Home

Tuesday, May 15, 2012

Berjimba Ria Sehingga Lewat Malam Sebelum Menjelang ABPBH2011 - Part 4

Jijah kembali lagi menulis cherita basi tentang ABPBH2011. Iyer tahu cherita ini dah sangat basi dan Aaron Aziz pun dah dapat kereta yang dia menang tapi Jijah masih lagi terkedek-kedek nak mengupdate cherita ini kan? Biar lambat asal selamat? Eh! Kali ini Jijah nak menyambung cherita kisah jimba ria jimba ria Jijah sehari sebelum menjelangnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Kalau sebelum ini Jijah gigih bercherita pasal kegayatan Jijah naik cable car , berposing sana dan sini di sekitar Genting Highland dan terserempak dengan Fizz Fairuz dan Amy Search kan? Haaa untuk entry kali ini pula Jijah nak bercherita pula aktiviti malam Jijah bersama dengan Kak Echa sehari sebelum ABPBH2011 berlangsung. Kitaorang sebenarnya buat aktiviti secara random memandangkan this is the only chances untuk kitaorang lepak dengan kadar yang sangat lama memandangkan Kak Echa pun tinggal jauh dekat Langkawi. So sakan betul kitaorang ni berjimba ria kan? HEHE.

Tapi macam yang pernah aku cherita sebelum ini ( ada ke ek? aku tak sure , maklumlah dah lama betul berhenti menulis pasal ABPBH2011 ini kan? -__- rasakan kau Jah terus tak ingat dah kan? haiyoooo! ) kaki aku kan melecet dengan sangat teruk. Aku ingat sakit biasa-biasa aje tapi rupanya tidak. Padahal aku pakai selipar yang bodoh-bodoh aje. Bila malam tu , rasa sakit tu dah macam sengal gila. Nak pijak lantai pun terasa nak nangis. Lepas tu dengan cuaca yang super duper sejuk memang terus buat kaki aku kejung dan cramp. Itu lagi satu hal yang aku terlupa. Aku sendiri pun lupa yang aku kalau terlampau sejuk , kaki aku akan senang cramp. Bila dekat sana tetibe cramp memang rasa nak nangis. Aiyark. Tapi aku tetap teruskan tujuan berjimba ria malam tu. 

Biasanya malam sebelum ABPBH2011 akan diadakan rehearsal dalam Arena Of Star yang bersebelahan dengan Theme Park Hotel itu kan. So memang artis lalu lalang pun sangat banyak. Kalau nak bergambar memang kena cepat dan tangkas! Tapi sebab kaki Jijah makin lama makin sakit so memang mood Jijah sedikit merudum sebenarnya. Kak Echa dah risau takut Jijah hilang mood masa malam kemuncak ABPBH2011 tu. Itu lagi naya gituh. Datang jauh-jauh tetibe hilang mood memang sengaja cari nahas khen? Hiks. 

But Alhamdulillah , aku berjaya control mood aku yang kurang baik pada malam itu. HEHE. Jadi sebab kitaorang pun ala-ala random plan and aktiviti sahaja, kitaorang pun lepak luar Arena Of Star. Kalau nampak artis nak bergambar. Boleh? Kata saja boleh! HEHE. Tapi tak ramai pun terserempak. Cuaca kian sejuk dan artis yang datang rehearsal pula tampak sedikit. Sadis seketika , katanyaaaa. Gedik kau Jah! Hahaha. So masa tengah lepak santai tepi Arena Of Star dengan cuaca dia kemain kau sejuk dia ternampak ramai artis lalu lalang keluar masuk Arena Of Star. Dah tak guna tulis banyak kan? Meh tepek sajork gambar-gambar nya itu. HEHE. 


Jijah dengan Osman Ali , Pengarah Ombak Rindu dengan isteri beliau.
Osman Ali masa tu baru sahaja berkahwin. HEHE.


Jijah dengan Aizat.
HEHE.

Peramah jugak Aizat ni. hoho.

