Kali terakhir Jijah mengetuk kibod menulis entri di dalam belog picisan ini ialah pada 18 Mei 2015. Sejurus selepas 18 Mei , Jijah terus tidak sempat untuk mengetuk kibod. Malah untuk membuka laptop pun amat-lah jarang sekarang ini. Ini pun sementelah berusaha keras memaksa diri untuk mengetuk kibod , baru lah Jijah gigih mengetuk kibod. Kalau tidak? Memang tak ada daya untuk bergigihan seperti dahulu kala katanya.
Semenjak Jijah mula bekerja pada April lalu , segala jenis aktiviti lagho yang aktif dahulu kala , serta merta semakin berkurangan. Bukan sudah tidak mendapat jemputan seperti dolo-dolo , namun Jijah sendiri yang memilih untuk tidak aktif seperti dahulu kala. Lagipun Jijah mengambil keputusan untuk bekerja pun sementelah diri ini sudah mula penat dengan segala aktiviti lagho yang melampaui batas ittuew. Dah beberapa tahun aktif mengejar retis sana sini bahkan hampir semua retis yang diminati semua sudah tercapai untuk berjumpa. Jadi mahu apa lagi kan?
Memang dahulu diri sendiri rasa , menjadi fulltime blogger ini lebih indah dan lebih bahagia. Namun lama kelamaan , Jijah seakan sudah mula penat dan mungkin juga sudah mula bosan dengan apa yang Jijah lakukan. Jadi Jijah mengambil keputusan untuk bekerja. Lagipun sekarang ini untuk menampung kehidupan yang serba mahal sana sini , kena lah ambil insiatif untuk mencari pendapatan bulanan yang lebih menjaminkan kehidupan kan?
Fokus Jijah sekarang hanya tertumpu untuk mengumpul duit nak kahwin ehhh saja. Biasalah bila usia sudah menginjak 21 tahun yang tak lama aje lagi menginjak 22 tahun pula , Jijah bukan saja kena fikir untuk seronok sahaja. Namun kena juga fikir masa hadapan kan? Lagipun Jijah tiada taraf pendidikan yang tinggi seperti orang lain. Kena lah mula beringat macam-macam untuk mengumpul duit dan menyelesakan kehidupan sendiri dan insyaAllah kehidupan kedua ibubapa juga nanti. Entah , sejak dua menjak ini , fokus kehidupan selain hendak menjadi yang lebih baik , memang kehidupan sekarang mahu fokus untuk masa hadapan yang lebih terjamin. Sampai bila Jijah nak melagho menyusahkan Umi dan Ayah kan? Atleast bila sudah bekerja , Jijah tahu betapa payah nak mendapat gaji bulanan untuk menyara kehidupan yang serba serbi mahal ini. Sekurangnya tahu macam mana susah Ayah hendak menunaikan permintaan Jijah yang macam-macam ni. Senang cerita , bila dah mula kerja ni baru tahu susah payah mak ayah kita buat apa sahaja untuk kita kan?
Alhamdulillah , Tuhan kasi aku peluang untuk berfikir dan merenung kembali bagaimana susah payah Ayah hendak tunaikan permintaan anak-anak ni ha. Nauzubillah kalau sampai ke tua tak reti nak hargai apa yang mak ayah kita buat untuk kita kan. Tiba-tiba makin panjang pula Jijah berceloteh kan? Biasalah , lepas gian katanya. Bukan senang sekarang nak curi masa sendiri untuk ketuk kibod. Kalau ada masa terluang , lagi rela pergi qadha tidur dari membuang masa buat benda tak berfaedah. Ecececeh!
Kalau ikutkan , mahu saja Jijah tulis banyak-banyak entri basi yang dijanjikan dolo-dolo itu untuk bacaan korang khen? Tapi nak buat macam mana , Jijah pun dah banyak lost bila nak tulis balik cherita-cherita yang nak dibuat bacaan korang ittuew. HEHEHE , biasalah masalah termakan semut banyak atau terminum semut banyak. Begitulah kan? Hahahaha.
Jangan pula korang kata aku poyo. Sebab menulis macam ahli falsafah bercherita hal kehidupan. Tapi itu realiti sekarang. Makin dah besar makin dah tua ni , selain nak fikir jadi baik nak jadi lagi elok kena jugak fikir tentang masa hadapan. Iye dak? Begitulah Jijah sekarang. Menulis macam tok nenek betul hahahaha.
Jadi , korang semua bagaimana sekarang? Sihat? Raya okay? Makan banyak dak Raya ni? Puasa hari tu macam mana? Ewah soalan macam wartawan naw! HAHAHA.
Alhamdulillah Raya Jijah okay saja. Seperti biasa #teamrayaKL! Bila lah nak ada laki , boleh lah merasa ada kampung...eh? HAHAHAHAH yakin je bakal laki aku hade kampung. kahkahkah. Awat selain daripada semakin fokus pada masa hadapan ni , Jijah semakin gatal membicarakan tentang LAKI ni? HAHAHAHAHA. Hey! Itu kan masa hadapan juga! *tunduk malu , mana tahu bakal mak mertua ada masuk baca belog ini. Hai Mak! eh!* HAHAHA.
Sudah lah Jijah. Tak usah merepek lagi. Tak kira apa pun jua situasi korang , semoga korang berbahagia bersama insan yang korang sayang. InsyaAllah andai ada masa terluang lagi , Jijah mengetuk kibod lagi :)
Nah sekeping gambar kitew , kot-kot ada yang ghindu kitew! HAHAHAHA :p
Selamat Hari Raya !
Maaf Zahir & Batin.
Andai sepanjang Jijah menulis di dalam belog picisan cheritaemo-temo.blogspot.com ini terdapat kata-kata yang kasar , terdapat ayat-ayat yang menyentapkan perasaan dan naluri korang tanpa sedar juga terdapat gurauan senda yang tidak sepatutnya di gurau senda-kan , Jijah menyusun sepuluh jari memohon maaf!
Salam Kosong-Kosong dari Jijah :)
*tahu , semakin kembang macam kena pam. almaklumlah musim raya..erhehehe. diamlah! wakakakak*
Terima Kasih sudi baca entri ini :)
No comments:
Post a Comment