Home

Thursday, September 19, 2013

[ReviewNovel] Dekatnya Cinta , Adam & Hawa 2 karya Aisya Sofea Penuh Dengan Emosi?

Sudah agak lama Jijah tidak melakukan review ke atas novel yang sudah selesai Jijah membacanya. Jadi , kali ini Jijah mengambil sedikit kesempatan untuk memberi review yang tidak seberapa mana khas untuk pembaca belog Cherita Emo-Temo. Tapi ini hanyalah sebuah pandangan peribadi Jijah dan mungkin berbeza berbanding mereka yang sudah membaca novel ini. Jadi don't take it seriously ok jika kita tidak sependapat? Hiks.

Novel yang paling terbaru Jijah baca ialah novel terbaru karya hebat penulis Aisya Sofea iaitu Dekatnya Cinta , Adam & Hawa 2. Ya , ini ialah sambungan bagi novel terdahulu Adam Dan Hawa. Memang tidak dinafikan Jijah memang sangat menantikan sambungan novel ini sementelah diberitahu novel ini bakal disambung. Perasaan teruja untuk membaca novel ini memang meluap-luap kerana ingin tahu apakah konflik yang bakal bersambung dalam novel ini. 



Dekatnya Cinta , Adam & Hawa 2.

Mungkin Jijah boleh tepek sedikit sinopsis tentang novel ini terlebih dahulu sebelum menulis sedikit pendapat tentang novel Dekatnya Cinta , Adam & Hawa 2 ini.


Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. 

kredit sinopsis : karangkraf.com.my  

Bila baca sinopsis pun hati sudah berkecamuk seluruh rasa kan? Memang betul. Tatkala Jijah membaca sinopsis dan seterusnya membaca novel ini , hati terasa bagai disiat-siat dan jiwa bagai berkecamuk tanpa sebab. Begitu sakitnya membaca novel Dekatnya Cinta , Adam Dan Hawa 2 ini. Memang emosi betul tatkala membaca novel ini. Ok nak baca review tentang novel ini melalui apa yang Jijah rasa tak? Tak nak baca pun sila baca okay. Ada aku kisah konsepnya? HAHAHA *pangggggg

Bagi Jijah novel Dekatnya Cinta , Adam Dan Hawa 2 ini mempunyai jalan cerita yang sangat ringkas. Tidak ada fantasi bagai di awan biru , tidak ada kisah mewah orang kaya seperti novelis sering dan gemar coretkan. Tak ada sampai tahap begitu. Tetapi apa yang membuat novel ini begitu menarik perhatian Jijah ialah emosi yang Aisya Sofea cuba masukkan dalam novel ini. Bayangkan Jijah boleh tiba-tiba tersenyum , kemudian rasa geram seterusnya meleleh airmata macam orang hilang kekasih. Boleh bayangkan tak dalam masa beberapa jam Jijah menghadap novel ini , Jijah sudah seperti orang bercinta emosi nya? Sila bayangkan! HAHAHA.

Itu mengenai perasaan Jijah tatkala membaca. Tapi dramatik Jijah bukan main lagi kan? Hihihi. Well , memang Jijah elak untuk membayangkan Aaron Aziz atau Nadiya Nisaa yang pernah mendukung watak Adam Mukhriz dan Ain Hawani tempoh lalu. Sebab Jijah hendak perasaan gembira , sedih , geram , marah , kecewa dan sakit bukan kerana membayangkan Adam Mukhriz dan Ain Hawani ialah mereka. Pelik kan Jijah? Tapi itu hakikatnya. Jijah hendak rasa yang bertandang dalam hati ketika membaca adalah kerana mereka ialah Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Ala-ala mereka sebenarnya wujud walaupun hanya dalam buku. Begitu kan? Hehe.

Keseluruhannya , Jijah rasa novel ini memang tidak membuat Jijah mengantuk langsung atau terhenti-henti bacaannya. Jijah seronok dan terbuai-buai membaca novel ini mengikut setiap scene yang Aisya Sofea cuba lakarkan dan coretkan dalam novel ini. Jijah terasa seolah-olah Jijah yang dibahagiakan oleh Adam Mukhriz , Jijah yang dimaki oleh Adam Mukhriz , Jijah yang dikecewakan oleh Adam Mukhriz. Perasaan itu bagai terlalu dekat dengan Jijah sehingga terlalu mudah Jijah menangis tatkala membaca. Memang hati bagai dihiris-hiris ketika membaca dan seluruh perasaan bagai berkecamuk tidak tahu kenapa.