Okay memang itu sahaja yang Jijah sempat bergambar. Sebab tak ramai artis yang menarik minat Jijah katanya. Boleh? Kekwat sungguh statement Diva Pora yang nan hado seorang ini kan? HAHAHAH. Lagipun Jijah macam malas nak jadi orang jakun tetibe tahan artis untuk bergambar semata-mata. Padahal dah pernah bergambar kan? Tak perlu kot nak jakun terkinja-kinja semua itu sebab sah-sah artis tu asyik berkeliaran kawasan hotel tu jah. Alih-alih tengok ada artis dekat cafe lah , dekat lobi hotel lah atau pun dalam lif sama-sama. Hah, so tak perlu nak jakun-jakun. HEHE. 

Lepas tu tetibe Kak Noraini Hashim bbm Kak Echa ajak lepak sama-sama. Jijah memang teringin sangat nak join. Tapi malangnya kaki Jijah memang sakit sangat-sangat masa tu. Dalam hati terdetik nak ikut tapi ikut fizikal nya memang tak mampo sebab nak jumpa dekat First World Hotel. Jauh jugak tu nak menapak bila kaki tengah sakit. Fikir punya fikir  demi untuk hari esoknya pula Jijah buat keputusan untuk berehat dalam hotel. Kasi lega sedikit kaki dan mujur juga Kak Echa ada bawa minyak angin so memang kaki sangat lega. Jijah memang sapu macam-macam dekat kaki sebab kaki tu dah terasa sengal gila. Lepas tu Jijah rehatkan diri sampai tertidur terus. Memang letih sebenarnya sebab penat naik bas dengan cable car dengan angkut beg tak hengat tu buat Jijah tidur dengan lena nya. Lepas dah sejam lebih tidur dengan lena terus terjaga dalam cuaca yang kedinginan gituh. Over tak ayat? Kau hengat kau tengah tulis novel ke apa ni Jah???? Ekekekeke.

Bangun-bangun tengok masih tak ada sesiapa dalam bilik. Jijah memang forever alone. LOL. Sempat juga tengok cerekarama hari Sabtu sebab nak hilangkan rasa-rasa yang tak sepatutnya itu. Hahahah , faham-faham sendiri lah ye? :p Lepas tu tetibe Kak Echa call tanya nak keluar jalan-jalan tak? Cuaca tengah cantik untuk bergambar dia kata. Jijah tengok jam. Eh dah pukul 1 pagi. Adakah ini benar? Ekekeke , dramatik lah pulak kau Jah! Sebab masa tu Jijah rasa kaki Jijah sangat lega. I mean rasa sangat selesa. Mungkin kesan letak minyak angin banyak gila dekat tapak kaki. Memang boleh ice skating dalam bilik air okes? Erk.. Lepas tu bersiap segala bagai dan terus turun hotel tengok keadaan masih lagi meriah. Fuh. Masa keluar ke luar hotel tengok eh dah hujan! Makin sejuk sampai badan Jijah yang tembam ini pun melayang jugak. Kata Kau Jijah!

Dah tak guna tulis panjang berjela. Mari tengok gambar yang tak banyak keping ni. Maaf lah , entry kali ini memang banyak membebel jahh. HEHE. 





Haaaaa... gambar-gambar ini masa pukul 1 pagi okes?
Kabus sangat tebal dan sejuk dia sehingga Jijah terasa nak selsema.
Masuk bilik hotel seperti yang dijangka ; bersin!

Antara perkara paling random yang Jijah dengan Kak Echa buat hari itu ialah berjalan-jalan sehingga ke First World pukul 1 pagi. Hanya kitaorang berdua. Jalan-jalan dalam keadaan lampu yang agak malap dan cuaca yang sejuk killer! Serius sejuk weh! Siap sempat lepak dalam lobi hotel First World dalam sejam gitu. Balik pukul 2 pagi ke Theme Park Hotel. Gila tak? HEHE. Tapi tak rasa takut pun sebab ramai juga sebenarnya orang lepak luar hotel dan etc. Cuma macam tak percaya Jijah berjaya lakukan semua ini. LOL. 

