Home

Friday, March 23, 2012

Titik Perubahan?

Sudah terlalu lama jejari tembun ini tidak mengetuk keyboard laptop kan? Padahal banyak betul perkara nak dikongsikan di dalam belog kesayangan ini. Tetapi entah kenapa aku seolah-olah malas untuk menulis apa-apa. Lagi senang untuk membaca dan menjadi pembaca senyap di belog orang lain. Hendak menurunkan komen pun terasa berat semacam. Seolah-olah tiada langsung idea. Biasalah , kadangkala bila kita selalu buat perkara sama mesti kita hendak juga berhenti lakukannya perlahan-lahan.

Sekarang ini sekadar hendak mencari kembali mood dan semangat blogging seperti sebelum ini. Kesian sungguh dengan diri ini , cepat betul mood naik dan turun nya. Betul ke kena kesian? Heh. Ada banyak entry yang dah dijadikan perkasam gara-gara tak ada mood nak menyambung menulis dan tiada idea nak teruskan penulisan. Haih. Tak apalah , bukan entry penting pun. Cuma kadang-kadang sadis bila tengok sendu betul belog sendiri sejak akhir-akhir ini. Apasal gaya penulisan hari ini macam sendu semacam kan?


Tengok tajuk entry ini ; titik perubahan? Apa yang IjahEmoTemo nak ubahkan ini? Ikut hati macam-macam perkara nak diubah. Itu ikut hati. Dapat buat atau tidak , itu tak pasti. Kali ini memang berazam nak berubah. Nak berubah untuk macam-macam perkara. Moga azam berubah ini masih belum terlambat. Tak ada benda yang terlambat selagi teringin nak buat kan? Hehehe.



credit gambar : Google.

Aku sendiri dah buntu tak tahu hendak tulis apa lagi. Masalah yang selalu terjadi bila tengah teringin untuk update macam-macam. Tak apalah , nanti sambung lagi di lain entry. Eh lupa nak tanya , ada yang rindu ke dengan Jijah? Hew Hew Hew. *dush* Hahahah , insyaAllah kalau ada mood karang , aku update lagi. Kalau ada mood lagi aku belogwalking belog korang. Kalau lah kan? Eh kata nak berubah , tapi masih dengan ayat "berkalau" ye Jah? Hmmm...Result SPM aku? Alhamdulillah , okay. Tak mahu komen lebih , itu isu sensitif. Hahaha , tiba-tiba ye Jah? Hihihi.

Dah. Aku mahu berhenti menulis. Nak rehatkan otak yang berserabut dengan macam-macam perkara. Nak tenangkan fikiran. Malas nak fikir yang bukan-bukan. Eh perasan tak Jijah tulis pendek aje kali ni kan? Okbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, March 13, 2012

Vanilla Coklat Episod Akhir - Apa Yang Bakal Terjadi Dengan Zara & Amir? Jangan Lupa Malam Ini Jam 9 Malam di TV3!

Rasanya ramai yang tahu tentang drama di slot Lestary , Vanilla Coklat ini kan? Rasanya jugak ramai juga orang yang dah terkena penangan Vanilla Coklat ini kan? Aku pun antara yang secara tiba-tiba terkena penangan Vanilla Coklat atau lagi tepat penangan ZaraAmir ini. Hihihi. Teringat pula masa penangan NoraElena-SethTan dulu. Perasaan dia lebih kurang sama tapi ZaraAmir ini macam lagi hebat kot penangan dia dekat aku? Macam biasa juga aku punya pesen kalau penangan-penangan ni pesen tengok dah nak episod-episod akhir. Heh.

