Home

Monday, October 8, 2012

Semput

Ya , aku memang tengah semput sekarang ni. Sekarang ni aku tengah demam , batuk , selsema dengan sakit kepala beserta pakej lelah. Hah! Menarik tak? Memang menarik sangat sampai terasa susah nak tidur dengan bernafas gituh. Aku memang benci kalau batuk sebab setiap kali batuk aku memang akan semput jugak. Stress kan? Jijah biasalah , bila terlebih-lebih aktiviti lagho eh , mesti tetibe nak migraine , tetibe nak demam , tetibe nak selsema , tetibe nak itu , nak ini ! Pasrah sangat kan?

Eh, tetibe nak mengadu domba bagai kan? HEHE. Meski badan dah lemah semacam tapi tetap gigih nak update bagai kan? Tapi entri basi tetap gigih kasi peram kan? Tunggu masa sesuai kita publish sampai pengsan katanya kan? Alah, ada je pun orang lain yang publish lambat entri kan? So, buat rilek buat cool saja lah dulu. Kannnnnnnnnnn? Hahahaha.

Tak tahu nak tulis apa lagi. Sebab otak macam blank tiba-tiba. Biasalah. Tengah tak sihat. Lambat sikit nak berfikir kan? Tehtap kaberina diri sendiri kannnn? Ekekeke. Cukup sampai sini dulu. Esok Jijah update lagi. Doa kan Jijah cepat-cepat sihat. Tak tahan sungguh dengan rasa semput ini. Sobs. 

Last but not least. Jijah yang semakin tembam. Paswah. BYE.


terasa shanteeeekkkkk pulak tetibe...

mampooooo puji diri sendiri shantekkkk???? *panah petir*

HAHAHAHA BYE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, October 1, 2012

Hello Oktober!



Gambar beberapa bulan lepas. Sebelum berpuasa jika Jijah tidak silap. Sengaja letak dalam entri yang tidak diketahui apa isi kandungnya. Eh, padahal kau sendiri yang menulis Jijah? Cetttt. Hehe. Akhirnya bulan Oktober sudah menjengah tahun 2012. Cepat sangat kan masa berlalu? Kadangkala macam tak percaya yang sekarang sudah menjejak ke bulan Oktober! 

Begitu katanya kan! Heh. Oktober ini tidak tahu lagi bagaimana aturan perjalan hidup Jijah. Tapi moga-moga semuanya berjalan lancar dan semuanya baik-baik saja. InsyaAllah. Tak larat nak menghadap emosi semata-mata , nak menghadap amarah tidak semena-mena. Kalau boleh Jijah hanya enjoy kehidupan Jijah dengan kebahagiaan semata-mata. Tapi siapa kita untuk menolak segala ujian , cabaran dan dugaan itu kan? 

Kan! Tetibe terasa nak membebel tak tentu hala. Heh. Sekadar nak membuat entry pendek sahaja. Sekadar untuk mengupdate belog di hari pertama Oktober dengan harapan Oktober ini mampu membuang segala rasa malas yang bertandang dalam diri untuk mengupdate belog kan? Hiks! InsyaAllah. Ada banyak gambar. Ada banyak cherita basi , as usual. Tapi itu akan menyusuri kemudian okay? HEHE. Lagipun Jijah update untuk tatapan kenangan memori Jijah di masa hadapan saja. Tak pernah pun beranggapan untuk menulis belog ini untuk menjadi popular. Tidak sekali-kali. Jadi kalau ada cherita basi , maafkan saya.

Last but not least. Cuba teka siapa di belakang Jijah itu? :p 


:p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, September 26, 2012

Dia Yang Kau Pilih.

Sebenarnya tak ada idea untuk letak tajuk apa untuk entri ini. Otak macam beku sepoloh minit apabila hanya termenung semata-mata depan netbook dengan pandangan yang kosong sahaja. Akhirnya , tertulis pula tajuk entri ini "Dia Yang Kau Pilih". Erhiks , itu sebenarnya tajuk lagu Shahir AF8. Segalanya bermula bila menonton drama Adam Dan Hawa kan? Ada pula lagu Shahir AF8 dalam drama tersebut. Terus terasa seronok dan gembira sebab lagu Shahir AF8 ada dalam drama tersebut.