Akhirnya balik saja ke bilik hotel memang terbersin sahaja dan terus tidur. Esok nya ada agenda lain. Hah , itu Jijah sambung Part 5 kemudiannya pula ye? Masa hari Ahad iaitu 8 April 2011 itu antara hari yang paling best dan seronok sebab kaki pun dah kurang sakit dan waktu tu macam semacam aje best nya walaupun hujan lebat dan ada ribut sedikit dekat puncak Genting Highland. Pergh , pengalaman hidup sangat katanya! HEHE. Minta maaf sangat-sangat sebab entry kali ini agak sedikit gambar. Next entry akan banyak kan gambar dari bebelan. Hiks. Nanti Jijah update lagi kalau ada kesempatan , malam karang mungkin?

Last but not least.


nantikan Part 5 kisah Jimba Ria di Genting Highland :*

p/s : teruja tengok gambar besar. tetibe! hahahaha :p


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, May 14, 2012

Jijah Diva Yang Cerewet?

Hamboi , tajuk mengundang kontroversi atau mengundang heel ke muka ni Jijah oi? HAHAHA. Sebenarnya tengah rajin sungguh nak update dan bila datang kerajinan itu haruslah update apa yang patut kan? Aku sebenarnya sedang gigih membuat schedule post untuk minggu ini. Rajin kan? Eceh , angkat bakul sendiri pula tetibe kan? HEHE. Tajuk entry ini sebenarnya nak menerangkan sesuatu kepada korang. Tentang cerewet betul Jijah untuk sesetengah benda ni. Terutama bila nak mengedit belog kesayangan mahupun untuk mengedit gambar. 

Sekarang macam dah tahu kenapa Jijah sangat malas untuk mengupdate apa-apa sahaja dalam belog ini dan hanya aktif di laman sosial lain seperti Twitter (I'm a Twitterholic hokkay!) ataupun Facebook. Jijah rasa antara faktor yang menyumbang kuat kemalasan itu ialah apabila belog Jijah mempunyai layout yang sangat sendu dan faktor warna yang suram. Hah, mampooo tetibe mencerca belog sendiri kan? Ekekekeke. Jijah sebenarnya memang dah lama betul berhajat nak tukar layout. Gigih godek-godek di enjin carian Google untuk mencari mana-mana layout yang bersesuai tapi seperti biasa , hampa!


ini betul-betul hampa!
hampa! hampa! hampa!
*pang*

credit picture : Google

Lepas asyik tidak ada yang bersesuai sahaja , lantas Jijah pun jadi malas nak meneruskan pencarian. Ada yang cantik tapi perlu bayar. Yes sometimes untuk mendapatkan sesuatu yang memuaskan hati kita memang kita pun kena la juga berusaha untuk keluarkan sedikit duit kan? Tapi dengan status Jijah sebagai penganggur terhormat , rasanya masih tidak perlu untuk segigih itu hanya semata-mata mahu puaskan hati sendiri. HEHE. Tadi pula entah angin mana pula yang menyambar diri ini sehinggakan Jijah sungguh gigih mengedit sana dan sini tapi masih menggunakan blogspot punya template. Jijah tak kisah macam mana ringkas pun template dan layout belog Jijah as long as nampak kemas , cantik dan menyenangkan semua pihak. Mungkin Jijah tak mampu nak puaskan hati semua pihak tapi untuk hati Jijah sudah cukup berkenan di hati dah ni. Ekekekek.

Ehem. So untuk korang pula rasa bagaimana? Okay atau rasa macam haramjadah sangat template ni? NANGES. HAHAHA. Jijah masih tak ada idea untuk buat new header , nanti bila semangat ber-photoshop pula datang , siap sedia lah! Setiap minggu tukar header baru! Erk?! HAHA. Tapi memang teringin juga untuk tukar header nanti. Tapi Tapi Tapi *dush* bukan sekarang lah ye. Sebab sekarang cuma nak publishkan dulu cherita-cherita yang dah lama betul berhajat nak update tapi tergendala gara-gara hilang mood lah , ada problem dengan internet lah , internet lembap , kesibukan hakiki lah dan macam-macam lagi kan? Tak kisahlah kalau korang rasa itu cherita yang sudah basi atau berkulat sekalipun. Apa yang penting Jijah mahu titipkan dalam belog kesayangan sebagai sebuah kenangan gituew! :p

Oh ya soon , mungkin kalau tak ada aral melintang Jijah mahu buat iklan berbayar dalam Cherita Emo-Temo , ada sesiapa yang berminat? HEHE, belog picisan pun sibuk nak letak iklan berbayar kan? Macam lah belog awak tu banyak orang masuk baca kan Jijah? *nanges* Hehe , insyaAllah , itu dalam perancangan Jijah sajork. Jijah masih tak pasti mahu buat atau tidak. Jika ada respon yang menggalakkan , tidak teragak-agak untuk Jijah membuat ruang iklan berbayar itu. HEHE. 

