Home

Wednesday, May 23, 2012

Bertemu Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah Gituew! - Edisi Jimba Ria Di Genting Highland Bersempena ABPBH2011 Part 6

Setelah beberapa tika berhenti menulis pasal ABPBH2011 , Jijah kembali bercherita gituh. Kali ni nak menyambung kisah dari cherita Jijah yang sebelum ini. Jijah kan ada cherita yang Jijah tengah menunggu abe Tapa (Aaron Aziz) habiskan program Melodi gituh. Jadi masa menunggu tu kan , Jijah duduk bersantai dekat luar Arena Of Star sajork la kan? Sebenarnya ada sesetenag Aaronators dah masuk dekat theme park sebab nak tengok Abe Tapa live gitu dekat Melodi. Tapi Jijah kemalasan gitu. Tetibe ada kawan Jijah , Farra bagitahu ada nampak Sharnaaz dengan Shila dekat cafe. Jijah tetibe rasa nak pergi jumpa dua-dua kan? Haruslah! Tapi ala-ala malu tak malu kejap , nak pergi ke tak nak. Tengok jam , dah pukul 1.15. Abe Tapa nak keluar dari Melodi pukul 1.30 , so terus ajak Farra pergi ke cafe yang dia nampak tu. Hihihi.

Lepas tu bila pergi dekat cafe tu. Terus Sharnaaz dengan Shila lambai-lambai ratu dekat Jijah khen? Haruslah juga kan! Hahahah. Masa ni agak berkejar sikit sebab takut abe Tapa dah keluar dari tempat Melodi tu. Tapi sempat juga berborak dengan Sharnaaz dengan Shila kan? Sempat juga snapkan gambar untuk kawan Jijah. Iyerlah masing-masing excited katanya. Hihihi. Jijah pulak perfeeling Diva masa ni. Erk. Haruslah memberi laluan ye. Berhemah sangat perangai Jijah. keh keh keh :p Bila nak ajak bergambar pula , Jijah buat permintaan la khen? Jijah nak duduk tengah-tengah :p Tak mahu duduk tepi. Hahahaha, harus kena bebel dengan Shila khen? "amboi Jijah ni" kikikiki :p


Shila , Jijah dan Sharnaaz.
hikhikhik :p


again , weolsz!
hahaha.

Lepas dah bergambar , peluk siyom semua , Jijah kelam kabut nak pergi dekat luar Arena Of Star. Sebab Kak Echa dah pesan suruh tunggu dekat kereta abe Tapa. Bila tengok jam dah 1.30 , cepat-cepat keluar gituh. Bila keluar saja , tengok-tengok abang Anas , abang kepada abe Tapa dah startkan enjin kereta. So kiranya ngam-ngam lah khen Jijah keluar dan abe Tapa pun keluar dari Melodi. Tapiii gambar-gambar Jijah dengan abe Tapa beserta drama-drama Jijah , Lol , akan Jijah cherita dalam entry seterusnya okes? HEHE. Jangan isau Jijah pasti akan ada punya gambar dengan Bang Tapa. Jangan isau okes?! *dush* HAHAH.

Terlebih dahulu Jijah mahu tepek menepek beberapa keping gambar Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah ok? Jijah tepek menepek ini khas untuk peminat-peminat Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah gituh. HIHI. Let's layan semua gambar-gambar ini uolsz! :D




mama Shila Amzah yang sangat sweet :)


erk , besar pulak watermark ni :/


Erhiks. Jijah sekadar berkongsi beberapa keping yang sempat Jijah snap tempoh hari untuk tatapan peminat-peminat Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah ye. HEHE. Nanti Jijah kongsikan pula gambar-gambar Aaron Aziz selepas dia mengacarakan bersama dengan Zizan dalam program Melodi. Gambar masa dekat ABPBH memang sangat banyak. Rambang mata untuk pilih , edit dan watermark kan. Ikut hati nak terus tepek macam gitu , tapi terasa macam tak best pula tak ada watermark. Bila tak letak watermark , nanti ada aje yang perfeeling kata itu gambar yang mereka snap. Oh itu tidak adil. Kita penat lelah dengan sejuk dingin atas puncak Genting Highland tu kan? Mereka pula sedap-sedap syok sendiri cakap gambar itu mereka punya kan? Erhiks.

