Home

Saturday, April 9, 2011

Ini Semua Bala! Bala! Tahu Bala? Siapa Bala? La La La ...

Uhuk Uhuk. Petang tadi tak tahu lah tersilap makan apa , maka nya aku di serang sakit perut yang melampau. Adeh deh deh. Kalau sakit perut melepaskan hajat tu aku tak kisah sangat. Ini sakit perut yang tercirit sampai naik muak duduk dalam tandas okeh? Ada lah jugak lima enam kali aku duduk bertapa dalam bilik air. Fuh fuh.

Adeh deh deh. Memang lah tak tercapai dek akal tiba-tiba sakit perut ciritz sampai lima enam kali. Memang lah terus tak lalu nak makan. Eceh ceh ceh , padahal habis jugak sepinggan nasi dengan sepinggan mee goreng. Brrbb. Sungguh tak sopan.

Haiyaaa. Memang sakit gila perut. Bala! Bala! Ini semua Bala! Tapi siapa Bala?



Hasil Google-an meks , ini lah BALA. 

Hye nama saya Bala. *suara macho please!

keh keh padahal aku pun tak tahu apa kejadah bala atas ni T_T

Hailah , perut ni masih lagi sakit nya. Mintak-mintak cepat lah baik nya. Macam-macam betul dugaan nya. Tak apa lah , aku nak pergi berehat kejap. Uhuh. Doa kan aku cepat sembuh ye. T__T

Legasi Emo-Temo kian bertambah. Anda bila lagi? *lempang*

Pagi-pagi buta tadi , terasa susah nak lelap mata. Terjaga dari lena panjang ; semalam tidur awal , lebih kurang pukul 10.30 malam dah tidur. Bangun-bangun pukul 3.30 pagi macam itu sebab terasa haus. Bila bangun cari botol air tepi katil , ceh perlu ke nak bagitahu , then terasa susah nak lelap , maka saya pun bertapa depan laptop. Haih , budak ni bukan nak duduk atas sejadah ke , atau nak pergi belajar sebab Isnin ni ada something yang perlu di selesaikan segera maka kena belajar untuk my second chances. Thank You Allah. Ok enough story pasal itu.

Jadi nya bila terjaga dari lena yang panjang , saya macam blur blank dan buntu okeh nak buat apa pagi-pagi buta macam tu kan. Maka nya , saya pun bukak internet. Saya pun bukak twitter. Saya pun bukak belog. Saya pun tengok gambar dan video orang kahwin. Haih , teruja sungguh tengok pengantin zaman sekarang tak kira buat dekat dewan ke rumah tapi deko pelamin , deko hantaran , baju tak usah cherita lah semua nya cantik dan menawan. Hah , tengok lah sekarang tak semesti nya buat dekat hotel baru nampak gah bunga kiri kanan atas bawah. Rumah kampung pun dah maju ke hadapan tau! Tak kira dekat mana sekali pun kita buat , asalkan orang tu pandai hias dan cari orang yang pandai dalam hal ini tak jadi masalah untuk tampil cantik pelamin dan semua nya itu kan? Mak aihh , apa hal tiba-tiba melalut pasal orang kahwin pulak ni? *dush*

Ehem ehem. Selepas sibuk tengok video dan gambar orang kahwin di internet , lepas tu sibuk mengomen di Twitter. Ecececeh. Lepas itu tengok orang yang saya follow sibuk menge-post something from Tumblr. Haih , saya pun hmm tengok lah jugak. Nampak macam menarik aje Tumblr ni. Saya sebenar nya dah pernah ada acc Tumblr , tapi saya lupa email apa dan password apa. Ngahahah , ini memang masalah beshar punya! Saya ada banyak email , saya ada banyak password. Dah lah semua tahap berbelit aje email dengan password dan lepas tu saya macam lagi senang dengan belog actually. So then , I just like malas kisah pun. Ceh.

Jadi tadi macam terbukak hati nak daftar balik Tumblr. Eceh , kau ni Jah , kot kalau terbukak hati nak buat amal jariah okay jugak kan? T_T Haih , minta maaf lah ye , saya ni tengah di dalam mood merapu. Maklum lah tengah tak sihat sangat ni , faham-faham aje lah. -.-' Hoh heh. Jadi saya pun daftar Tumblr , and seriously after I have daftar semua , I am blank!! -___-' Weh nak buat apa ni? Photo? Words? Quotes? Apa semua ini Latipah? Apa? Kata kan apa!! Haha , dramatik sungguh kau Jah!

