Home

Tuesday, May 17, 2011

Segmen Terbaru : [ReNov] , Persoalan nya apa itu ReNov ?

Terasa nak laku kan satu segmen untuk tidak membiar kan belog ini bersawang , berhabuk mahu pun beranai-anai. Segmen ini aku yang buat aku yang join. Muahahaha , boleh macam tu? Ngeh ngeh ngeh. Memang suka ikut kepala sendiri betul lah. Eh habis tu tak kan nak ikut kepala Kak Chah rumah belakang Tesco Ampang kot? *pang*

Tajuk dah kasi seiringan dengan segmen terbaru yang memang nak di buat bila-bila masa aku free. Senang cherita mungkin aku buat autopost aje lah nanti. Tak ada makna aku nak duduk tercongok depan laptop , sambil buat segmen terbaru dua tiga jam segala. Lagi afdhal autopost , benda yang dah siap awal-awal. Jangan nak huruhara cakap aku ni sibuk update segala padahal aku sekarang ni memang suka betul guna autopost. Entah apa pasal , maybe tak payah nak susah payah semua. Dekat muka buku sendiri , muka buku cherita emo-temo , twitter semua aku auto kan jugak publish nya. Senang kan? Gituh.

Oh sebelum aku melalulut cherita pasal benda lain baik aku terus kembali ke pangkal jalan. Segmen terbaru ni lebih kepada review untuk novel-novel aku yang puluh-puluh tu ha. Alah , hari tu kata pergi Pesta Buku beli novel bertimbun-timbun kan? Ada lah jugak 2 dari 15 novel tu aku dah baca. Itu pun sebab otak aku menggedik nak jugak paksa aku membaca. Hamboii , kalau tak menyalah kan orang lain tak sah kan kau Rogayah? *pang*

Jadi aku ingat kalau lah aku rajin , nanti aku buat lah review novel-novel tersebut. Itu kalau rajin ye. Kalau tak rajin hampeh sangat lah nak update segala tahap internet kura-kura berenang di dalam sawah padi. Erk. 

Segmen terbaru ituew ialah : [ReNov] , ok sebelum ada yang ingat aku buat perkhidmatan baiki pulih ReNovated baik aku betul kan ye. ReNov ialah singkatan Review Novel. Biasa lah kan kalau dasar pemalas trang tang tang memang akan muncul segala jadah idea untuk pendek kan bahasa dan akan sampai satu masa nya yang aku sendiri pun tak akan paham nanti. Dush!

Tengok lah kalau malam karang ke? Esok atau lusa ke. Tungguh mood aku datang nak menulis lah ye. Eheh. Aku ada jugak habis kan dua novel dari berbelas-belas novel yang aku beli. Itu pun sebab yang betul-betul menarik perhatian aku. Gituh , sentapz penulis novel kang dengan aku -____-' Heh , sampai kita ketemu lagi dalam segmen terbaru ituew. Muehehehe.

Dia Tak Pernah Mengeluh Tatkala Kita Mengeluh Berpeluh-Peluh.

Pernah tak kita terfikir tentang sesuatu ini. Tentang kita masa kecil dahulu-dahulu dan masa ibubapa kita sudah tua nanti. Pernah atau tidak? Jauh sungguh pemikiran bukan? Tapi tak salah rasa nya. Mari kita renung-renung kan situasi ini.

Masa Kita Kecil.

Kita selalu terjaga pukul 2 atau 3 pagi kerana kita lapar hendak minum susu atau minta di tukar kan lampin / pampers kerana sudah isi yang penuh di dalam ituew. Atau mungkin juga kita tidak sihat. Ibu atau Ayah kita tak pernah mengeluh sebalik nya masih tersenyum dan siap melayan kita. Siap cakap lagi :

Kenapa sayang ibu ni? Tak sihat ye?
Kenapa sayang ayah ni? Nak tukar pampers ye? Ke nak tukar selimut? Err.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Ibu atau Ayah kita mungkin mengetuk pintu bilik kita puku tiga empat pagi kerana terasa tidak sihat. Teringin nak minta secebis kasihan dari anak-anak. Tapi sebalik nya kita boleh pulak buat ayat :
Mak , Ayah , orang baru je sepoloh minit tidur.
Orang penat tahu?!!
Esok lah , nanti orang bawak pergi klinik terus! *gedebommm tutup pintu*

