Home

Thursday, September 16, 2010

Oh Penat!

Salam and Hello.Alhamdulillah,sedar tak sedar dah masuk hari ke 7 kita beraya hari ini.Dah sakan aku beraya sana sini.Dah penat berjalan sana sini.Badan pun dah start gemuk tak hingat.Adoiyaa.Tapi tulah,yang part gemuk dekat anggota badan aku , bukan nya perut ke , lengan ke , peha ke apa .. tapi tahu tak apa?PIPI.Heh?Kejis betul! Nangis sangat bila pakai tudung,nampak ketembaman pipi ku itu semakin hari semakin terserlah.Baju Alhamdulillah memang muat lagi and tak ada lah ketat sana sini.Cuma pipi ni je yang ada masalah.Alahai..Pakai shawl pun semacam je.Pakai tudung biasa pun...mak aihh kena pandai betul kan..kalau tak memang macam pau pipi aku ni.Heh! Anyway,bukan nak cerita hal gemuk tembam debab aku.Tapi nak cerita tentang hari raya.Yelah,mood beraya masih ON lagi.Kang kalau dah tak ada mood tu,haa,memang sah-sah aku langsung tak heran terus.Hehehe.Raya tahun ni , aku terasa macam lain je.Kelainan tu ialah , tahun ni , aku sibuk buat cookies.Choc Chip Cookies.Alhamdulillah,ramai orang yang suka dengan cookies tu.Heheh. Resipi pun ambil dari Hersheys Chocolate Cookies je and ada lah resipi rahasia sikit.Hiks.Tak adalah.Hehhe.And,tahun ni nak kata aku beraya sakan,ermm ,tak jugak.Sebab aku pun cuak jugak nak beraya sana sini over-over.Maklumlah kadang-kadang keadaan diri aku bukan nya sihat sokmo.Peninglah,sakit perut lah and macam-macam je lagi. T_T Memang tahun ni kalau di ikutkan tahun yang paling memenatkan untuk raya.Sebab , entahlah. Tahun ni memang aku rajin turun dapur.Hiks.Selalu aku duduk tengok tv je kan?Kesah apa aku.Hehehe. Hampeh punya anak dara.Heheheh. And yes, memang hari-hari aku rasa macam nak pitam je penat.Heh! Gila over nya kan? Macam orang lain tak penat je. Haha. Ermm,nak cerita apa lagi? Ohh , entahlah. Tak ada idea.So , nanti lah aku tulis cherita lain pulak ;)


Wednesday, September 15, 2010

Nasi Goreng Daging with Potato.


Salam and Hello. Ngeee. Pagi tadi entah kenapa , aku teringin nak makan Nasi Goreng Daging with Potato (bersama telur yang di gaul bersama mayonis.) Ngeee. Sebelum ni tak pernah pun mimpi siang macam tu.Heheh.Tapi pagi tadi memang seriously aku macam teringin.Disebabkan aku memang tengah mood memasak sampai hangit eh tak lah , memasak sampai pitam ekekeke. Jadi pagi tadi memang aku buat sendiri lah semua enn? Selalu haramm lah nak buat semua sendiri.Ekekeke. Meh3x,aku kongsi resipi.Mudah,senang dan sedap.Hiks.

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Daging (untuk 1-2 orang makan)
Minyak masak
*Seulas bawang putih
*2-3 ulas bawang merah
*Garam
Gula
Kicap
Cili (suka hati lah ek?atas citarasa masing-masing.Aku guna cili bow?err ..)
Daging yang di potong kecil
Nasi
Sayur jika mahu.

