Home

Wednesday, July 20, 2011

Lemau

Sejak Isnin , badan aku rasa sangat tak selesa. Sekejap sejuk dan sekejap pulak panas. Sejuk tu bukan sejuk duduk dalam aircond tapi sejuk lain macam aje tau. Memang aku rasa sangat tak selesa. Lepas tu pulak aku asyik nak tidur aje rasa. Padahal baru bangun tidur tapi lepas setengah jam aku terasa nak tidur balik. Tak larat nak buat apa-apa. 

Semalam lagi dasyat , waktu petang aku tidur pukul 2 , lepas tu aku bangun pukul 5 petang. Then pukul 6 petang aku tidur balik. Aikk , nampak betul aku ni macam tengah tak sihat. Memang pun. Badan terasa sangat tak selesa. Lepas tu semalam selsema kejap. Asyik hingus dan kadang-kadang bersin tak berhenti. Adeh.

Sekarang ni pulak , badan aku terasa makin berganda-ganda lemau. Asyik mengantuk dan badan sejuk semacam je. Sekarang ni memang musim demam kot. Sebab aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang tengah demam , selsema sekarang. Dah nak dekat puasa ni aku memang mintak jauh sangat demam , selsema batuk semua ni. Tahun lepas aku batuk dekat dengan sebulan. Bila dah raya baru keadaan aku okay sikit. Fuhh , dugaan sungguh tahun lepas. Cakap pasal puasa , lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi kita semua nak puasa. Cepat betul masa. Rasa macam baru aje tahun lepas berpuasa semua , tengok-tengok dah nak puasa balik. 

Ehem. Sekarang ni pun terasa sangat lah lemau badan ni ha. Tak selesa langsung. Nak buat apa-apa pun tak larat. Sah , aku demam ni! Dah lama betul tak demam semua ni. Sekali demam terus terasa haru. Adeh. Baiklah! Aku nak berhenti menulis dulu. Tak larat nak buat apa-apa. Mata pun dah makin mengecil ni. Sekarang ni pun selain dari rasa demam dengan selsema , mungkin sebab musim yang agak panas ni , tetibe ada ulser mulut pulak. Fuhh dugaan sungguh. Memang makin tak selesa aku di buat nya bila nak makan semua. Itu pun dah letak ubat still tak jalan. Aiyark!

Ok lah , nanti kalau aku larat lagi aku update lagi. Kalau tak , tunggu aje lah bila aku larat nak update ye. Emmm , ada ke yang korang tengah demam macam aku ni? Sekarang memang musim demam ke apa eh?

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, July 16, 2011

Ikea to Curves. Menikmati Meatball Ikea katanya!

Semalam bila membuka folder-folder gambar baru sedar yang aku terlupa nak update sesuatu. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa. Eh eh ayat gedik sungguh. Ekekek. Jadi kira nya ini entry yang dah basi-basi manja lah sebab ini cherita yang boleh tahan lama jugak sebenar nya. Ingat lagi tak entry-entry sebelum ini yang aku secara tak sengaja terserempak dengan Aaron Aziz di Curves bersempena BSN Carnival? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak? Elleh , ingat la tueww tapi buat-buat lupa khen? *pang*


Jadi kan aku pernah beritahu sebelum ini yang aku pergi makan meatball di Ikea kan? Jadi sekarang baru lah teringat nak tepek menepek gambar yang pergi makan dekat Ikea tu. Macam biasa Ikea sentiasa sesak baik orang nak pergi makan semata-mata mahupun yang nak membeli belah. Sampai aje dekat Ikea terus pergi mencari tempat duduk. Memang sesak sangat-sangat tapi dapat jugak tempat duduk. Lepas tu Kak Ekah dan Kak Fieza pergi beli kan meatball untuk aku dan kakak aku. Kitaorang jaga tempat kekdahnya. Kak Fieza sempat beli ais krim dengan karipap dekat Ikea dan bak kata Kak Fieza ini karipap Ikea okeh bukan karipap belakang lorong rumah korang tu tau! *nangis* Hakhak , Kak Fieza kalau tak buat ayat guling-guling tak sah khen? Hahahah.


tehtap posing walau di mana pun berada. kau hado? #matilaa


menanti meatball dengan muka paling tabah.

gituew hakhakhak.

