Home

Monday, August 15, 2011

15 hari sudah. 15 hari lagi.

Diam tak diam sudah 15 hari kita semua berpuasa. Dalam tempoh 15 hari berpuasa , aku terasa masa yang berjalan dari hari ke hari itu sangat lah pantas. Cuma kadang-kadang terasa lambat bila aku rasa dahaga. Perlu ke cerita? Ok tak perlu. Tapi nak jugak cerita sebab tak nak kasi entry kali ini hambar. Aku rasa puasa kali ini memang pantas masa berjalan. Iye lah , aku rasa macam baru sahaja menulis yang sudah enam hari kita berpuasa. Tapi tengok lah hari ini aku sudah menulis hari yang ke 15 kita berpuasa. Alhamdulillah. Kita semua masih berpeluang merasai Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Lebih aku terasa seronok kerana kesihatan aku kali ini agak baik dan tidak lah seperti tahun lepas. Syukur.

Sekarang ini mesti ramai yang sudah mula kan persiapan untuk hari raya Aidilfitri. Maklum lah lagi 15 hari sahaja lagi kita semua hendak menyambut lebaran. Dah ada ke yang buat persiapan untuk hari raya nanti ? Eheheheh , aku? Memang tak ada persiapan apa-apa pun. Lagipun aku akan beraya dekat KL je kan? Jadi buat ke tak buat persiapan sama aje. Heh. Begitu lah kan.


Sibuk mengira detik berpuasa dengan nak hari raya , macam tak sedar diri pulak kan trial SPM lepas hari raya kan? Fuhh. Sebenar nya next week on 26th August pun akan ada 1 paper iaitu paper Tassawur Islam. Pheww , seram lah pulak. Lepas tu akan sambung exam after raya ; 5 September 2011. Gergh , semakin nervous yuolss. Mahu nya tak nervous? Tengok nak tulis ni pun gigil-gigil siap blank kejap tak tahu nak tulis apa. Eheheheh. Over sangat kan? Tapi itu lah hakikat nya sekarang. Ngeheheh.


Emmm rasa nya tak mahu update apa-apa lagi. Tiba-tiba rasa gementar kan? Begitulah. Moga-moga next week dapat jawab dengan elok dan trial nanti pun dapat jawab dengan elok. Eh eh ayat pun dah pusing-pusing tanda nya aku dah pening lettuew. Kthxbai.



teaser : baju raya tahun ini.

korang dah ada? gituhhh.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, August 13, 2011

Bila Nak Seratus Ni ?

Ehem. Korang rasa , kali ini aku nak bercherita pasal apa ye? Apa benda yang lagi seratus ni ye? Korang boleh agak tak apa agak nya ? Heee. Mengada-ngada betul kan nak suruh orang teka teki teka tekuk , ular mati dalam mangkuk kan? Gituh ...

Sebenar nya nak bercherita tentang ehem ehem , korang kalau perasan dekat sidebar belog aku ini ada aku letak kan badge untuk fanpage Cherita Emo-Temo. Tadi aku perasan yang fanpage itu dah nak mencecah 100 orang. Sekarang baru 93 orang lik kata nya. Ehem , sebenar nya aku bukan lah perasan popular gowjes tetapi ada lah sikit-sikit perasan DIVA kan? uhuk uhuk. Ish lari topik. Sebenar nya ada banyak tujuan kenapa aku buat fanpage Cherita Emo-Temo tu. Bukan mengejar populariti mahupun mengejar glamour lah kan kata orang.

Sebalik nya aku rasa kan , buat fanpage lebih selamat daripada aku suruh orang add personal facebook aku. Aku tak kuasa nak buat dua facebook semata-mata untuk asing kan kawan-kawan belog , kawan-kawan personal , kawan-kawan itu dan ini. Leceh. Tapi dengan fanpage ini aku boleh guna satu akaun tapi dapat kenal dengan ramai orang. Tak gitu walaupun yang like fanpage aku , aku rasa macam kawan-kawan personal aku sendiri je? Erkk. Ngahahahah. Nevermind , diorang kasi sokongan dekat aku tu. Ada jugak kawan-kawan blogger yang like jugak , itu memang bikin wa terharu la derr. Terus ganas kan ayat? Ekekekek.


ehem , sekarang dah 93 orang like.

p/s: err ada kawan friendlist aku yang kena paksa like. muahahahah. *pang*


ehem ehem.

