Home

Sunday, October 24, 2010

Sedap Hingga Menjilat Kaki .. eh Jari. *entry makanan*

Salam and Hello. Ngeee. Okay , kali ni entry pasal makanan.Oh bukan nak tulis resipi ke apa tiba-tiba nak feeling Chef Wan ke apa. Heh , heh , heh. Tapi nak cerita pasal Nasi Briyani Pak Anjang yang pernah aku cerita dekat dalam blog ni , yang aku beli time bulan puasa hari tu.Tak ingat dah dekat mana aku tulis dulu.Heheh , nevermind. Ok , actually aku ni bukan lah penggemar Nasi Briyani macam everymonth kena pergi cari sebungkus and makan ke.But sometimes nak jugak tukar-tukar selera, yelah hari-hari asyik makan nasi putih je kan? Why not tukar makan Nasi Briyani ke , Nasi Tomato ke , Nasi Hujan Panas ke *adeh , tetibe feeling nak makan Nasi Hujan Panas even sebenarnya warna nasi je lain , sebab macam pelangi tu kan?Hehe* , atau apa-apa je lah kan.



So , tak mahu cherita panjang-panjang.Nanti orang cakap aku merepek je lebih.Hehehe. Kisah nya , kedai yang aku pergi ni , kawan ayah yang bagitahu.Dia cakap sedap and memang superb lah Nasi Briyani Gam or Kambing dia.Aku pun feeling nak try jugak.Heh. Oh lupa pulak nak bagitahu dekat mana pulak kedai tu kan?Heheheh. Excited sangat kekdahnya nak cakap betapa sedap nya Nasi Briyani Gam itu ;) Okeh , kedai dia terletak di Seksyen 13 , Shah Alam. Paling senang nak nak tahu dekat mana , ala , dekat dengan office Naza TTDI. Muahahah , benda paling mudah aku nak ingat , sebab nampak Naza TTDI je okay , memang tahu kedai tu dekat area tu.Hehehehe.Oh ya , nama restoran tu is Pak Anjang , Briani Johore. Senang je nak tahu kedai Pak Anjang ni ha , sila tengok gambar bawah ye ;) *gigih ambik gambar dari dalam kereta , ngeh3x.*


*from luar kedai Pak Anjang Briani Johore*

Kitaorang tak makan dekat restoran tu memandang kan nak hantar my sis balik dekat UiTM pulak.So kira tapau bawak balik untuk my sis and kitaorang pulak ingat nak makan dekat lain.Rush kekdahnya nak ke sana ke sini.Tu yang pergi hantar my sis balik asrama dia dulu.Then kitaorang tak terus balik.Semalam hujan punya lah lebat dekat KL , dekat Shah Alam renyai-renyai.Sejuk dingin je semalam.Best je rasa semalam :) Tapi tiba-tiba terasa macam nak selsema lak , sebab terkena hujan sikit.Terasa je lah.Heh. Oh ya , semalam sempat pusing-pusing pergi I-City.Pergi petang , tak ada apa yang best pun. Tapi sempatlah ambik gambar. Kalau malam sure best and cantik.Petang , hapelah nampak nya?Nampak aku jelah yang senyum tersengih macam orang gila bagai nak rak.Haha.

~ berhenti makan dekat gerai di area Shah Alam~

Okay , ada lah jugak aku edit gambar-gambar dekat I-City tu ha.Nanti-nanti lah aku upload :D Ok then , tiba-tiba ayah ajak minum dekat mana-mana gerai area Shah Alam tu. Lagipun aku tak bawak air mineral pulak semalam , selalu aku bawak , bekal aku bila haus.Heh , heh! Then , pergi lah menyinggah dekat satu gerai di Shah Alam ni.Aku tak tahu lah pulak area mana tu , masih confused tempat-tempat di Shah Alam. Heheheh , alasan gedik je lah tu. Kebetulan aku pun lapar , alang-alang ada Nasi Briyani tu , aku pun terus kan lah makan dekat situ.Hehehe , nampak sangat tak menyabor nak makan -__-' Ohh , lupa pulak. Semalam Umi beli Nasi Briyani lauk kambing.Memang sumpah sedap! Sangat sedap sehingga menjilat kaki jari. Yelah sekali sekala makan , tak apa lah.Kalau selalu makan , heheheh , tak tahu den nak kata apa.Mahu nya naik darah kang. Aiyark!

