Tak sangka bila sekali makan Tutti Frutti aku akan teringin sekali lagi untuk makan Tutti Frutti. Pergh , ini kalau makan hari-hari mahu sepoloh bulan makan roti cicah air teh kumpul duit balik kan? HAHAH. Entah lah , rasa Tutti Frutti ni macam buat aku nak makan lagi , nak makan lagi dan nak makan lagi. Tssk , keji tawww nak kasi aku kopak duit :/ HAHA , mohtif nak marah orang lain? Ekekeke.
Sebenar nya kebetulan aku nak hantar kakak aku balik rumah sewa dia di Shah Alam , maka aku pun pergi lah beli Tutti Frutti di Seksyen 7. Lagipun beli medium cup ke , small cup ke still boleh kongsi tiga orang atau dua orang. Cuma lepas tu kau akan menggedik cakap tak puas nak makan. Ngeh ngeh ngeh. Tapi memandangkan aku ni jenis gigi sensitif , amat tak di galak kan makan benda jenis macam ni dalam cup yang besar dan isi yang amat banyak takut nanti sakit gigi di kemudian hari. Tehehehe.
Kalau first try dulu aku try flavour Chocolate. But my second time ni aku ambil flavour Strawberry. Ahh , apa-apa flavour pun still sedap di lidah ku. Ewahh. Ngeee. Jom layan gambar!
nampak tak aku yang heksaited dalam kereta snap gambar guna flash? ngeee.
froyo strawberry + strawberry + peach + cornflakes + kacang + hershey syrup chocolate + strawberry and overall is yummeh! :D
kali ini ambil small cup :P tobat kan nak ambik medium cup!! ekekeke
tapi harga yang ini pun rm 15 -__-' kopak duit mak nokss!!
ini masa kali pertama makan. ngeh.
froyo chocolate + kiwi + strawberry + coklat apa entah + cornflakes + hersheys syrup chocolate and also yummeh :P
Well alang-alang aku tengah rajin menulis , why not aku tunjuk sikit flavour-flavour yang ada dalam Tutti Frutti ni. Mana tahu ada some of you guys yang belum pernah try lagi kan and nak tahu apa flavour dia , macam mana nak buat and bla bla bla. Macam aku lah blur je bila masuk Tutti Frutti and mujur kakak aku dah pernah try so tak ada lah nampak aku macam jakun ya hamat. Ekekeke. Ngee , apahal aku rajin pulak nak tulis menulis tentang hal ini? Kenapa? Kata kan kenapa? *petir HAHA , nevermind , sharing is caring right :P Actually ada banyak sangat flavour and aku sangat rambang mata kalau ikut nafsu tekak ni ha. But aku rasa tekak aku sangat suka dengan flavour yang berkaitan Strawberry , Blueberry macam itu lah. But yeah , lain orang lain citarasanya kan? Ngee , meh aku letak gambar yang aku gigih printscreen from Tutti Frutti official website.
well dekat gambar 1 , 2 , 3 , 4 itu antara flavour-flavour yang ada di Tutti Frutti but I guess bukan semua ada dekat dalam kedai Tutti Frutti. Rasa nya lah kot?
gambar 5 antara topping-topping nya.
pilih aje yang mana korang mahu dan paling penting sediakan duit. ekekeke.
step 1 : choose your cup
step 2 : choose your flavour
step 3 : add toppings
step 4 : weigh and pay
curlast tak mak noks siap printscreen benda alah tu? terharu tak? terharu tak? *pang
Jadi nya sangat mudah bukan bila dah tahu benda-benda asas macam itu kan? Tak ada lah korang garu-garu kepala , pintal-pintal tudung , bisik-bisik dalam hati apa yang korang perlu buat kan? Ekekekek. Oh ya memandang kan ini Frozen Yougurt , maka harus lah ada sesetengah flavour tu kan ada rasa masam-masam. Aku memang seorang yang gemarkan makanan yang masam-masam sikit terutama yogurt. Hiks. Jadi tak ada masalah lah kalau nak makan flavour yang original ke or strawberry sebab masam-masam tu syokk wooo! Tapi kalau yang flavour chocolate memang ok aje rasa dia , tak ada masam-masam.
Gambar bawah aku cilok di Tutti Frutti official website jugak. Err ada jugak pic dari kamera aku yang aku lepak dating dengan kakak aku masa di area WWM hari tu but serius malas nak tepek sini. Ngahaha , well internet dah mula lembapz , tsssk. So nak upload pic pun jadi terbatas.
mesin-mesin flavour. self service wokeyy. biasa nya cup-cup untuk letak froyo ni akan letak di tepi mesin-mesin ni.
topping-topping untuk froyo biasa nya akan berada di bahagian kaunter pembayaran.
so after letak itu letak ini , boleh terus bayar dan makan dengan riang walaupun hati menangis melihat duit melayang. ewaaah. LOL.
p/s: kalau tak silap dekat Tutti Frutti pun ada murah bila tunjuk student card dengan ada juga ladies day. ai loikeee!
Ngeh ngeh ngeh panjang lebar aku menulis entry kali ini kan? Sebenar nya malas nak buat entry berasingan kan? Dah alang-alang bercherita tentang Tutti Frutti baik aku gabung kan sekali. Hihihi. Benda alah ni syok makan tapi kalau selalu makan memang kopak weh duit aku. Lain lah kalau ada yang sudi nak belanja aku makan kan? kan? kan? *batuk HAHAHAH. Eh ini baik hati buat entry step by step untuk Tutti Frutti ni , pihak Tutti Frutti tak nak belanja aku satu cup ke? Okbai.
Korang dah pernah makan Tutti Frutti? Perisa apa yang korang paling suka? :)
nota kaki :: mahu memiliki header baru? apakata join GA Header dari Kaka Ayu dan mungkin korang antara yang bertuah untuk memenangi Header yang Cun dari Kaka Ayu. Tarikh tutup 27 September. Cepat join sekarang ! :D
Terima kasih sudi baca entry ini :')