moh cepat-cepat LIKE : Cherita Emo-Temo


Ehem ehem , korang tak mahu ke LIKE jugak fanpage belog kesayangan aku ini? *gigitjari* Meh lah LIKE fanpage itu sebagai tanda sokongan kan? Terutama yang 813 followers Emo-Temo kan? Korang WAJIB LIKE okeh? Bukan harus lagi dah tapi WAJIB okeh? *pang* Muahahahah. Tak paksa tapi sangat lah terharu kalau korang LIKE fanpage itu okeh! Lagipun aku pun ada jugak update gambar-gambar dekat situ. Ehem ehem contoh nya gambar-gambar Aaron Aziz kan? Itu wajib uolss. Ngahahaha , rasa nak pang pipi bertalu-talu kan?. Ehiks mana-mana gambar memang aku update dekat situ. Dekat facebook personal pun letak jugak tapi dah korang tak boleh nak add macam mana mahu tengok kan? Gitu statement. Ekekekek.

Ehiks , harap-harap ada lah kan yang sudi-sudi LIKE fanpage Cherita Emo-Temo itu. Ehehehe. *pose muka tak tahu malu* Keh keh keh. Apasal macam tak tahu malu pulak gaya aku menulis ni? Meraih simpati sangat kan? Tapi hada mak kisah cak cak cak? *petir* Ekekekek. 

Err so so so dah tak ada benda mahu update. Sampai di sini dulu lah ek? Nanti-nanti aku update lagi lah ye. Eheheheh. 

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, August 12, 2011

Roti Jala Pun Dah Cukup ! Gituh !

Note : Ini merupakan entry AUTOPOST

Kali ini aku nak bercherita tentang menu berbuka puasa aku beberapa hari yang lepas. Baru ada rasa keinginan nak bercherita kata nya. Lagipun banyak jugak gambar-gambar dalam folder ni kan? Harus turn by turn gitu. Gituh lah kan. Kalau sebelum ini aku pernah beritahu yang family aku wajib ada kuih muih Kelantan dan Nasi Kerabu setiap kali berpuasa kan? Aku pun ada jugak menu wajib setiap kali berpuasa. Biasa nya aku punya makanan masa berpuasa memang lain dari yang lain. Eheheheh , kadang-kadang aku seorang je makan nasi briyani. Kadang-kadang aku seorang je makan chicken chop. Memang betul-betul mengada kan? Ehiks.

Setiap kali berpuasa memang aku selalu merengek dekat Umi aku untuk makan roti jala. Sebenar nya kalau ikut hati aku beli aje lah senang dekat Baazar walaupun aku tahu biasa-biasa aje rasa dia kan? Malas nak menyusahkan Umi aku. Tapi sebab Umi aku rasa lagi untung buat sendiri , jadi Umi aku pun bergigihan buat aje lah kecuali kalau aku seorang aje nak makan , nah ambik kau beli aje lah rm 4 hinggit dapat lah sepoloh keping. Tak worth sangat khen? Tapi kalau dah tergedik-gedik nak makan , beli aje lah kan? Asalkan perut boolat aku kenyang. Gituh!

Jadi nya , Selasa lepas , Umi aku pun bergigihan lah kung kang kang kung buat roti jala dekat dapur. Harus lah dapur kan? Tak kan Umi aku nak buat roti jala dekat ruang tv kan? Memang mengarut sungguh lah kan? Hahahahah. Gituh katanya! Biasa nya Umi aku akan buat tak banyak sangat dan tak jugak sikit sangat. Maklum lah anak bongsu dia ni pelahap sikit kan? Sebab kalau bulan puasa , kalau dah ada roti jala memang aku tak akan makan nasi dah. Memang aku melahap lah roti jala tu sampai montah katanya! Curlast tak? Hahahaha.

Ok ok jom tengok gambar pulak kan? Membebel banyak-banyak pun tak guna okeh! Gituhhhh...


roti jala dalam pembikinan.

jari berinai tu jari mak aji lah uols. ekekeke mak aji = umi aku la. ahaha.


roti jala!

Ini nak cherita pulak pasal masa buat roti jala kan. Aku pernah jugak try nak tebar roti jala tu yuolss. Tapi kan sebab aku ni suka betul menggigil , maka lain yang nak di tebar lain pulak yang jadi nya. Hazabedah sungguh! Memang membebel lah mak aku kan tengok hasil tak menjadi kan? Ehiks. Lantas aku pun malas nak cuba-cuba lagi. Setiap kali nak cuba setiap kali tu jugak nak gigil. Gewdik sungguh ! Last-last aku cuma tolong gulung kan roti jala itu aje. Eheh , itu pun kena buat elok-elok ye. Kalau tak leteran mak aji makin panjang nanti. Siapa nak jawab? Jawab lah kau dalam hati diam-diam. Ekekekek.



hasil setelah siap...

eheh , nampak macam byk kan? 

tapi sbnrnya sekejap je ni uolss aku ngap ngap. hamboii sungguh tak sopan!



gulai daging yang boleh di cicah bersama roti jala.

nyum nyum nyum.