Dia ada 2 jenis kalau tak silap. Aku pun tak pasti , sebab Umi yang pergi beli. Heh , kang salah kasik info , buat kena saman je ai. Hehehehe. Ok , harga dia RM 12.50. Mahal ke? To me it's worth because lauk dia sangat banyak.Bukan seketul kecil kambing tau?Tapi besar sangat.1 ketul yang dia kasi tu , = sebungkus nasi tau.Tapi dia bukan kasi seketul , ada lah dalam 2..3 ketul lauk macam gituh.Tu yang aku suka sangat.Kalau sekali sekala pergi makan , memang peerghhh , sedap ya amatz! So , semalam ayah tak berani nak makan kambing , takut naik pulak darah tinggi dia kan.Jadi dia cuit-cuit je yang aku dengan Umi punya.Citt , cuit-cuit ye? Hahah. Lepas tu , ayah cuma pesan Nasi Goreng Ladna , nampak macam sedap -__-' Tapi aku tak cuba pun sebab kekenyangan makan Nasi Briyani tu ha :D

~ Ini lah Nasi Briani with lauk Kambing yang aku cakap tu ha , nampak dalam gambar macam sikit , tapi banyak okeh? Fuhhh , kekenyangan dan kelazatan okeh?~

Ngeee , tapi semalam tak habis pun lauk.Last-last kasi dekat Ayah je.Ngeheheh.Tapi memang sedap sangat Briyani semalam. Eh perasan tak aku sekejap tulis BRIANI , sekejap tulis BRIYANI , heh , sengal je -__-' Fuhh , tapi tak berani jugak makan kambing banyak-banyak. Hehehe.Sekali sekala nak tukar selera tu okay lah kan :D So , aku memang suggestkan dekat korang untuk cuba Nasi Briani for those yang tinggal dekat area Shah Alam / KL tu ha :) Memang tak rugi pun. Ngeheheh , motif aku beriya sungguh promote bagai? feeling nak dapat nasi briani kambing percuma dari tokey pak anjang ke hapee aku ni bersungguh sangat promote? So till then ;)



Saturday, October 23, 2010

Today is not Tomorrow.

Salam and Hello.Hahah , shiyot je tajuk yang ai kasi ni kan.Okay , seriously tak tahu nak letak tajuk apa.Just main letak asalkan aku rasa comel macam aku je tajuk.Ngeh3x. Hari ni memang terasa sangat penat.Mata ni pun dah tunggu nak katup terus tidur je.Tapi sebab menggedik jugak nak update , so update lah jugak blog ini.Hehehe. Banyak jugak benda nak cerita , nak share picture.Hiks. Tapi nanti-nantilah dulu.Nak edit semua dulu.Banyak betul proses nya.Tak boleh nak letak sekarang.Hehehe. Nak menulis pun kena ada mood jugak.Now energy pun makin berkurangan nih.Nak menulis , kang termerapu hal lain , buat naya je.Heh.

Banyak benda nak tulis , nak merapu , nak itu ini , but tunggu lah dulu ye :) Now , nak pergi mengedit segala benda tu dulu :D And , nak pergi tidur kejap. Heh. *sure , tak tidur jugak , mesti gigih sgt buat segala benda tak patut tu -__-'*


Friday, October 22, 2010

TikTokTikTok...oh dah sebulan?

Salam and Hello.Tadi tengok di sidebar at my blog.Aku tersenyum kejap.Cepat betul masa berlalu.Cepat betul segala nya berlaku.Rasa macam baru semalam buntu antara hendak buat baru?Atau biarkan saja ia tak dibuat baru , atau ubah yang dulu , dan lakukan yang baru?Oh pening kan?Memang betul , saat itu aku buntu.Rasa macam-macam sampai dah tak boleh nak fikir sehinggakan aku pun menangis.Aku dan blog , umpama aku dan buku.Oh kenapa?Sebab , aku suka menulis.Aku suka menulis everything yang berkaitan dengan aku.Jiwa , rasa , hati , emosi di dalam blog. Now , tidak lagi. Ok , stop menulis kejap sebab ....