Masa Kita Kecil

Sebelum kita boleh berlari berkejar , kita dolu-dolu kalau masih ingat lah kan mak ayah kita pimpin kan tangan kita elok-elok takut kita jatuh. Iye lah kalau dah jatuh melalak boleh dengar sampai dekat Kuala Pilah. Muehehehe. Siap cakap lagi :

Anak Mama lagi sikit aje lagi nak pandai jalan dah ni.
Jangan jalan laju-laju nanti jatuh sayang.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Biasa lah kalau IbuBapa kita tua nanti , sudah semesti nya kudrat dah tak ada. Tambahan kalau yang ada penyakit banyak , mesti lah badan menjadi semakin lemah. Jalan pun lambat-lambat. Ada yang kena pakai tongkat. Ada pulak yang kena pakai wheelchair bukan macam Usop Wheelcha tu ye. Ekekek. Tapi alangkah sedih nya ibu bapa kita bila anak-anak dah besar , dah pandai jalan , dah pandai semua boleh pulak dia kata macam ini :

Mak ni , jalan lambat lah! Orang ni balik nak kena memasak , mengemas lagi.
Cepat lah sikit mak!
Eii Ayah ni jalan lambat sangat ni apa pasal? Orang ada janji dengan kawan orang pukul empat petang ni!

Masa Kita Kecil

Dah nama budak-budak , mesti lah makan bersepah. Bukan kata makanan , kadang-kadang mainan tu setiap penjuru sampai ke pasu bunga Orkid emak pun ada jugak mainan nya. Lego lah , kereta mainan lah , barbie doll lah. Semua ada. Tapi emak atau ayah sabar aje lah dengan anak-anak sebab dah itu anak diorang tak kan nak dera sampai pingsan kot? Punya lah bersabar siap tersenyum meskipun dalam hati geram tahap petala ke tujuh. Alah budak-budak , biasa lah tu kan. Malah diorang boleh pulak bagitahu kita macam ini meskipun waktu kecik macam lah kita paham kan :

Adik bila besar jangan buat macam ni ye.
Achik jangan makan berterabur , nanti kesian dekat emak nak kena kemas.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Kadang-kadang bila usia sudah meningkat atau lebih mudah sudah tua , tangan pun terketar-ketar untuk memegang sudu. Lantas bila hendak makan bersama anak menantu dan cucu pun makan berterabur. Bila pegang gelas , habis pecah. Bila makan itu ini habis tumpah. Anak-anak kadang-kadang lupa yang "mereka" pun pernah lalui zaman begitu masa kecil-kecil dan ibu bapa tetap sabar melayan karenah meskipun mulut bising kan. Tapi anak-anak boleh pulak cakap macam ini :

Mak , kalau tangan terketar-ketar , makan guna tangan lah!
Ayah , dah tahu tak larat nak pegang gelas , jangan lah pegang , suruh lah Along pegang kan takpun nanti kitaorang cari gelas plastik!
Mak ni , tadi baru Achik sapu tau , ini bersepah balik!

Masa Kita Kecil

Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu kita selalu meminta perhatian yang luar biasa mengalah kan raksasa luar biasa nya pada ibu bapa kita. Kadang-kadang bukan lah hebat sangat pun yang kita mintak untuk di perhati kan. Hanya lah semata-mata nak beritahu ibu bapa kita yang kita dah pandai melukis gambar bakul buah-buahan. Tapi tehtap lah jugak nak mengada-ngada siap merengek suruh mak ayah kita pandang lukisan bakul buah-buahan yang sekali pandang dah macam tin milo tu aje. Tak pun balik-balik kerja pukul sebelas duabelas malam dengan penat nya tiba-tiba anak terjaga dari tidur ajak main Lego sama-sama. Tetap layan saksama walau mata dah berpinar nih tetap juga kasi ayat macam ini ala-ala :

Pandai nya anak Abah ni!
Eh , adik dah pandai melukis ye? Cantik nya anak mama lukis!

