Salam and Hello. Okeh , hari ni memang entry full dengan gambar. Heh , heh. Ai memang suka letak gambar dalam blog. Meriah sikit katanya! Heh. Okay , tajuk dia memang ergh , macam apa je kan? Heh. Tapi betul lah. Setahun datang dan pergi. Macam cepat betul masa berlalu. Macam baru je tahun lepas ambil PMR. Macam baru je tahun lepas tergesa-gesa masuk hospital sebab sakit. Heh , best gila. Ambil PMR dekat hospital. CHOYYY!
Heh , alkisah nya , first day PMR ai amik PMR dekat sekolah macam biasa je. But second day PMR , 5 OCT , tu , pagi sebelum ai ke sekolah. Tiba-tiba kaki cramp. Sumpah sakit sampai nangis-nangis. Parent ai dah gila cuak , yelah , macam tiba-tiba je. Perut sakit gila , memulas , lepas tu siap extra dengan muntah lagi. Aiyoh! Pening kepala tak yah cakap lah. Memang sumpah nak menangis je. Terus urgent pergi Ampang Puteri. Okeh , time tu cikgu cakap , susah sikit nak ada harapan ambil balik exam. Ai dah macam , okay dunia dah terasa gelap gelita. -__-' sekarang pun masih terasa gelap gelita. Dush! But itulah , segala nya macam dipermudahkan.
~ first day @ hospital. dekat VVIP suite. gila mewah tempat aku buat exam. haha. -__-'~
Sebenar nya kitaorang tak tahu nak refer doc mana for sakit perut/cramp macam ni. But bila sampai hospital. Pihak hospital macam gila cuak , tengok ai dengan baju sekolah lengkap , heh , heh , ai can't forget it this moment. Hehehe. Then muka macam lagi sikit nak pengsan. Dengan tangisan air mata lagi .Heh , gila gempak ni? Haha , diaorang cakap , jumpa Dr Goh. Ai ingat doc jantan okeh? HAHA , tapi yelah. Chinesse name , memang ai confused sikit. Hehe. Then sekali doc perempuan :) She such a very good and nice doctor I've meet :) Sangat baik. Lembut lemah gemalai je doc ni. Serious. Memang ai suka gila :D Then , dia yang tolong everything for cakap dengan pihak sekolah and almost dia yang bantu. And , masuk-masuk je ai kena masuk suite VVIP katanya. Heh , gila best. TV LCD katanya. Ai yang telan air liur. Hehe. Tapi memang bestlah.
~ Ai teruja katanya , pakai benda alah ni *weirdo*~
~ Main cikuuucakkk dulu sebelum ambil exam. lol~
Okeh , but I'm bit scared lah nak kena buat exam dalam hospital.Tak tahu entah macam mana exam dalam tu. Rupanya , best jugaklah. Heh , yang tak best sikit-sikit nak terberak je kerjanya.Lepas tu nurse kasi ubat yang bikin mengantuk dan nak muntah.Memang huru hara sikit first day tu ha.Okeh , to me suasana dia ok. Sebab pengawas yang mengawal me , dalam seorang or dua orang. Hanya pengawas perempuan okeh. Heh , bila ai nampak ada pengawas lelaki , gila kau cuak! Yang tak leh tahan is , ai punya exam habis pukul 9 malam. KAU MAMPOO? nangis sgt ai. ;(
~ First break. Ambil gambar dekat highway tu ha. Yang nak pergi Ampang Point semua tu. Tengah boring.Heh.~
~ My second time masuk hospital. Oh tuhan!~
Okay ini ada lagi satu kisah disebalik ai panggil as tragedi PMR , heh.Okay actually after 3 days bertapa di hospital Ampang Puteri itu , doc dah kasi pulang berehat ke rumah. Ai happy lah. Sebab , boring seyh duduk dekat hospital.Even pakej astro yang dia kasi best je.Muahaha. Dekat hotel pun xdapat okeh? Motif ai. But lepas ai ada sesak nafas and susah nak tidur , ai terus teringin gila nak balik rumah.Tidur dekat dalam bilik ai dengan bantal-bantalbusuk ai kan? Haih then terus doc kasi balik bila tengok keadaan aku agak stabil.But a day before nak balik aku demam panas.Sampai kena kasik makan ubat demam lah , letak benda alah yang macam ais sejuk tapi macam jeli tu dekat dahi.(refer gambar bawah tu ye). Then esok nya , hari Sabtu boleh balik. Okeh , rasa lega gila. But.....