* omg , kenapa dekat atas tu aku macam feeling tulis novel sambil dengar lagu Geisha- Jika Kau Cinta Dia sambil buat muka tegang + kerut sebab nya tak ada idea nak menulis.Oh ok , memang gedik ya tulisan di atas tu , harap korang tak muntah bila baca.Heheh.*

Ok , ini aku tulis dengan gaya biasa.Haha.Sebenar nya tadi aku tengok sidebar blog aku ni.Aku memang rasa macam-macam.Rasa happy after all , banyak benda berlaku and akhir nya aku dapat sesuaikan diri dengan blog baru ni.Tapi tetap rasa sedih dan rindu dengan blog lama.Blog tu permulaan aku menerjah masuk ke dalam dunia blog.Aku sayang sangat dengan blog lama sebab macam-macam.Blog tu tempat aku meluah rasa sampai aku rasa bodoh jugak aku luahkan segala sampai tak tapis apa-apa.Ok , it's my fault , it's my bad , my sin.Kita manusia kan?Belajar dari kesilapan.From now , aku memang dah tapis segala macam benda.Blog baru ni memang banyak jugak perubahan.For me , memang ada perubahan , antara banyak dengan sikit.But untuk aku , memang banyak sangat perubahan.Terutama dari segi penulisan dalam blog ni. Bukan aku kata aku cuba TIRU JADI ORANG LAIN , but kali ni , aku lebih menjadi remaja senior.Wah , ayat kau , mampoooo? Haha.

Nope , I mean , kali ni , aku menulis tak ada lah tahap nak emo-temo macam blog aku yang lama tu.Serious , blog lama aku , everything aku luahkan.Sampai aku rasa boleh mengaibkan aku sendiri.Ish , ish.Belajar dari kesilapan yang lepas.Betul , blog yang lepas banyak mengajar aku untuk menjadi bloggers yang bukan sekadar menulis mengikut emosi tapi keadaan sekililing jugak.Lagi satu , aku selalu blogwalking and banyak jugak dapat tips sana sini nak menulis bukan sekadar luahan perasaan or nak lepaskan perasaan marah , geram , gembira , sedih , moody , mencharutz atau apa sahaja.Heh , gigih betul aku tulis entry kali ini. *sambil blogging sambil dengar lagu Thank You Allah*

Apa lagi aku nak merepek dalam ni? Seriously , blog ni memang aku sayang sepenuh jiwa dan hati.Haha , eiii ayat aku macam lah blog ni umpama boypren aku.Huish.Heheheh.Aku tak ada lah kata blog aku sekarang bagus.Blog aku sekarang hebat ke apa.But apa aku cakap , betul lah hidup ni belajar dari kesilapan.Betul lah hidup ni kau kena buat salah dulu baru kau tahu mana kau punya silap , baru kau reti nak buat benda tu elok-elok , cantik-cantik.

Ohh , lupa pulak nak cakap.Sebenarnya kalau ikutkan hati memang terlalu sayang nak tukar blog.You know what , when you've stick with something that you've always update , always merepek , always everything with , then you've to change it , memang sesuatu perkara yang paling susah di dalam hidup aku.Tapi sebab bila aku nak edit keseluruhan dah macam terlambat.Dah macam susah sangat.First , nak tukar layout , then bila dh try tukar , semua nya jadi makin terus.Memang menangis jugak lah aku tengok.Then , banyak entry aku yang di dalam blog lepas more about personal.Too personal and mungkin akan membuat aku rasa nak pejam mata je baca.Haish , how come aku boleh terlebih emosi sampai pergi tertulis di dalam laman blog kan?Ish ,ish ... my fault bebeh! Tak boleh nak diundurkan balik semua tu , and aku pun malas nak delete semua.Hehehe.