Ehem , kemudian coba-coba juga post gambar cupcakes masa My Pre Diva Birthday Party. Haha , itu ajelah gambar yang saya rasa cantik ye. Secantik saya. Uhuk Uhuk. *petir* Lepas dah post satu gambar , dia macam berjangkit okeh. Nak post lagi satu gambar. Lepas tu post lagi satu gambar. Hoi Hoi Hoi. Mujur lah tersedar bunyi Azan Subuh , maka berhenti lah menge-post lagi. Haih , tak sangka boleh terjebak Tumblr Addicted begini. Sungguh-sungguh tak sangka. Ngeee. Walaupun saya agak blur and blank , heh , but who cares kan? Ceh ceh , ayat kalau tak dramatik diva tak sah kan? Ekekeke.

Hmm , nak cer cer citer itu aje lah nya. Kau orang ada Tumblr jugak? Moh lah FOLLOW saya!


Uhuh , tak ada lah gambar cantik-cantik pun. Lagipun I'm still learning nak guna Tumblr semua ni. Ho Ho Ho Ho Ho rrayyy! Gituew. Maka nya bertambah lagi lah legasi EMO-TEMO ye? Mula-mula BELOG CHERITA EMO-TEMO , kemudian TWITTER IJAHEMO-TEMO dan kini TUMBLR EMO-TEMO? Wooohooo.


sampai bila-bila pun saya akan tetap addicted pada TULIP. haih , nanti kahwin nak mintak suami buat deko TULIP sana sini agak-agak kena flying kick tak?
*matilaaa

Okay lah , nampak nya sampai di sini sahaja saya berceloteh di hujung minggu. Sebenar nya banyak benda nak kena buat ni. Nak kena belajar. Peluang kedua yang di beri tak akan saya sia-sia kan. Jadi weekend yang buat badan saya lemau demam semua ni akan saya guna kan sebaik nya untuk belajar. InsyaAllah kalau ada masa saya akan online jugak time tengah malam. Itu pun kalau saya tak terasa sakit ke apa ye.

Doa kan saya berjaya untuk menelaah semua nya. Doa kan saya berjaya Isnin ini. Dan doa kan saya cepat sembuh dari penyakit-penyakit yang saya pun tak nak ini ye. Thank You Guys! I love you so strong lah ! 

saya tak akan persiakan peluang kedua yang "mereka" berikan ini.
thank you Allah kerana perkenankan doa saya.
:)

Friday, April 8, 2011

Allah Sentiasa Ada Dengan Kita

Semalam saya kecewa. Semalam saya menangis. Semalam saya berduka. Semalam terasa sangat lemah. Biasa lah , saya pun manusia jugak. Tak selama nya boleh ketawa senyum riang. Tak selama nya boleh tersengih nampak gigi yang tak putih ni. Tapi Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih. Semalam sejurus saya menge-post entry sebelum ini tentang rasa hati yang kecewa dan terkilan , saya mendapat satu berita yang membuatkan saya rasa hendak menangis dalam tawa sekaligus.

Tak sangka. Terkejut lantas terasa nak peluk semua orang yang berada di sekeliling. Sungguh lah Allah itu Maha Mendengar rintihan hamba-hamba nya. Allah itu sentiasa ada dengan kita. Saya tak akan jugak cherita apa kah benda nya yang buat aku kecewa terkilan lepas itu gembira bersyukur pula. Maaf lah , kadang-kadang tak semua benda kita kongsi bersama. Kena juga ada rahasia sana sini kan. Eheh. Jangan lah ada yang menyumpah dalam hati ; habis tu Joyah yang kau nak juga cherita apa hal derr? Lain kali baik dendiam?!! Hamboii hamboii , banyak cikadak betul! Eh eh tiba-tiba je nak emosi kan.

Sesungguh nya hari semalam macam-macam jadi. Nak menangis tapi itu lah bila dah hendak larut malam dapat berita yang menggembira kan namun ada jugak perasaan debar kan. Haih. Tak pernah habis masalah yang jenis "itu". Tak apa lah , setiap dugaan , ujian dan cabaran yang Allah beri tu bukan saja-saja , malah saya pernah dengar dalam radio Ikim dulu-dulu bahawa setiap sakit yang Allah kasi itu pun tanda Allah sayang pada kita. Kerana doa orang yang tengah sakit makbul , insyaAllah.