Tahu ayat Jijah agak dramatik kasi review kali ini. Tapi kalau jujurnya memang novel ini penuh emosi. Jijah sampai bengkak mata ketika membaca dan selepas membaca pun masih bengkak mata katanya. Ada beberapa scene favourite Jijah dalam novel ini. Sudah tentu ketika Adam Mukhriz dan Ain Hawani sedang bercuti dan berbulan madu di New Zealand. Ada satu perasaan bahagia yang melingkari perasaan secara halus. Sebelum segalanya bertukar menjadi satu perasaan yang berkecamuk dan kucar kacir. Oh Tuhan , kenapa Jijah perlu emosi ketika menulis ini? HAHA. Selepas itu scene ketika sebelum dan selepas bercerai Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Ketika itu hati bagai dihiris senipis-nipisnya. Rasa macam hati sendiri yang dihiris. Tahu tak macam mana perasaan tu? Ha , try hiris hati tu. Eh! Tak , tak. Rasanya sakit sekali lagi. Remuk jiwa dan patah hati seteruknya. Sampai begitu sekali. Kemudian ketika Arissa dirampas dari ibu kandungnya sendiri. Boleh faham tak rasa dia macam mana? Cuba jadi dekat diri sendiri? Agak-agak separuh nyawa atau seluruh nyawa hilang? Begitulah perasaan yang Jijah rasa ketika membaca.


But the most favourite scene ever dalam novel itu ketika Adam Mukhriz call dari Perancis. Itu memang scene yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Setelah bermacam cara Ain Hawani cuba untuk pikat kembali dan mendapat hembusan makian dan cacian serta amarah , akhirnya Adam Mukhriz kalah dengan perasaan sendiri. Akhirnya kembali mencari dan memujuk Ain Hawani. Akhirnya airmata berjuraian kembali. Kemain lagi review novel kali ini kan? Spoil gila kan review Jijah kali ini kan? HEHE.

Keseluruhannya novel yang paling ditunggu-tunggu ini memang memberi kepuasan kepada Jijah. Berbaloi Jijah menanti. Berbaloi Jijah membeli. Tidak rasa rugi langsung walaupun novel ini mempunyai ketebalan lebih dari 600 mukasurat. Selalunya Jijah memang menghadapi masalah untuk membaca novel melayu yang tebal dek kerana terlalu meleret-leret. But Alhamdulillah untuk Dekatnya Cinta , Adam Dan Hawa 2 , Jijah sukar untuk mencari bahagia yang tidak perlu atau meleret itu. Syabar Aisya Sofea! *sila bayangkan ala-ala Jijah kasi trofi okeh! HAHAHA.* 

Rasanya semasa sedang mengetuk kibod ini juga , hati turut berasa disiat-siat untuk mengimbau kembali apa yang Jijah rasa mengenai keseluruhan tentang novel ini. Kalau secara mudahnya novel ini mempunyai jalan cerita yang ringkas tetapi sarat dengan emosi. Sehingga kita sendiri turut merasai bagaimana perjalanan cerita cinta yang penuh badai dek kerana perkara remeh antara Adam Mukhriz dan Ain Hawani. 

Ehem. Dah panjang-panjang tulis ni mesti ada yang sampai ternganga membaca mengikut rentak emosi si Jijah ni kan? Ini sekadar pandangan peribadi. Juga sebagai komen seorang pembaca yang pernah membaca novel Adam Dan Hawa sebelum ia di dramakan dan selepas menonton drama Adam Dan Hawa. Korang yang belum membeli lagi , sila dapatkan novel ini segera kerana bagi hardcover yang berharga RM 35 ini sangat limited edition. So apa tunggu lagi sebelum terlambat? HEHE.

