Kalau perasan sejak kebelakangan ini setiap hari aku update belog bukan? Pasti ramai yang berprasangka yang aku mempunyai banyak ya amat masa lapang sehingga kan setiap hari aku meng-update belog. Banyak betul idea yang mencurah-curah si IjahEmoTemo ini ye? Pulak tu setiap pukul 1.30 tak pun pukul 2 petang mesti dah siap entry nya bukan? Pantas nya dia menulis? Hebat sangat ke sampai tiap-tiap hari boleh siap kan entry sepantas begitu?
Dah banyak kali juga aku ulang beritahu yang aku tak pernah pun update di hari yang aku publish kan. Kebanyakkan nya aku buat auto post siap-siap memandangkan aku tahu yang aku ni pun ada jugak angin yang aku akan tak ada langsung idea mencurah-curah dan kadangkala bila kita dengan macam-macam masalah kiri dan kanan dengan penat ya semacam aje membuatkan hilang terus mood dan idea untuk update bukan? Sebab itu aku siap kan cepat-cepat dalam weekend atau sehari atau dua hari sebelum tarikh yang aku nak publish gitu. Kecuali kalau macam entry semalam aku dapat parcel from Kaka Milo , itu memang aku buat on the spot. Tapi kebanyakkan entry-entry aku memang semua nya auto publish.
Bukan pasal apa aku nak menggedik buat auto publish cepat-cepat tapi kadangkala masa yang aku guna kan untuk update sahaja untuk satu entry memakan masa selama sejam dek kerana aku risau ayat yang tak sesuai lah , aku risau ayat merapu terlampau banyak lah dan macam-macam lagi. Lagipun untung jugak masa aku untuk pergi blogwalking ke belog-belog lain kan? Heheheh. Itu lah punca utama nya kan! Aku bukan apa membebel pasal benda ni tapi sebab aku malas lah nak dengar mulut-mulut orang yang suka hati dia aje nak cakap kita ni asyik menghadap laptop sahaja kerja nya kan? Kalau iye pun aku menghadap tak ada lah sampai 24 jam yuolzz. Apa korang ingat aku ni tak reti nak belajar? Tak reti tengok kalendar SPM dah nak dekat? Hoii , jangan sesekali membuat taburan kata-kata menghiris kalbu macam gitu!
printscreen yang sempat aku buat last week kot?
tengok tu punya lah bersusun schedule post kan!
so sah lah kan aku tak pernah pun update on the spot kecuali ada entry-entry kecemasan tertentu !
Aku sebenar nya tengah tak tahu nak update pasal benda lain lagi , jadi aku pun update lah pasal ni kan? Ada aje benda-benda lain yang boleh aku update tapi aku rasa macam tak ada mood nak tulis pasal benda alah tu. Heh. Memang sejak dua menjak ni aku banyak buat auto post sahaja dan semua-semua entry itu aku buat masa weekend sahaja memandangkan masa itu sahaja aku free yang betul-betul free. Weekday jangan harap lah bai nak update sangat. Kadang-kadang nak belogwalking pun malas tapi sebab orang dah datang belog kita tak kan tak mahu datang belog diorang kan? Ngeee.
Well said , aku jugak harap dengan entry-entry yang aku tulis sebelum-sebelum ini jangan cuba nak tafsir macam-macam ala-ala korang ni tukang tafsir hidup orang. Tak payah nak sibuk hal orang sangat. Kadang-kadang aku dah penat tahu nak melayan dengan sifat manusia yang teramat sibuk tentang hal orang lain. Aku tulis dalam belog adalah untuk membuat kenangan di hari masa akan datang. Aku letak gambar bersama siapa sahaja pun dalam belog pun tujuan kenangan di masa akan datang juga. Bukan atas dasar perkara-perkara lain. Malah segala Buffered Earning yang aku tunjuk pun atas dasar entry penghargaan semata-mata bukan sekelumit pun nak show off atau sebagai nya sebab nilai dia sangat lah sedikit okeh? Tak ada pun nak riak semata-mata macam boleh dapat beratus-ratus ringgit okeh? Kalau dapat itu rezeki , kalau tak dapat kita usaha kan lebih lagi kan?
Aiyark! Tak pasal-pasal entry ini sudah menjadi panjang berjela. Itu yang malas bila menulis dalam keadaan ber-emosi. Choii sangat perasaan seperti itu. Ngehehehe. So korang ada buat auto post jugak tak? Ngeee auto post ni sebenar nya boleh tahan memudahkan kita tapi if dalam weekday macam sekarang kau ada cerita lagi hangat dari yang sudah korang tulis siap-siap, memang antara kau tunggu bila-bila kau tengok semua entry dah publish atau publish dua kali dalam sehari atau tangguhkan dulu autopost dulu then publish yang cherita hangat khenn?! Gitueww panjang lebar berceloteh. Hikhikhik.
Bila dah tak ada idea nak menulis tapi masih mahu update begini lah jadi nya kan? Aku saja aje tulis yang kebanyakkan entry aku itu auto post sebab aku malas nak tulis note dekat bahagian atas setiap entry aku lepas ni. Letih jugak woii nak tulis benda tu. Dasar pemalas khen? Okbai.
nota chenta :: nanti aku singgah balik siapa yang datang komen dekat entry aku yang lepas ye? maaf tak dapat singgah selalu semalam. tengah ber-emosi semalam. tskk. *lempang pipi laju-laju*
Terima kasih sudi baca entry ini :')