Lepas tunggu beberapa minit , ewah dah macam nak buat kuih pulak kena tunggu beberapa minit bagai khen? Hahahah , lepas tu makanan yang di nanti-nanti pun muncul. Hahah , iyelah aku kan mana pernah jejak Ikea semata-mata untuk makan. Selalu pergi Ikea untuk beli barang ke apa ke kan? Hiks. Harus lah meks jakun tengok meatball itu. Boleh macam gitu?


tadaaaa , meatball yang memang yummeh.


tehtap posing khen?!!

Kak Fieza dan Kak Ekah pun ada beli jugak makanan-makanan lain. Aku yang sememang nya kaki makan harus lah makan aje semua benda khen? Kebetulan tengah lapar ya hamat , aku makan aje lah dah orang pun suruh makan khen? Keh keh keh sungguh tak tahu malu muka nya! *nangis*


errr kek gapo ni? mek tak tahu.


jangan tanya aku nama makanan ni.
aku tukang makan je. ekekeke.

Habis aje makan sampai pitamz kitaorang pun apa lagi balik lah kan? Tak kan nak duduk dekat Ikea macam kitaorang lah tauke nya? Hakhakhak. Tapi sungguh lah meatball itu yummeh. Tak cukup dalam pinggan aku , aku ambik yang dalam pinggan kaka Ekah sebab dia tak boleh nak habis kan kata nya. Ekekeke. Lepas tu ambik Fish n Chip kak Fieza. Haih , pelahap betul bunyi nya tapi err err iye lah kot. Lepas tu kan pergi dekat Garden jumpa Aril tu minum air pulak dengan kek semua memang boncitz lah perut aku kejap. Ekekekek.

Tapi memang yang pergi Curves hari tu sangat seronok ye. Harus lah kan? Ekekeke .Terima kasih sangat-sangat dekat Kaka Fieza dan Ekah yang belanja aku dengan kakak aku makan hari tu. Lepas tu siap hantar kitaorang sampai ke rumah lagi tau! Hiks.Ekekekek. Baiklah aku rasa baik aku tamat kan entry ini sebelum aku merapu pulak. Saja nak update weekend petang-petang macam ni. Teheheheh.

So , korang buat apa hujung minggu ni? Malam ni ada match Liverpool vs Malaysia dan tadi masa aku dekat LRT Masjid Jamek , fuhhh penuhhh wooo penyokong Liverpool nak naik LRT pergi Bukit Jalil *peluh*.


Terima kasih sudi baca entry ini :)


Friday, July 15, 2011

Saya Kembali , Ada Yang Rindu Tak? #tetibe

Setelah beberapa hari tidak meng-update apa-apa di dalam belog kesayangan , akhir nya aku muncul kan diri. Kadang-kadang perlu jugak berehat dari menulis dekat belog kesayangan meskipun tangan bagai di tarik-tarik untuk menaip segala jadah benda kan? Erk , macam seramz lah pulak tangan bagai di tarik-tarik. Gulp!

Ceh. Setelah menenangkan diri yang tak berapa nak tenang hari tu , akhir nya aku rasa proses undur diri untuk beberapa hari ini berjaya buat aku menjadi seperti sedia kala. Hamboii ayat kemain lagi kan? But seriously setelah berhari-hari aku berfikir macam-macam dengan kepala kusut masai dan macam-macam lagi akhir nya hari ini aku terasa sangat lega. Alhamdulillah. 

Tak tahu nak tulis apa-apa lagi selain daripada nak beritahu hari ini aku mampu tersenyum lebar dan banyak perkara yang nak di selesai kan hari ini selesai juga. Syukur sangat-sangat. Dah lah pagi tadi hujan kemain lebat sampai liat betul nak bangun pagi dan hujan itu betul-betul satu rahmat. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kerana segala benda di permudah kan hari ini.

Jadi , dengan secara tiba-tiba aku pun turut terasa bersemangat nak buat macam-macam. Tapi macam yang aku cakap dalam entry sebelum ini , apa-apa pun buku-buku atas meja yang berselerak bagai nak rak dan buku yang dah di sign oleh retis kesayangan *batuk* tu jangan lupa pulak. Memang kalau ikut kan hari-hari nak update tapi kadang-kadang dah tulis separuh jalan tapi malas nak publish. Tehehehe , itu memang hakikat sekarang. Tak tahu kenapa. Hiks.