Akhir kata , Jijah seronok beremosi sambil membaca novel ini. Ada tak yang dah membeli dan membaca seperti Jijah? Apa pula komen korang? :)


thank you kak aisya sofea :)

Tahniah Kak Aisya Sofea untuk novel terbaru ini :)

Alhamdulillah walau dalam keadaan yang singkat penulisannya , berjaya buat Ijah menangis tersenyum marah dan kecewa sekali harung. 

Love you ! 

Mwaaaaaah!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, September 17, 2013

Apa? Malek Is Back?

APAAAAA?!

Malek is back?!

Hamboi. Sila baca dengan nada mulut tenganga dan mata terbeliak besar gituh. Hamboi enak enak , kemain lagi si Jijah ni kan? Memang semakin terserlah drama-queen-nya kan? Haruslah kan! Kata Diva Pora? HAHAHA , main aci tiba-tiba saja.

Jadi sekarang siapa Malek ni sebenarnya?


Ya benar , Malek dalam KL Gangster 2 ialah Aaron Aziz.

Gambar ini Jijah snap ketika Malam Gala KL Gangster 2.

Entri penuh mengenai Malam Gala KL Gangster 2 bakal menyusul selepas ini. Memang masa benar-benar tidak mengizinkan Jijah untuk mengetuk kibod. Macam sekarang ini Jijah sedang batuk , sakit tekak , selsema dan juga demam. Sebenarnya sudah baik beberapa hari yang lepas. Selepas itu dengan cuaca tak menentu begini , memang terlalu mudah untuk Jijah sakit kembali. Antibodi lemah konsepnya.

Gituew. Jadinya , 3 Oktober nanti jangan lupa menyaksikan Malek dalam KL Gangster 2 yang bakal menemui di 100 pawagam di seluruh Malaysia. Jadi jangan lupa menonton 3 Oktober nanti. Tak lama saja lagi. Jangan sokong cetak rompak okay? Tehtap akan ada pesanan mencelah tetibe kan? Gituew.

So ada ke yang tak sabar nak tengok abe Malek ni dalam KL Gangster 2 nanti? *tongkat dagu atas meja* LOL!!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, September 9, 2013

September , hello?

9 September.

Baru ada kesempatan yang besar untuk mengupdate belog. Memang baru sekarang baru boleh duduk rilek-rilek sambil mengetuk kibod dengan perasaan paling tenang. Kata kau! HAHAH. Memang semenjak dua menjak ada saja benda terhalang nak mengupdate belog. Memang nak buka netbook pun tak ada masa. Langsung. 

Lepas tu pulak Jijah baru saja sihat daripada demam dan sakit tekak. Memang masa itu tak larat nak buat apa-apa. Asyik bekelubung dalam selimut sahaja. Lepas tu memang tak bermaya langsung kan? Lagipun sekarang memang tengah musim orang tak sihat agaknya. Maklum saja dengan cuaca sekarang yang sekejap hujan sekejap pula panas. Memang senang sangat nak demam kan. Sekarang pula tiba-tiba saja batuk datang menyinggah. Ini memang yang paling rimas. Bila batuk memang tak boleh kena sejuk sikit , tak boleh nak tidur langsung dan seterusnya menjadikan Jijah tak ubah macam zombie berjalan. Memang haru sangat. Harap-harap cecepat sembuh. Tak larat nak harungi konsepnya. 

Gittuew.

Ada banyak benda nak update. Ada banyak gambar nak kongsi dengan semua. Ada banyak sangat. Tapi masa agak mencemburui aku. Tapi aku akan cuba walaupun sedikit tercungap-cungap nak selesaikan semua. Tak apa. Mengetuk kibod untuk mengupdate entri baru pun salah satu pencarian sesuap spagheti aku. Lagipun menulis dekat belog memang salah satu daripada terapi paling senang Jijah lakukan tatkala Jijah tertekan katanya. Memang terasa seronok tengok jari jemari tembun menari atas kibod ni. Ala-ala mewakili rasa hati yang tak terluah gitu. Hamboi bahasanya? HAHAHA.

Minggu ini , seboleh-bolehnya akan cuba yang terbaik untuk update entri yang dah lama peram dalam draft. Memang tak terusik langsung untuk sambung menulis. Tapi cuba secuba-cubanya konsepnya untuk mengupdate minggu ini. InsyaAllah.