Terlebih gigih pula update entry banyak-banyak kan? Sekali sekala datang angin gigih macam ini pun syok juga. Lepas ini pun harap-harap masih lagi gigih untuk update entry banyak kali dalam sehari. Suka betul tengok sesetengah blogger yang sangat gigih update new entry setiap hari dan tidak menghairankan lah bila hasil Nuffnang mereka sangat menakjubkan. Harap-harap Jijah pun mampooo menggigihkan diri selepas ini untuk mendapat hasil yang menakjubkan juga. HEHE , berangan tak salah kan? Lagipun hasil ini boleh lah Jijah guna untuk keperluan diri khen? Asyik lagho kan diri sajork! Sekali sekala buat lah juga aktiviti berfaedah yang menguntungkan lagi kannnn? HAHA.

Begitu lah Jijah. Nak cherita lain dengan tajuk Diva kemain , alih-alih isi dia macam-macam tapi masih belum lari dari landasan rasanya. HIHIHI. Dah lama Jijah tak menulis ala-ala syok sendiri angkat bakul puji belog sendiri macam gini. Selalu asyik tulis tentang dramatik Jijah sahaja kan? Hiks. Apa-apa pun , esok Jijah akan sedaya upaya untuk menyambung edit gambar untuk entry basi ABPBH2011. Iyer , Jijah masih belum habis meng-edit gambar antara punca malas betul untuk update entry basi ini. Kalau tak update rasa macam tak best pula. Dah separuh jalan dah pun kan? Hiks. 

Seperti biasa. Entry memang panjang. Sarat juga barangkali? Bila agaknya Jijah reti nak menulis secara ringkas tapi padat ye? Macam tak mampu nak terlaksana saja je? HEHEH. Tak kisahlah , janji korang tak rasa mengantuk masa baca entry ini sudaaaaaah. -___-' Okbaiiii.


gambar tak ada kena mengena but I miss this girl in this picture!
I miss you Dee M!
:(

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Untuk Kamu ♥

Saban tahun , 14 Mei merupakan tarikh yang paling penting dan akan sentiasa diingati dalam diri Jijah. 14 Mei memang satu tarikh yang sangat penting sebab ada seseorang yang begitu dekat dengan diri Jijah yang dilahirkan pada tarikh ini. Oh jangan risau , yang pasti bukan kekasih gelap Jijah. Jijah suka betul menulis benda yang berbaur begini kan? Perfeeling ala-ala retis gitu nak orang teka teki kasi hint bagai khen? Hahahaha..

Jijah sebenarnya mahu dedikasikan entry ini khas buat insan yang paling Jijah sayang dalam hidup Jijah. Selain daripada Umi , Jijah cuma ada seorang sahaja kakak yang paling Jijah sayang. Iye benar , 14 Mei merupakan tarikh hari jadi kakak kesayangan Jijah. Meskipun kami sering bertelingkah , sering juga berperang mulut dan juga macam-macam tapi sayang Jijah pada kakak Jijah tidak pernah sekelumit pun pudar. Air yang dicincang mana mungkin putuskan meskipun sebesar mana pun benci , marah dan geram sering terpalit dalam diri kan? 