~ Ais sejuk yang macam jeli yang ai cakap tu ha dekat dahi ai.~
But then. Hari Ahad , ai kembali sakit.Muntah sampai dah tak ada daya badan.Cirit birit tak payah cakap lah.Hailah.Aku dah start cuak.Sebab hari Isnin nak kena Exam lagi.Matilah kalau macam ni kan.. :( Lepas tu , hari Isnin , aku dah tak sedap rasa badan ni ha. Emergency again bawak aku pergi hospital again *sigh* Rupa-rupa nya , doc silap kasi ubat. CHOYYY! Ini memang aku sumpah gila lah dalam hati.Patutlah makin teruk.Aku ada alahan katanya doktor itu , ceh? Aku malas nak melawan. Then ,aku pun kembali buat exam sampai lah last day dekat hospital tu ha. Hailohh!
~ Ai tak tahu kenapa suka sangat ambil gambar dengan drip ni sume.Ekekek~
Okeh , memang lah ai rasa itu satu pengalaman baru.First time masuk hospital after 15 years hidup kan?Huish,aku paling seram kalau time malam.Seram gila.Heh. Lepas tu ,ada sekali tu pernah aku sesak nafas pukul 2 pagi. GILA AKU TAK CUAK? SESAK NAFAS okay? Tapi yang tak boleh tahan tu kan , aku lompat dari katil sebab aku tak boleh nafas? ERK. Cepat-cepat nurse check jantung semua.But yang pelik nya , NORMAL ? Apa kes? Dugaan je kot :( Okeh , moh kita tengok gambar je pulak. Aku dah tak ada idea nak menulis.
~ Heh , tengok kartun , bila dasyat sangat boring nya!~
~ From tingkap dekat bilik aku tu ha. Tak ada kerja meh~
~ Erkk , kenapa aku rasa seram ye bila tengok gambar ni?ERK!CHOYY!~
~ Antara makanan nya.~
~ Aku suka benda alah ni , resit makanan. Sebab apa? Dia tulis , --> MAKAN AWAL , PMR.~
Haa , aku terlupa nak cerita satu benda lagi. Heh,heh. Aku tak tahu kenapa makanan-makanan dekat hospital ni , semua nya sedap -__-'. Selera aku makin bertambah , heh! Serius , makanan western ke , makanan kukus ke hape ke , semua nya sedap. Hailoh! Aku memaglah suka. And , disebabkan aku masuk and keluar from hospital ni , jadi bilik aku bertukar2. Mula-mula aku duduk dekat tingkat 5 , ramai-ramai.Situ best. Semua nya baik-baik. Nurse pun boleh buat kawan , siap borak-borak.Heh.Tapi yang kemudianNya itu , bilik tak cukup. Aku kena duduk dekat tempat wad orang bersalin. CHOYY! Memanglah nurse dia tahap garang gila doe and sangat kerek.HEH , KEJIS!.Aku cuak je.Heh! And apa lagi?
~ Okay this is the last day before balik!~ *muka lesu dan pucat gila.paksa senyum je tu.Heh!*
Okay rasanya semua benda aku dah cerita.Sorry if entry ni terpanjang and whatsover , just nak cerita pengalaman tak seberapa buat exam+sakit time PMR last year. Hailoh , suatu benda yang best tapi better exam dekat sekolah.Hehe.And , to all PMR CANDIDATES 2010 , DO YOUR BEST & GOOD LUCK. ;)
To all my teachers and friends ,
tq for support me ketika aku menghadapi "saat" itu.