Ermmm , rasa nya dah tak ada nak tulis apa-apa lagi. InsyaAllah kalau mood menulis datang lagi aku update lagi. Ngeh ngeh ngeh. Eh eh eh lupa pulak nak tanya , ehem ada ke yang rindu dekat saya ni ... *gigitjari* Hakhakhak , gedik gelenya sungguh khen? *pang* Baik lah! Terima kasih buat semua yang beri aku semangat dalam entry sebelum ini. Sayang korang ketat-ketat! *peluk*


;)

Jangan terlalu gembira kerana takut di kemudian hari akan menangis. - pesanan untuk diri sendiri :)

Pernah dengar tentang Samsung Colby II tak? Ahha! Kalau belum sila tekan link ini --> http://grpv.cc/M3I

Terima kasih sudi baca entry ini :)




Monday, July 11, 2011

Undur Diri

Sebenar nya malas nak tulis panjang-panjang. Aku dah malas untuk update apa-apa lagi lepas ini. Entah lah bila mood hancur atau mood mati dalam diri aku ni terasa fed up untuk update apa-apa lagi lepas ini. Bila tulis pasal artis di kata nya lagha. Bila tulis pasal handbag baru di kata nya show off. Bila tulis pasal emosi di kata nya jiwa lemah. So , nak tulis macam mana lagi?

Lebih baik aku berhenti menulis daripada aku terus amukan setan ye bukan #sethtan err tak tentu hala yang bakal membuat semua entry aku bercelaru tulisan nya. Lagipun buat apa buat benda yang buat kita bakal tertekan dan tak happy? Blog-ing sangat menyeronok kan tetapi bila ada yang sibuk mempertikai kan apa yang aku tulis dan gambar yang aku siar kan even itu gambar milik aku , aku rasa tak seronok. Aku benci perasaan itu. Aku tak suka buat-buat gembira sebenar nya aku sentapz dengan ayat menghiris kalbu itu. Uhhh.

So now , aku tekad kan hati untuk undurkan diri kejap dari dunia blog-ing dan mungkin akan kembali bila aku rasa perasaan dan hati aku stabil. Bukan setakat blog-ing nak undurkan diri tapi facebook pun sama. Ada benda lain yang lebih penting untuk aku fokuskan sekarang. Ada banyak lagi masalah yang datang tak di jemput untuk di selesai kan. Ada banyak dan banyak lagi benda yang aku rasa lebih penting aku kena buat. Blog-ing is fun , tapi yeah malas nak tulis banyak tapi aku rasa macam dah tulis banyak. Tsssk.


no more facebook. no more blog. err but maybe i'm still update my twitter. err *pang

yes , come here buku come here buku to mommy. *pang*



pencetus semangat. boleh?

STUDY HARD katanya. :)

Aku malas nak tulis panjang. Tiba-tiba datang mood nak tepek gambar banyak-banyak. Voleyh gitu? Boleh kan aje la -.-' Haih , idea tiba-tiba lari lagi dan terus berlari. Ptuihh.


Alyah - Kisah Hati Guitar Instrumental menjadi pilihan halwa telinga aku sekarang.

pergi lah cari dekat youtube. memang best. untuk aku la.


air tebu. nak air tebu. eh eh #tetibe.

Macam-macam benda nak di luah kan dalam entry kali ini tapi nampak nya aku masih tak mampu nak meluah kan. Cuma apa yang aku boleh kata kan , sekarang ini aku rasa yang terbaik ialah untuk tidak aktif di mana-mana. Lagipun ada yang tak suka kan? Ada yang menyampah kan? Ok cukup pasal tu.

Alang-alang update yang terakhir kata nya , baru teringat tentang FM aku dah bertambah. Yippie. Hari tu Kaka Ekah , Kaka Atie dengan Kak Fieza pergi ke Jakarta dan Bandung , maka aku pun mula lah memintak nak FM , hiks. Gigih tau memintak dengan orang , sungguh tak tahu malu. Tehehehehe.


koleksi FM terkini.

sikit je baru tehehehe.

so far yang ada ; London , Dublin ada 2 , Korea , Germany , Vietnam and latest Bandung , Indonesia :)



thank you Kaka Ekah , Kaka Fieza dan Kaka Atie. hiks.

Uhhu. So for now , aku dah bertekad untuk malas nak update apa-apa. Entah lah bila mood nak menulis dah mati , semua nya aku rasa tak seronok. Lagipun ada banyak lagi benda penting yang aku kena selesaikan dalam masa terdekat ni. Aku tak nak makin tertekan dengan benda-benda simple macam ni. Tak bawak ke mana pun. Malas nak cherita panjang-panjang. Malas nak huru hara kan lagi perasaan yang entah apa-apa ni. Haih.

