sangat benda nak bercerita sampai tak tercerita langsung! Dushhhh pipi gebus Jijah! Dush Dush Dush! 

So kalau Jijah kasi teaser begini korang berharap nak Jijah update yang mana satu dulu?



1 ) Jijah di ABPBH 2012 bersama dengan "Aaron Aziz"!

2) Meet & Greet with Amar Asyraf

3) Abe Izzue Islam... ohhhh.. eh ternyanyi pulak! HAHAH

4) Dekat Padamu...Rita Rudaini !

Haaaaa korang nak yang mana satu update dulu? :p


Gittuew khen Jijah? Penuh dengan cherita jimba ria dan artis saja Jijah ni kan? Hihiks nak buat macam mana memang kehidupan sekeliling dipenuhi dengan retis. Amboi ayat memang mintak makan selipar jepun dalam mulut khennnn? HAHAH. InsyaAllah next week akan ada update salah satu daripada gambar di atas. Tapi agak-agak yang mana satu dulu akan terupdate ni ek? :p

Okbye.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, January 4, 2013

2013.

Mungkin agak terlewat Jijah mengetuk kibod untuk tahun 2013. Tapi tak mengapalah , janji belog ini tidak bersawang katanya. Hiks. Akhirnya 2012 telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Terasa macam tidak percaya yang sekarang kita semua sudah menjejak hari ke 4 tahun 2013. Cepat sungguh masa berjalan dan berdetik kan? 

2012 merupakan tahun yang paling banyak suka dan duka , pahit dan manisnya. Memang terlalu banyak kisah dan cherita yang hadir dalam hidup Jijah sepanjang tahun 2012. Ada yang gembira , ada yang menyedihkan , ada yang mengecewakan dan kalau dari segi emosi memang teruji sangat-sangat sepanjang 2012. Memang diri sendiri terasa macam tak kuat sungguh untuk melayari segala cabaran , dugaan dan masalah yang mendatang bagai tidak pernah henti dan mahu berhenti walaupun sesaat. Itulah tahun 2012. Tahun yang paling mencabar dari emosi,mental dan juga fizikal. Tapi disebalik bermacam-macam rasa yang hadir itu , tidak dinafikan 2012 tahun yang ada juga kemanisan dan kebahagiaannya juga.

Senang cerita 2012 memang lengkap segala rasa dan memang terasa teruji dengan macam-macam dugaan. Tapi Alhamdulillah , segalanya berjaya dilalui dengan baik. Mungkin lah masa terpaksa melalui semua itu terasa segala kelat dan pahitnya. Tapi sekarang segalanya aku tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat baru kita akan sedar kan? Gegeh sungguh Jijah menaip panjang-panjang mengulas tentang 2012 yang dah empat hari meninggalkan kita semua. Iyerlah kan, nak update masa 31 Disember tempoh hari memang tak sempat langsung. Ada saja masalahnya. Sadis sangat!

HEHE , kalau ikutkan memang nak buat entry khas untuk 2012. Kekonon nak buat review sepanjang 2012 , sekali kau hampeh satu pun tak jalan katanya. Redho ajelah Jijah oiii. Kannn? 2013 sudah pun empat hari kita layari. Alhamdulillah , so far so good. Januari memang bulan yang sentiasa membahagiakan Jijah (so far! hahaha) . Maklumlah Jijah punya birthday pun tak lama sahaja lagi kan? InsyaAllah akan ada giveaway yang menanti korang semua. HEHE , itu giveaway yang saja-saja nak buat katanya! Bersempena dengan 11 Januari yang akan hadir tak lama lagi katanya. Just for fun! Tapi nantikan okes semua itu! HEHE.

Eh macam tak best pula cherita panjang-panjang tapi tak ada gambar kan? Ngeheheh. Nak tepek gambar apa eh? Okay marilah menepek gambar-gambar yang kekonon teaser untuk diupdate pada next entry yer! Bagi semangat pada diri sendiri agar tidak kemalasan lagi untuk mengupdate cherita yang dah tersedia basi katanya. Let's tengok apa cherita yang Jijah nak update lepas ni? Gituew.