Halo !! Okay tadi kan aku pergi ambil ticket konsert Maher Zain tu kan dekat Melawati. Then , aku ada nampak orang jual Mee Banjir Udang dekat area situ. Kebetulan tak lunch and breakfast pun lagi. Bukan diet , tapi bangun lambat heh! Bangun-bangun tidur je terus melulu ke Melawati sebab nak ambik tiket. Heh , semangat -__-' Then aku pun beli lah kan. Sebab dah lapar , Umi pun tak masak apa-apa lagi untuk lunch. Harga dia mak aihh , tak tahu lah if itu standart harga dia kan , walaupun...
credit : inche google ;this is the actually Mee Banjir Udang have should be ,seriously not just like I bought this Afternoon *sigh*
So , aku pun beli lah. Walaupun time tu , tak jumpa lagi entah ke mana nya lah office Raudhatus Sakinah tu kan. Dah lapar , beli je lah , biarpun harga dia agak cekik darah. WHYYY? Okay this is the reason why I'm saying that ;
Kuah dia memang banyak. Tapi kalau dah BANJIR UDANG , should be UDANG banyak kan? Okay , aku bukan lah hantu UDANG or what else , tapi yelah , dah alang-alang mahal. Biarlah sama banyak isi dengan harga. *sigh*
Rasa dia macam Mee Bandung je. And Umi buat lagi sedap aku rasa -__-' Ini pandangan aku lah. Aku tak pernah lagi rasa how Mee Banjir Udang yang orang kecoh dan famous dekat Kuala Sepetang tu ha.Tu yang aku xleh nk komen over. T_T
Harga sangat cekik darah. If RM 3.50 or RM 4.50 aku boleh ACCEPT and okay lah. But RM 5.50 okeh? Dah lah isi udang sikit. Kuah pun okaylah. Hailah.. tipah tertipu gituh?
Haa , itu lah sebab penyebab kenapa. Oh okay , sila jangan ada yang charuts ai cakap , kau dah tahu mahal apahal kau beli? Ok , baca elok-elok ye , ai beli sebab ai nak rasa macam mana Mee Banjir Udang itu ye? Lagipun aku memang tak pernah kisah harga makanan tu mahal murah.Yang penting rasa sedap. Kalau ada duit lebih , bila lah yang mahal yang rasa sedap. Kalau tak ada duit , beli je lah makanan yang sedap yang murah je kan? Heh. Sudah! Tapi aku agak tak puas hati la T_T Heh.
Salam and Hello. Ingat lagi tak pasal Maher Zain? Eh bukan , ingat lagi tak entry aku yang dekat SINI yang terkinja-kinja nak pergi Konsert Maher Zain [Save The Soul] tu kan? Haa , tengahari tadi aku pun after dapat sms semalam yang kena pergi ambil tiket since TODAY till this TUESDAY , if not tiket tu akan dijual kepada waiting list.Kejam tak dia punya ayat itu? Nangis sambil kesat-kesat air mata dekat hujung baju ai baca okeh? Muahahah. Gila. Tapi itulah , cuak jugaklah , what if tiket tu kena ambil dekat Puchong? Seri Kembangan , mak aihh jauh tu mak oii, yelah ai kan duduk area Wangsa Maju , memang lah terasa jugak jauh , even ada macam-macam jenis jalan dekat kan? Ceh , gaya macam ai ni yang drive the car kan? Lebih-lebih je gaya aku ni ha.Heh3x.
Okay then. Sekarang ni aku nak cerita how excited I am , nak pergi ambil the ticket semua and betapa susah nya nak mencari jalan ke Raudhatus Sakinah punya office. Gila payah okeh? Nak cari kedai Nasi Briyani Gam Pak Anjang dekat Seksyen 13 Shah Alam pun tak susah okeh? Err, ada kena mengena ke? Heheh. Umi dengan Ayah dah bebel dekat aku sebab tak tanya elok-elok alamat and bla-bla.Oh tempat dia dekat Melawati. Dekat jelah dengan Wangsa Maju ni ha. :D Tu yang lega jugak hati , kalau jauh , hailah , nak mengambil tiket semua , mesti menangislah ai kalau kena jual ticket yang ai dah booked for 2 weeks a go , dekat yang waiting list itu kan? Aiyoh! And , bengang jugaklah aku bila cari-cari tak jumpa. Yelah , dia bukan call ke apa , just hantar sms. Hailah!