Vanilla Coklat dilakonkan oleh Izara Aisyah dan Aiman Hakim Ridza. Rasanya sekarang ini pun populariti Izara dengan Aiman meningkat naik dengan jayanya. Hahaha. Memang ramai betul peminat ZaraAmir sekarang ini gara-gara menonton Vanilla Coklat. Untuk yang tak tahu Vanilla Coklat sebenarnya berkisar tentang cinta remaja yang sebenarnya di kahwin paksa atas desakan keluarga masing-masing gitu lah. Zara (Izara) dan Aamir (Aiman) sebenarnya satu kolej tapi tak pernah pun berbaik dan selalu bergaduh. Well , drama ni memang pesen favourite remaja-remaja lah kan? Eh yang tak remaja pun ada jugak yang suka. Sebab drama ini boleh di katakan boleh buat kau gelak dengan perangai Mama Zara tu. Hahaha. Tapi mungkin jugak boleh buat kau stress sebab perangai ayah diorang yang aku kira agak tak matang lah ek sebab nak suruh anak diorang bercerai tiba-tiba. Hehehe. Gigih betul kau Jah siap tulis bagai kisah cherita drama ni? Sah penangan Vanilla Coklat lettuew! :p

Jadi malam ini merupakan episod kemuncak untuk drama Vanilla Coklat. Haish , bila tengah minat menggila dengan cherita ini ( maklum lah baru follow kan? wajib rasa macam tengah mood angau terlebih tssk) terasa cepat betul cherita ini nak habis. Macam zaman Nora Elena dulu lah. Episod 16 baru gheti nak follow. Lepas tu geram bila tahu-tahu dah nak habis kan? Macam jugak Vanilla Coklat ini , bila episod dah nak masuk episod 10 baru nak follow? Ngahahah. Malam ini dah masuk episod 13 iaitu episod akhir dah pun ye Jah! Baru gheti nak menyesal gituew? Eceh , gedik sangat menyesal. Hahahah. 

Ehem sebenarnya aku nak jugak tepek menepek banner atau wallpaper eh (?) yang kawan aku buat dengan gigih nya dan aku rasa sangat shantek! Gigih sangat ahli jemaah Vanilla Coklat ini buat wallpaper macam gini tau. Tak puas aku melihat tau. Muehehehe.. Oh ya please siapa nak ambil wallpaper shantek macam ini sila dapatkan keizinan dahulu dan please kasi credit to the owner : Amka. Benda tu simple , jangan nak mengelat tak mahu kasi credit pulak , doa cirit birit baru tahu. Nak? Eh.


cantik kan wallpaper ini?! :)


auwww! pink Aiman uols! ngahaha.
mohtif Jijah ala-ala suka? *matilerr*


haih , ini lagi lah. tersangat cun. :p


cun jugak! #ZaraAmir fever sangat uolsz! :p

Hihihi. Gigih betul Jijah pagi ini kan tulis pasal Vanilla Coklat kan? Memandangkan malam ini episod akhir lagi lah terasa semangat nak menonton drama ini okay? Tapi ada jugak rasa sedih sebab lepas ini dah tak akan ada episod baru melainkan marathon balik episod 1-13 tu aje lah hah -____-' Sekarang ini pun sibuk marathon Vanilla Coklat. Haih sama juga masa zaman Nora Elena dulu. Hihihi. Berdebar jugak kan nak tahu apa yang bakal terjadi episod akhir malam nanti. Siapa yang follow drama ini pasti tahu apa yang dah jadi semenjak dua menjak ini kan. Geram aje rasa dengan Kamal (Iqram Dinzly) dan Liyana (Bella Dally) tak habis-habis nak porak porandakan rumah tangga Zara dengan Amir. *cakar netbook* Ngahahah. 

Erhiks. Sangat tak sabar nak tengok episod akhir malam ni. Oh ya kalau korang semua jenis bergigihan nak jumpa para pelakon Vanilla Coklat boleh lah tengok ramai-ramai di Rasta TTDI malam ini. Katanya akan ada Aiman , Izara (maybe ada kot?) , Iqram dan beberapa lagi pelakon lain. So sesiapa yang suka sangat dengan Aiman ke Izara or sesiapa yang berlakon dalam Vanilla Coklat sangat lah di alu-alu kan untuk join ye. Muehehehe. Aku? Tak nak join. Sekarang mood nak melaghokan diri dah hampir pudar. Biarlah dulu aktiviti lagho ni. Lagipun dengan Zara pun dah jumpa banyak kali khen? Hiks. 

