Home

Friday, January 28, 2011

TEKA TEKI : Anuar Zain tu Maher Zain ke Ijah?

Ehiks. Pukul 2 tadi , masa tengah tengok tv dengan si kenit , Awisy. Bagi mengelakkan tak nak kasi dia tengok Astro CERIA 611 bak kata Awisy , maka aku bukak channel lain. Maka aku pun bukak channel 132 , kebetulan ada tunjuk Klip Video 2011. Curlast gituew khen? 

Awisy ni memang suka tengok orang joget menari , nanti sure dia ikut balik. Itu lagi best tengok daripada tengok kartun yang Astro Ceria duk ulang tayang sampai aku boleh mimpi ngeri kalau tengok balik. Jadi mula-mula lagu ost Awan Dania , Ilusi , Adira yang nyanyi. Semangat gigih Awisy menari okeh? Haruslah kan! Pitamzz...

Lepas tu tetibe aku pun sebut eh lagu Anuar Zain la .... dan bermula lah TEKA TEKI ituew oleh budak kecil yang berusia hampir 4 tahun. 

Ijah : Eh Eh Anuar Zain la *muka teruja tgk MV terbaru dia*

Awisy : Eh Ijah , ini insyaAllah ke? *teruja jugak*

Ijah : Ek? Ehhhhhh!! Ini Anuar Zain ! Bukan Maher Zain la Awisy! *pitamz*

Awisy : Ijah ... Anuar Zain ni Maher Zain ke? *muka teruja nak tahu*

Ijah : EK? *pitamz*

Kekdahnya aku pun hampir-hampir keliru dengan soalan Awisy ituew. HAHA. Kekdahnya Awisy keliru bila aku sebut Zzain dekat belakang tu ha. Itu yang dia tanya Anuar Zain tu InsyaAllah ke Ijah? Hehehehe , maklumlah Awisy ni minat jugak la kadang-kadang dengar lagu Maher Zain tuh. Ekekekeek.



ini Anuar Zain. ceh , gaya macam korang tak pernah kenal.


ini Maher Zainn ... 25/26 Februari dia nak datang Malaysia. Buat konsert yanng besar punya dekat Stadium Melawati :D Oh aku tak pergi , jauh benor dekat Shah Alam tu. Heh , habis tu dulu buat dekat mana? Wangsa Walk? *nangis*

p/s: hep gambar maher zain tu memang aku punya cuma malas letak watermak :nangis:

Heh Heh Heh , kekdahnya nak cherita pasal gelagat Awisy yang tanya pasal Anuar Zain dengan Maher Zain tu ha. HAHA , nak gelak je okeh! Ekekeke.

Thursday, January 27, 2011

Terbatas tapi bukan Terbabas.

Belog ini semakin lama semakin bersawang. Keadaan diri yang tidak berapa sihat meskipun hari-hari sengih nampak gigi , itu tak bermakna keadaan diri sihat walafiat sejahtera bahagia okeh. Sebenar nya apabila jarang betul mengupdate belog , idea dekat kepala otak ai ni pun dah makin berkurang. Banyak jugak yang dalam draft tu , tapi bila 58 kali fikir , macam banyak betul merapu daripada benda yang seronok untuk di publish kan. Daripada memalukan diri , lebih baik tak perlu!

Sebenar nya nak bagitahu semua orang sekarang ni masa untuk berinternet bersuka ria segala memang dah terbatas. Kadang-kadang lagi rela tidur daripada menghadap laptop ni ha. Mahu nya tak. Asyik letih je kerja sekarang kan? Adess. Sebenar nya sekarang semua benda terbatas nak buat. Internet pun semedang gedik nak kasi aku online kejap. Mengada-ngada sungguh! 

Ehem Ehem , sebenar nya juga. Hep , apahal asyik sebenar nya sebenar nya ni? Dan Sebenar nya Yuna ke hape ni uols? Erk! Sebenar nya tengah feeling nak tukar header , ehem maksud nya nak tukar dengan layout belog sekali lah. Tapi tunggu lah bila ada masa lapang dengan internet laju yang entah bila nak muncul. Uishh. Kekdahnya tengah ada benda lain nak buat ni jadi perlu chiow dulu. Haihh ... seriously I miss my blogging time ... sob sob sob..




actually apa yang korang nampak tu actually my new header yang aku feeling nak letak dekat belog ni. but sayang seribu kali sayang , terlalu kecik dan terlalu besar the end aku malas edit *sigh*


nota kaki : mood jiwa kacau sedang melanda diri. hmmm

Saturday, January 22, 2011

Skematik. Dramatik but never Romantik. HOI APA NI?

