Home

Wednesday, July 3, 2013

Happy 2nd Birthday Aaronators!

Minggu lepas Jijah berkesempatan untuk meraikan tahun kedua penubuhan kelab peminat Aaron Aziz iaitu Aaronators yang telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Haruslah Jijah turut ada disitu untuk meraikan bersama-sama seluruh Aaronators kan? Haruslah khen? Di mana ada Aaron Aziz di situ ada Jijah khen? Bukan Jijah kata tapi orang lain kata. Jijah iyekan sajork! HAHAHA , ayat mintak lempang sangat kan!

Tema untuk meraikan tahun kedua penubuhan Aaronators ini ialah BIRU , PUTIH dan SKULL. Memang berseri-seri semua dengan gaya tersendiri mengikut tema yang telah diberikan. Jijah punya tema haru biru adalah kot? HAHAHAH. Biasalah , Jijah biasanya kalau pergi event bukan mengikut tema sangat. Kata Diva Pora? *pangggggg* Okay , sebelum Jijah semakin merapu , why not kita tengok gambar chuolss? Jijah kalau dah start merapu , karang bertambah sepuluh perenggan kan? Menganga lah korang nak tengok gambar tak tahu bawah mana kan? Ekekeke. 







Sebenarnya pada majlis tersebut kami semua turut berasa hiba dan sebak kerana mengetahui salah seorang CM's Aaronators iaitu Kinah kehilangan ibunya. Semoga Kinah terus kuat dan ketahuilah bahawa Jijah dan seluruh Aaronators serta Aaron Aziz & keluarga sentiasa bersama dengan Kinah ya? We love you Kinah! *hugs*

Okay tak mahu cherita sedih-sedih dalam entri ini , karang Jijah yang tersedu sedan sekejap lagi. HEHE. Kalau nak di cheritakan tentang keseluruhan majlis ini ternyata sebuah majlis yang ringkas tetapi weols enjoy every moment there. Kalau nak tahu enjoy ke tidak , boleh tengok dalam setiap gambar yang sempat Jijah snap okeh? Okay jom sambung tengok gambar lagi! ;)









Hehamboi , cuci mata sangat lettuew khen? Gegeh Jijah snap gambar khas untuk tatapan mereka yang minat pada Aaron Aziz. Kalau yang bukan minat , jangan mencerca entri ini okes? Ada banyak lagi entri Jijah hat menarik , pi baca hat tu okeh? HAHAH , suka suki kasi warning begitu kan? Hidup kena buat benda yang kita suka , bukan yang orang lain suka kan? Hihiks.

Well , memang Jijah saja je snap banyak-banyak. Karang bila Jijah snap ciput , ada orang bertanya pula. Maaflah , Jijah bukan profesional punya photographer. Masih lagi bertatih konsepnya. Tapi kalau ada yang gambar tu nampak shantek , ehems Jijah yang snap okeh? HAHAH , tetibe kau Jijah nak memuji diri sendiri khennnn? hakhakhak.

Sudah Jijah! Entri ini memang meriah dengan gambar. Jadi apa lagi?









Farra , Syafiq , Aaron , Dahlia Arissa , Kak Radzlina & Kak Ayu.


GWIYOMI kecuali Aaron Aziz! HAHAHAH.


Okay , memang gambar sangat banyak. Jenuh juga memilih yang terbaik untuk letak dalam belog kesayangan ini. Memang yang ada dalam belog ini antara yang shantek dekat mata Jijah dan yang ingin Jijah kongsikan bersama korang. Tehehe. Sebenarnya tak tahu nak cherita apa lagi. Mungkin pasal makanan? Okay makanan dia sedap! Sebab Jijah sibuk snap gambar orang , memang tak terdaya nak tambah banyak kali segala aneka makanan. But seriously sedap. Kalau tidak haruslah orang yang tak berganjak atas kerusi itu ialah Jijah dek kerana kesedapan makanan khen? Aaron Aziz lalu pun tak hirau konsepnya! HAHAHA , kemain!! :P


Jijah & Kak Deina


Jijah & Yaesh anak Kak Watie padayappa! HAHAHA.


Jijah & Kak Echa.


Jijah & Danish Anaqi , satu-satunya anak lelaki Aaron Aziz (so far lah! ekekek)

Okay , kebuncitan perut tu sudah tak dapat nak dikawal. Anggaplah ia sebagai penyeri gambar ye? *pangggggg* HAHAHAHAH.