So para pehminat ZaraAmir dan Vanilla Coklat jangan lupa temu janji kita semua pukul 9 malam ini di TV3 hokkay! Cepat betul masa , tengok-tengok dah episod akhir! Tak sabar nak tahu apa lah di penghujung kisah perkahwinan remaja yang pada mula sama-sama benci tapi bila di akhirnya suka sama suka tapi ada pulak dugaan nya kan? Eh banyak betul tapi. Hihihi. Erhiks. Cerita ini mungkin bukan pesen yang jalan cherita berfikir ke atau serius. Tapi lebih kepada untuk buat korang tersenyum dan tergelak ketika menonton. Ehhey , ke aku seorang aje yang begini? Ekekekek.

Okay macam dah terlebih panjang pula entry kali ini kan? So jangan lupa untuk menonton episod akhir Vanilla Coklat malam ini pada jam 9 malam di TV3! Bahagia atau sebaliknya? Melerts sangat ayat mek Jijah! Hahahah :p


sob sob sob 
malam ini episod last :/

p/s: ehem dah tukar header baru la :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, March 6, 2012

Rezeki Mac :: Alhamdulillah Dapat BE Pertama Di 2012!

Akhirnya setelah berbulan-bulan menanti Buffered Earning untuk sekian lama , aku dapat juga Buffered Earning di tahun 2012 ini. Ini Buffered Earning pertama yang aku dapat setelah sekian lama juga aku tak dapat. Hehe syukur sangat-sangat. Iyelah belog picisan macam ini memang lah teringin juga merasa Buffered Earning kan? Dapat beberapa ringgit pun dah memadai lah kan memandangkan belog ini pun picisan aje pun khen? Gituew katanya!


Thank You Inti Cycle 2!

Thank You Nuffnang!

malas nak kaburkan nilai nya. memang sedikit. baru aje dapat.

Alhamdulillah , dapat juga Buffered Earning setelah sekian lama juga menanti. Semoga dengan pembaca yang kian meningkat dari hari demi hari ini dapat lah juga meningkatkan nilai Buffered Earning ni juga. Hihihi. Sebab excited sangat , terus buat new entry kan? Sepatut nya update benda lain tapi apakan daya lain yang di rancang ,lain pula yang terjadi. InsyaAllah akan ada lagi update lain dalam masa terdekat nanti. Tapi tak berani nak berjanji sebab keadaan internet tak menentu katanya! Heh.

Oh sebelum terlupa tak ada niat apa-apa beritahu tentang Buffered Earning ini semua. Sekadar berkongsi kegembiraan. Jangan pula cakap aku sengaja nak menunjuk pulak kan? Haih setakat nilai begitu berapa sangat lah boleh dapat khen? Entah-entah nilai Buffered Earning dan Nuffnang korang lagi tinggi khen? Hiks. Tak apa lah rezeki masing-masing kan? Aku doakan korang pun dapat rezeki yang bertambah juga. Amin.

So next update insyaAllah will update about ...


Konsert Media Hiburan err hampir dua bulan lepas :o

InsyaAllah akan cuba update secepat mungkin.

Ehem , bersama abe Tapa katanya!

:p

Terima kasih kerana sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Saturday, March 3, 2012

Karena Kamu Cuma Satu. Iye Kamu Aje.

Aku sangat jarang update masa hujung minggu sebab aku rasa masa hujung minggu masa untuk semua orang berehat bersama keluarga tersayang atau teman-teman kan? Nanti orang cakap aku lifeless pulak asyik update aje kan? Ke minda aku yang kolot berfikiran macam itu? Ahh tak kisah lah , janji update ke tak update err itu hak masing-masing kan? Hahaha , tiba-tiba pulak khen? Hiks.