Hah! Tiga keping gambar saja mampoooo ditepek pagi ini katanya! Kekdahnya maintain akan ada cherita pasal Aaron Aziz kan? Dah nama cherita basi uols , bertabahlah menghadapi belog Jijah yang asyik bercherita pasal Aaron Aziz sajork. Tapi jangan risau akan ada juga cherita lain. Sekarang sekadar nak tepek teaser untuk entry basi yang bakal berupdate. Asyik bertangguh saja kerjanya! Hampeh sangat Jijah ni tau! T____T

Kekdahnya esok sudah hujung minggu kembali. Korang semua ada apa-apa aktiviti untuk minggu pertama 2013 ini? :)

Monday, December 10, 2012

Sebelum Sebulan Dan Satu Hari Lagi Menjelma

Ada apa dengan sebulan dan satu hari lagi? Ada apa Jijah? Ada apa? Amboi penuh dramatik kalau menyusun ayat kan Jijah? Biasalah Jijah. Kalau tak dramatik , bermakna itu bukan Jijah lah kan? Hiks. Ehem , sekarang sudah bulan Disember. Tapi Jijah macam lagi excited untuk bulan Januari katanya. Biasalah , orang yang tambah usia masa awal tahun , dia saja lah yang excited untuk bulan Januari. Orang lain macam kisah sangat kan? Gituew.

Dan sebenarnya macam tak sabar nak menghadapi tahun 2013. I don't know why. Cuma macam tak sabar nak mencapai azam baru. After all , aku rasa dah sepatutnya aku merancang masa depan aku dengan lebih teratur. Kehidupan sekarang bukan kehidupan yang aku impikan. Nampak tak ayat dia? Sangat novel bahasanya. Ekekeke. Tapi ini memang serius. Aku rasa aku banyak beri peluang kebebasan dalam tahun 2012. Aku perlu hentikan semua ini. Orang mungkin nampak kehidupan aku seronok dan menyeronokkan. Tapi realitinya bukan seperti yang orang gambarkan. 

Dah nama pun kehidupan. What do you expect kan? Gituew tetibe speaking London pula. Azam 2012 tak banyak yang tercapai. Tapi tak apa masih belum terlambat untuk mencapai lagi. Dan dah kenapa pula Jijah bercerita pasal azam pula ni? Nampak tak? Dah lama tak menulis , isi dalam entri ini pun berterabur. Ikut suka hati saja nak menulis apa saja kan? HEHE. Maafkan saya. InsyaAllah , dalam masa terdekat ini segala entri-entri basi yang dijanjikan itu akan diupdate dalam kadar segera. Kalau boleh nak habiskan sebelum 2012 berakhir. Tak mahu pula terlajak sehingga 2013 baru hendak update kan? Nanti ramai pula yang tumpang mencerca katanya! Lagipun aku update sekadar untuk kenangan dan ingatan di masa hadapan saja. Tak ada niat yang lebih daripada itu. Katanya.

Gambar yang tak ada kaitan dengan tajuk cerita dan isi cerita. Macam tak biasa?


Jijah dan novelis Adam Dan Hawa , Kak Aisya Sofea :)

Nampak sangat tengah kena senah teruk dengan drama Adam Dan Hawa kan? Nampak sangat okay. Tak apa lagi 20 episode sahaja lagi. Lepas itu selamat tinggal dunia menyenah. Mohtif kan? Tapi lepas tu sibuk nak tengok drama Sehangat Asmara lakonan Adi Putra dengan Rita Rudaini pula. Habislah Jijah. Kena menyenah tengok drama sepanjang tahun lah jawabnya yer? *dush* Ekekekeke. 