3D's ( Danish , Dwi & Dahlia ) & Yaesh telah buat persembahan ringkas iaitu wayang kulit or in Indonesia they called as wayang golek eh? Okay , I'm not sure about that. Something like that lah. Last-last Daddy dengan Mommy kena masuk campur sebab dah jadi huru hara atas pentas tu. HAHA , comel je!


Jijah & SleeQ.

Suka tak? Suka tak? Suka tak tengok gambar banyak-banyak ni? Mungkin akan pening lalat sikit. Tapi sila bersyukur kerana sekarang dan tika menulis ini Jijah sangat bermurah hati untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan kalian semua. HAMBOI ayat up diri sendiri nampak? HAHAHA , well sekali sekala. EKEKEKE. Haish , gegurau jelah. 

Tapi kan? Ada lagi gambar sebenarnya. Jangan ada yang pergi tidur enam poloh saat pulak sebab banyak kena scroll ni khen? HAHA , hakak tak bertanggungjawab hokkay!




The Padayappa!


3D's with Yaesh and it's GWIYOMI timeeee!

hahahah tapi Mommy dekat bawah stage yang macam lagi bersemangat tu? :p


Persembahan Pertama dari SleeQ : Untuk Dia! Hey!


Persembahan Kedua : SleeQ with Aaron Aziz!

Salam Semua + LARI.

Paling menarik part Hazama diganti oleh Aaron Aziz. Kerlast Bang Tapa!

Well well well , punya banyak gambar nak tayang kan? Dan akhirnya aku fikir lagi bagus aku cantum-cantum saja gambar. Lagi senang konsepnya khen?! Hahaha , sebenarnya tak larat nak letak watermark banyak-banyak. Hampir cramp jari jemari tembunku okes? Ekekeke. Agak-agak ada lagi tak gambar yang Jijah nak kongsi dengan korang? Harus ada okay! Jijah rasa macam dapat duta Popia Roll Mini yang baru lagii lah... Jijah rasa lah.. Hahahah.. dan duta terbaru Jijah ialah..



Diyana Halik! 

HAHAHA , thank you Kak D for your support! Sangat terharu okay?

Kak D siap buka terus dekat situ dan terus makan Popia Nestum tu okay? 

Oh lagi lah Diva Pora ini terharu khennn? Hihiks.


Jijah & Dik Diva , IkaDrew katanyaaa. HAHAHA.


Jijah & Aaronators! (matiler tak ingat nama semua.. errr err .. )


Jijah dahhhh kataaaaa kannnn.

Tengok tu terus buka Popia Nestum itu! 

Hihiks , thank you so much Kak D for the support! Love you!


Jijah & Farra.

Kerlast kau Farra!


Syafiq & Jijah.

Sobs, lepas ni Syafiq dah nak fly ke Australia. Selamat study di sana nanti. Jangan lupa Jijah nak fridge magnet hokkay! Hahahah..


Weols ialah Izzuezers , Remymers (matilerrr remymers!! hahahaha) 

Jijah & Kak Ayu


Jijah & Abang Hensem. Eh Syarif SleeQ hahaha.


Jijah & Kak Lina.

Tanpa sedar , rasa touching menulis entri ini. Tengok semua gambar pun sudah menimbulkan satu perasaan yang Jijah sendiri tak sangka akan touching tengok semua gambar. Entahlah , tak pasti orang lain macam mana , tapi untuk Jijah emosi sangat nak menulis entri ini bila diselang-selikan bersama dengan gambar. 

Alhamdulillah Aaronators sudah dua tahun ditubuhkan. Sudah banyak suka dan duka mereka lalui bersama Aaron Aziz. Dan Jijah pun sudah dua tahun secara serius memberi sokongan penuh padu kepada Aaron Aziz. Satu benda yang Jijah sendiri tak sangka. Betul , sungguh tak sangka.