Biasa nya aku kalau makan roti jala ni , aku akan makan roti jala tak berkuah. Tapi kadang-kadang mak aku akan buat kari daging tak pun kari ayam. Tapi Selasa hari tu mak aku buat gulai daging. Sedap jugak meh cicah dengan roti jala. Eheheheh. Ada setengah orang cicah dengan kuah durian kan? Dah lama betul mak aku tak buat versi yang jenis macam tu. Sedap jugak tu mehhh. Ceh, IjahEmoTemo apa benda yang dia kata tak sedap kan? Ahahahaha.

Hiks , sebenar nya nak cherita pasal roti jala tapi panjang berjela kisah yang aku tulis macam pengalaman bercuti ke Phuket aje kan? Hahahahah , apahal lah dengan aku ni mengarut je lebih hari ni. Hiks. Tak mahu dah mengarut-ngarut lagi. Ehehehe. So , korang ada tak jenis macam aku , suka makan roti jala? Ngeee. Biasa nya korang buat ke beli? Gituh soalan kan? Tehtaaaap. Hahahah. Oh last but not least lihat pinggan roti jala saya! :D


mueheheheh berkeping-keping roti jala saya makan!
iye , tak makan nasi dah kalau dah makan roti jala ;)

ohh endah kan kuih buah tanjung itueww. hiks.
kthxbye.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, August 10, 2011

Kuih Muih Kelantan | Manis Tapi Sedap ! Dok Gitu ?

Note : Ini Merupakan AutoPost.


Setiap kali muncul nya Ramadhan , memang boleh di kata kan sebagai wajib juga untuk ada kuih muih Kelantan dekat rumah aku ni ha. Memang every year , kitaorang akan tempah menempah kuih muih seperti Buah Tanjung , Akok dan Jala Mas dari orang yang sejak berapa tahun dulu nya kitaorang selalu tempah. Memang terbaik kuih muih yang diorang buat ni yuolss. Berbaloii beli okeh? Wah tiba-tiba mak promosi walaupun tak kasi alamat kan? Gituh!

Biasa nya setiap kali berpuasa , memang kitaorang akan tempah kuih-muih tu semua dan buat juadah berbuka untuk kuih muih. Iyelah , kitaorang ni bukan pergi Baazar Ramadhan hari-hari. Jadi kalau mak aku tak rajin nak buat kuih , kira nya itu aje lah kuih muih kitaorang. Itu pun dah sedap sampai makan tak hengat kan? Gituh katanya. Memang tak nafikan kuih-muih ni semua manis tapi jangan lah makan banyak sangat. Ala kadar sudah uols. Lepas tu yang kitaorang makan tak hengat tu bukan pasal apa , sebab nya bila bulan puasa je mak aku tempah. Hiks. Biasa nya tak akan mudah-mudah habis kuih muih ni. Sebab biasa nya mak aku akan beli banyak dan paling-paling sekejap nak habiskan kuih muih ni pun dalam masa dua minggu macam gitu lah. Lama tak lama kan? Lagipun boleh simpan dalam peti kan!

Tak mahu tulis panjang-panjang lagi. Jom layan gambar yuolss. Fuhh , semenjak berpuasa ni penuh folder picture aku dengan gambar makanan. Ngeee , belog pun sama kan? Ngeee. Apa kau Jah ngee ngee ? Pang mahu? Ngahahah tiba-tiba aje kan?! *petir*


ini nama dia Kuih Akok. 


yang bulat-bulat nama dia : Buah Tanjung. *jgn tanya mek mana dpt nama asal usul kuih itu!
yg ala rambu-rambu bukan rambut okeh nama dia : Jala Mas *jgn ty jgk asal usul nama kuih ini!*


gambar selingan : Kuih Cara Inti Daging dan Kuih Cara Inti Gula.

So mana satu pilhan korang? #tetibe.

So korang pernah tak makan kuih muih Kelantan ni? Memang kebanyakkannya manis tapi sedap. Ehehehe , macam aku selalu cakap , lain orang lain taste. Ada suka ada tak kan? So begitu lah. Uh , sedar tak sedar kan dah 10 hari kita berpuasa kan? MasyaAllah cepat sungguh masa berjalan kan? :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, August 9, 2011

Saya Pun Dah Jumpa Aaron Aziz. Ek?