Hujung minggu yang sangat santai. Aku tak pergi mana-mana. Cuma bersantai menonton Vanilla Coklat tanpa henti macam orang mabuk chenta sangat dengan cherita tuh. Haish. Lepas tu baca forum , sibuk membaca kisah Lisa dengan Yusry. Ini lagi satu hal , dari semalam tak habis-habis menonton video pernikahan diorang. Lepas tu tengok gambar-gambar perkahwinan diorang yang cantik-cantik. Simple but nampak classy tau. Itu pendapat peribadi aku lah kan. 

Lepas tu terdengar lagu yang orang tepek di forum. Lagu yang ada dalam dokumentari Walimatulurs Lisa & Yusry tu. Eh sedap pulak lagu tu bila dengar. Bila baca lirik dia sangat sweet. Rasa nak tersenyum sahaja. Hihihihi. Mood yang jiwa kacau semakin gedik mengacau dengar lirik itu tau. Entah apa-apa aje IjahEmoTemo ini kan? Serius suka dengar lagu tu dengan alunan yang sangat santai dan lirik yang sungguh sweet.







NAIF - Karena Kamu Cuma Satu


kau yang paling setia, kau yang teristimewa

kau yang aku cinta, cuma engkau saja
dari semua pria aku yang juara
dari semua wanita kau yang paling sejiwa

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

kau satu-satunya dan tak ada dua

apalagi tiga, cuma engkau saja

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria

akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku


kau satu-satunya dan tak ada dua

apalagi tiga, cuma engkau saja

dari semua pria aku yang juara (aku yang juara)
dari semua wanita kau yang paling sejiwa


denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria

akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku
untukku, untukku, untukku, untukku

Bukankah lirik itu sangat sweet sehingga boleh terkeluar lesung pipit ketika mendengar lagu ini? Eh ada kena mengena ke lesung pipit itu? Hikhikhik :p Sekarang memang asyik ulang lagu ini sahaja. Iye lagu ini sahaja. Sebab itu tajuk entry ini pun aku sama macam tajuk lagu ni. Hihihi. Gedik gelenya sungguh Jijah ni khen? Hakhakhak.

Lepas tu tengok belog kesayangan. Nampak hambar. Header kurang shantek di pandangan mata Jijah. Lantas kepingin sungguh nak edit guna Photoshop. Tapi sadis Photoshop ku yang ada di dalam laptop lama. Dalam netbook ku yang baru ini tak ada. Try lah kan jenjalan dekat google. Jenjalan lah sangat! :p Try download kan , ngahaha , lepas tu dah siap download , hadoiyaii , tak boleh nak guna :( I is sad hokkay! Serius sedih dan stress! Ceh.  Iyelah bila guna photoshop , nak edit header best sikit. Kalau guna aplikasi yang lain contohnya seperti photoscape , hadoi limited sangat nak ubah sana sini. Hmmmmmmmm. 

Tapi redha ajelah. Tak ada rezeki kan? Nak merungut pun tak ada guna. Ish. Sedih betul lah. Sebab betul-betul teringin nak edit header kasi lagi shantek. Sekali haram tak boleh guna! Haiyooo. Sadis! Macam mana sekalipun aku tehtap tukar header aku. Biar tak shantek asalkan nampak berseri. Boleh perfeeling macam gitu? Hakhakhak :p Ataupun ada ke yang ehem nak kasi header free dekat Jijah? *buat muka shomel* Ngahahaha sudehh kau Jah gheti nak yang free aje kan? Hadoi. 




header yang terbaru.
tak cantik tapi okay lah kan?
hewhewhew *pang*


masa mula-mula edit.
gedik sangat. tak jadi nak pakai header ini. 
heh.