Tak tahu nak tulis macam mana lagi. Saya gembira dan bersyukur. Hidup ini kan umpama roda. Semalam sedih belum tentu esok sedih lagi. Mungkin akan ada pelangi muncul keesokkan nya. Teringat entry saya yang sebelum ini yang menyatakan tentang kekecewaan juga tentang quotes dari Twitter : Kita Tidak Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita , Sedang kan Allah Maha Mengetahui. Bila terjumpa ayat-ayat begini , hati kembali berbunga. Senyum tak berhenti meski air mata berjuraian juga. Ceh ceh ayat dramatik yang tak pernah habis kan? Eheh. 

Banyak benda yang nak di coretkan. Haih , ini lah masalah nya. Bila sedih ayat ringkas tahap saya sendiri pun sendiri terkejut bila baca balik. Bila gembira , haih orang pun tak sanggup nak baca kan? Eheh. Maaf kan saya sekali lagi. Uhuh , dah alang-alang entry ni ala-ala keagamaan sikit. Moh lah saya share sedikit mengenai Waktu-Waktu Doa Mustajab. Sumber nya daripada SINI

1. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
2. Selepas solat fardu
3. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
4. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
5. Selepas solat fardu
6. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
7. Ketika dalam peperangan atau darurat
8. Ketika sujud
9. Ketika dizalimi orang
10. Ketika musafir
11. Bapa mendoakan kebaikan anak
12. Ketika wukuf di Padang Arafah
13. Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
14. Selepas solat Asar
15. Ketika mahu berbuka puasa
16. Ketika sakit
17. Doa pada malam Lailatulqadar
18. Doa pada malam Jumaat
19. Doa dalam Masjidil Haram
20. Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
21. Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
22. Apabila khatam membaca al-Quran
23. Doa raja yang adil
24. Doa anak yang taat kepada ibu bapa
25. Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
26. Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
27. Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
28. Berdoa di Hijr Ismail
29. Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah

Eheh , sekali sekala berkongsi ilmu apa salah nya kan. Waktu saya kecik-kecik dulu cikgu tadika saya selalu cakap nak doa makbul suruh mak beli kan Mc Donald maka berdoa lah waktu hujan. Heh , waktu tadika dulu apa benda sangat nak berdoakan selain daripada nak makanan dengan toys kan? Eheh , bila dah besar baru reti nak berdoa betul-betul. Tapi memang sungguh lah bila berdoa ketika hujan lebat , insyaAllah doa akan di makbulkan. Asalkan jangan lah kau doa yang mengarut-ngarut tak tentu hala. Heh.

Saya nak bercakap lebih-lebih pasal agama , aku pun bukan arif. Saya cuma tulis apa yang saya tahu saja. Lagipun kalau memberitahu soal agama untuk kebaikan bersama tak ada salah nya. Cuma yang menjadi masalah sekarang ramai yang cuba berdebat tentang isu agama. Haih. Saya pun bukan nya baik sangat nak ceramah agama semua. Tapi apa-apa pun kena jugak mencuba untuk menjadi baik dan berubah ke arah kebaikan kan? :) Yeap dan saya pun masih mencuba untuk menjadi yang lebih baik :)

Dan yang paling penting doa itu senjata kita sebagai orang Islam :) Itu yang nenek dengan mak saya selalu cakap. Eheh , macam terpanjang pulak entry kali ini kan. Apa-apa pun saya bersyukur kerana kekecewaan saya telah terubat. No more tears , no more moody and no more emo-temo setakat ini. Alhamdulillah. Thank You Allah! 



thank you Allah. :')


Kalau Sudi , Jom lah Join.

Teheheh. Bangun tidur pagi tadi , macam dapat idea nak buat benda alah ni. Ini bukan giveaway memandangkan this year memang penuh jadual aku dengan nak pergi tuisyen , nak ulangkaji cuma sekali sekala dapat on laptop dan online kan? Kalau nak buat giveaway really need 100% or maybe 90% focus and concetrated kan? Sebab nak kena tinjau peserta punya blog dan update itu ini , ohh memang payah dan sukar. Tak mampu lagi nak buat macam itu.Tehehe.

So , apa yang aku nak suruh korang join ni? Ehiks. Actually kalau korang perasan dekat bahagian tepi belog aku ni , aku ada tulis I Click Them kan? 