Tapi sebenarnya kami berdua ini kalau dah lama sangat tak bertemu mula lah dua-dua gelak mengilai macam hantu. Lepas tu mula masing-masing menyakat tak hengat kan? HEHE. Sungguh rindu masa dulu-dulu. Tipu betul kalau Jijah cakap tak rindu zaman kanak-kanak riang ria kan? Masa itu sangat priceless moment dan bahagia sungguh. Ahh tiba-tiba pergi menyingkap kenangan lalu ni sudah kenapa kamu Jah? Tanpa memanjangkan lagi tulisan yang sudah sedia panjang Jijah dengan rendah hati mahu membuat sedikit ucapan ringkas khas untuk kakak tersayang ♥

Untuk kakak tersayang , Nur Farha Hashim.
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 23. Semoga kehidupan yang semakin matang usianya akan berterusan di berkati oleh Allah s.w.t , dilimpahkan kejayaan didalam apa jua yang akan dilakukan kelak , dikurniakan kesihatan yang elok serta diberikan kebahagian dalam kehidupan ini. Meskipun kita selalu berperang mulut ataupun mungkin juga pernah bermasam muka but one and only yang perlu Aa tahu , Jijah sayang Aa ketat-ketat. ♥

HEHE. Meskipun ucapan Jijah untuk kakak Jijah saban tahun adalah sama tapi tak kisah nak juga kasi ucapan yang begitu juga. Jijah memang tak ada surprise party ke atau hadiah hari jadi untuk kakak tersayang tahun ini memandangkan tengah pokai kan? HEHE. But insyaAllah bila ada rezeki lebih nanti , Jijah celebrate sama-sama birthday Aa ye? HEHE. So here , terasa nak tepek gambar-gambar random of us. Jijah jarang nak tepek gambar Jijah dengan kakak Jijah. Lagipun kami dah sangat jarang nak berjimba ria sama-sama. I have to admit that I miss those moment when only the two of us enjoy our day past few years. Jijah rindu sangat-sangat. Sekarang masing-masing sudah sibuk dengan kehidupan masing-masing and I have to admit it again ; this is life. Emosi!


It was 2 years a go , I guess on her convocation.


my pretty Sister.


us ♥

Sebenarnya tak dinafikan Jijah agak beremosi masa menulis entry ini boleh? HEHEH. Dasar hati tisu agaknya. Tulis sedikit pasal yang ada kaitan dengan family pun sibuk nak ber-emo-temo kan? HAHA. But seriously aku sangat telus menulis entry kali ini tanpa drama yang banyak. Boleh macam gitu? Hihihi. Of course entry ini khas untuk kakak tersayang dan sudah semestinya tulisan aku bukan propa semata-mata mahu mengambil hati semata-mata ye? Kata Kau Jijah!

Last but not least , what ever when you up or down , I'm still with you Sister , no matter how and what situation it is (eventhough sometimes look like I don't care but I do actually -__-') , remember that okay? Jijah sayang Aa ketat-ketat sampai bila-bila. Have a blast one on your birthday! Muahxx! xoxo! 

♥♥♥

p/s : Cherita Emo-Temo sudah berwajah baru dan hopefully semua okay dengan layout baru ini. Simple but cantik di mata Jijah katanya dan menyenangkan semua pihak harap-harap. And another one , kalau mahu komen , ruang nya di bawah. Tidak lagi di atas seperti dulu ye. HEHE.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Saturday, May 12, 2012

Ada Apa Dengan Hari Sabtu?

Hello Saturday! Korang semua apa khabar? Macam dah lama sungguh tak menulis dalam keadaan random macam ni. Terasa macam sahaja lah. Entah-entah diri sendiri yang tak sedar diri selalu menulis dalam keadaan random selalu khen? Dah nama pun tak tak sedar diri khen? Wajib tak perasan lettuew. Hihihihi , fine enough merapu.

Aku sebenarnya teringin betul nak update hari-hari. Tapi entah angin mana yang sampuk sehingga sangat malas untuk mengupdate apa-apa. Janji demi janji , last-last mungkir janji. Arghh , sesuatu yang sangat tak bagus untuk diri sendiri ye Jijah. Ada banyak betul cherita dan gambar yang nak dikongsi dan update dekat korang. Tapi biasalah , masa itu lah internet nak lembap , masa itu juga ada hal-hal yang lebih penting mesti di dahulu kan dan masa demi masa pun berlalu , Jijah pun terus hilang mood untuk mengupdate. Aisehmen.