Sampai sekarang masih tak puas hati sebab tak dapat nak edit gambar guna photoshop. Grggg. Lepas itu sekarang ni boleh tahan jiwa kacau. Entah apa-apa entah dengan aku ni pun tak tahu. Asyik nak jiwa kacau. Asyik nak emo-temo tak tentu hala. Mungkin sebab selalu lagha. Ini padahnya. Haih. Sekarang ada berbaki dua entry basi. Lepas sahaja selesai dua entry basi itu , aku mahu rehat sekejap kot. Mungkin lah. Nak menyepikan diri sekejap. Lepas ini sekejap timbul sekejap hilang lah kot. Mungkin lah. Janji Jijah mana boleh pakai kalau bab-bab nak menyepi diri ni. Jijah mana boleh hidup tanpa ada internet :/ Boleh separuh mati tau. Eh apa ayat pesen gini? Astagfirullahaladzim. 

Nanti aku update lagi. Cukup ajelah sampai di sini. Oh sebelum terlupa , terima kasih new followers. Sudah 957 followers rupa nya Cherita Emo-Temo ini sekarang kan? Belog picisan sahaja pun tapi alhamdulillah semakin hari semakin bertambah followers nya. Oh dan juga terima kasih yang sudi LIKE Cherita Emo-Temo di FB. Sungguh terharu. Sehingga kini sudah 155 yang LIKE dan aku sangat terharu. Mungkin jumlah nya kecil namun aku tak kisah. Hihihi. Yang penting aku tahu belog picisan ini pun ada yang baca dan pengikut nya (moga-moga hehe). Tak kisah lah kau orang suka baca belog ni sebab suka tengok gambar artis ke , makanan ke atau pun mungkin suka tengok aku ke (kah kah kah perasan gila!) , aku tetap menghargai korang! Hihihi. Suka bajet artis buat ucapan kan? Harus lah! :p

Sudah lah. Kata nak berhenti menulis. Tak jugak berhenti. Haih. Oh weekend ini korang buat apa? Happy Weekend korang!! :)


perfeeling shumil sangat gambar ni khen?
hihihihi. terlupa nak letak dekat entry Cinta Kura-Kura tu.
so tepek dekat sini :p

kisah sebenar , ini belon untuk deko Malam Gala Cinta Kura-Kura tapi ghasak aku dengan rakan-rakan bergambar jugak dengan belon ni. hihihi.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Friday, March 2, 2012

Gambar-Gambar di Sekitar Malam Gala Cinta Kura-Kura. Jangan Lupa Menonton Cinta Kura-Kura Bermula 1 Mac 2012.

Seperti biasa , aku selalu tertangguh nak update cherita dek kerana kekangan waktu dan kemalasan. Heh. Sepatutnya update tentang cherita ni awal-awal tapi terlambat juga. Dua minggu yang lepas aku sempat menghadiri Malam Gala Cinta Kura-Kura yang bertempat di e@curve. Biasalah aku akan pergi dengan kawan aku khen? Teruja juga mahu menonton cherita ini sebab genre cherita ini tak salah aku komedi romantik. 


Filem Cinta Kura-Kura merupakan filem yang diarahkan oleh Nizam Zakaria dan dilakonkan oleh Tiz Zakyah , Aeril Zafrel , Fizz Fairuz , Fara Fauzana , Zizan , Bob AF dan ramai lagi. Masa di Malam Gala Cinta Kura-Kura hari itu , Lisa Surihani pun sempat datang memberi sokongan. Masa tu lebih kurang seminggu sebelum Lisa dan Yusry berkahwin. Hiks. Okay mari kita layan gambar dulu sebelum aku komen tentang filem Cinta Kura-Kura ni hokkay!



Usop Wilcha!



Daus AF!


Pengarah Cinta Kura-Kura , Nizam Zakaria.


Zizan!