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Bila mereka sudah tua , kadangkala perangai mereka akan juga jadi macam kita bila masa kecil dulu. Mereka pun ingin bermanja dengan anak-anak. Lebih tepat lagi hendak di beri perhatian lah jugak. Iye lah , masa kita kecil-kecil dulu penat balik dari office melayan kita sampai dua tiga pagi. Padahal esok ada meeting pukul sepoloh tapi kena berkejar awal sebab jalan selalu jammed. Tapi tetap jugak melayan karenah anak. Sebab orang cakap bila penat tengok muka anak terus hilang rasa penat semua tu. Dan bila itu , bila mak ayah kita dah tua , mereka pun nak jugak borak-borak , manja-manja mintak perhatian dengan anak-anak bila balik kerja tapi sebalik nya anak-anak balas :

Ibu , Kakak ni banyak kerja nak kena buat. Bukan nak dengar keluhan Ibu aje!
Ibu , abang ni kejap lagi kena keluar jumpa client dekat Hilton kejap lagi!
Ishhhh!!

Sebenar nya banyak lagi situasi-situasi yang aku rasa banyak orang terlepas pandang. Terlalu ramai dan aku pun gusar andai satu hari nanti aku pun akan terlepas pandang dalam hal-hal seperti ini. Ini peringatan untuk diri aku sendiri. Walaupun nampak remeh dan nampak kecik tapi sebenar nya impak nya sangat besar. Orang kata hati orang yang sudah berusia sangat lembut dan bila kita menuturkan kena berhati-hati. Maklumlah kalau orang muda berdarah panas senang mengamuk , orang yang sudah berusia hati nya lembut senang menangis. Tak begitu ?

Betul. Mereka pun hendak kan perhatian daripada anak-anak apabila mereka sudah tua. Macam kita dolu-dolu , nak jugak perhatian sokmo daripada ibubapa kita. Bila ibubapa kita buat tak tahu habis tupperware , pasu bunga di baling nya. Tanda protes. Eh itu bukan aku tau. Korang ni mandai-mandai je menuduh. Grghh , lol. Tapi ibu bapa kita tak ada lah sampai hati nak buat macam tu. Itu pun kalau dah tahap kronik nak protes anak err boleh lah kot. CHOY. Okay apa mohtif sebenar entry ini? Sila nyatakan segera! Sila kan! Sila kan!

Heh. Sebenar nya aku tiba-tiba menulis perihal begini kerana tiba-tiba teringat aku pernah melihat satu youtube ; A letter from Mom and Dad berlatarkan lagu Yiruma - Kiss The Rain yang membuatkan aku menangis selepas itu. Ayat dia lebih kurang macam ayat aku di atas cuma ada tokok tambah lah. Itu penting. LOL. Aku menangis lepas menonton youtube itu. Sebab aku takut aku terbuat perkara seperti di atas dan juga bila teringat balik banyak benda betul dalam youtube itu. Ibubapa tak pernah merungut walau macam mana payah mereka menjaga kita malah mereka seronok di setiap detik dan ketika menjaga , membelai , memberi kasih sayang dan memberi segala nya walaupun sebenar nya mereka bukan lah kaya raya tapi kerana anak harta yang terbesar segala nya sanggup di berikan. Okay , aku rasa ayat aku panjang dan pusing-pusing sangat. Nevermind -.-'

Sungguh , lepas aku menonton youtube itu , aku menangis. Aku rasa memang betul ayat dia. Mak ayah tak pernah membebel anak dia lambat berjalan. Ataupun berjalan jatuh berjalan jatuh. Malah seronok pegang tangan anak. Mak ayah tak pernah mengamuk bila makanan terjatuh , air tertumpah yang di buat oleh anak nya. Sebalik nya mak ayah sabar melayan kita. Tapi rasa nya kita mampu lakukan macam mak dan ayah kita laku kan? Mungkin tidak. Okay sebab aku rasa entry ni dah macam terlebih-lebih panjang , baik aku lakukan kata-kata akhir bukan pengantar ye. Gituh kau!

Selagi mereka masih hidup , hargai mereka dan sayangi mereka. Kita tak mungkin mampu membalas jasa mereka dan mereka tidak mengharapkan untuk kita membalas jasa mereka dengan memberi sebuah rumah banglo , sebuah kereta mewah , segunung dan selautan duit tetapi mereka cuma ingin kan perhatian anak-anak mereka seperti mana mereka pernah laku kan dulu. Mungkin mereka tidak pernah beritahu kita tentang itu but believes me , mana-mana ibubapa semua nya punya hati yang sama , nak anak berjaya dan nak anak hargai mereka. Ishh , aku rasa kalau aku terus kan membebel mahu orang ingat aku ni dah beranak lapan aje gaya menulis nya -.- Maaf , bak kata Dr Fadzilah Kamsah orang lahir bulan Januari ni sikap parenting dia banyak dan terlebih-lebih sikit , mungkin aku dah dapat sikap tu di usia remaja gitu. Matilaaa buat statement macam ni. Ekekekek.