Hmmm , doa kan aku untuk SPM aku ye kawan-kawan. Tak lama aje lagi ni. Doa kan jugak semua nya benda yang penting aku nak kena selesaikan ini pun berjalan dengan lancar. Amin. Terima kasih buat semua yang drop by dalam belog aku , yang beri komen , yang tengok gambar-gambar , aku tahu ada yang masuk sini sebab nak tengok gambar artis itu kan , tak apa tengok aje lah , tak kisah pun dan terima kasih buat semua ye? Maaf kalau aku pernah terguris hati korang tatkala aku buat ayat yang kadang-kadang mencengkam jiwa , kadang-kadang mengguris hati , terlebih emosi atau apa-apa sahaja yang buat korang sentapz. 

Aku tak suka sebab benda kecik macam ni jadi masalah besar pulak. Malas tahu tak nak layan? Phewww. Dah dah membebel. Banyak lagi benda lain nak kena buat lepas ni. Aku pun dah malas nak layan semua ni walaupun entah boleh entah tidak -.-' Tak suka nak emo-temo sangat. Nanti orang kata aku ni tahu membebel meroyan aje kerja nya kan? Gegirl tak suka tau. Okeh enough merepek. Macam aku cakap tadi , maaf kan aku kalau aku ada buat korang terasa hati ke apa , semua nya tak di sengajakan. 

InsyaAllah , ada umur yang panjang , aku update lagi bila perlu. Mungkin tak selama nya aku undurkan diri ini tapi buat sementara ini memang aku tak nak update apa-apa. Baiklah , selamat blog-ing kawan-kawan semua :)

Antara sebab musabab yang membuat kan aku undur diri juga sebab di bawah ini. Kthxbye!
spmfacts 
127 DAYS TILL SPM.



selamat tinggal *lambaian ratu*


Terima kasih sudi baca entry ini :)


Saturday, July 9, 2011

Dapat Jugak Jumpa Geng AL's !!

Kalau semalam aku bercherita tentang Aaron Aziz sahaja kan. Penuh satu entry dengan gambar-gambar Aaron sampai juling mata kata nya! Kali ini nak bercherita tentang pertemuan yang tak di sangka-sangka. Oh yeah! Sungguh tak sangka boleh terserempak dengan Geng AL's atau nama lain nya Aril Lovers. Aku dah lama jugak kenal dengan diorang cuma tak selalu jumpa diorang. Maklum lah , bila diorang buat gathering apa-apa pun bukan mudah aku nak mintak permission dengan parent aku. Itu yang kadang-kadang diorang cuma kirim kan kad lah , and macam-macam lagi.

Geng AL's ni memang happening yuolss. Rindu zaman kitaorang selalu berjimba ria dolu-dolu. Memang seronok sebab masing-masing sibuk buat ayat geletek ketiyak kan? Harus seronok. Haih , indah betul masa tu. Sudah sudah. Ekekekek. Jadi nya di tengah-tengah menggeletis mengambil gambar Aaron Aziz , tiba-tiba Nisa tepuk dari belakang. Selamat tak opocot ke apa khen? Heh. Lepas tu nampak ada Nisa and Geng AL's. Kemain seronok aku weh. Sebab so far , aku cuma jumpa Nisa je selalu sebab Nisa selalu keluar bersama dengan geng Fizzi'c atau nama lain nya Fizz Fairuz Crew. Wah , rajin aku kasi tahu nama kelab-kelab ini khen? Ekekeke.



oh yeah bersama dengan CitCit.



bersama dengan Put.

Sebenar nya diorang ni datang ke eCurve bukan sebab nak jumpa dengan Aaron Aziz. Ekekek. Tapi diorang datang untuk sambut hari jadi sekali harung Amar Baharin (Anak Wayang) gituew. Aku dah nampak cake Secret Recipes. Ngeh ngeh ngeh , terus aku cakap sila simpan untuk aku ye. Gila kau , baru jumpa dah tak gheti malu kan? Ekekekek. Diorang celebrated dekat Garden. Jadi lepas dah bertenggek dekat BSN Karnival , aku pun pergi ke Garden dengan Kak Fieza , Kak Ekah dengan Kakak aku sekali lah. Tak kan nak tinggalkan diorang kot kan? Ekekekek.

Lagipun diorang cakap Aril AF7 tu pun ada sekali. Itu yang aku pun pergi jugak join sebab nya aku belum pernah jumpa Aril kata nya. Aku semua artis dekat Malaysia aku sokong -.-' Lagipun sebelum ini cuma dapat kad raya dari Aril yuols , ni nak jumpa orang betul-betul lah pulak. Cehh. 


dekat Garden.


kaka Arin.