Macam gambar di atas ni. Dekat bahagian bawah kan? Perasan tak? Tehehe.

Ehem. Tetibe terasa macam bersalah pulak bila aku letak linky linky para bloggers yang memang aku selalu baca but ada sesetengah tu selalu baca belog aku dan diorang pun follow belog aku , but aku tak letak. Jadi aku mintak jasa baik korang untuk drop a comment here untuk aku put your linky winky here dengan SYARAT , haaaa ada SYARAT iaitu :

  • please tell me what is ur status : super DADDY , hot MOMMY , handsome GUY , beautiful LADY or I'M A TEENAGERS
Simple kan? Ok kot kot ada yang tak faham pulak ; 
  • super DADDY is for bloggers yang bercherita pasal kehidupan dia as DADDY.
  • hot Mommy is for of course lah pasal kehidupan seharian korang bersama anak-anak korang. I'm pretty sure ramai yang hot Mommy ni kan? :D 
  • Ehem Ehem handsome GUY and beautiful LADY? Of course is for korang yang blogging about freedom. Tak kisah lah pasal apa. Saja je kasik nama gempak sikit supaya korang bangga bahagia sikit.Keh Keh Keh.
  • I'M A TEENAGERS , ish perlu cakap ke blog korang pasal apa? Of course pasal budak remaja sekolah/university macam aku. It's alright if you want to categorize as LADY or GUY k? It's up to you :)
So it's easy right? So jom lah join ye :) Suka Suki je aku buat benda ni. Aku tak terfikir lagi nak categorizekan for Photography Blog ke or something kind like that sebab aku rasa better aku buat 5 kategori je lah ek? Teheeheh.

So apa tujuan nya actually?Ehem Ehem , sebenar nya ada jugak kebaikkan untuk benda ini ye kengkawan. First , bila aku rasa boring and bila korang update  boleh lah aku tinjau belog korang kan ? Bila dah categorize kan macam ni lagi senang untuk sesiapa yang singgah belog aku turut singgah belog korang :) For now , aku cuma letak dekat kategori-kategori  tu yang mana aku kenal dan tahu je lah ye. Hope ada yang sudi join eh? Tehehehe.

Naya lah kalau tak ada siapa nak join -___-'

So drop by ur comment here then categorizekan ur blog as what then when I've my free time , I'll update into my blog by the categorize tu :) Easy kan? :D


Thursday, April 7, 2011

Mesti Ramai Yang Suka.

Saya sangat sedih. 
Saya sangat kecewa.
Saya masih terkilan.

Dah seminggu.
Saya kata saya redha.
Tapi kadang-kadang macam tipu jugak.
Senyum palsu. Ketawa palsu.
Semua palsu.

Bukan sengaja nak menipu.
Bukan sengaja nak jadi palsu.
Tapi tak suka orang tahu macam mana keadaan diri sebenar.

Penat.
Sedih.
Mengalah.

Dah tak reti nak tulis panjang-panjang dah sekarang.
Sebab otak dah blank.
Idea dah kurang.

Tengah menulis ni pun nak menangis.
Aku lemah?
So what?
Ada kacau kau?
Tak ada kan ?

Haih , bila emosi melebihi akal , macam ini lah jadi nya.
Aku sedih.
Aku sangat sedih.
Aku kecewa.
Aku terlalu kecewa.
Aku terkilan.
Tak boleh nak gambar macam mana rasa terkilan.

Semua nya pasal "itu".
Aku anggap aku tak ada rezeki.
Tapi aku tak akan cakap apa dia.
Cukup aku seorang yang tahu.
Kecoh satu dunia pun belum tentu rezeki aku ada.

Kadang-kadang sedih.
Kadang-kadang rasa macam malang.
Buat itu salah.
Buat ini tak kena.
Bernasib malang?
Tak mungkin.

Setiap orang ada rezeki masing-masing kan.
Aku tak dapat yang ini.
Mungkin aku dapat yang itu.
Tak tahu bila.
Tapi rezeki masing-masing kan.

Haih , nak menang kan juga diri.
Terpaksa buat ayat pelesu macam tu kan.

Haih ...
Lepas tu fikir-fikir balik.
Nak rehat dari dunia blogging.
Tapi nanti esok muncul jugak menulis.
Tapi rasa nya muktamad untuk seketika.

Rehat kan jiwa yang lara.
Minda yang penat.
Hati yang sakit.

Jumpa lagi lain kali.
Bye.

:(