Sebagai kata penutup , tak jugak di tutup-tutup nya , sayangi mereka , hargai mereka kerana pengorbanan ibubapa yang mereka lakukan ketika membesarkan kita semua sangat lah tak mampu di balas dengan wang ringgit , harta benda mahupun berpuluh-puluh jenis makanan yang lazat. Ini peringatan untuk diri aku jugak. Aku tak kata aku bagus dan aku tahu aku pun banyak jugak buat salah dan silap dekat parent aku tapi aku pun tengah free-free ni nak jugak feeling menulis benda berfaedah untuk di manfaatkan bersama. Jadi maaf lah kalau ada setengah ayat aku kasar , I didn't mean it. Cuma nak kasi korang feel kijam sikit tapi tak payah nak ikut yang tak baik itu. Oh yeah lagi satu even kau tak pandai tak kaya cukup lah jadi anak yang hargai ibubapa kau dan taat ibubapa. Itu lagi besar "kejayaan" nya tau! Tak gitu?

Okay , moh tengok youtube yang meruntun jiwa , hati dan perasaan :'( Atau aku je yang rasa macam ni ? :/



aiseh , emo-temo mencengkam diri gituh.


Saturday, May 14, 2011

Untuk Kamu , Sayang!

Ehem , semalam sehari suntuk blogspot buat maintainance , hati kemain resah meskipun tak ada apa-apa benda pun nak di update. Mujur hari ini tak di buat lagi maintainance ke atau sebagai nya. Jadi dengan peluang yang ada ini , aku nak buat dedikasi khas buat insan tersayang pujaan siang dan malam. Hamboii , lebih-lebih nampak?!!. Siapa insan tersayang ituew? Siapa? Kata kan Siapa? *dush*

Kakak Saya.

Nur Farha. Entry kali ini untuk kamu. ;)



cantik tak cantik tak aku edit? lol.

Dearest kakak tersayang ,

Selamat Hari Jadi yang ke 22 tahun.

Semoga Sentiasa Di Rahmati Allah , Di kurnia kan kesihatan yang molek , Di beri kan kejayaan di dalam apa jua yang kamu laku kan serta Berbahagia Di Samping Insan Tersayang.


Ijah Sayang Aa Ketat-Ketat.

Maaf tahun ini tak ada cupcake comel macam tahun lepas. Adik mu ini tiada bajet untuk membeli cupcake. Sadis bukan. Tapi tak apa , adik mu tahu , dah buat entry khas comel macam ini pun mesti kakak suka kan? Tapi tapi nanti adik mu ini belanja kek pisang dekat bakeria feberet kedai ayah mahu? Ekekekek.

erhiks , tak pernah-pernah aku bahasa kan kakak aku as kakak. rasa geligelimat pulak. ekeke.

ANYWAY.
Happy Birthday Aa!
Love you always , no matter what ;)


p/s: kakak saya pun ada blog , do follow her now! mueheheheh.


p/s: demmm , tadi link entah butik mana aku kasik -____________-' ok ok , link baru yang dekat atas tuh. aiyoh!

Sekian , jumpa lagi nanti. 

Wednesday, May 11, 2011

Mungkin Yang Terakhir?

Tulis banyak pun tak guna jugak. Nanti serba tak kena. Last-last aku yang jadi serba salah. Aku tak mahu tulis panjang-panjang. Berhati-hari entry ni duduk dalam draft. Berpuluh kali tukar ayat. Tukar itu dan tukar ini. Last-last aku rasa better aku tak payah tulis banyak. Tak guna jugak. Jadi aku sekadar mahu post sekeping gambar milik aku , sekeping gambar hasil carian Google dan tiga buah youtube yang menggambar kan perasaan aku sekarang. 



kadang-kadang bila kita terlalu fikirkan kata orang pada diri kita boleh buat kita jadi fed up bukan? tak kisah lah orang itu caring , busybody or no matter what , ia nya akan buat kita fed up , end up. atau macam mana? -.-'

here it is , the song's will tell about how does my feeling going on this week.

;(










Sehingga berjumpa lagi nanti. Mungkin ini entry aku yang terakhir ? I. DONT. KNOW. fullstop.


notakaki : diam. tak perlu kata apa-apa.