So , what can I said now is , everything happen with a reason.Haha , mesti korang dah makin pelik baca entry aku ni kan.Jah oii , apa kau merepek.Nope , sebenarnya apa yang aku nak cakap is , setiap kejadian ada hikmah nya.Dulu banyak benda aku tak reti.Di blog yang lama , boleh kata blog aku memang tak cun lah.Dah try buat macam yang aku buat dekat blog sini , semua tak menjadi.Hampa je.But bila I've make a new blog , doing the same thing , lain pulak jadi nya.Semua nya menjadi.Nak letak NuffNang senang , nak tukar layout mudah , nak letak itu ini semua nya boleh.Alhamdulillah :) Kalau blog dulu,hailah,kuat jugak aku mencharut sebab serba serbi yang aku buat tak kena and tak menjadi.

Kesimpulan nya , menjadi seorang bloggers bukan sekadar menulis catatan , menulis coretan peribadi suka duka.But actually more than that.Banyak benda aku belajar melalui blog ni.Yang baik , yang tidak baik , yang suka mahupun yang duka.Hanya kita yang kena pandai menilai dengan mata kasar dan dari hati :) Okay , terasa macam menulis esei BM untuk SPM pulak. Maaf terpanjang pulak catatan kali ni. Hehehehe. So , nanti nak tulis lagi entry baru , lepas gian ;P Hehehehe :D


Agar-Agar Miloais?

Salam and Hello.Ngeee.Semalam , tiba-tiba my sis datang dekat me yang tengah err , lupa pulak aku tengah buat apa semalam.Tapi yang pasti secara mengejut dan teruja datang dekat aku.Heh,heh.matilah aku kalau dia baca ai keji dia.Aku pun macam pelik lah tengok kakak aku tu ha.Haha. Then dia datang dekat aku cakap jom buat Agar-Agar Milo. Aku macam ek? Agar-Agar Milo Miloais ka? Ngahahah.Okay , tak ada kena mengena langsung dengan Kaka MiloAir itu. Ekekek.Tapi aku pun macam teruja jugak lah walau pun tak ada lah feeling suka tahap Puding Jagung tu ke apa ke kan?Hehehe , so , aku pun nak kongsi resipi lah jugak sambil bercerita kisah semalam :) Nak tahu resipi dia? Haaa , sila lah lihat di bawah ye :D

Nak buat Agar-Agar Milo ni memang mudah rupanya.Bahan-bahan dia pun sikit.Cara dia pun mudah dan senang.Kakak aku cari via internet je.Yelah sekarang nak resipi apa-apa pun guna internet je kan?Ngeee.Tapi aku tetap nak feeling Chef Wan kongsi resipi dekat sini meskipun hanya Agar-Agar Milo. -___-'


BAHAN-BAHAN (bahan2 yang di peruntukkan di bawah ini untuk loyang kecil dan bilangan agar-agar yang sedikit , tukar anggaran bahan jika mahu buat lebih dan banyak)

Agar-Agar (8gm)

Air (1 3/4)

Gula (1/3)

Serbuk Milo (3/4)



~ Agar-agar yang telah di campur dgn Air , Gula dan Serbuk Milo. Kacau perlahan sehingga semua nya larut.~

CARA-CARA (lapisan coklat)

1) Mula-mula masukkan agar-agar bersama dengan air.Larut kan agar-agar bersama dengan air itu.Kacau perlahan.

2) Kemudian setelah agar-agar telah larut bersama dengan air , masukkan gula dan juga serbuk milo.Kacau perlahan sehingga gula mula larut.Kemudian tapis.

3)Setelah semua nya selesai dan larut , tuang adunan ke dalam loyang dan beku kan.

4) Kemudian cakarkan sedikit permukaan supaya lapisan coklat itu dapat dilapiskan bersama dengan lapisan susu.