Then , gigih jugak mencari.Then aku bukak internet via mobile , gigih jugak mencari via facebook Raudhatus Sakinah tu ha. Selamat lah , dipermudahkan jalan gitu. Wah gituh. Insap ai. Eh tiba-tiba? Ok , then , dia kasik peta. Then ada hal lain pulak.Perut aku macam semacam je rasa macam nak berak je rasa.Keji haihhh! Mana nak cari toilet ni -__-'. Lepas tu tiba-tiba kredit dah haus.Tak leh nak on9 via mobile.Kejis weh! Terus amik phone Ayah.Muahah. Semata-mata nak tengok peta tu je T_T Okeh , rupa-rupanya kitaorang salah jalan *sigh* Hoyyeh , rupanya office diorang dekat belakang PublicBank tu ha. Aiyoh! Lain kali patut dia cakap awal-awal. Sebab dekat situ , banyak kedai/pejabat/office nya. Cakaplah , belakang Public Bank ke , sebelah klinik ke apa kan T_T Haiyo! Memang lah ai hangin berangin jugak. Hoh.
Okeh , then dah pergi ambil tiket semua. 2 tickets and okeh ai a bit sedih kot. Sebab , tempat duduk ke belakang. Ai takut tak leh nk feel gitu. Gedik kan alasan ai ? T_T Hoh! Thenn , weols pun balik riang ria. Ye ke riang ria? Hampeh je. Heh , okey tadi pulak , pergi dekat Raudhatus Sakinah punya FB , then jumpa gambar diatas tu ye. Meet The Fan katanya nya. Ohh , sah2 tak boleh pergi. Boleh kot? Oh gedik nak pergi ye? Jangan harap ye! Hoh , hoh , ai redha. Heh. And , tarikh showcase Maher Zain sama dengan konsert Adam Lambert. Ohh , ai redha. Ceh , ai tak mampu pergi konsert Adam Lambert , jauh satu hal then , mahal lah weyh T_T Redha je okeh. Ohh , ada kisah lain nak cerita jugak ni. Jadi next entry. Hiks!
Heh , heh , heh , I know maybe viedo ni dah basi untuk tatapan korang.Bak kata sesetengah orang yang menonton video ini , perkahwinan umpama Fairytale gituh. Perkahwinan mewah Nur Nadia SM Nasimuddin dan Hamzah Alang Azman Shah. Memang banyak benda yang orang duk mengata pasal majlis yang diorang lakukan tu kan? But to me , mungkin adalah kot certain thing yang macam terlebih-lebih or tak patut dilakukan , but it's ok lah. If itu impian pengantin perempuan , kita nak tegah kenapa pulak kan? Kalau dah family dia setujukan? Ceh , aku ni kipas susah mati diorang ke hape ni ek? Ekekekek.
And to me , sebenarnya betuah betul hidup Nadia tu kan? She got everything that she want for her wedding. Aku rasa semua benda yang dia impikan , semua nya dapat. Lucky her :) Ramai orang duk kata yang part , ada lelaki heret guna kereta kuda eh? Macam tak patut ye? Macam budaya Rome ye? Aku just baca angguk-angguk geleng-geleng je lah. And bagi aku , dia nak heret guna kereta lembu ke , kereta api ke , itu lantak diorang lah kan. But erm , yang aku rasa tak syok , when ada guys with seluar pendek and tak berbaju itu bawak or heret or apa ek , yang ikut dekat Nadia tu ha. Itu yang tak best. Itu je lah. Yang lain was perfect. Sangat perfect kan? Haa , habislah , jangan ada hentam aku sudah lepas ni -__-'
And , yeah , lepas tu ada pulak yang kata part tepuk tangan yang diorang dekat kebanyakkan aku baca dekat web , ala-ala pelik gituh? Heheh , untuk aku , yelah , a bit weirdo when , semua orang tepuk tangan , after Hamzah sah menjadi suami Nadia kan? Heh , maybe diaorang buat tanpa sedar kot? Ekekekek. Okay , terlalu nampak yang aku kipas susah mati diorang. Heh. Gila , mana ada weii T_T Okay , tapi aku suka bila Nadia after dia salam peluk cium dengan mak dia , Puan Sri Zaleha , dia macam pegang muka mak dia. Aku rasa that was sweet. So sweet. Eii , sweet okeh? Gilo apo den , nak sebut sweet banyak kali? Heh.