Tapi konsepnya kenapa Jijah begitu touching ni? HEHE.


kau mampooo bang Tapa hafal nama penuh kauuuuorang? HAHAHA *panggggg*

HEHE , tak sangka dapat penghargaan daripada Bang Tapa kerana telah dua tahun menyokong serta menyertai Aaronators. Memang pada mulanya hanya minat kerana Bang Tapa kachak wakakakak alasan telus okehh , tapi lama kelamaan Jijah mula jatuh hati dengan perangai Bang Tapa apabila bersama peminat. Dah hampir dua tahun minat secara serius , dah dua tahun pergi segala event yang public mahupun private kecuali bercuti bersama-sama kerana sedar diri masih tak mampu dan selama itu Jijah rasa Aaron Aziz tetap yang terbaik apabila melayan peminat-peminatnya. Terutama bila dengan Diva Pora khen ada sajork drama dedua ni khen? Okay ini bukan hakak perasan hokkay! *doa-doa Aaron Aziz tak masuk baca belog aku.. hahahaha* 

Kekdahnya Jijah ni ada ke tidak gambar bersama tempoh hari ni?


muka bangga naik stage.

sobs zaman sekolah dulu tak mampu nak dapat anugerah cemerlang. lepas habis sekolah dapat naik stage terima sijil penghargaan as pioneers dari Aaron Aziz pun okay lah khen nak ubati kekecewaan? HAHAHA *dussssshhhh*


Harus ada kan? 

HEHE.

Endahkan lemak-lemak tepu yang ada dekat Jijah tu. Anggap sajork sebagai penyeri gambar okehh? *panggggggg* HAHAHA

Okay rasanya sudah terlampau panjang entri ini. Maafkan Jijah , Jijah mahu berkongsi semata-mata. Semoga semua yang membaca dan melihat gambar enjoy membaca dan menatap gambar okay? Untuk Aaron Aziz , retis kesayangan ku ahakhakhak.. semoga terus success , terus humble dan terus menjadi seperti Aaron Aziz yang ku kenali. Kerlast tak ucapan hakak? *sekali lagi harap Aaron Aziz tak masuk baca belog Jijah sebab karang aku yang malu tersipu-sipu hahahaha*. Untuk Aaronators FC , Happy 2nd Anniversary. Terus menjadi penyokong terbaik untuk Aaron Aziz andddd susah dan senang kita bersama okayyyy? Heartz Deep Deep! Kau kerlast tak sekali lagi ucapan hakak? Konpem mengalir airmata khen baca? Harus okay?! HAHAHA.

Arghhh , sayang semua lah senang cherita. Dah nak menitik airmata menulis ni. Kita jumpa di entri lain kalau rajin nak menulis lagi. Kikikiki. Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, July 1, 2013

Julai Pertama

Julai Pertama 2013.

Ada harapan baru. Ada azam baru. Tapi tak tahu diri sendiri mampu atau tidak untuk melaksanakannya. Namun harap-harapnya mampu. Biasalah , hari pertama dalam setiap apa yang kita lakukan memang hari yang paling bersemangat kita menanam azam. Kan? Hehe. Begitulah kisahnya.

Macam biasa , tengok folder segala macam gambar terus mula rasa macam-macam. Bukan jiwa kacau. Cuma , bila entah kau nak update semua benda ni diknon? Agaknya pertukaran hormon ke apa tiba-tiba rasa bosan nak blogging? Agak-agak ada kaitan tak? HAHAHA , langsung tidak sebenarnya. Cuma dasar pemalas , begitulah kisahnya.

Okay nak kongsi gambar Jun lepas. Hasil tangkapannya banyak dalam kereta bila dilihat kembali. Memang bulan Jun aku banyak habiskan masa dengan ke sana ke sini. Ada banyak perkara nak diuruskan. Ada yang berjaya diselesaikan. Ada yang sebaliknya. Haruslah nak tepek sini untuk tatapan masa tua nanti khen? Kot-kot nanti tua rasa ghindu nak tengok zaman kegigihan aku , boleh tatap dalam belog khen? HAHAHA.

Diam kau Jah! HAHAHAHAH.


Muka Penat. Muka Paswah. Muka Mengantuk. Muka Redho.

Semua jenis ada konsepnya. Kau hado? HAHAHA.


Alhamdulillah , Jun ada tahap yang baik dan buruknya. Ada suka dan dukanya. Tapi Alhamdulillah sekali lagi masih dapat mengharungi , masih dapat melaluinya dengan perasaan yang tenang walau sekali sekala menyempat juga berduka cita berjiwa kacau bila mana hati jadi rapuh tiba-tiba. Kan? 

Biasalah. Siapa yang tak pernah ada emosi turun dan naiknya kan? Biasalah tu. Janji jangan sampai terjangkit pada orang lain terasa aura negative kita ni kan? Okay , punya banyak benda lain nak update , tetap juga nak update tentang kedatangan bulan Julai kan? Tanpa sedar juga Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Cepatkan masa? Memang cepat sangat!