Sunday, May 8, 2011

Menabung lah Dengan ChurpChurp dan Nuffnang. Anda Pasti Boleh! Ehh ...

note : ini merupakan auto-post.

Sebenar nya aku tak ada tujuan pun nak update lagi. Tapi telah berjanji dengan kakak jelita eceh membodek ya hamat kan , hiks , Kaka Miloais tentang bagaimana hendak menggunakan ChurpChurp serta Nuffnang ini. Dah orang bertanya , biar lah aku menjawab. Tak gituh. Kebetulan tengah ada masa yang sedikit lapang , maka aku pun nak bagitahu lah sikit-sikit bagaimana nak sebarkan Iklan dengan ChurpChurp serta Nuffnang ni.

Pertama sekali untuk ChurpChurp , heh aku terangkan yang ini sekali sebab lebih mudah nak terangkan. Ehiks , nampak sangat pemalas. Heh.

ChurpChurp juga seperti Nuffnang. Menyebarkan iklan tetapi beza nya di sini ChurpChurp tidak tertumpu di dalam blog sahaja. Berbanding dengan Nuffnang , ia hanya terletak di dalam blog sahaja. Pertama sekali untuk yang masih belum mendaftar ChurpChurp , sila pergi ke laman web nya : churpchurp.com.. Sejurus itu anda semua sila lah daftar sama seperti Nuffnang. Selesai mendaftar , bermula lah cheritera untuk anda menyebarkan iklan dengan bermacam jenis cara dan kaedah. Ia benar , ChurpChurp mempunyai beberapa kaedah untuk di sebarkan iklan-iklan nya.


ini contoh ChurpChurp aku. heh.

ChurpChurp boleh di sebarkan iklan di Facebook , Twitter mahupun di dalam Blog kita sendiri. Sangat mudah dan menyenang kan. Lagipun menggunakan ChurpChurp nilai dia lebih senang untuk naik menuju puncak berbanding dengan nilai Nuffnang. Tapi dua-dua sama-sama menggembirakan ulu hati aku jugak. Ada lah jugak nilai nya daripada tak ada. Lagipun dah alang-alang ber"blog-ing" why not tambah kan pendapatan sampingan kan. Tapi jangan korang ketagih nak duit sampai lupa niat asal. Uhuk uhuk , aku pulak terasa pedas sendiri. Uish. 

Ok ok sudah merapu.



 ok lihat gambar di atas. ada Social Sharing. ada Social Seeding. ada Scheduled Tweets.

ada beza tak?

Ternyata mempunyai perbezaan bagi setiap yang aku tulis di atas itu. Ini untuk info Kaka Milo yang hendak mengetahui lanjut dan juga untuk kamu-kamu yang tak tahu , meh sini aku beritahu. Tak salah berkongsi ilmu khen. Gituh kata nya. 

Social Sharing

Social Sharing kebiasaan nya memerlukan korang untuk menyebarkan iklan-iklan ini seperti di Twitter , Facebook , Blog dan lain-lain lagi. Kita boleh sebarkan berapa banyak kita nak as long as tak spam macam itu lah rasa nya. Bila kita sebarkan di Twitter / Facebook / Blog and ada orang tekan iklan tu : maka akan lah dapat RM 0.20 macam gitu per click. Makin banyak kita sebarkan dan orang pun sama banyak click maka makin banyak lah nilai nya akan naik. Mula-mula mungkin sikit tapi sabar punya sabar , insyaAllah naik lah sikit-sikit nilai tu nanti. Lihat gambar di bawah untuk penerangan lanjut. Ehiks.



Ok ini aku ambil salah satu contoh ChurpChurp aku. Biasa nya kalau korang dapat banyak list untuk sebarkan iklan , diorang akan bersusun berduyun. Click dekat iklan yang mana korang nak share kan. Tekan Share This.


lepas dah click Share This , click pulak Start Sharing This.


selepas itu akan pulak muncul macam ini. lepas dia rediarecting segala macam jadah ituew. kemudian korang pilih aje lah nak share dekat mana.

senang bukan?

Memang tak nafikan Social Sharing ni yang paling senang untuk kumpul nilai nya. Cuma tekan untuk share dan kalau nasib baik dapat kawan yang comel-comel jenis suka click iklan tu maka korang jugak yang untung. LOL. *petir* Apa yang penting just tekan share dan dia akan ada tempoh-tempoh tertentu tapi kalau dia dah tamat iklan tu dia hilang sendiri dan nanti dekat bahagian tepi akan bagitahu lah berapa nilai korang punya ChurpChurp tu. Permulaan aku dulu tak banyak pun tapi lepas lama-lama baru meningkat sikit demi sedikit. Alhamdulillah. Lagipun untuk sampingan aje pun. Eheh.