Hopefully, by next week cherita mengenai ABPBH2011 akan tamat. Sebenarnya Jijah pun nak muntah untuk mengedit setiap keping gambar apatah lagi nak cheritakan balik segala suka dan duka di atas puncak sana. Memang banyak betul kenangan manis dekat sana tapi ada juga kenangan pahit yang terpalit namun biarlah yang duka itu simpan rapat-rapat dalam hati. Yang manis-manis , insyaAllah Jijah akan cuba untuk kongsi bersama korang. Itulah, cuma satu yang korang kena tahan sebab entry selepas dan selepas ini akan banyak gambar retis kesayangan kitew. Siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz kan? Nanti ada pula yang banyak songeh dan komen cakap Jijah ni macam tak ada artis lain yang dia kejar kan? Dah lah yang dia kejar tu yang muka sama sahaja kan? Dah lah ramai cakap susah betul nak jumpa yang dia kejar tapi dah banyak kali Jijah kejar. Eh statement orang ke statement sendiri? Keh Keh Keh :p

Oh, ingatkan nak buat entry pendek sahaja. Tapi bila semangat menulis tiba-tiba datang , harus jadi panjang berjela sedikit kan? Hihihi. Alright , tak mahu tulis panjang-panjang nanti mula lah mahu menulis merapu merepek meraban kan? Ahaks. InsyaAllah soon I'll try my best untuk mengupdate not only about ABPBH2011 sahaja tapi insyaAllah ada banyak lagi sebenarnya cherita basi nak dikongsi bersama. Hopefully ada masa dan ruang untuk mengupdate. Hehe. So apa korang buat weekend ni? Bercanda tepi pantai? Berjimba ria dengan keluarga? Apa-apa yang korang buat pun hari ini , have fun and enjoy your weekend okes! :)

Ahh , last but not least. I just love this picture. I mean yang di bawah ini. Look like a lil bit candid. HEHEH. Jijah dan retis kesayangan abam Aaron Aziz. Selepas Aaron kena interview di Melodi. Sekeping cukup , lebih-lebih dekat entry ABPBH2011 nanti ye :p



credit pic : Aaronators by Khairul Badri Photography.
thanks bro!
:)
Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, May 8, 2012

Jijah Kembali !

Sudah hampir beberapa minggu Jijah tidak mengetuk kibod netbook kesayangan ini. Sebenarnya Jijah bukan bermaksud mahu menghilangkan diri mahupun menyepikan diri walaupun sebenarnya Jijah teringin untuk menyepikan diri untuk seketika katanya. Tapi sebenarnya sepanjang minggu lepas banyak perkara diluar jangkaan yang berlaku dekat Jijah. Amboi, cara menulis macam ada sesuatu yang luar biasa sahaja yang berlaku kan? Padahal biasa-biasa saja. Hihihi.

Jijah masih ingat ada beberapa entry basi tentang ABPBH 2011 yang perlu Jijah langsaikan dalam kadar segera sebenarnya. Tapi sampai kesudahnya tak jugak sudah entry-entry Jijah tu kan? Entah ingat entah tidak tentang kejadian disana tu pun tak pasti kekdahnya! Boleh gituew? Katanyaaaa.. Ada banyak sangat cherita , terlalu banyak. Tapi macam biasa one by one kekdahnya. Jijah pun harap ada juga masa untuk selit menyelit cherita-cherita basi ini khen? Biasalah Jijah, semua taraf cherita basi sajork. Dah katanya cherita terkini nan hado khen? Erk.

InsyaAllah soon akan Jijah update semua ini okay? Eceh , macam ada aje orang nak baca cherita dalam belog Jijah yang sendu ini kan? Tak kisah lah , janji Jijah memang nak update pun untuk di tatap di masa hadapan katanya. Korang hado? #tetibe khen?! Ahaks. Jijah pun sekadar nak berbasa basi sahaja dalam entry kali ini. Nanti Jijah update lagi ye korang. Sekarang masih lagi kepenatan sebab Jijah baru sahaja pulang dari kampung halaman Jijah di Kelantan. Nanti Jijah akan cuba untuk update tentang kepulangan Jijah ke kampung halaman katanya. Itu yang mengejutnya kan? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Jijah pulang ke kampung halaman. Erhiks. Tapi itu nanti dulu okes. Hihihi.



rindu nak pergi berjimba ria di Sungai Congkak.
will update about this soooooooon! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!