So apa khabar korang semua? Ada yang nak order Popia Roll Mini? Boleh jenguk SINI kalau ada yang nak order ya? :)

Nak tepek sekeping lagi gambar.


Errr bunga ni shantek khen?

Ini masa Majlis Perkahwinan Kak Ya & Asyraf. Later kalau rajin akanku gigih juga update tentang ini. Hihiks.

Dah tak ada apa nak update lagi kot. Rasanya cukup sampai sini. Cukuplah dulu. Nanti kita update pasal event yang kita join sebelum ini pula ya? Tak tahulah ada orang nak baca ke tidak. Tapi kita update saja nanti ya? Jangan muak pulak kalau tengok Aaron Aziz sajork lepas ni khennnn? hewhewhew! *pangggggg* okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Sunday, June 30, 2013

Kekadang.

30 Jun.

Okay Jun dah sampai tarikh akhir. Baru aku ada masa kembali nak mengetuk kibod. Baru terkedek-kedek tengok gambar-gambar dan nak pilih mana satu yang nak letak dalam belog. Okay itu nanti dulu. Kekonon nak tulis entri yang penuh perasaan. Kekonon lah. Sambil dengar lagu yang penuh perasaan. Kekonon nak ambil feel. Tapi tak tahu jadi ke tidak feel ni. Heh.

Rasa masa cepat sangat berlalu. Macam tak percaya hari ini sudah 30 Jun. Woi , Jun dah habis hoi!?! Bulan ini , memang terlalu sibuk menyiapkan order. Terlalu sibuk dengan urusan entah apa-apa pun ada juga. Entah lah , Jun bulan yang penuh emosi juga kadang-kadang bila fikir balik. 

Bila lihat benda dan perkara yang membangkitkan memori , mula nak sentap sendu seorang diri. Bila lihat sesuatu yang dulu pernah buat dan sekarang sudah tinggalkan dan tak bersentuh tak berbuat lagi , mula nak jiwa kacau layan perasaan seorang diri. HAHAH , kelakar bila fikir balik. Tapi lagi kelakar boleh terkenang perkara yang tak munasabah. Lepas tu terkenang banyak perkara yang menyakitkan hati pun ada juga. Memang emosi bila fikir semua tu. Tapi emosi seorang diri sajalah. Tak mampu nak jangkitkan emosi pada orang lain. Heh.

Motif nak main jangkit-jangkit pulak? HAHAHA , entah jiwa kacau ayat pun lain macam konsepnya. Rindu tu kadang-kadang manis. Tapi selebihnya banyak yang menyakitkan. Terutama kalau benda yang kita rindu itu bukan lagi milik kita. Terutama kalau benda yang kita rindu itu bukan lagi ada dengan kita. Memang banyak terutama-nya , tapi begitu lah juga , hanya rindu yang teman diri ini. Ececece. Ayat kalau jiwang tangkap leleh ni boleh loya jugak kadang-kadang. HAHAHAH.

Tak tahu apa fungsi nak rindu merindui saat-saat begini. Entahlah. Dah lama tak menulis entri jiwa kacau ni. Sampai nak tulis entri mengenai event yang Jijah join pun tak ada mood langsung nak menulis. Dah lah masa pun sempit nak mengetuk kibod , lepas tu boleh pula aci ikut mood kan? HAHAHA , Jijah memang mengada-ngada khennn? Gituh.

Well , saja nak tulis dalam nada diri sendiri pun tak tahu macam mana. Nampak sangat sedang jiwa kacau kan? Heheh. Okay lupakan kejap pasal jiwa kacau. Kita tengok gambar jom? InsyaAllah akan berusaha kerasa untuk mengupdate sepantas mungkin. Tak lama lagi dah nak Ramadhan , tak tahu lah masa itu mampu ke tidak menjenguk belog kan? Hehe.


Aaron Aziz lagi?

Apa benda ni?

Soon.

Kata jiwa kacau , tak boleh letak gambar banyak-banyak. Nanti kembali emo , siapa yang susah kan? HAHAHA. Ya , gambar di atas akan di update dalam kadar yang segera. Siapa follow instagram Jijah mungkin dah tahu apa. Tapi nevermind , akan di kongsi juga dalam belog khen? Haruslah! Nanti mesti ada muak baca cerita pasal Aaron Aziz saja? Tapi biarlah. Selagi itu yang buat ramai lagi tersenyum membaca , Jijah akan terus menulis. Kata Aaron Aziz retis kesayangan kita?! HAHAHA.