Social Seeding
Gulp yang ini aku tak sure sangat. Jadi aku skip. LOL.

Scheduled Tweets
Okay untuk Scheduled Tweets pula dia amat jarang muncul. Biasa nya bila muncul akan ada lah bilangan nombor di tepi ayat-ayat ni. Berlainan dengan Social Sharing , Scheduled Tweets ni kena guna ayat sendiri berdasarkan point-point yang di beri. Pandai-pandai korang lah buat ayat macam mana nanti. Lepas tu tak semudah ABCDGE korang terus dapat sebarkan iklan ini. Sebalik nya korang kena dapat pengesahan. Kalau berjaya maka tak samapi sepuluh minit lepas korang send pun akan terkeluar dekat Twitter korang. Biasa nya Scheduled Tweets akan ada tempoh-tempoh tertentu yang dia akan kasi. Seminggu ke , Sebulan ke atau yang sama waktu dengan nya lah. Biasa nya dia akan tulis dekat tepi tu. 

Ok habis cherita ChurpChurp. Kaka Miloais , faham tak? Ekekekek , tak faham boleh PM sama ai. Tetibe. Ngeh ngeh. 

Ini sebenar nya atas permintaan Kaka Miloais yang nak tahu jugak pasal Nuffnang. Macam mana nak naik kan duit Nuffnang dan sama waktu dengan nya. Actually aku bukan lah hebat sangat dalam bab-bab ini. Cuma aku tahu lah serba sedikit. Macam aku kata tadi terutama yang selalu blog-ing dan selalu aktif dalam dunia blog. Apakata korang berdaftar lah di web Nuffnang.com.my. Bukan pasal apa , atleast tak ada lah usaha sia-sia kan? Ada jugak pendapatan sampingan selain jual kuih koci kan? Eh eh sedap pulak kuih koci lama betul tak makan. *panglaritopik*

Selepas sudah mendaftar , biasa nya akan mengambil beberapa lama masa nya untuk mendapatkan status Glitteratti. Apa itu Glitteratti? Glitteratti maksud nya seperti exclusive members gitu. Kalau korang still Non-Glitteratti , bersabar ye dik non. Lama kelamaan akan muncul lah status itu dan selamat mengumpul nilai. Tapi dengan Nuffnang bukan mudah ye nak dapatkan nilai-nilai tinggi mencanak macam dengan ChurpChurp. Oh ya kalau dah pasang iklan Nuffnang , jangan nak letak iklan-iklan dari syarikat lain. Nanti inche Nuffnang akan menarik balik status Glitteratti ituew. Uhhu.

Bagaimana untuk sebarkan iklan Nuffnang?
Nuffnang sangat berbeza dengan ChurpChurp. Jika ChurpChurp korang kena tekan share this share that kan? LOL. Tapi Nuffnang pula , korang kena pasang iklan dalam blog korang. 

Macam mana nak pasang iklan Nuffnang?
Masa mula-mula dulu kung kang kang kung aku berpeluh fikir macam mana lah nak pasang iklan tersebut. Agak rumit pada mula nya tapi sekarang tutup mata pun boleh. Gitu kau riak Jah? pang bertalu mahu? err. Okay semasa korang bukak laman web Nuffnang pasti ada banyak jenis kotak seperti : analytics , earning , add ads dan lain lain lagi.Jadi korang tekan add ads dan ikut cara yang seterus nya. Sangat mudah ok?


Haa. Tekan Add Ads untuk meletak iklan. 

Tapi kenapa aku empatsegikan Blogger Bio?

Sebenar nya nak jugak bercherita tentang benda lain yang menjadi keraguan Kaka Miloais iaitu Buffered Earning. Dia tanya kepada aku , apa itu BE apa itu BE. Ternyata ramai jugak merungut dan tertanya-tanya apa itu BE? Macam mana nak dapatkan BE? Ok kali ini credit to Yuyu Zulaikha kerana memberi tip yang tip top melalui tulisan nya itu.

