Home

Wednesday, April 30, 2014

Gambar-Gambar Di Sekitar Pelancaran Maggi Big Ayam Bersama Aaron Aziz.

Rasanya macam sudah agak lama Jijah tidak mengupdate entri mengenai event Aaron Aziz bukan? Jika dahulu kala , hampir saban hari ada saja tentang Aaron Aziz dengan penuh teruja Jijah kongsikan di dalam belog picisan ini kan? Eh sekarang tidak teruja lagi ke? Haip! Mana ada tidak teruja! Cuma kekangan waktu membuatkan Jijah agak tidak sempat untuk berceloteh seperti dahulu kala katanya. Perghhh , kemain lagi kekangan waktu lagi tau? Kau hado? *PANGGGGGGGGG hahahaha.

Sabtu lepas bertempat di Lot 10 , Jijah telah berkesempatan untuk menyokong serta menghadiri pelancaran Maggi Big Ayam bersama Aaron Aziz. Majlis yang bermula sekitar jam 10 pagi itu cukup meriah dengan kehadiran ramai orang dan sudah tentu Aaronators Fc sebagai kelab peminat Aaron Aziz turut hadir untuk memberi sokongan kepada acara ini. Lagi meriah ia turut menghidangkan maggi big ayam kepada setiap pengunjung yang datang. Memang seronok semua dapat merasa maggi big ayam percuma tau!



Berseri-seri tak wajah weols?

Berseri-seri lah kan , sebelum berpeluh bagai nak rak khen?

HAHAHA.

Kaedahnya Sabtu lepas dengan gigihnya pergi Lot 10 dengan menaiki LRT dan kemudian menaiki Monorail pula. Nampak tak kegigihan tersebut? Yups! Memang sangat gigih sebab sudah agak lama Jijah tidak pergi ke acara terbuka seperti ini. Hanya sekadar menyokong acara FC sajork sebelum ini. Mungkin dek kerana kerinduan yang tidak dapat dibendung menyebabkan Jijah begitu gigih? HAMBOI! HAHAHA. But to be honest , memang sangat rindu untuk pergi ke public event seperti ini walaupun panas teriknya hanya Tuhan sahaja yang tahu khen? HAHAHA.

Lagipun sudah agak lama tidak membuat perkara lagho yang begini. Jadi sekali sekala turun padang menyokong public event apa salahnya kan? Jijah sempat menangkap gambar-gambar sekitar sebelum pelancaran. Jom tengok!












Sebenarya Aaron Aziz sudah sampai awal daripada Jijah namun acara tetap jua bermula lambat sedikit daripada waktu yang ditetapkan. Oleh yang demikian , haruslah semua mengambil peluang untuk bergambar sampai pengsan kan? Dah lama tak bersua antara satu sama lain , jadi haruslah semua sakan mengambil gambar kan? Lepas tu pulak iklan official Maggi Big Ayam turut terpapar di The Cube yang berada di luar Lot 10 menambahkan hangat sebelum acara bermula kan? Asal nampak iklan tersebut dan nampak Aaron Aziz semua menjerit macam ala-ala histeria katakau! Kekonon perfeeling macam tak pernah nampak Aaron Aziz lettuew khen? Saja-saja nak buat perangai kan! Bila lagi nak feeling havoc macam itu kan? HAHAHA.

Tapi bila Aaron Aziz betul-betul keluar daripada Lot 10 memang betul-betul sakan semua menjerit kan? Dah , kali ini memang Jijah betul-betul kasi korang semua cuci mata. Dah lama kan tak tengok Jijah buat perangai kan? Dah lama kan Jijah tak tepek gambar Aaron Aziz banyak-banyak kan? Nah untuk korang semua! *kejap nak cakar skrin laptop sendiri dulu* LOL!! Are you ready girlssss? Eh?!





















harap maaf , gambar memang tidak mengikut susunan. tuan belog pemalas. harap maklong!

cuci mata ke tidhokkk?!

HAHAHAHAH.

tuan belog dah mencakar tengok gambar hasil tangkapan sendiri dah ni!

hensemnya! hensemnya! hensemnya! *pangggggg

HAHAHAHA memang sengaja buat perangai kan? Kekonon teruja macam baru pertama kali bertemu gituh! Padahal sudah masuk tahun ketiga mengejar sampai pengsan katakau! Aaron Aziz pun jemu kot tengok muka Jijah sentiasa ada dimana-mana kan? Eh ke tak jemu? HAHAHA suka betul buat perangai! Itu baru sikit aje gambar gambar tu kan? Alah , kalau Jijah yang ambil gambar mana cukup kalau setakat itu khen? Terutama kalau ada DSLR dalam tangan , memang tak akan pernah henti mengambil gambar sampai jari jemari gebu terasa sakit khen? HEHEH -__-"

Korang nak tengok gambar lagi tak? Kalau tak nak , macam ada Jijah kisah khen? HAHAHA *dushhhh


















Memang betul-betul Jijah lepas geram kan? Memang betul-betul Jijah kasi all out ni kan? Letak gambar Aaron Aziz berpuluh keping kan? HAHAHA. Iyelah bila lagi nak buat macam ini kan? Dah jarang sangat Jijah nak menjadi segigih seperti tempoh hari. Kita syukur betul bila Jijah berkongsi gambar banyak macam ini dengan korang khen? Kalau langsung tak ada , tak ke sedih? Dah lah Jijah suka ambil gambar candid khen? Eh puji diri sendiri ke acaner tu? HAHAHA. Macam hagham pula tiba-tiba!