Okay , nak titik noktahkan entri ini. Entri paling jiwa kacau setakat ini. Dengan sekeping gambar. Tak tahu apa motif yang saling berkait antara gambar dan entri tersebut. Hahah , tak mengapalah. Janji ada gambar. Janji tak kosong macam perasaan aku sekarang. Janji katanya. 

Rindu , itu tiba-tiba hadir.
Tak diundang. Tak dijemput.
Kalau awak tahu yang rindu itu untuk awak..
Awak datang kembali tak dalam hidup saya sama seperti awak janji dolo-dolo?

Ok jiwang habis. Maafkan saya. Jumpa lagi dalam entri lain. 

Terima kasih baca entri ini :)

Friday, June 21, 2013

21 Jun.

21 Jun.

Kembali mengetuk kibod setelah beberapa minggu tidak ada langsung sebarang update. Akhirnya dapat juga mencuri masa untuk menulis. Setiap hari berazam kononnya nak update belog. Tapi hanya tinggal angan-angan saja. Sadis juga kadang-kadang bila masa tak mengizinkan langsung untuk menulis entri baru untuk belog ini. Terlalu sibuk mencari sesuap spagheti. Alhamdulillah , bisnes kecil-kecilan iaitu Popia Roll Mini memang disambut baik oleh mereka yang pernah mencuba. Rasa bersyukur dan terharu sekali harung.

Bila belajar berniaga kecil-kecilan begini , bukan setakat belajar berniaga. Tapi belajar mengenali ragam manusia. Ada macam-macam peel sampai rasa nak keketuk hati sendiri supaya jadi beku. Supaya bersabar banyak-banyak. Iyelah , customer is always right. Tapi kalau asyik macam-macam peel tapi belinya tidak , ada juga rasa nak juling mata ke atas sambil catwalk depan theyols ni. Tapi macam biadap pula. HAHAHA , tengok tu sempat berangan kan? 

Tak apalah , peel manusia ni kadangkala yang membuat aku belajar untuk tak menjadi seperti mereka. Ada macam-macam ragam. Ini baru perniagaan kecil-kecilan. Kalau mereka yang jual barangan nilai yang beratus beribu ringgit itu macam mana pula ya? Pergh, baru sekarang otak berkembang nak berfikir khennn? HEHE. Begitulah ringkasan tentang kehidupan baru ini kekdahnya. Seronok. Tapi kadang-kadang bila banyak sangat kena fikir itu dan ini , boleh tahan migraine juga. Tapi insyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya.

Apa yang menarik tentang Jun? Entah. Nak kata banyak aktiviti berjimba dan lagho , tak juga. Lagipun dalam misi untuk berniaga secara serius dalam Popia Roll Mini ni, rasa macam nak kurangkan sikit aktiviti berjimba dan lagho ni. Rasa nak serius dalam satu bidang saja. Lama-lama bidang blogging ini pun ditinggalkan jugak kot? Hehe , I don't know how it feels kalau betul-betul dunia blogging tempat meluah perasaan , meluah kegembiraan , kesedihan , kemarahan ditinggalkan tu ek? Hmm , we'll see how. Eceh. Tapi esok lusa update juga kan? HAHAHA.

Kalau ada yang kekonon teringin nak tengok dan baca entri basi , akan cuba sedaya upaya untuk update soon. InsyaAllah. Tak janji. Tapi akan cuba sedaya upaya. Tengok gaya macam payah tapi kalau ada masa pasti cuba untuk update juga. Dah lama sungguh aku peram setiap entri dengan gambar tu kannnnn? Gituh! 

Ada unsur-unsur nak tulis dengan lebih jiwang. Sebab? Sambil menulis sambil dengar instrumental guitar Ketika Cinta Bertasbih. Mampoooo? Nan hado khennn?! HAHAHA. Kemain liat otak ni nak terjemahkan ayat sampai terpaksa dengar instrumental bagai untuk kasi lagi jiwang. Biasalah , otak kadang-kadang berkarat juga bila jarang menulis. Ehems. Kononnyalah. HEHE.