Tapi agak-agak kan aku nak update apa ek? Soalan maintain ala-ala Galaksi nak tunjuk iklan sebelum tayangan hari Jumaat tu kan? HAHAHA.


Soon : Review tentang novel sambungan Adam Dan Hawa.

Dekatnya Cinta , Adam Dan Hawa 2 garapan hebat dari Aisya Sofea.

InsyaAllah Jijah akan cuba yang terbaik curi masa yang sesuai untuk membuat review tentang novel ini k.

Komen setakat ini , jalan cerita yang ringkas tapi sarat dengan emosi. 

Hiks.


Soon ; akan cuba juga untuk review novel Jodoh Itu Milik Kita.

InsyaAllah.

Eh semua pasal novel?

Tak ada pasal retissss dah ke Jijah?

LOL.

Soalan panas sendiri yang kasi. Dah kata , dah macam Galaksi sebenarnya. Kikikiki. Memang akan ada entri beraya bersama Aaron Aziz , memang akan ada entri projek amal Ramadhan bersama Aaronators dan Aaron Aziz. Tapi dalam perancangan dalam kepala ini , nak buat review novel dulu. Novel dah habis baca. Tapi nak buat review bukan senang. Kena perah otak juga. Sebab tak semua orang boleh sependapat dengan kita. Sebab juga aku tak suka nak buat ayat boleh mengecilkan hati mana-mana pihak. To be fair , kasi aku perah otak untuk tulis dengan ayat paling santai sekali. Hiks.

Bila dah lama tak menulis dan lihat ada bahan menarik untuk tulis , memang rasa teruja bukan main macam. Memang rindu sangat nak menulis dalam belog. Belog sendiri , kebebasan yang ada tu seronok. Tapi tak ada sampai melampaui batas buat mengarut-ngarut kan? Itu sengaja menganiaya diri sendiri sebenarnya khen? Gituew.

Maka , sila nantikan entri-entri tersebut minggu ini jika ada kesempatan k? Harus ada Jijah! Harus ada! okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, August 29, 2013

Hai Kekasih Baru , Samsung Galaxy Core.

Mata agak rabak. Tak cukup tidur. Semua gara-gara kehilangan telefon bimbit lantas otak semakin ligat untuk berfikir dan untuk membayang segalanya. Lepas itu memang mata kemain payah nak lelap. Cuma baru dua tiga hari ini baru dapat lelapkan mata untuk seketika. Akhirnya.

Sebenarnya kerana sudah dapat peganti Samsung Galaxy S3 Mini. Tapi rindu masih lagi membuak-buak dekat S3 Mini. Hampir lima bulan bersama , kemudian kita terpisah? Rasa nak mencakar diri sendiri bila teringat kembali. Okay , ayat kemain dramanya. Tapi memang betul punya rindu sampai terbayang segalanya. Hmm , kalau dah tak ada rezeki , memang dah tak perlu nak dikenang pun kan? Maka , selepas ini Jijah sila jangan careless!

Jadi hari Isnin yang lalu agak kelam kabut pergi survey telefon bimbit baru. Telefon bimbit tu sudah umpama separuh nyawa dan terlalu penting untuk Jijah berurusan dengan customer khen? Gituew. Makanya , semalam dapat juga membeli telefon bimbit baru. Bajet memang harga di bawah RM 1K. Tak mampoooo chuols nak membeli Samsung NOTE 1 ke NOTE 2 ke , memang semua tak mampu. Waima Iphone pun tak mampu juga. Bukan dalam lingkungan bajet Jijah konsepnya. 

Lalu setelah hampir berpuluh-puluh minit berada di kedai telefon , Samsung Galaxy CORE menjadi pilihan. Okay , mungkin orang tak familiar kot. Tapi untuk Jijah yang kekurangan bajet ini , Jijah rasa not bad juga Galaxy CORE ini. Harga yang Jijah dapat juga sangat berpatutan siap dapat tambahan 16gb memory card / screen protector dan casing. Jijah kan berjimat cermat demi masa depan konsepnya. Gittuew. HAHAHA.


Hello Kekasih Baru , Samsung GALAXY CORE.