Kumpulan Sofazr yang menyanyikan lagu untuk OST Cinta Kura-Kura!


mak cik Merry! erk tak ingat nama sebenar dia gapo! haha.


bang long! eh Norman KRU. ngahaha.


Fizz Fairuz!



Ini bukan artis extra! Ini perfeeling retis :/
ngahahahah.

So bagi pendapat aku yang sibuk jugak nak kasi pendapat ni khen? Filem Cinta Kura-Kura memang menghiburkan. Siapa-siapa yang menonton filem ini pasti akan ketawa mendengar dialog yang di tuturkan. Bagi aku filem ni memang sesuai untuk siapa-siapa yang nak hilangkan stress or nak ketawa aje sepanjang masa. Iyelah kan , dah Zizan pun berlakon atau lagi tepat meminjamkan suara dalam filem ini. Walaupun cuma meminjamkan suara tapi lakonan Zizan tehtap berjaya buat aku ketawa terkekek-kekek. 

Bagi aku cherita ni pesen lawak santai. Kau akan tergelak tengok karenah kura-kura Tiz iaitu Nico. Perangai dia ya hampun mengalahkan manusia. Ngahahaha. Memang menarik dan kelakar filem ini. Iyelah kalau siapa-siapa yang tengah stress memang elok benar tengok filem ini. Iyelah kan nak gelak ketawa suka ria tanpa fikir apa-apa masalah khen? Serius bila aku tengok hari itu memang aku tergelak aje. Senang cherita , filem ini menghiburkan lah. Berjaya buat aku ketawa tanpa henti gituh. Memang masa aku tengok hari itu , seluruh panggung ketawa terkekek-kekek.


Tiz Zakyah!


Aeril Zafrel ;)


tehtap perfeeling bergambar dekat sini khen? ngahahaha :p

Muehehehe minta maaf lah ye kalau entry kali ini dipenuhi dengan gambar-gambar kan? Sekali sekala katanya! Padahal setiap kali muncul entry pergi event mesti penuh dengan gambar kan? Tak gheti nak buat entry bersambung katanya! Hihihi. Untuk filem ini aku kasi 3 bintang setengah. Kalau aku kasi lebih-lebih nanti korang kata aku ni terlebih over pulak. Ngahahaha. 

Sungguh filem ini menghiburkan lah. Macam aku tulis di atas tadi lah kan , kalau korang terasa nak bergelak ketawa , filem ini antara yang boleh buat kau ketawa. Atau aku aje yang jenis ketawa tak kira masa? Erk! Selain daripada Zizan , Fara Fauzana dan Usop Wilcha antara yang meminjamkan suara mereka untuk kura-kura. Memang cute bila FaFau kecek kelate. Mampoo kura-kura kecek Kelate? Hahaha. So cute! So kalau nak tengok macam mana kura-kura kecek Kelate , haaa kena lah pergi menonton filem ni :p








sebab malas , aku cantumkan semua gambar yang aku bergambar.
eh macam pusing-pusing ayat aku :/

Fuhh jenuh jugak nak siapkan entry ini. Salah satu faktor , mood aku agak terumbang ambing sekarang ni. Perlu ke cherita? Ghasaklah cherita jugak! Lepas tu kemalasan nak ngedit gambar kasi kecik. Maklumlerr , kalau gambar besor , nanti berukban aku tak mampoo nak kasi upload. Lembap semacam. Pastu sibuk jugak letak watermak. Perfeeling takut orang curik gambar khen? :/ Kisahnya macam-macam yang buat aku terbantut nak update. Sepatutnya by last week aku update. Grgg. Biasalah , kita mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan semuanya. Err tetibe kan?Hehehe.

So , jangan lupa untuk menonton filem Cinta Kura-Kura bermula semalam ! Pasti korang akan terhibur dan tersengih selepas menonton filem ini. Ngeh ngeh ngeh :D

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!