Dah letak watermark pun masih ada yang perangai tak berhemah tak minta izin kan? Jijah sangat kecewa dengan orang yang jenis begini. Bukan susah pun nak minta izin kan? Benda tu mudah tapi sangat payah untuk orang lakukan. Paswah! HEHE. Okay , nanti Jijah akan cuba untuk update lagi kasi cepat habis cherita basi ini okes?! HEHE. So...daaaaa!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, May 22, 2012

Jangan Tanya Aku Lagi.

Jijah sangat berharap mood untuk menghapdate cherita-cherita basi datang bertandang kembali. Jijah sangat berharap. Dah lah , BE tengah memunculkan diri sekarang. Sangat rugi kalau tak menghapdate selalu ni. Alahai..

Mana pulak mood Jijah ini menghilang? Kata kan di mana?! Banyak betul entry basi nak kasi update cepat-cepat. Ada banyak cerita lain nak update tapi masa seolah-olah tak sempat saja. Ades. Ini pun nak update cepat-cepat. Janji update kan?! Ataupun mungkin Jijah patut terus update cerita yang sekarang?! Dah muak lettuew Jijah nak update cherita basi khen? Gituew katanya. Heh.

Jom layan sekeping gambar dulu. Sekeping aje. Lagipun nak buat entry pendek sahaja.


Jijah dan Izara Aishah di Genting Highland.

gambar versi clear , tunggu dulu okes? :p

tapiiiii Jijah sangat suka dengan gambar ini.

cuba teka kenapa? :p

Tadaaaaaa.. jumpa lagi dalam entry seterusnya :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Sunday, May 20, 2012

Cherita Hujung Minggu Jijah. Cherita Korang Bagaimana Pula?

Jijah sebenarnya memang jarang mengupdate di hujung minggu. Sebab nya Jijah rasa malas. Padahal setiap hari pun malas cuma bila update di hari-hari biasa , macam UV trafik nya lagi meningkat kot? Sebenarnya tak ada banyak beza. Sebenarnya lah. Hehe. Ada macam-macam cherita yang nak dirangkumkan dalam satu entry kali ini. Tak tahu lah panjang ke pendek hasil entry ini nanti. Hehe. 


Semalam masa check Nuffnang , hati terasa bersyukur sekali apabila melihat Jijah mendapat Buffered Earning lagi. Alhamdulillah. Masih ada lagi rezeki untuk Jijah. Sebenarnya Jijah tak berharap apa sangat pun. Iyelah , belog picisan begini tak mungkin BE akan senang-senang datang menempek kan? Tapi rezeki itu tak siapa yang tahu kan? Lagipun Jijah menulis dalam belog pun bukan semata-mata kerana duit. But bila tengok apa yang kita buat ada juga hasil sedikit , teransang lebih lagi lah untuk menulis dengan lebih gigih. Hehe. Tapi niat Jijah pada asal ialah menulis berjaya buat Jijah kurangkan stress sebab dah banyak menulis kan? Ehhey, banyak pulak Jijah ni tulis ye tetibe? Ekekeke.



thank you Maxis iPhone 4S Refresh Extension :')

thank you Nuffnang :')

Alhamdulillah rezeki lagi. Meskipun nilainya masih belum banyak but atleast boleh lah Jijah mengumpul sedikit demi sedikit kan. InsyaAllah dah ada niat nak cash out cuma tak pasti hujung bulan ini atau bulan hadapan. Hehe. Kalau ada rezeki lebih lagi , boleh lah cash out awal-awal kan? Ngeee :p

Then semalam juga sempat membeli shawl. Iyer , Jijah sekarang tengah angin nak membeli shawl aje kerjanya. Sebab nya dah mula bosan tengok koleksi shawl sendiri. Jijah memang suka pakai shawl sebab nya senang tak perlu gosok. Ada jugak yan kena gosok sebab renyuk seribu tapi dasar pemalas , pergi taram pakai juga. HEHE. Jadi nya tadi sempat merembat dua helai shawl / pashmina. Sebab nya suka tengok warna pashmina tu sendiri. Jijah jarang ada warna yang warna warni atau lembut sangat. Itu pasal semalam gigih juga pujuk Umi untuk belikan katanya. Heh. Akhirnya dapat juga 2 helai pashmina baru! Yeay!