Cara-cara
Mula-mula bahan-bahan yang ditanda [*] di tumbuk dengan lesung batu.
Kemudian panaskan kuali dan bubuh minyak masak.
Setelah kuali sudah panas , masuk kan bahan-bahan yang telah di tumbuk itu.
Setelah nampak sedikit kekuningan dan garing , masuk kan daging yang dipotong kecil atau di cincang halus.
Kemudian , setelah daging telah masak dan lembut , masukkan kicap,cili dan juga sedikit gula.
Setelah itu , masuk kan nasi dan goreng sehingga rata.
Kemudian , sedia untuk di hidang :D
Haa,mudah kan?Memang mudah dan sedap.Resipi ni tercipta setelah aku pernah lapar tengah malam buta sebab aku kaki makan tak hingat dunia.Heh! Jadi terciptalah resipi yang simple tapi lazat! Ohh , potato tu ? Meh aku bagi resipi even sangat lah senang.Heheh.Ini resipi aku lah.Kalau orang lain,tak tahu lah macam mana.Resipi pakai hentam namanya.Hiks.
Potato salad.Salad ke? Heheh.

Bahan-bahan.(untuk 1-2 orang makan)
1-3 biji potato.
2 biji Telur
Mayonis.( ikut citarasa anda.)

Cara-Cara.
Mula-mula kupaskan kulit potato.
Kemudian rebuskan potato dan telur ke dalam air di atas dapur sehingga masak.
Setelah masak , potong potato mengikut citarasa anda , tapi aku buat dadu je.Senang sikit.
Lepas itu , lenyek kan atau hancurkan eh? hahaha. Okay lenyekkan telur itu.
Then , gaulkan telur yang telah dilenyek bersama dengan potato yang dipotong dadu bersama dengan mayonis.Ikut suka hati kauorang nak letak banyak mana mayonis tu.Jangan banyak sangat.Takut manis sangat pulak.Tapi kalau sikit sangat errmm , takut tak sedap pulak.
Haa, boleh jugak kalau nak tambah black pepper sebagai menambah rasa.Hee.Tapi aku tak letak pun T_T
Kemudian sedia untuk dihidang bersama dengan nasi goreng =)

Haa,dah tahu resipi kan?Apa lagi uolsss..try lah :D Gerenti sedap hingga menjilat jari kaki eh..ibu jari..HEHEHE. Itu je nak share :D Nanti aku update lagi k? :D


Entah.

Salam and Hello semua. Okayyy , sekarang ni memang tengah tak ada mood nak menulis sebab badan sangat penat.Otak pulak blank tak tahu nak tulis apa.But nak cerita je la , benda2 yang aku beli time last minute shopping raya hari tu.Tudung , 3 helai , shawl , 3 helai. Heh?Ntah kebila nya hendak pakai.Tak apalah spare je la.Hiks.Then beli penyangkut or apa ek? Yang nak sangkut tudung-tudung tu ha.Act,dah lama tgk.Blogwalking sume tu.Tapi setiap kali nak beli.Mesti dah habis.Aiseh.So,time jalan-jalan last minute ari tu , tetibe nampak orang jual.Harga murah 5 ringgit je pun.Okaylah.Jadi aku pun terus beli.Then,beli apa lagi ek?Ohh beli brooch.Tak ambil gambar sbb entah,lupa.Haha.Then,tiba-tiba tengok orang jual bunga yang hiasan dalam rumah.Heh3x.Aku kan hantu bunga.Heh?Yelah,bunga-bunga tu orang jual sebatang?se bunga? Haha. Apa-apa je lah. 1 = 1 hinggit. Gilaa kau murah! Cantik pulak tu.Beli dengan dia punya bekas sekali.Jadi dalam 40 hinggit je lah.Okaylah.Worth jugak lah.Apa lagi? Apa lagi?Aku pun tak tahu nak tulis apa sebab *blank all the time* heh! Jom tengok gambar. Sorry setengah gambar tak upload sbb malas nak upload.Heh!





~ tudung.tudung.tu je.~



~ Tempat nak sangkut tudung tu haa~



~ Tempat letak bunga.Buluh kot?Entah~

~ This is it.Heh?Cantik kan?EH ye ke?Entah.~

So,itu aje.Tak tahu nak tulis apa lagi.Because entah.So,bye! Next entryyyy!