Apa itu Buffered Earning?
Buffered Earning merupakan seperti bonus buat kita para bloggers. Memang terasa nak sujud syukur terus kalau dapat Buffered Earning kerana nilai nya lagi senang hendak naik melalui orang-orang yang singgah belog kita dan click. hoitt belog aku pun tengah ada BE ni apa lagi kelik lah wehh. opss. Tak semua orang dapat Buffered Earning. Tapi jangan lah susah hati kerana selepas membaca tip tip dari Yuyu Zulaikha aku pun telah berjaya mendapatkan Buffered Earning selepas itu. 


ini contoh nya kalau kau orang dapat BE. dia akan mentioned. jangan risau.
ehem ehem korang apa lagi. aku punya tengah running tu. kelik lah weh. -.-' eh opss.


Apa tip Yuyu Zulaikha?
Ini yang aku ingat lah. Sebab bila nak cari balik entry yang dia tulis tu , fuhh dah jauh mencanak ke belakang. Tak larat nak cari. Hheeheh. Aku rasa aku ingat satu je weh. Ampunkan aku. Memang dasar terminum air ada semut lah , susah betul nak ingat benda -__-'

  • Sentiasa tukar Blogger Bio. Paling tidak pun tukar lah sekali sekala eh.
Yep , ini memang benar dan aku telah buat perkara yang Yuyu tuliskan dan ternyata berjaya.  Terutama sekali di bahagian : 4) Are there any unique things about you that you think an advertiser should know? (E.g. You were FHM's Girl next door)

Kenapa aku kata penting?
Sebab nya bila kita sentiasa update , maka nya pihak peng-iklan tahu kita masih wujud di alam blog-ing. Ini ayat Yuyu Zulaikha actually. Hiks. Lepas dah tukar sikit-sikit dalam soalan tu , maka BE aku pun muncul. Biasa nya BE ini akan ada satu tempoh dan masa-masa tertentu. Kalau nasib baik , pernah aku dapat tempoh selama dua bulan ke tiga bulan. Tak ingat. Pergh , lumayan gila hasil dia. Ada lah kot dalam RM 20 macam itu. Maybe kau rasa elleh , sikit nak mampus. Tapi apa gua kisah , janji gua happy tak kacau orang lain. Gituh.

Kadang-kadang ada jugak tempoh dalam seminggu dua aje. Pernah jugak merasai. Dapat dalam RM 1. Itu pun sujud syukur sebab atleast bergerak jugak nilai Nuffnang ni. Memang payah. Selepas tamat tempoh BE tersebut maka nanti akan di masuk kan nilai BE korang siap dengan bonus semua dalam nilai keseluruhan Earning tu dan dia akan tulis Metered Earning pulak. Memang payah nak dapat kan. Kalau ada rezeki dapat lah merasa satu dua BE. Kalau tidak , memang berzaman jugak tak dapat BE. Lepas tu kena buat tindakan drastik. Hik Hik. Oh ya lagi satu jangan kau orang tekan sendiri kau orang punya ikelan berjuta lemon kali. Haa , nanti kena kasi warning , jangan meraung okeh. Erk , cuak pulak meh. Hiks.

Biasa nya jugak , aku kalau dah menggedik sangat aku akan terus bertanya pada pihak Nuffnang. InsyaAllah kalau korang ada rezeki merasa jugak BE tu. Aku pernah buat. Heee. 

Oh ya lagi satu , kalau nak dapat banyak IKLAN menyinggah dalam belog korang pastikan korang letak lah iklan korang dekat tempat strategik. 

Eceh , mana tempat strategik itu?
Biasa nya di atas header blog. Itu yang paling penting. Mesti orang kalau mula-mula masuk tengok bahagian atas dulu. Kot-kot internet kau lembap pun , mesti kalau nasib baik iklan muncul , mesti iklan header tu nampak dulu mesti isi entry langsung tak nampak haram jadah nya. Atleast orang senang nampak maka pihak peng-iklanan pun suka nanti sebab senang lah iklan dia nampak. Tak gitu uols?

Rasa nya penerangan terlebih-lebih panjang. Harap-harap Kaka Miloais akan faham jugak apa yang ai terangkan ini. Ehiks , bukan mudah nak terangkan dekat orang. Berpeluh jugak badan ni nak terangkan satu-satu. Kalau ada jugak yang tak faham , boleh jugak bertanya. Kaka Milo pun jangan segan-segan tanya. Eheh. 

Okay lah , sampai di sini dulu ye :)