Begitulah yer. So semalam hujung minggu korang buat apa? Jijah pergi berjimba ria dengan rerakan sajrok. Biasalah hujung minggu. Nak buat apa lagi kalau tidak berjimba ria kan? Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, April 17, 2012

Berjimba Ria di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 [Part 1] - Dari KL Sentral ke Genting Highland katanya!

Seperti yang korang semua maklum sebelum ini , Jijah memang ada niat untuk naik ke Genting Highland untuk menyaksikan sendiri Anugerah Bintang Popular 2011. Tak pasti atas faktor apa tapi Jijah sangat gigih untuk menonton secara live di Genting Highland tahun ini. Banyak sebenarnya dugaan yang di terima sebelum naik ke Genting Highland sehingga Jijah hampir-hampir memutuskan untuk tidak pergi kerana migraine dengan masalah keliling yang melanda mendadak secara serentak. Tak apa lah , yang berlalu biarkan ia nya berlalu. Malas nak fikir balik , nanti sakit kepala balik bila fikir balik. Heheheh. Di sebabkan cherita dan gambar-gambar sangat banyak. Iyelah pergi pun 3 hari 2 malam okes? So Jijah akan buat part by part untuk memudahkan korang membaca katanya. Eh ada ke orang nak baca? Hahahahah :p

So , perancangan untuk naik ke Genting Highland memang sudah lama. Semenjak bulan Januari selepas pergi ke Pengumuman Percalonan TOP 5 ABPBH 2011 lagi. Macam-macam benda rancang dengan macam-macam orang. Ekekekeke. Maklumlah Jijah kan ramai geng sampai dah tak tahu nak rancang dengan yang mana satu kan? Geng A ada ajak. Geng B ada ajak. Geng C jemput-jemput ayam. Senang cherita memang ramai lah kan? Bila sudah saat ABPBH makin hampir , ada pula masalah lain. Lepas tu tetibe Kak Echa dari geng Aaronators ajak aku untuk join dia dekat Genting Highland nanti. Dia ajak naik bas dan tinggal sebilik dengan dia. Aku macam teruja jugak lah kan sebab tak pernah naik bas pergi jalan jauh. Wuuu , kesian tak dekat Jijah? -___-' Hehehe. Sebab seksaited , so aku pun setuju untuk join Kak Echa. Hehehe.

Jadinya , hari Sabtu , 7 April aku dengan Kak Echa telah pun sama-sama janji untuk tunggu dekat KL Sentral. Kitaorang sepatutnya pergi dengan seorang lagi , iaitu Ain tapi last minute dia ada hal. So tinggal kami berdua yang naik bas Skyway pada Sabtu itu. Aku sebenarnya berdebar-debar sebab macam-macam kes orang naik dan turun Genting Highland dengan bas kan. Aku mula lah nak fikir yang negatif-negatif. *sigh* Kitaorang bertolak dari KL Sentral pukul 10 pagi dan selamat sampai ke Genting Highland dalam pukul 11.10 pagi macam gitu kot. Lepas tu bas tu akan berhentikan dekat kereta kabel. Okay masa ini bertambah cuak. Jijah mana pernah naik kereta kabel weh. Jijah ni memang penakut dan jenis yang gayat. Dah lah bawak satu beg sandang , satu beg untuk makanan dengan satu beg untuk pakaian. Bayangkan kejap boleh?!

Bila sampai aje dekat stesen bas tu , ingatkan dekat aje dengan tempat kabel car. Rupanya jauh. K , sabar Jah. Tak menahan dengan beg-beg tu je. Insaf mak noks! Berat kemain kau Jah beg-beg tu semua macam nak pindah Genting Highland terus. Tsssk. Bila dah sampai dekat kabel car , okay tengok orang ramai gila. Pergh , mencabar keimanan lagi. Ada dalam 15 minit menunggu weh. Panjang gila beratur. Dalam kepala duk fikir macam mana nak naik kabel car tu dengan beg berat dan gondola tu akan terus bergerak secara perlahan? Huwargh, serius gerun. Okay Jijah penakut -__-' Bila dah sampai turn sendiri memang sungguh aku nak menangis dengan gayat dan gerun. Wahahaha.