Ehem Ehem. Terasa macam dah berminggu-minggu tidak update belog. Memang sukar betul sekarang nak mencari masa sesuai untuk mengupdate belog. Maklumlah busy dengan persekolah , busy dengan nak ulangkaji , busy dengan nak berehat kejap. Macam-macam perkara kena cepat-cepat buat. Uhuish.

Jadi aku rangkum kan apa yang terjadi kali ini. Hari ini hari Sabtu , ada persekolah ganti. Tetapi di sebab kan aku Tingkatan 5 , maka kami semua wajib hadir sebab ada Program Bestari SPM gituew. Ada je yang tak datang. But rasa bersalah pulak kalau tak datang khen? Kata nak jadi baik tahun ni khen? Ehiks.

Tapi well aku ni tahun ni macam SKEMATIK pulak bila tak bawak handphone hari ini. Padahal some other's friend bawak je handphone. Tak bawak mp3 tapi ada je kawan aku yang lain bawak. Tak bawak kemera. Oh yang ni memang tak ada siapa bawak. Hahah. 

Tapi apa yang DRAMATIK pulak ni? Uishh. Tak ada apa-apa pun. Kikikik. Tadi pergi KLCC sebab nak jumpa kawan aku , Cik Kekure. Biasa lah kan , sesekali berjumpa ada lah dalam sejam dua gituew. Borak , makan , lepak kejap then teman dia shopping gituew. Ehiks! p/s: tq ye for the buku. insyaAllah akan baca dan amalkan. :) Tehehehe. Yang Romantik? Oh never never. Kikikik.

Ehem then? Entahlah , tak tahu nak tulis apa benda lagi. Nak kena tulis cepat-cepat and how I miss my blogging time before this. Seriously , I'm just miss the time I'm updated , I'm blogwalking and now aku terpaksa lupakan kejap blogwalking , blog updated and semua yang berkaitan memandangkan internet sangat lah kejam sekarang ni. Line sangat lembapz and kalau ada pun pagi-pagi buta or tengah malam. Huish , kowser sangat aku nak tidur lambat bangun awal kan? HAHAHAHA.

So then , I'm sorry guys if tak balas kunjungan balik belog korang , tak sertai apa yang korang tag , ajak join GA and semua itu. Bukan tak nak join ke apa , tapi line internet sangat ciput weyy -___-' Menangis Melalak pun macam tak ada effect doe. Uish. Oh ya , tak ada sesiapa ke nak join benda yang aku lekat sampai akhir tahun tu ek? Join je la , alah aku cuma letak dekat tepi tu je , exchange link je cuma saja-saja suruh korang letak status gowjes ituew. Gituew khenn? Heheheh.

Hmmm , so apa lagi .. ahhh sila scrool down ke bawah ye .. kikikikik

*

*

*

*

*

*




Tadaaaaa ... I know You miss me khenn? Wakakakakaka. Ok lah uols , nak kena chow dulu. Kepala dah macam hape pening dia. Better cari katil sekarang. Kikikik. 

kthxbai.

nota chenta : banyak update tergendala sebab internet kejam.
ke ada manusia lain kejam?
uhuh , tak tahu. huhuh.

Thursday, January 20, 2011

Karipap Nan Hado Inti Yang Shomel. Anda Nak jugak?


karipap inti nan hado yang nampak buruks sikit sebab ai yang buat *nangis*


Seperti biasa , belog aku memang suka tayang gambar tak kira lah gambar pemandangan , gambar orang kahwin , gambar cuti-cuti ataupun gambar makanan. Maklum lah , Umi saya gemar memasak , anak nya gemar makan , jadi tak hairan lah kalau selalu sangat aku tayangkan gambar makanan kan? Teheheh.

Kali ni bukan nak kongsi resipi ye kengkawan sebab aku pun tak reti lagi nak buat makanan ni. Sadis menghiris kalbu bukan? Padahal masa Umi tengah sibuk sediakan bahan-bahan , masa tu jugak lah kau sibuk buat tahi mata takpun sibuk cari gaduh dengan si kenit terutama bila rasa rumah sunyi sepi je. Cehh , alasan semata-mata.

Panjang pulak mukadimah kali ni. Mahu menangis kalau pemeriksa tengok kalau pendahuluan tak ada isi penting dalam tu if this BM Essay paper -.- Oh tuhan , tolong jangan aku lalai dengan perkara remeh macam ni. Ok , kali ni aku cuma nak tunjuk gambar makanan feberet like like aku masa kecik-kecik dulu.Tehehe.