Tempoh hari memang Jijah rasa hari yang sangat menyeronokkan walaupun panas teriknya mampu membuatkan Jijah hilang kesabaran. Eh? HAHAHA. Mestilah seronok bila sudah lama juga tidak bertemu dengan retis kesayangan tiba-tiba bila rindu ada public event pulak khen? Lepas tu pulak bila bersama dengan Aaronators FC semua benda kitaorang redah kan? Menyanyi lah , menari lah , segalanya redah bersama kan? Sebab itu bertambah seronok sebenarnya! Hihiks!

Okay ada lagi gambar chuools! Buat kasi korang semua ala-ala terguling kan? Amboi kemain lagi korang kan! HAHAHAH.












Wajah-Wajah Girang Anak-Anak Ayam!

Eh? HAHAHAHA.


credit pic : AaronatorsFC instagram

Aaronators with our beloved Aaron Aziz!

FUH! FUH! FUH! Akhirnya! Selesai juga menepek gambar Aaron Aziz di sekitar pelancaran Maggi Big Ayam tempoh hari. Tetapi gambar Aaron Aziz sahaja yang selesai lah kan? HAHAHA. Ada lagi gambar lain. Dah alang-alang lambat publish entri ini , haruslah kita kasi gambar pulun banyak-banyak untuk korang sambung baca sampai hari Jumaat kan? HAHAHA. Kemain lagi kau Jijah! Mana tahu penat scroll entri ini , boleh hold dulu sambung esok dan esoknya khen? HAHAHAHA *panggggg


Korang boleh cekidauttttt youtube ini untuk merasai kemeriahan pelancaran Maggi Big Ayam itu okeh? Thanks to Shamim for your lovely video! Mwah!

 


Kaedahnya mana gambar Jijah bersama Aaron Aziz ini khen? Macam musykil sekiranya Jijah tidak dapat bergambar dengan Aaron Aziz khen? Mahu ada yang bergegar dekat Lot 10 tu khen? Hamboi , ganaih betul si Jijah ni khen? HAHAHAHA. Rasa-rasa ada ke tidak?


YEAY! JUMPA AARON AZIZ! YEAY!

*pangggggggg

Walaupun Jijah berkejaran sana dan sini untuk mengambil gambar orang lain , tapi mana mungkin untuk tidak mengambil gambar sendiri bersama Aaron Aziz khen? Anak ayam mestilah pergi mencari bapak ayam.. eh? HAHAHAH. Macam hagham sangat statement! HAHAHA. Rasanya memang sudah paswah Aaron Aziz dengan si Jijah ni khen? Tetap juga menyengalkan diri kan? Tak boleh nak buat apa lagi dah kan? HAHAHAH. Sebab itu sayams ketat-ketat Aaron Aziz kan? Tetap juga dia melayan kerenah peminat-peminat heols walau macam mana peel sekalipun kan? HEHE.

Tempoh hari sempat juga Aaron Aziz bermurah hati untuk belanja kami semua Aaronators FC yang hadir ke pelancaran Maggi Big Ayam. Alhamdulillah , semoga semakin murah rezeki Aaron Aziz yang tidak pernah mengetepikan peminat-peminatnya dan tetap menganggap kami semua seperti keluarga kan? Gittuew. Malah kami semua sempat membuat surpised belated birthday untuk isteri Aaron Aziz , kak Diyana Halik. Oh terbayang-bayang kesedapan kek tersebut. Errr , Jijah dan makanan memang tidak boleh dipisahkan! HAHAHA. 

Okay Jijah belanja gambar lagi okay? Jom tengok lagi! *omg , biar benar banyak benar gambar-gambar Jijah ni?!Lulz!*









credit pic : Diyana Halik instagram :)


CM's Aaronators with Aaron Aziz & Diyana Halik.

tiada dalam gambar : Wani & Syafiq. 

ada tak feeling macam majalah sekolah caption ini? HAHAHA.


Happy Belated Birthday Kak D sayams!

Love you!

*mama lina dengan tikah macam pengapit weols pulak khen?! HAHAHA*

PERGH! Memang entri ini sangat panjang , sangat berat I guess tetapi rasanya semua puas hati kot membaca dan melihat gambar-gambar dalam ini kan? HEHE. Finally , finally. Habis jua menepek gambar-gambar Aaron Aziz dalam entri ini. Memang panjang berjela kan? Tapi rasanya sangat puas mengetuk kibod kali ini. Dah lama tak berasa macam sekarang ini. Rasa seronok yang berlainan. Mungkin sebab dah lama tak buat jadi perasaannya jua semacam saja terujanya! Hihihi.