Lepas saja masuk dalam kabel car , oh yes. Jijah dah mula gayat. Jijah jadi pendiam. Jijah punya muka bertukar warna. Kamera dalam beg tak keluar kan. Cuma mampu telan air liur. Dalam kepala mula fikir macam-macam. Apasal Jijah suka negatif ni? Haish. Serius gerun dan gayat menguasai diri dalam tu. Tidak Jijah nafikan yang Jijah berpeluh tangan dan kaki masa nak naik kabel car. Bayangkan tak macam mana Jijah punya cuak hari tu? -__-' Eh bebel banyak pulak Jijah ni kan? Mari lah kita melihat gambar-gambar ye. Sebelum terlupa nak ucap terima kasih dekat kawan ku Kak Pah sebab sudi pinjam kan DSLR dia untuk aku bawa ke puncak Genting Highland. Dengan rela hati dia memberi aku pinjam untuk beberapa hari. HewHewHew , aku sayang lah kau Pah. Nanti aku belanja kau makan bila aku dapat rezeki lebih k? Ekekekek. Maklumlah , kalau nak harapkan kamera digital aku , apalah sangat boleh di snap kan , kan? Heheheheh. 


bayangkan seorang yang memang kaki gayat melihat semua ini?
oh rasa nak pitam! 

tapi mohon jangan nak buat drama dalam cable car Jijah ye? -___-'


muka senyum terpaksa. 
wahahahaha.


Jijah dan Kak Echa! ;)

Okay setelah hampir 15 minit jantung ber-dup-dap-dup-dap , akhirnya sampai juga ke tempat yang di nanti-nati. Pergh masa dalam kabel car memang terasa jantung nak tercabut. Pergh dramatik kau Jah. Over benor! Wakakakak :p Ingatkan tempat yang di tuju yakni hotel dekat. Ghupernya , mak oii berbatu-batu jugak nak kena jalan. Masa ni dah terasa beban di bahu sebab dah menyandang beg khen? Wahahahah. Lepas tu tangan kanan dengan beg makanan dan tangan kiri dengan beg pakaian. Sumpit terasa macam orang nak bermaustautin ke Genting Highland terus. Perghh. HAHAHA.

Mujur jugak ada escalator kan? Tapi gila lah dari tempat cable car nak ke Theme Park Hotel tu memang terasa lenguh gila tangan membimbit beg pakaian. Serius rasa cramp terus tangan. Lepas tu terasa sejuk semacam tapi masih boleh kawal. Hahaha. Jalan dan terus berjalan akhirnya sampai juga di Theme Park Hotel. Pergh , tak menahan kena mendaki escalator tu. Bila dah sampai baru rasa lega. Lega gila. Hahaha. Bila tengok dekat Theme Park Hotel , oh okay bersebelahan je rupanya dengan Arena Of Star tempat berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Oh dan ramai nya artis menetap di hotel itu. Oh Oh Oh. Banyak betul Oh macam jakun gila. Padahal macam tak pernah jumpa diaorang kan? Ahaks :p




haaa ini la rupa bilik kitaorang!

besar kan? iyerlah berkongsi untuk 6 orang. sangat luas dan selesa :)

p/s : nampak tak beg-beg itu? yang biru , colourful dengan hitam ( bukan luggage ) itu aku punya lettuew -__-' macam orang tak nak balik KL balik aje kan? LOL.

Haaa , sebenarnya perjalanan betul-betul sampai ke hotel dengan check in semua dalam pukul 12 tengah hari baru betul-betul masuk bilik. Dua jam jugak sebenarnya. Mujur juga Umi ada bekalkan roti sardin dengan bihun goreng. So masuk bilik terus makan. Kak Echa pun ada bawak nasi impit dengan kuah kacang. Memang masuk bilik terus makan sebab kelaparan. Hahaha. Lepas makan terus berehat atas katil ye. Lepas tu , faham-faham sendiri. Tertidur sebab kepenatan. Recharge balik batery yang hilang itu kan? Ekekekek. Sebab lepas tu ada temujanji dengan geng Aaronators yang lain pula. Hah , dengan siapa? Jeng Jeng Jeng.