Karipap-Karipap Cinta versi kecik dan comel. Apa yang menarik nya karipap ini ialah di dalam nya tiada isi apa-apa. Cuma karipap kosong. Masa aku kecik-kecik dulu Umi aku suka buat karipap inti daging/ubi keledek , lepas tu everytime nak makan aku akan suruh Umi aku buang semua inti dan aku makan kulit dia je. Tehehehe. Lalu bila selalu sangat macam ni , Umi aku pun try lah buat karipap tanpa inti. Lalu bila aku mula makan , setiap kali Umi aku buat karipap aku akan buat permintaan khas untuk hendak makan Karipap Inti Nan Hado. Kikikikik.

Sampai dah masuk usia 17 tahun ni pun sibuk benor buat permintaan khas Karipap Inti Nan Hado ni. Kikikik. Memang best makan sekali sekala. Terutama bila tak ada makanan time pagi ke petang or malam sekalipun , memang syok makan.Gedik kan? Umi pun kadang-kadang malas layan permintaan aku sebab 50 biji karipap kecik tanpa inti nak buat agak leceh sebab time nak kelimkan dia macam mengada-ngada sikit. Kalau ada inti lain pulak dia ok je. Tehehehe.

Eh Eh lagi satu , hari tu aku belajar kelim karipap dengan Umi.Perghh Umi buat memang laju boleh borak kiri kanan lah. Aku? Keh Keh memang mula-mula menangis sebab tak boleh nak buat se-cun Umi punya. Huwaaa. Lepas tu Umi suruh try lagi try lagi dan lagi.Mujur mood Umi ok kan layan perangai anak bongsu dia yang berminat nak belajar buat. Ehiks. Yelah kan , bak kata nenek saya , belajar tinggi mana sekalipun , perempuan ke dapur jugak akhir nya. Wah gituuu. ;)

Ehem Ehem , ada orang berminat ke nak karipap-karipap cinta ni? Kalau nak meh lah order :D Dekat tepi belog aku tu ada cakap camne nak order Tehehehe. Dalam banyak-banyak jenis rasa inti karipap , korang suka rasa inti apa? :D




Hampa

Ehem. Dah dekat 2 hari rasa nya tak update apa-apa dekat belog. Maklum lah badan tak sihat sangat , nak duduk bersengkang mata depan laptop pun terasa sakit seluruh badan. Dugaan betul. Hari ni cuti umum , cuti sempena perayaan Thaipussam. Semalam aku tidur awal gila , pukul 8 malam kot? Bangun-bangun pukul 5 pagi ??? -_____-'

Itu lah hakikat aku sekarang. Tidur awal bangun awal. Something yang aku tak boleh nak recognize kan dalam kepala otak aku yang aku tidur awal dan bangun awal. -___-' Uish apa sudah jadi ni? Maka bila tidur awal dan bangun awal ni macam-macam benda yang nak dibuat pada malam hari tergendala. 

Misalnya nak belajar ulangkaji , nak buat kerja sekolah , nak belogwaking ehh dan macam-macam benda lain tak dapat nak di laksanakan seperti yang dirancang gituh. Cehh. Mungkin kesan ubat batuk+selsema yang buatkan aku jadi semakin lena tidur awal dan bangun awal. Ishh.

Hmmm , sekarang ni agak hampa tengok UV Traffic blog sendiri. Ceh , ayat dramatik sungguh kan? Kikikik. Mahu nya tak hampa uolss. Yelah , sejak aku tak belogwaking ni memang menurun dengan jaya nya UV Traffic ini , dan memang tak boleh di sangkal lagi apabila tak buat entry sekali sehari sekurang-kurang nya + belogwaking memang dapat membuat UV Traffic naik dengan jaya nya. Eh kenapa nak kecoh suruh naik kan UV Traffic semua ni? Haruslah kan? Ada BE yang tengah running dalam belog aku ni. Aku nak korang kelikkan untuk aku. Erk! Nilai sangat rendah untuk BE yang ke 2 ni. Uishh. Menangis wehh bila aku tengok. Hehehe. Nilai Heartbeat pun so-so je. Lagi mak nak nangis noks! Maklumlah aku kan tengah mengumpul duit gitueww. Cehh.

Lepas tu bukan setakat itu je yang aku hampa. Ada jugak benda lain yang aku hampa , contoh nya tak dapat nak ulangkaji. Aiseh. Bila fikir tentang SPM , mahu gelisah gundah gulana okeh? Fuh Fuh ... berdebar sat. Tetibe tensen kejap uolsss.. mahu nya tak , mula lah nak fikir macam-macam ni. Ish. Apakes sangat kan? Sudah Sudah. 

Nanti kalau line internet baik , maklumlah line internet aku sekarang ni kejam sikit , asyik-asyik nak tersekat-sekat je. Geram okeh? Oh lupa , kalau line internet aku ok , nanti aku sambung update ye. Banyak betul dalam draft tu -___-' 

kthxbai.