suka dengan dua-dua pashmina ni.
satu warna 2 tone : hijau
satu lagi warna purple.

chanteeeeek! :p


versi perfeeling Instagram lagi.
hihihi :/

HEHE , memang puas hati sungguh dapat beli pashmina baru. Gaya macam menang kereta Mercedes saja gaya ceritanya. Haip! Bila dapat benda baru tak kira apa pun jua mestilah hati riang ria kan?! Katanyaaaa. Hahahah. Soon ada lagi shawl/pashmina baru :p Gigih Jijah membeli sakan shawl / pashmina baru kan? Padahal bukan nak keluar pergi mana-mana pun .___.

Erhiks. Sekarang ni tak payah pergi Jalan TAR / Jalan Masjid India pun dah banyak sangat shawl/pashmina yang orang jual. Cuma bezanya part harga sahaja. HEHE. Iyerlah kadang-kadang kalau tak rembat selalu , belum tentu dekat tempat lain ada. Terutama kalau colour cantik dan corak pun cantik. Biasanya corak simple dengan warna menarik paling senang habis. Jijah dah selalu hampa bila shawl/pashmina yang berkenan dihati sold out dengan pantas. Paswah! Lol.

So korang semua , apa cherita hujung minggu korang? Ada pergi mana-mana tak? Hehehe , Jijah memang keluar ke tempat yang berdekatan sajork memandangkan semalam memang dekat mana-mana jammed teruk dan khabarnya banyak jalan ditutup kan? Oh sebelum terlupa Tahniah Kelantan kerana memenangi Piala FA dan juga Tahniah Hafiz kerana memenangi Mania! Semalam memang bukan sahaja ada program tv yang menarik tetapi acara perebutan remote pun berlangsung dengan jayanya! Tak gitu? Eh baiiiii.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Friday, May 18, 2012

Nak Update Apa?

Sebenarnya memang teringin nak menyambung update untuk cherita basi ABPBH2011 tetapi ada sesetengah gambar tak habis edit lagi. Haish , masa bergambar hari itu kemain lagi galak kan dekat mana-mana pun bergambar. Bila part nak masukkan dalam belog kemain lagi liat kau Jah! Heheh. Tak apa lah , kalau update bersungguh-sungguh bercherita tentang ABPBH2011 yang dah lepas itu pun , nanti ada pula yang rasa macam-macam kan? Kata Kau Jah!


Jadi sekarang ni Jijah seolah-olah sedikit blur tak tahu nak update apa-apa. Nak update cherita gosip? Oh memang bukan pesen Jijah lah ye. Meskipun dekat luar in person Jijah ni kpochi boleh tahan tapi bila nak update pasal gosip-gosip ni memang lah tak nak ye. Bukan apa sekarang ni macam-macam. Tersilap tulis sedikit hah , melayang lah kau surat saman. Gerun! Kalau surat cinta tak apa jugak. Eh?! HEHE. 


Kalau boleh nak update ringkas-ringkas sahaja hari ini. Lagipun internet yang sangat lembap menghalang Jijah untuk beriya-iya menepek gambar. Tapi teringin juga untuk tepek menepek gambar. Walaupun semua gambar tahap hado-hado jah kualiti gambarnya pun kan?! Katanyaaaaa.



konon-konon nak edit macam Instagram.
HAHAH -___-'

muka macam nak mintak penampar .__.

Jijah sebenarnya blank tak tahu nak update apa lagi. Random update yang langsung tak tahu nak update apa. Later kot nak update pasal benda lain lagi. Bergantung kepada keadaan internet katanya! hehe. Tetibe terasa teringin nak jadi silent reader dan blogwalking aje. Tapi tengok lah macam mana nanti. Tengah teringin macam-macam. Tengok lah apa yang Jijah sanggup buat dulu nanti. Katanya!