Kali ini nak bercherita pasal Darwisy yang Umi aku tolong jaga itu. Asyik bercherita pasal makanan sahaja kan? Nak jugak di selang-seli kan dengan kisah lain pulak kan? Hehehehe. Kisah nya minggu lepas aku tengah duduk depan laptop bukak Twitter , tiba-tiba Darwisy ni datang dekat aku. Macam biasa lah kan , sibuk ajak main sekali semua lah kan? Tapi aku macam biasa tengah puasa-puasa ni memang malas betul nak main dengan dia. Tehehehe. Teman tu okay lah tapi main sekali tu yang tak okay. Ekekeke.

Lepas tu kebetulan aku tengah tengah tengok twitter AaronAzizLovers masa tu. Tiba bermula lah dialog antara aku dengan Darwisy yang buat aku ala-ala ternganga dan kemudian nya ketawa guling-guling. Ekekekek.

Darwisy : Ijah ini bukan ke yang lawan-lawan? *sambil tunjuk background twitter AaronAzizLovers
Ijah : Emmm , oh KL Gangster. Malek!
Darwisy : A'ah lah. Dia lawan-lawan kan Ijah?
Ijah : A'ah. 


comel !

tengah menulis ABC masa tu. hiks. itu yang ada pensel :P


ekekeke siap pakai spek yuools.
itu spek aku masa kecik-kecik. 
ala yang spek mickey mouse , spek mata hitam ituew.
tapi skrg udah nan hado yg cover hitam. dah jadi ala-ala spek betul gituew.


Lepas tu diam kejap. Darwisy masih teruja tengok gambar Aaron. Hahah. Lepas tu tiba-tiba aku dengan penuh riak ...

Ijah : Awisy , Ijah pernah tau jumpa dengan Aaron. *pang*
Darwisy : Eh sama lah. Awisy pun pernah jumpa!
Ijah : Ek , Awisy pernah jumpa eh?Dekat mana? *teruja*
Darwisy : A'ah , Awisy jumpa dalam TV!

*pitamz*

terus terkulai layu akak mendengar jawapan si comel pujaan hati ini. hamboiii over kau jah , kang hade yang hangin buat ayat macam itu kan? hehehe.


ini lah background twitter yang Awisy tunjuk dekat aku tu.
hehehe

YA HAMPUN !! Masa itu aku dah nak gelak guling-guling dengar jawapan Darwisy tau. Kalau ingat balik riak wajah Darwisy yang confident gila dengan tersenyum lebar tu aku mati-mati percaya tau. Hahahaha. Comel betul jawapan dia. Iye lah kan? Kalau macam itu aku pun selalu jugak jumpa Aaron dalam TV kan? Hahahah. 

Bijak tak bijak budak kecik ini tengok aje bila dia menjawab soalan. Ekekekek. Memang macam itu lah selalu nya Darwisy. Boleh buat orang tergelak bila dengar dia menjawab. Sangat comel okeh. Heheheh , sengaja je update pasal benda ini kan? Nak jugak bercherita hal Aaron kan meski bulan Ramadhan? Gituh katanya. 

So nak cherita apa lagi ye yuolss? Dah macam tak ada pulak benda nak di cherita kan lagi. Ehehehehe. Begitu lah kan kisah nya , sampai dekat budak kecik pun sibuk kecoh cakap hal Aaron kan? Hepp , jangan cakap ai kipas susah mati Aaron ye? Kipas rumah ai elok je lagi. Erk? Wakakakak. Harus di lempang muka ai dengan statement ituew kan? Ngahahaha. Tapi sungguh lah bila ingat balik apa yang Darwisy jawab hari tu , memang terus terasa nak gelak tau! 


err terjumpa gambar ini dalam Stanza Cinta TV3 fanpage yuolss.

ehem , itu buku mak okeh! ada lagi gambar-gambar lain yang nak di kongsi tapi itu tunggu lepas Raya okeh? oppss.

nampak tak muka Aaron itu ala-ala memikir ayat? ceh , penuh satu page muka surat depan Aaron tulis siap dengan Study Hard lagi. meks terharu okeh. tak habis-habis lah kau Jah!

keh keh keh. harus lah meks kecoh kan? dah orang lain pun sibuk kecoh kan? ke nak printscreen jugeek DM ai bersama Aaron? 

sudah faizah sudah , sila kembali ke jalan yang benar. erkk. sibuk tarbiah orang diri sendiri pun dua kali lima aje kan? *meraung*

*hensaf*

Sebelum entry ini bertukar isi yang melampau-lampau , ngahahaha , baik aku berhenti menulis. Ekekekeke. Suka macam itu kan , campur aduk kan cherita bagai kan? Hahaha , tak apa lah janji belog ini tak bersawang dan berdebu katanya! Gituhhh ...

Terima kasih sudi baca entry ini :)