Tuesday, September 14, 2010

Lebaran AidilFitri 2010

Heyya! Tiba-tiba blogwalking tadi nampak semua orang dah tunjuk gambar baju dan tudung raya.. Eh?Ada ke?Ekekekek. Buat-buat je lah ada. Anyway , tahun ni kitaorang tak ambil pun gambar keluarga.ceh macam sebelum ni pernah je ambil gambar keluarga time raya ... Ngeee. So , banyak gambar syok sendiri comel jelah yang ada dalam folder RAYA 2010 tahun ni. Jadi nak lah jugak tunjuk gambar-gambar baju raya aku yang konon nya gojes tahap meletup ituwww.. kih3x. Jom tengok gambar :D



Hiks.Aa dan Ijah. Hiks sorry Aa , Ijah tersalah edit sampai jadi macam tepung gomak tak hingat T_T Andddd , ini hari raya kedua but sila lihat pipi saya yang gebu gemuk tembam tak hingat ituwww..Aiyohhh , ngeri lah!

Rock all the time. Peace no war ;) muka memang nampak ceria riang gembira hati senang dan lenang tapi dalam hati siapa yang tahu kan? *sigh


Okay I know this gedik tak tahu malu comel punya muka kan?Hiks.Jangan muntah ye? Ekekekek.

Anyway , untuk raya tahun ini , aku buat 3 pasang baju raya.First raya pakai baju sedondon dengan Aa warna Pink.Second raya pakai sendondon comel warna hijau dengan Aa.Third raya aku pakai warna Purple and tersedondon dengan Umi and Che pulak.Hiks!Raya tahun ini , Alhamdulillah , okay , just fine.Meriah tapi macam something different.Tak tahu apa dia.But okay je lah.And , later I'll upload gambar-gambar lain during raya k? :D



Hias Sana Hias Sini.

Salam and Hello.Heyya! Entah pekenama , semangat apa ntah datang untuk aku hias segala jenis dalam blog aku ni. Entahlah. Macam tiba-tiba aku suka gila my new blog ni. Terasa different. Tak macam blog yang lama. Nak edit pun macam blank and blur je sokmo.Hailah. Betul lah , setiap kejadian mmg akan ada hikmah nya. Terasa happy dengan blog baru. Terasa keseronok kan pulak. Ngeeee :D Sekarang , dah tukar colour background , dekat bahagian tepi dah letak macam-macam. But , tak akan letak benda yang akan mengundang orang lain marah ye? Ngee. Sebab ini belog saya kan? Jadi aku hias blog aku ni dengan apa yang patut. Yang bukan milik aku , tak payah nak menggedik aku letak kan? Nanti orang kata aku mengada-ngada pulak kan? Heh! Dalam hidup memang macam ni kan? Ada masa kita kena beralah , ada masa kita akan menang. Oh yes , is that the thing's that I want to share and story with all of you? Heh, entahlah.
Okay,even aku rasa cukup bahagia dengan wajah baru belog aku yang aku rasa dah makin chantek.Tak apa lah kalau kau orang rasa tak chantek T_T Eh , ada orang baca ke belog aku ni :'( Apa-apa je lah. Aku macam ada something geram and bengang ok?



Tengok gambar di atas ye? Huwaaa , this is the actually my twitter gadget should be in my blog. Tapi kan , entah apakenama , tak menjadi langsung dekat my blog ni.Hailahh, stress jugak lah T_T Sebab I love the colour.Ngeh3x.Tu je kan?Tapi mood masih di tahap biasa-biasa.Ekekeke. Hailah , tak tahu dah nak buat macam mana ni.Nak bertukang menghias segala , memang sumpah tak larat. Esok means hari ni lah kan , nak pergi beraya rumah orang. Sebab semua dah datang beraya ,tak kan kita tak nak pergi beraya rumah orang kan? Itu memang tak patut ye? Kunjung mengunjung itu adab mulia okies? Ngeee :D So,berhenti bercerita.And go to the bed and sleeppppp T_T