So , esok dah hujung minggu. Pantas betul masa dari minggu ke minggu ni kan? Any plan for tomorrow you allz? Atau lepak santai dekat rumah je? Daaaaaa , have nice weekend uolsz!! :D

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Wednesday, May 16, 2012

Berposing Sakan Dengan Geng Aaronators. Curlast tak?! - Edisi Jimba Ria Di Genting Highland Bersempena Dengan ABPBH2011 Part 5

Jijah kembali nak menyambung lagi kisah Jimba Ria Jijah di Genting Highland bulan lalu dikala mood nak menghapdate belog pun tengah ada ni. Tapi macam nak tergelak pun ada. Tajuk entry ini kemain lagi kau panjang dia kan? Hahahaha. Jadinya masa hari Ahad , 8 April 2012 tempoh hari , pagi-pagi Jijah dah bangun dengan cergasnya. Bila bangun sahaja pagi itu terasa seronok sangat tengok luar tingkap hotel.

SubhanaAllah. Cantik.



Lovely Sunday morning masa tu. Indah sungguh perasaan bila tengok luar tingkap hotel macam ini. Sangat cantik dan sangat tak sabar nak menyambung jimba ria sebelum ABPBH2011 berlangsung malam nya. Hehehe. Bangun sahaja terus pergi solat dan breakfast. Biasalah tempat sejuk kan? Harus perut menggedik sungguh asyik nak melahap makanan sahaja. Lepas tu Kak Ita sempat bekalkan Rainbow Cake untuk Jijah masa malam sebelum tu Jijah sakit kaki tu. Jadinya sudah pasti Jijah melahap Rainbow Cake itu dulu. 


yummy!

Kak Ita pun ada belog dan belognya semua mengenai kek sebab Kak Ita memang buat dan jual kek , cupcakes dan macam-macam lagi. Kalau korang terasa nak tempah kek-kek Kak Ita yang comel dan sedap ni korang boleh pergi ke SINI. Aaron Aziz pun pernah rasa kek Kak Ita hokkay! Curlast sangat! HEHE. Lepas dah makan kek sambung pula makan makanan yang dibawa bekal itu katanya. Tak mampooo nak membeli belah waima makanan dekat Genting Highland katanya. Harga mahal mencanak tapi rasa ala-ala je khen? Paswah!

Lepas dah siap makan terus pergi mandi dan bersiap sedia untuk bertemu dengan geng Aaronators. Hah , rasanya ramai kot tahu Aaronators tu apa? Tengok nama pun tahu ada terselit nama retis pojaan Jijah khen? HEHE. Itu adalah kelab peminat Aaron Aziz katanya. Memang dah berjanji pagi tu nak berkumpul dan berjumpa dengan Kak Ita , Kak Sue , Kak Noraini semua. Bila dah bersiap semua sempat juga berposing depan lif. Kekdahnya lif hotel ni lambat betul nak terbuka , jadi sempat berposing untuk hilangkan bosan. Boleh begitu? Hehehehe. Bila dah masuk lif , tengok-tengok EH ? AG Hot FM dengan anak-anak dia lah. Berborak kejap then boleh terus buat permintaan nak ajak bergambar. Ekekekek. Curlast kau Jah , permintaan terus kalau yang berminat khen?! Haruslah , Jijah bergambar dengan fofular dan dikenali sajork! Hahahaha , siot je kau Jah!


nak tergelak pun ada tengok gambar ni.
sebab bergambar sekali dengan anak-anak AG -__-'
HAHA.

Tapi apa-apa pun AG Hot FM memang peramah gituew. Tak ada kekwat ke , nak sombong atau apa sahaja memang tak ada. Hehehe. Lepas bergambar saja , terus pergi ke luar hotel. Pergi dekat luar Arena Of Star. Memang dah berjanji nak berjumpa dekat situ. Bila keluar sahaja dari hotel , cuaca memang sejuk tapi tidak lah macam malam sebelum tu. Itu memang betul-betul sejuk hehe. Sambil nak menanti semua datang , Jijah dengan Kak Echa pun bergambar dan berposing lah dulu apa yang patut khen? Biasalah , bila kita bertemu dengan geng yang syok nak berposing dan bergambar , tak kira dekat mana-mana pun nak bergambar kan? Hehe.


suka pulak tengok gambar ni :p


tepi lori #punboleh juga nak bergambar.
korang hado? 
haha , lame!
=.='


Kak Ita , Kak Sue , Kak Echa dan Jijah.