Jijah biasalah , selalu overacting dan dramatik tahap maksima langit ke tujuh kan? HEHE. Sekarang masih juga tidak berjaya untuk mengupdate segala yang sepatutnya. Semua nya terpendam lesu dalam draft. Lesu lah sangat! Ada sesetengah entri yang ingin di publish itu , gambar-gambar nya masih belum letak watermark. Lagipun minggu ini emosi Jijah agak terganggu. Biasalah Jijah , pernah ke emosi dia nak stabil sangat? Eh ngeri pulak aku baca ayat aku sendiri -__-'

Minggu ini memang aku agak kurang sihat. Habis seluruh badan terasa tak selesa. Diri sendiri pun tak pasti kenapa dan mengapa. Mungkin tengah musim orang tak sihat kot? Sekarang ni kepala asyik berdenyut sakan. Terasa macam ada bas lalu atas kepala sambil joget-joget zapin sikit. Tahu tak rasa dia macam mana? Sakit sangat-sangat. Lepas tu terasa macam nak hentak-hentak saja kepala ini. Tapi confirm makin sakit nanti kan? Heh. Mungkin juga aku perlukan rehat. Mungkin juga perlu masa untuk bersendirian. Mungkin. 

InsyaAllah , kalau ada kerajinan , nak mengupdate segala cherita-cherita basi itu. Tak larat sungguh diperam sampai jadi perkasam kan? Lagipun dekat sini saja Jijah nak bercherita bagai nak rak dengan feeling-feeling tergolek bawah katil , lari-lari belakang pokok , dan macam-macam lagi kan? I'm such a drama queen huh? Hahahaha , sometimes! Eh bila bercherita tak ada gambar macam tak best kan? HEHE.


R.I.N.D.U :')

Gambar tak ada kaitan dengan entri. Gambar tak ada kaitan dengan tajuk entri. Ghasak letak apa saja gambar. Janji ada gambar kan? Dan sesungguhnya memang merindui mereka semua yang berada dalam gambar. Ada yang tidak ada dalam gambar pun rindu jugak. Rindu sangat-sangat. Haish. Jadi entri emosi pula nanti. Tak apa itu kita buat entri khas kemudian.

Korang semua apa khabar? Sihat? HEHE , dah lama tak blogwalking belog orang lain. InsyaAllah andai ada kesempatan pasti Jijah akan berkunjung balik ke belog korang ye? Tunggu saja internet ini jadi laju macam Ferrari , confirm Jijah akan pergi menyinggah k?! Ngeee.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, September 20, 2012

Siput

Bukan nak bercerita mengenai siput atau jenis-jenis siput. Tapi nak bercerita mengenai keadaan internet yang tak ubah seperti siput. Habis segala perkara yang konon nya nak di update tergendala dengan begitu sahaja. Biasalah , Jijah kalau update tak ada gambar terasa macam kosong sahaja. 

Ini pun internet tengah laju sikit pun dah rasa cukup lega. Saja update begini dahulu. Saja sangat kan? Sekarang gigih buat schedule entry sahaja. Jadi next week tak ada aku membebel tak tentu hala kalau tak dapat update atau apa kan? Cuma untuk blogwalking tak berani jamin dan tak berani untuk berjanji. Minggu ini pun aku langsung tak berpeluang untuk menjenguk belog orang lain. 

Memang internet siput sedut sesendu-sendunya sungguh. Amboi bahasa , bukan main lagi kan? Hehe. Ada banyak cherita basi yang nak disajikan untuk korang. Dah berjuang habis-habisan untuk mengupdate secara pantas , tapi masa tak mengizinkan. Biasalah , kita rancang macam-macam tapi cerita di kemudian hari jadi lain. Tak begitu uols? Kan!

Meski entri ringkas tetap Jijah nak selitkan sekeping gambar. Tetap ye. Last but not least.


Gambar Yang Tiada Kena Mengena Dengan Cerita.

Tapi asalkan ada gambar jadi lah tu kan uols?

Okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, September 18, 2012

Dua Tahun ♥

Mungkin agak terlambat untuk menulis entri ini. Tapi rasanya semua entri-entri dalam belog Jijah , semua lambat daripada masa yang sepatutnya di-publish-kan. Paswah sungguh dengan diri sendiri. Hailah. Tak pasal-pasal nak mengomel kan? Hiks. 