Erhiks macam dah panjang pula bercherita kan? Eh belog aku , mestilah nak tulis panjang-panjang. Nak semat semua kenangan yang terjadi dalam kehidupan aku dalam belog kesayangan lah kan? Hehehe. Aku rasa aku macam dah terlebih panjang pula bercherita untuk entry kali ini kan? Tak apa nanti aku akan update lagi k? Tak mampu nak tulis semua sekali harung nanti berjela-jela panjang nya. Lagipun kasi korang seksaited dengan suspen sikit kan? Hehehehe.

So nantikan PART 2 cheritera Jijah di Genting Highland bersempena ABPBH ye? Kemain lagi tajuk nya. Padahal dah hampir seminggu kisah nya kan? Dah hampir basi okes? Eh iye ke?! :p


la la la la la :p

Jijah suka gambar ni :p

nanti kan next entry k ye Jijah mahu ke mana pulak ni ...

hihihi :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, April 10, 2012

Teaser : Berjimba Ria Di Genting Highland.

Tak larat sebenarnya nak mengetuk keyboard netbook ini sebenarnya. Kali ini cukup sekadar hendak meletak beberapa keping gambar sebagai teaser katanya. Ehem, macam dalam tajuk di atas lah kan ; Berjimba Ria Di Genting Highland katanya. Tak perlu beritahu untuk apa pun rasa-rasanya orang sudah tahu kot? Hiks , Sabtu lepas aku telah pergi berjimba ria ke Genting Highland bersempena dengan ABPBH 2011. Dah lama sebenarnya tak pergi event-event seperti ini. So melepaskan geram gituew lantas pergi lah selama 3 hari 2 malam ke Genting Highland ye. HEHE. Dah lama tak pergi Genting , tetibe pergi Genting untuk sebab yang lagho ye? HEHEH. 

Tak mahu cherita panjang-panjang sebab tak larat lagi sebenarnya. Petang semalam baru balik dari Genting Highland. Masih lagi terasa kesejukan,kedinginan dan keletihan ketika berada di atas puncak sana tu uols. Tapi cherita itu semua beserta gambar-gambar akan ku upload tak lama lagi k? Untuk sekarang Jijah kasi teaser sahaja dulu ek? Hamboi , kemain kau Jah! :p


pintu masuk ABP :)


Pelakon TV Lelaki Popular bersama Pelakon Filem Lelaki Popular!


kesejukan dan kedinginan melampau!


LaLaLaLaLaLa :p

Soon , aku akan update pasal cherita jimba ria aku di Genting Highland k? Alhamdulillah selamat pergi dan balik meskipun agak takut nak naik bas pergi ke Genting because selalu terbaca dan terdengar cherita macam-macam yang mengerikan bila naik bas ke Genting , hehe. Sekarang tengah pening pulak nak pilih gambar mana nak edit , nak upload , nak letak watermark! Pitamz mak noks! So....enjoy picture yang sekarang ni k?! Heheheheeheh :p

Korang tengok tak ABPBH? Puas hati atau tidak dengan semua pemenang-pemenang kali ini? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, January 12, 2012

Retis Kasi Wish Dekat Kitew. Kau Hado? *larik*

Seperti yang semua tahu , semalam kan , birthday aku yang ke 18 tahun. Semalam memang terlalu ramai yang wish birthday aku sampai aku rasa tak menang tangan nak balas satu per satu. Memang banyak sangat sampai aku pun jadi terharu okeh? Hihihi. Maklumlah kan , jiwa rapuh , senang betul nak touching-touching semua ni kan? Hahahah.