Baru beberapa hari menggunakan Samsung GALAXY CORE dan setakat ini boleh tahan selesa menggunakan GALAXY CORE ini. Functionnya tidak ada beza dengan S3 Mini. Cuma skrinnya lebih besar sedikit berbanding S3 Mini. But somehow, masih merindukan S3 Mini. Semua info penting dan contact number yang penting semua ada dalam S3 Mini. Lepas itu memang S3 Mini antara penyumbang utama Jijah meniaga Popia Roll Mini. Lain macam dia punya rindu tau , macam rindu dekat kekasih kot? HAHA. 

Tapi itulah , Alhamdulillah lah , dapat juga jumpa handphone yang masih dalam lingkungan bajet Jijah. Mula-mula agak risau kalau semua harga handphone mahal-mahal belaka. Mana Jijah nak cekau duit kan? Nak cari duit pun bukan senang zaman sekarang. Bila tiba-tiba handphone hilang tersentap juga perasaan. Jijah bukan orang senang dan berkemampuan macam orang lain pun. Tiba-tiba meluah perasaan motifnya? Hehe.

Jijah sangat-sangat berharap lepas ini tolonglah Jijah jangan careless lagi. Jijah juga berharap tak berlaku lagi kehilangan seperti ini. Memang satu malam suntuk Jijah tak boleh tidur. Asyik berfikir dan terus berfikir. Punya terus berkecamuk perasaan Jijah ketika itu. Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecamuk perasaan Jijah ketika itu. Alhamdulillah , dapat juga membeli handphone baru. Sekarang kena berhati-hati dan sentiasa beringat selepas kejadian Ahad lepas agak menghantui diri.

Okay dah tak mahu cherita sedih-sedih. Entri ini pun terlambat beberapa hari dek kerana kesibukkan diri sendiri uruskan banyak hal penting dan tak berapa penting. Errr. Banyak benda nak update terus tak dapat kan? Terasa berkejaran sana sini seketika. Tapi nak kongsi sekeping gambar dahulu. 

Gambar Ahad lepas. Sebelum menyedari telefon bimbit S3 Mini ku hilang. Nak tulis pun terasa menyentap perasaan sendiri. SADIS LAH KAU JAH! urghhhh -__-'


AARON AZIZ.

YA AARON AZIZ melayan kerenah kegilaan kami semua.

Nak tahu apa?

Tunggu next entri okayyy?

Till then.


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, August 26, 2013

Careless

Careless.

Selalu sangat careless tak kira dalam apa jua situasi. Tapi semalam careless yang paling teruk. Sampai terkedu tak tahu nak buat reaksi macam mana. Itu pertama kali careless yang paling sampai terkedu. Nak marah tak tahu nak salahkan siapa. Nak menangis tak tahu patut ke tidak nak menangis. Nak ketawa pun ada juga sikit-sikit tapi tertanya-tanya untuk apa? Pertama kali perasaan berkecamuk apabila careless sebegini rupa.

Aku tak tahu nak mula cherita daripada mana. Aku sendiri tak tahu yang aku mampu atau tidak bercherita sehingga penghabisan. Aku cuma tahu aku kena juga mengetuk kibod agar hilang perasaan yang berkecamuk dalam diri ini. Okay nak cherita daripada mana? Atau aku cherita separuh jalan boleh tak? Sebab aku rasa macam tak sanggup nak bercherita. Ehhey mengada-ngada pula si Jijah ni. Sekejap nak bercherita penuh , sekejap tak tahu nak cherita mula dari mana dan sekejap pula nak bercherita separuh kan? Ehhey ehhey!

Petang semalam aku ada hadiri event Majlis Hari Raya bersama Aaron Aziz & Aaronators yang aku akan cherita penuh dan aku akan kongsikan gambar yang tidak seberapa banyak dalam entri yang lain. Majlis yang cukup santai dan cukup buat aku rasa seronok dan bergembira katanya. Tak disangka saat aku sedang bergembira dan bersantai (lah sangat!) aku dapati telefon bimbit aku S3 Mini aku telah hilang. Sangkaan aku mula-mula mungkin aku tercicir. Tapi bila dicari , bila ditelefon segalanya tak dapat dijumpai. Aku mula kaget. Eh , bila masa pulak tercicir ni? Bukan tadi ada dengan aku? Eh kenapa dah masuk voicemail? Eh itu eh ini. Sampai aku terkedu. Sampai aku rasa separuh darah aku hilang. Kaget yang teramat sangat. Ya Allah , ini memang betul-betul dugaan. Ini memang betul-betul mengejutkan.