Citcit dan Reng :P

Oh ya , masa dekat Garden , sibuk betul aku mengambik makanan dengan air diorang. Erk , sungguh tak gheti malu ye. Bukan pasal apa , setelah sibuk berlari sakan dengan Aaron , aku pun mula lah dahaga dengan lapar kan? Itu yang jadi tak tahu malu kejap. Erkk. *pang*

Lama jugak nak menunggu Aril ni ha. Jadi sempat aku berjalan-jalan di sekitar eCurve ni. Tehtap lah kan? Hikss. Aku dah makin tak sabar nak makan cake ye. Dah lah , sungguh lewat petang masa tu. Aku dah tak betah nak duduk lama-lama situ even ada kakak aku. Hehehe. Mujur parent aku kasi kebenaran untuk balik lewat sikit. Risau jugak aku even waktu baru pukul 6 petang tapi aku tak biasa balik lambat. Dah lah dekat Damansara yuolss. Pheww.


birthday boy ; Amar Baharin dan sebelah itu yang pakai tudung hitam kaka Ayu :)


kek ini memang sedap weh.
tapi sayang aku makan dengan rush , maka tak dapat nak feel :/

Hmm , aku sangat lah rush ye waktu ituew. Maklum lah berkejaran nak balik. Lepas tu nak jugak jumpa Aril. Tehtap lah kan? Lepas tu teringin nak makan kek itu. Adess , aku sempat makan sekeping dan kongsi dengan kakak aku. Even Amar and geng AL'S pulak suruh aku yang potong kek tu sebab nampak aku dah macam nak balik dan aku dah merengek nak kek itu. Hehehe. Tapi mana boleh , orang lain punya hari jadi biar lah orang lain itu yang potong kek :D

Aku terus call mak aku cakap nak balik lewat sikit. Mujur mak aku kasi , kalau tak , pheww. Sempat jugak Kak Fieza order air untuk aku. Hahahah gigih Kak Fieza ye :P Aaaa , tentang dekat Ikea nanti aku update nanti k? Uhhu , nak update tentang orang kahwin dulu baru cherita tentang Ikea. Ho ho entry basi belambak-lambak. Pheww. Lepas setengah jam tunggu , maka nampak lah Aril. Ho ho ho , masa ni sempat borak kejap dan sempat lah ambik gambar segala kan? Itu penting yuols! Apa korang ingat aku dengan Aaron Ajis je gheti nak ambik gambar sampai pitamz? Erkk tetibe je pulak.





aku dan Aril katanya.



dengan Amar :)

Happy Belated Birthday Amar :)


sesi memotong kek.

yummeeh sangat kek ini.

Haaa lepas tu pulak , nampak eh eh macam Awan Nano Nano Nano ... APISH la yuolss. Gituew kata nya. Boleh tak feeling jakun jumpa retis AF? Hakhakhak. Actually tak sangka lah pulak jumpa ramai retis dalam satu hari. Hamikk kau. Gituh katanya. Diorang ni kan geng AF itu yang ada sekali tu. Hehehehe. Aku dah alang-alang ambik lah gambar dengan Hafiz. Hiks. 


dengan Apish :)


dengan kaka ayu :)

errkk mohtif kak fieza sebelah tu? *meraung*


dengan Aril lagi. haha.

Lepas dekat dengan setengah jam lepak dengan geng AL's ni aku pun kena lah mintak diri dulu. Even Aril dengan Amar duk potpetpotpet tanya kenapa nak balik awal? Kenapa? Kenapa? Ceh dramatik terus! Nak tak nak , kena jugak balik awal. Heheheh. Lepas dah bergambar salam peluk siyom semua , aku pun balik lah dengan Kak Fieza. Heee. 

Memang tak sangka boleh jumpa dengan geng AL's dekat sini. Pertemuan yang tak terduga okeh? Kalau ada semua geng AL's mesti lagi best and happening wokkk! Mesti punya! Ahh , hari tu jumpa yang berapa kerat tu pun dah gila happening kalau jumpa semua mesti lagi bertambah happening ;) Haihh , harap-harap nanti ada lah kan peluang jumpa korang semua lagi. InsyaAllah :)


aku suka dengan gambar ni.
tak tahu kenapa :)

Ermm , weekend ni korang buat apa? Banyak jalan roadblock kan? Duduk bersantai di rumah aje ke? Ngeee.

psst : ini auto publish. aku buat sekali harung dengan entry Aaron Aziz tu. tengah ada mood nak menulis aku buat sekali harung. Selamat Membaca :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)