Ehem , lepas itu paling aku tidak sangka bila kawan-kawan aku yang suka gelarkan diorang as Geng Pora dengan bergigihan menyeru nama Rossa dan Aaron Aziz untuk wish birthday aku. Hahahah. Lepas itu geng Aaronators pun tolong seru Aaron Aziz berkali-kali suruh wish birthday aku jugak. Lepas tu Kak Echa dengan Hani tolong seru Sharnaaz wish birthday aku jugak. Lepas tu Kinah tolong seru Adi Putra dengan Shila Amzah suruh wish birthday aku jugak. Sengaja aje lah kan nak tengok diorang balas atau tidak kan? Hihihi. Aku pun tak ada pun berharap sangat sebab tahu mention artis-artis ni memang sentiasa penuh okehh? 

Tapiii Tapiii Tapiii ... jeng jeng jeng jeng jeng ... Sungguh ku tak sangka sebab ... 


Aaron Aziz , AdiPutra , Sharnaaz Ahmad , Shilla Amzah , Diyana Halik (oh ini bukan artis tapi wife artis hahah) and Rossa WISH KITEWW LAHHH! :D

Erhiks , sangat tak sangka semua yang diseru memberi wish dekat aku ye? Hahahaha. Masa mula-mula dapat wish from abe Chanaz memang aku tergamam kejap. Baca wish nya stay cute ye? Ya Hampun terharu tergamam katanya! Hahahahahah. Lepas bukak direct message dapat wish from Adi Putra. Hihihi tersenyum lagi. Lepas tu pagi nya pulak dapat wish daripada wife Aaron Aziz , Kak D before diorang bertolak ke airport untuk ke Jepun. Terharu sekali lagi sebab tak sangka dapat pulak wish dari Kak D. Lepas tu check DM tengok abe Tapa ku pulak wish via DM ye. Haippp orang nak favourite kan pun tak boleh. *nangis* Hahahaha. Lepas tu dapat wish daripada Shila Amzah hiks. Ehem lepas tu pulak dapat wish daripada Rossa. Okayyy yang ini aku sangat terharu sebab Rossa bukan senang nak dapat balasan reply tweet dia tau. Tapiiii tak sangka aku sempat dia wish Happy Birthday dekat aku. Erhiks sangat terharu :')

Tidak kisah lah kan artis ke atau siapa sahaja yang wish birthday aku semalam memang aku sangat terharu tau. Terima Kasih sangat-sangat korang semua! Aku sangat-sangat terharu dari lubuk hati aku. Tidak kira lah korang wish dekat Facebook aku ke , Twitter aku ke , mahupun di Blog semalam , terima kasih sangat-sangat. Aku sangat hargainya tau! Ewah ucapan mengalahkan artis tau! Keh keh keh :p

Semalam sebenarnya aku berkesempatan pergi ke PC TOP 5 ABPBH yang berlangsung di Holiday Villa Subang Jaya , tapi itu nanti aku cherita k? So memang sepanjang tengah hari sampai ke petang aku berada dekat sana. Ehem bila pergi PC Top 5 ABPBH wajib ler ada jugak artis-artis kan? Dekat sana pun sempat jugak dapat wish dari artis-artis katanya. Bergigihan kaka Ekah dengan kaka Fieza bagitahu retis-retis itu hari semalam ialah hari jadi aku *blushing* Erhiks Sam , Maya Karin , Fizz Fairuz , Adi Putra , Shila Amzah sempat lah kan wish birthday kita katanya. Hiks. Si Fizz pun sibuk mencakar aku bila nampak aku sampai gegirl keliru siapa yang suka mencakar ni? Hahahah. Lepas masa jumpa Shila Amzah sempat dia kasi birthday hug. Auwww , tak sangka gituuu! Hahahaha.


sekeping gambar je mampooo tepek dulu ! hihihi.

Erkk , so nak bagitahu apa sebenarnya ni? Korang hado retis kesayangan wish macam gini? *larik*


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Monday, January 2, 2012

020112 :: Hi 2012 !