Beriya-iya aku mencari sana dan sini , beriya-iya aku bertanya pihak pengurusan serta pekerjanya tapi jawapannya hampa. Aku semakin terkedu. Perasaan semua dah hilang. Tadi punya bergembira , bila Tuhan timpa dugaan yang bukan berat mana pun dah buat aku hilang perasaan dan hilang darah dalam tubuh badan terus. Memang aku tak tahu nak rasa apa. Aku cuba bertenang. Mungkin handphone aku main sorok-sorok kot? Tapi tetap tak jumpa. Suruh orang lain telefon tetap juga sama ; voicemail. Sedih. Hampa. Kecewa. Marah. Geram. Tak ada perasaan. Itu semua yang aku rasa sekaligus. Ya, itu semua aku rasa sekaligus.

Bila terkena begini , aku mula memarahi diri sendiri. Sebab careless. Ya, sebab careless , banyak benda penting dalam tu hilang sekelip mata. Aku rasa nak marah diri sendiri. Nak` marah sangat-sangat. 

Tapi benda dah jadi. Dah tak boleh nak pusing belakang. Bukan terus menyerah kalah. Tapi sebaliknya ini pengajaran paling besar. Jangan careless. Jangan lalai. Jangan ambil mudah. Tak pasal-pasal diri sendiri yang menyesal sebab hilang banyak contact number dan banyak juga perkara penting dalam handphone tersebut. Siapa tak menyesal kan? Siapa tak terasa macam nak pitam beratus kali kan? Benda remeh begini yang impaknya bukan main lagi aku terasa.

Aku rasa macam-macam sampai aku rasa tak boleh nak tidur langsung. Begitu sekali penangan hilang handphone yer? Aku sendiri pun anggap tak ada apa-apa kot. Tapi setiap kali lelap mata mula nak terbayang , mula nak rasa menyesal dan mula lah perasaan berkecamuk tak tentu hala. SEDIHNYA WOIII ! :(

Memang luah perasaan sungguh. Memang menulis sebab nak meluah dan nak kurangkan rasa bersalah pada diri sendiri sebab careless. Tapi akhirnya aku kembali rasa kecewa dengan diri sendiri. MEMANG AYAT KALAU TAK DRAMATIK TAK SAH KHEN?! Haruslahhhh. Aisshhh. Sungguh tak sangka diri sendiri selemah ini.

Mungkin juga semua ini peringatan kecil Tuhan untuk aku.

Mungkin Allah nak kasi yang lebih baik untuk aku. Mungkin rezeki aku setakat itu sahaja. Mungkin ada rezeki yang jauh lebih baik dari yang sebelum ini.

Untuk sedapkan hati. Untuk aku yang selalu careless. Untuk aku yang selalu ambil mudah. Terpaksa juga sedapkan hati sendiri. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah untuk semua ini. Nak berduka lara lama-lama sangat pun tak boleh juga. Nanti melara hidup kan? Kuatkan semangat. Kuatkan hati. Amboi! HAHAHA.

Punya sedih sampai berjela entri ini dengan kata-kata saja. Tak ada hati nak tepek gambar. Tapi macam ada orang kisah kan? Sobs.

Okay sudah pukul 4.45 pagi , masih tak dapat tidur.
Terkenangkan S3 Mini putihku. Siapalah tuan baru awak yer nak? Eh.
Semoga aku kembali tenang setelah mengetuk kibod dengan penuh madah pujangga. KEMAIN! heh.

Jumpa esok. Itu pun kalau ada hati untuk menulis. Kesian belog ni. Asyik terabai. Hmm. Tak apa , nanti kumpul duit jual Popia Roll Mini , nanti beli handphone baru ye Jijah. Tuhan suruh berusaha keras lagi tu Jijah. Okay nak sedapkan hati lagi.

Bye.

Terima kasih sudi baca entri yang penuh duka ini.
SOBS.