And , apa yang aku boleh kata is , majlis perkahwinan dia memang dipenuhi dengan ciri-ciri fairytale kan? Tak apalah both of them orang kaya , boleh lakukan apa sahaja yang diimpikan. Nadia is so lucky okeh? And ,to me , kalau kita rasa banyak yang tak elok ke apa ke dalam majlis dia tu , apakata , bila majlis kahwin kauorang nanti , jangan sampai kauorang pulak yang terikut buat sama?Padahal , mulut kauorang pun sama jugak , cakap itu ini mengeji,mengutuk majlis kahwin dia kan? Jadi , jangan pandai cakap je , sekali kauorang pun terikut. Memang lah hampeh time tu! Ohh , sorry!
Ohh , baru teringat , yang ingat tak hari tu aku ada cakap pergi MPH dekat ENTRY SINI kan? Haa , jadi gambar di atas itu , salah satu novel yang aku beli. Malas nak ambil gambar sendiri. Aku ambil from google via blog pembaca setia novel. :) Okay , aku memang boleh dikatakan hantu Novel. Aku baca novel yang bermacam jenis genre kecuali thril atau seram. Cinta/Lawak/ Sedih/Duka aku layan lagi. But if thrill ke seram ke , oh minta maaf dan ampun ye. Aku memang tak suka. Hehe, even movie pun aku tak suka thrill dengan seram , apakehal pulak tiba-tiba novel aku suka kan? Hehe. Now I'm trying membeli dan membaca novel yang berkisarkan Islamik pulak. Kebiasaan nya yang menulis novel sebegini from Indonesian , but akan ditulis balik dalam bahasa Malaysia lah. Aku cuma beli Ayat-Ayat Cinta je. Itu pun sebab nak baca versi novel , sebab nya hanya satu lah kan , versi movie dan buku sangat berlainan. And , of course , I choose book rather than movie. Even orang kata impak movie itu ada lain nya , but aku tetap merasakan tulisan itu lebih indah dibaca dan dihayati daripada di tengok dan dilihat yang kadang-kadang kita leka serta tidak sedar di mana pengajaran nya semua kan? Ohh aku dah start membebel.-__-'
Oh ya , sebelum aku bercerita hal novel dan sama waktu dengan nya. Meh aku ulas sikit pasal novel Melur Bunga Ivy hasil nukilan indah dari Kak Naz. Bahasa nya sungguh indah , and I'm really love her words in her novel. Bait-bait kata nya sungguh buat aku macam , oh kay , she's good in perkataan yang er, what we call eh? Entah. But , aku memang suka. Hee :D And , aku baru baca sikit , baru start baca. Permulaan cerita yang mula-mula I'm a bit blur , but then , ok aku suka. Dari muka surat ke muka surat yang lain itu membuatkan aku semakin jatuh cinta dengan novel ini.Bukan ayat bodek ye? But yeah , aku memang suka.Sama seperti aku suka novel Lili Buat Najah dan Rahsia Hati Sofea. Cerita yang penuh emosi kedua-dua itu. ;( Okay. Melur Bunga Ivy sememang nya akan buat korang macam nak bukak kedai bunga je. Setiap bayangan yang diberi didalam novel itu sungguh mempesonakan. Sampaikan aku macam berangan jugak lah. Heh, pantang diberi peluang , nak jugak berangan tu kan ?
Aku tak habis lagi membaca novel Melur Bunga Ivy , tapi aku tetap merasakan novel ini sungguh seronok dan indah untuk dibaca. Nanti lah bila aku dah habis baca , aku ulas balik. Heh3x. Setakat ni , apa yang aku baca pun sudah cukup buat aku terbuai rasa dan perasaan. Boleh gitu? Ngeee. And cover novel ni pun aku suka.Sungguh cantik dan yeah , cantik nya. Heh, kalau dah suka , memang habislah melambung ai puji.Harap tak ada siapa yang muntah ye. Heee :D And , aku rasa novel ni , tak rugi kalau beli. Sebab , memang best. Dan harga nya juga murah. Jadi , siapa nak merasa macam ada kedai bunga , and merasa keindahan dikelilingi bunga? Haa , beli lah novel ni :D