Assalamualaikum. Akhirnya berkesempatan juga aku untuk mencoret didalam belog kesayangan untuk tahun 2012. Hajat dihati ingin turut juga mengabadikan tulis terakhir pada malam tahun baru 2012 iaitu pada 31 Disember 2011 namun entah angin monsoon mana entah yang datang menyambar mood aku malam tersebut , lantas tiada langsung perasaan nak update apa-apa. Walhal sudah separuh jalan bermadah helah okeh? Haramjadah sangat tau! Tak ada apa-apa yang istimewa pun di malam tahun baru. Tak pergi pun bersesak-sesak dengan rakyat Malaysia yang lain di tengah kota sambil menyaksikan percikan bunga api. Sekadar menyaksikan di tepi tingkap dalam bilik tidur aku , boleh macam gitu? Hahahah kata kan saja boleh ye? Keh keh keh.


Sebenarnya masih tak percaya 2011 yang penuh dengan kenangan mengusik qalbu dah pergi meninggalkan kita semua. Tida aku nafikan 2011 penuh dengan kenangan , cabaran dan tekanan yang tersendiri. Mungkin sebab 2011 merupakan tahun yang paling banyak melaghakan diri , aku sedar benda itu , tssk dan 2011 merupakan tahun yang menentukan masa hadapan aku iaitu aku menduduki SPM. Kalau di ikutkan , 2011 memang banyak memberi aku tekanan hebat , ujian mental dan fizikal dan banyak lagi. Tekanan perasaan sangat tinggi sampai impak nya melampau-lampau. Benar , aku nampak sahaja gembira dan bahagia , kalau tengok dari gambar tapi sebenarnya 2011 menguji aku dengan macam-macam perkara which is aku sangat tak sanggup nak melalui nya lagi. Tapi syukur berbakul-bakul ujian dari Nya aku terima namun aku masih mampu menghadapi nya lagi. Alhamdulillah.


Cukup cherita tentang 2011 yang ada kisah tersendiri itu. Tak mahu imbas sangat bukan bermaksud tak mahu terima kenyataan yang lalu. Cuma macam biarlah ia nya berlalu pergi katanya dengan memori-memori suka duka masam manis itu sendiri. Hamboi ayat , kemain jiwang karat guling-guling kan? Ahaks. Entahlah pagi-pagi yang tengah payah nak tidur ni macam banyak pulak idea nak menulis. Hihihihi. Macam bosan pula sebuah entry tanpa gambar-gambar kan? InsyaAllah next next next entry , mak oii banyak nya next nya , aku akan bercherita tentang aktiviti di tahun baru ye. Itu next time lah ye. Aktiviti yang sangat menarik dan membahagiakan , ahaks! :p


Ingat nak letak lah konon gambar-gambar terpilih sepanjang 2011 yang lepas. Sekali hampeh ye , sangat hampeh , internet saja bikin gua panas hati wooo. Grggg! Haish. So aku nak tepek sekeping gambar yang membuatkan aku tersenyum bahagia sepanjang malam semalam ye. Ahaks. Story nya , nanti-nanti lah ek? Erhiks! :p



semalam berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad. 
ngeh ngeh ngeh.
guling-guling sangat tau -.-

Kisahnya? Nanti lah ek? Tak mampoooo nak menulis lagi sebab sangat bahagia katanya semalam. Ahaks. Sebenarnya idoklerr membahagiakan pun tapi lebih kepada memenatkan juga sebab sehari suntuk bersama team Bicara Hati. Eh? Hahahah nanti kan kisah selanjutnya nanti k? So aku pun dah macam kekurangan idea untuk menulis , amboi cepat pulak kekurangan idea nya kan? Tak mampooo lah mek nak tulis panjang-panjang kan? Nak jugak entry pendek-pendek ringkas-ringkas. Ngeeeee.

So , di tahun baru , di malam tahun baru korang buat apa? :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)