Apa lagi yang nak tulis? Mungkin nak share satu gambar kot. Dapat dari instagram Yuyu Zulaikha. Dah repost dekat instagram sendiri. Tapi terasa nak share juga dalam belog sendiri. Sharing is caring kan? :)



Hate no one , be happy and be positive. InsyaAllah hidup akan jadi lebih tenang dan tenteram. Buat apa untuk fikir perkara yang tak perlu? Lagipun ada banyak lagi perlu kita fikir dan hadapi selain daripada membenci mereka yang sebenarnya layak untuk dibenci itu kan? Tak rugi apa pun untuk tak membenci mereka yang salah pada kita. Sebaliknya kita untung kerana sentiasa sematkan rasa kasih sayang untuk semua orang. Kannnn?

Kan dah kata, akan tulis dengan nada yang sangat jiwang. kah kah kah. Nak salahkan lagu yang dia dengar lettuew khen? Ramadhan akan menyusul tak lama saja lagi. Puasa ganti dah berganti belum uols? Jijah dalam proses mengganti lagi ni. Hehe , masa awal-awal dulu takmo ganti. Sekarang terkedek-kedek mengira nak habiskan puasa gantikan? Rasakan ko Jijah! okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, June 5, 2013

Jun.

Jun , hari kelima. 

Baru berkesempatan untuk menulis dalam belog picisan ini. Juga baru ada masa untuk meninggalkan sejenak tentang perkara lain dan hanya fokus tentang , menulis saja. Ya, bila saya menulis saya tak suka serabutkan kepala dengan perkara lain. Juga menulis "ubat" apabila saya sedang berserabut. Ada rasa puas bila dapat menulis dan terus menulis tidak kira apa jua sekalipun yang saya tulis.

Ada semangat dan harapan baru untuk bulan Jun ini. Tapi tidak tahu mampu atau tidak terlaksana setiap harapan baru tersebut. Semoga semangat tidak pernah kenal erti mengalah. Moga-moga. Sekarang ini pun berharap tinggi agar diri meneruskan semangat untuk menulis dalam belog picisan ini tanpa pernah kenal jemu. Maklumlah , tuan punya belog ini memang seorang moody person. Bila dia rasa nak update, dia akan update. Bila dia rasa malas, habis terkubur segala story event-event atau kisah jimba ria dia atau apa-apa sahaja yang sepatutnya berupadate. HEHE. Bila datang perasaan begitu , kadang-kadang rasa kesian dengan belog sendiri. Kadang-kadanglah. Tanpa sebab.

Kalau perasan , hari ini gaya tulisan aku agak lain. Kekonon feeling nerd dan skema pakai spek mata besar sambil menulis entri ini. Tapi bertukar gaya penulisan sekali sekala , seronok juga. Gituh! Kata kau Jijah! HAHAHA. Maka , tak tahu apa lagi yang patut Jijah ketuk-ketuk lagi. Erk! Kau ingat ini ketuk-ketuk Ramadhan Jijahhhhh oiiii?! HAHAHAH. Tak ada makna semua itu! Tak ada makna okehhh!

Tetap tak boleh jadi skema. Maintain akan jadi ke-laut karangnya kan? HAHA. Apalah erti sebuah entri tanpa beberapa keping gambar kan? Konsepnya memang penting ke letak dalam dalam sesebuah entri? Entah. Untuk Jijah , rasa macam berseri sikit bila letak gambar dalam sesebuah entri. Baru rasa astro CERIA gituhh. Eh, apasal ada astro dekat situ? Ekekekek.


Salah satu harapan baru dan besar untuk Jun 2013.

Bisnes Popia Roll Mini. Moga terus maju dan teguh.

Korang nak order? Boleh baca di SINI cara-caranya. Atau boleh terus follow Twitter & Instagram Popia Roll Mini. Atau terus LIKE di FB. Semua yang berkaitan search saja : Popia Roll Mini. Dekat situ , kami ada beritahu bagaimana cara-caranya. Ok?


JUN! Bulan pertama kali jumpa Aaron Aziz!

HAHAHAHA. aku tak tahu apa motif aku letak gambar ni.

tapi masa pilih gambar, aku nampak gambar ni. maka , aku letak.

SKEMA ALAM MUKA AKU DULUUUU. and it was two years a go?! 

patutlah skema!

... dan tak tahu nak tulis apa lagi. Sebab terasa macam tak tahu nak tulis apa-apa lagi dah. Cuma , esok insyaAllah akan ada update lagi. Tak berani janji tapi insyaAllah. Sebab kadang-kadang sibuk bukan main kepalang. Kadang-kadang malas bukan main kepalang. Tapi bukan dah ada semangat dengan harapan baru ke?! -__-

okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)