Hah !
Berposing sakan kan?! :p

Tengah syok berposing dengan geng Aaronators , tiba-tiba terdengar orang panggil nama sendiri. Masa mula-mula dengar ingatkan orang lain lah kot kan? Tapi makin lama makin banyak pula kena seru dengan nama sendiri terus toleh belakang. Terus opocot terkejut tengok-tengok , "eh Syafie Naswip? eh Pawie?" Terkejut sangat-sangat tengok diaorang sebab dah tanya si Ayie (Syafie Naswip) tu datang ke tidak ABP? Dia jawab tak datang. Bila tengok dia datang terus lah pelik. Terus tanya dia lah kan eh datang jugak ABP? Tapi si Ayie tu jawab tak lah nak pi main dekat theme park je. Hahaha , terus Jijah paswah lagi. Tetibe je nak paswah bagai khen? Korang mampoo tetibe retis yang tegur Jijah dulu khen? Matilerrrrr perasan terlebih! Hahahaha. 

Lepas tu macam biasa bergambar ajelah kan meskipun dah banyak kali jumpa khen? Iyerlah si Ayie ni pun Jijah dah anggap macam abang dah pun. Eh memang abang hangkut Jijah dah pun khen? Ekekekek. Kata Kau Jijah! 



Jijah dan Syafie Naswip :)


Jijah dan Pawie.
Dah macam retis pulak Pawie , haha , Pawie dekat bahagian dalam , Jijah dekat bahagian luar khen? Curlasttt ehh.

Lepas Pawie dengan Ayie masuk dalam theme park , kembali berposing katanya. Nampak sangat tak ada kerja khen?! Habis tu Jijah memang tak kan masuk lah theme park ye rerakan. Jijah memang gayat dan penakut nak cuba segala roller coaster dan rerakan itu. Lagi bagus Jijah melangut tepi Arena Of Star dari menakutkan diri sendiri naik segala jadah tu ye. Ekekekek , nampak benor penakut ye Jijah?! *dush* HEHE. 


Ika dan Jijah.



Hah! Gigih tak? Gigih tak bergambar?!
LOL :P

Eh asyik bergambar dengan Aaronatos sajork khen? Agak-agak korang Jijah ada ke tidak ni bergambar dengan Aaron Aziz? :p HEHE. Sebenarnya juga memang tengah menunggu Aaron Aziz datang pun. Tengahari tu dia ada dekat Melodi katanya! Haruslah Jijah nak buat lambaian ratu khen?! HEHE , tehtap dengan lambaian Diva nya tu pun! Ahaks! Tapiiiii... sebelum terjumpa Aaron Aziz terjumpa pulak ... ... ...


Zizan :p

Wah Wah Wah , Part 5 ni kemain panjang lagi entry dengan gambar-gambar nya kan? HIHIHI. Okay Jijah rasa sudah sangat patut untuk berhenti menulis mahupun menepek gambar-gambar. Jijah pun dah penat mengetuk kibod. Dah lah hari ini cabaran sungguh nak update belog. Internet kemain kau lembap macam siput ! Haish. Niat asal nak update awal-awal pun dah tak mampu sebab internet melembapkan diri gituh. Paswah lagi. 

So nantikan Part 6 esok barangkali. Tak terdaya dah nak update malam karang dengan tahap kelembapan internet ini. Sadis. Apa-apa pun enjoy baca entry yang cherita nya sudah separuh basi ini. Almaklumlah Jijah baru ada mood untuk mengupdate katanya. HEHE. So korang rasa bila Jijah bertemu Aaron Aziz tu akan ada drama ke tidak? Hiks , nantikan Part 6 okes! :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!