~ Okay ini tengah menunggu lapisan coklat beku , tunggu dalam 10 minit kot?Heh, lupa.~

Okay cara-cara kat atas tu ,untuk lapisan coklat.Dia akan menjadi dua lapisan.Alah , korang tak kan tak pernah makan kot?Ada je kat pasar malam or time Baazar Ramadhan tu jual :) Ni aku nak tulis bahan-bahan /cara-car untuk lapisan susu pulak :) Oh ya , bahan-bahan itu aku tunjuk untuk bilangan dalam loyang kecil lah.Sikit je.Kalau nak buat untuk ramai , mungkin korang kena adjust sikit bahan-bahan tu :)

Bahan-Bahan ( lapisan susu)

1)Agar-Agar (10gm)

2)Air ( 1 1/2)

3)Gula (1/2)

4)Susu Sejat Ideal (1/2) *me guna susu F&N tu je , sbb check2x tak ada susu cair ni je -__-'*

5)Esen Vanila (Beberapa titis je)

CARA-CARA (lapisan coklat)

1) Mula-mula masukkan agar-agar bersama dengan air.Kemudian kacau perlahan sehingga agar-agar larut.

2) Kemudian masukkan gula dan kacau sebati sehingga gula larut.

3) Selepas itu masukkan susu sejat bersama-sama dengan beberapa titis esen vanilla.

4) Perlahan-lahan tuangkan adunan ke atas lapisan coklat.

5) Kemudian letak kan ke dalam peti sejuk.

~ Kalau agar-agar tu dah keras and dah masak , begini lah jadi nya.Ni buat main-main.Kalau buat serius-serius , memang lah lagi cantik.Haha ;) ~

Ngeeee , lepas sejam ke setengah jam macam tu , siap untuk di hidang :) Mula-mula ala-ala cuak je takut tak jadi ke apa.Yelah baru first time buat tanpa tunjuk ajar sifu masakan which mean my mom lah kan.Haha , kalau dia ada , sah-sah kitaorang cuma tengok je.Tak menolong pun.Ngeh3x.Keji gila stetment T_T Ok , tak kitaorang tolong , cuma tolong tengok.Erk! Tapi Alhamdulillah , menjadi okeh? Sedap pulak tu. Hehehe. sebenarnya takut rasa dia pelik ke apa, tapi selamat jadi dengan jaya nya , lega hati

Okeh ,tadi sepatutnya ada gambar makanan which mean agar-agar milo yang aku susun jadi F which mean my name la.Tapi tadi tertekan backspace sampai hilang T_T Okay , malas upload lagi sebab nak upload satu gambar pun = 10 minit.= juga buang masa.= juga aku tak larat.Heh.Jadi sekian , resipi aku hari ini :) Selamat mencuba ye :D Heheheh , gaya macam resipi Nasi Briyani je aku kasi kan? Ekekekekeke




Wednesday, October 20, 2010

Bila langit mula Jingga ...


Salam and Hello. Ok , gambar di atas ni time last week dekat Shah Alam dekat Seksyen 7 if aku tak salah. Time tu langit sangat cantik warna dia.Jingga.Memang cantik.Tak puas mata memandang.Tapi bila aku ambil gambar , dia macam jadi tak cantik sangat.Tak apalah.Tapi memang aku suka sangat tengok.Warna Jingga , nampak macam , aku terpesona sangat dengan ciptaan Nya :) Memang aku paling suka tengok panorama alam yang semulajadi macam ni.Memang terlalu indah.Tak boleh nak ditukar ganti keindahan yang di cipta oleh Nya itu :)

Ingat nak ambil gambar banyak-banyk.Tapi flash asyik memancar , and Ayah cakap ganggu orang nak bawak kereta je -__-' Ok, then tutup flash , hazab terus gambar , heh! Then terus tak ambil gambar.Oh ya , lepas tu tengok kawasan luar i-City.Lagilah aku teruja nak ambil gambar.But yeah , harapan lah kan nak ambil semua , dengan time tu dah mula senja.Dah mula gelap.Tapi aku suka sangatlah tengok langit jadi kejinggaan macam tu.Auwhh , best nya :D


p/s: lepas edit gambar ni aku rasa macam makin hazab , bukan makin cantik.
*bertabahlah hati*