Jarang sangat menulis mengenai belog sendiri. Dah lama betul tak menulis tentang Cherita Emo-Temo itu sendiri kan? HEHE. Khamis lepas aku sebenarnya agak sibuk dengan macam-macam aktiviti lagho aku. Itu sudah tentu. Heh. Tapi sempat menjenguk belog sendiri, membuang perasaan bosan yang bertandang tanpa diundang katanya. Bila aku melihat ruang tepi belog aku , aku terkejut. Sebenarnya , aku terlupa tentang tarikh yang agak penting untuk Cherita Emo-Temo. Ini memang betul-betul punya terlupa. Hehe.

Tapi tarikh apa yang Jijah terlupa sangat tu kan?


2 Tahun.

Tapi IjahEmoTemo terlupa tarikh bernyawa bersama Cherita Emo-Temo?

Auwch!

Dah dua tahun rupanya belog kesayangan pada tanggal 13 September yang lepas. Tak teringat langsung. Mungkin aku macam sambil lewa sahaja mengingati tarikh kelahiran belog kesayangan kan? Tak penting pun. Cuma belog ini tempat aku meluah segala ekspressi yang terkandung dalam jiwa kan? Nak menggedik , nak menggeletis , nak menunjuk-nunjuk gambar dengan retis sekalipun matilerr lagho , semua dekat dalam belog kesayangan kan? Hiks.

Alhamdulillah. Tak sangka yang aku masih lagi bertahan dengan belog kesayangan ini. Pernah dulu terdetik , untuk memadam juga belog Cherita Emo-Temo. Masa itu jiwa sangat rapuh dengan macam-macam perkara datang melanda sekali harung. Hendak meluah dalam belog sendiri , aku berfikir segala jenis pertimbangan antara baik dan buruk. Sehingga sekarang seboleh-bolehnya aku menulis perkara yang terlebih-lebih emosi. Meski belog aku bernama Cherita Emo-Temo tapi oh tidak mungkin untuk menulis perkara yang terlebih-lebih emosi. 

Kata kau Jijah! Terima kasih untuk semua yang masih setia membaca Cherita Emo-Temo yang hanya belog picisan ini. Meskipun ada pembaca senyap , tapi masih juga mengunjungi belog ini. Tak kira , selepas itu ada suka atau tidak dengan entri-entri dalam belog ini. Jijah tehtap terharu dengan sokongan yang tak berbelah bahagi ini. Hah, ini lah penangan asyik berjumpa artis kan? Ucapan pun tak mahu kalah macam artis popular kan? Hahahaha korang mampoooo? *pangggggggg*

Anyway , setiap mereka yang follow belog ini , membaca belog ini , memberi komen dalam belog ini saya sangat-sangat menghargai. Walaupun kadangkala belog saya ini bukan best mana pun kan? Walaupun kadangkala belog saya ini hanya penuh dengan gambar-gambar lagho saja kan? Walaupun kadangkala belog saya ini hanya penuh dengan merapu sahaja kan? Tapi tetap ada yang membaca kan? Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat menghargai. Setiap daripada kamu...kamu...dan kamu itu cukup-cukup saya hargai ! Hehe. 

Andai kata sepanjang dua tahun saya menitip kata dalam belog ini terkasar bahasa , tersilap bahasa , terbuat korang berasa tidak selesa tatkala membaca , Jijah minta maaf banyak-banyak ya? No heart feeling and no hard feeling k? Mungkin Jijah terlepas pandang agaknya. Hehe. Alhamdulillah dua tahun menulis dalam belog sendiri ini ada macam-macam rasa ketika menulis. Baik ada perasaan manis tak terhingga sehingga pahit tak terkata. Gituh kan.

Tapi sebenarnya masa 13 September lepas Jijah sambut anniversary belog ini bersama Diva Indonesia yang sangat popular okes? Siapakah? jeng jeng jeng :p Last but not least.


Jijah dan Rossa?

Tungguuuuu...next update okes?! :p

Hikhikhik. Nantikan update seterusnya ya? :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)