Last but not least.


Jijah bersama dengan Aaron Aziz & Diyana Halik.

Mereka berdua sentiasa menjadi pasangan kegemaran Jijah. Sentiasa rendah diri macam biasa. Sentiasa buat weols semua macam ahli kelorga sendiri dan tak ada batas macam peminat dan artis katanya. Paling penting sentiasa menghargai weols katanya. Eh ini ayat kipas mengipas nak cekodok ke? Eh cekodok? Mana cekodok Jijah bang tapaaaa? Eh! HAHAHAH. Tak , ini memang jujur dan ikhlas katanya. Terima kasih kerana sentiasa redho dan paswah melayan kerenah dan peel Jijah yang sentiasa buat perangai kan? Terima kasih sekali lagi untuk lunch treat tempoh hari! Semoga rezeki Bang Tapa semakin dimurahkan lagi! Gittuew!

Heartz yuallz deep deep! Mwahhhh sikit! *pangggggg

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, April 29, 2014

Tepi Sikit! Tepi Sikit! Tepi Sikit! Jom Download & Request #TepiSikit (Sleeq ft Joe Flizzow) Di Semua Stesen Radio Sekarang!

Tepi Sikit! Tepi Sikit! Tepi Sikit! Siapa yang tidak kenal dengan Sleeq yang sedang melonjak naik namanya bukan? Sleeq sentiasa menampilkan lagu-lagu yang sungguh segar ideanya dan iramanya yang sentiasa rancak dan menyeronokkan. Memang hampir kebanyakkan lagu yang di dendangkan Sleeq sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Paling terbaru , Sleeq dengan berkoloborasi bersama dengan penyanyi rappers yang cukup terkenal dan dikenali ramai , Joe Flizzow menampilkan Tepi Sikit sebagai single terbaru mereka.

Korang semua pernah dengar tak? Apa kata Jijah kasi sneak preview sedikit untuk korang dengar okay?



So macam mana? Best? Rancak? Menarik? Hiks! Memang #TepiSikit sebuah lagu yang cukup rancak tetapi tidak lah sampai kau rasa nak pecah kepala sebab terlampau rancak kan? Jijah sendiri layan dengan lagu #TepiSikit ini dengan perasaan yang seronok katakau! Lagipun tak adalah lepas ini Jijah asyik tertidur sajork khen? Kalau dengar #TepiSikit pun nak tertidur , memang melampau si Jijah ni khen? HAHAHA.

Kalau korang turut suka macam Jijah dengan lagu #TepiSikit ini , apa kata jom download caller ringtones yang kini sudah boleh di beli mengikut korang punya talian katakau! Jom semua?


Jom Download Caller Ringtones #TepiSikit Sekarang!

Ikut sahaja cara-cara yang diberi dalam gambar tersebut dan korang dapat menikmati #TepiSikit sebagai Caller Ringtones korang!

Jom #TepiSikit!!

Juga kalau korang rajin , jom request #TepiSikit di semua stesen radio yang berada di Malaysia ni uols! Jom kita semua #TepiSikit! So apa lagi jom support #TepiSikit! Tak gitu uols? Hihiks!

Eh tapi kejap , #TepiSikit , Jijah nak letak sekeping gambar dulu :p


Jijah & Sleeq lah uols! Gittuew!

Apa lagi uols?

Jom download caller ringtones #TepiSikit & jom request #TepiSikit di semua stesen radio okay?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Saturday, April 26, 2014

Bila Diva Pora Menyinggah Ke Tempat Shooting Tollgate Asmara katanya! Saksikan Tollgate Asmara Malam Ini Di TV3 , Jam 10 Malam Lakonan Keith Foo & Izara Aishah.

Kesempatan yang lalu , Jijah telah berpeluang untuk menyinggah dan menyibuk di tempat shooting Tollgate Asmara. Kalau menyinggah tetapi tidak menyibuk apa gunanya kan? HAHAH. Gurau-gurau saja. Mana ada menyibuk pun. Kalau menyibuk mahu mak hayam dan abang hayam haku campak haku dari tempat shooting tu kan? HAHAHA.



Tollagate Asmara merupakan sebuah telemovie yang diarahkan oleh pengarah tersohor , Osman Ali. Ia dilakonkan oleh pelakon yang sedang meniti naik namanya iaitu Keith Foo , Izara Aishah , Azzad Jasmin , Ainul Aishah dan ramai lagi. Kebetulan ketika itu kononnya sedang gigih mengejar Keith Foo kan , jadi haruslah kaki semakin gatal untuk menuju ke tempat shooting tersebut kan? Eh tetapi Jijah bukan pergi mengkhinzir buta saja. Haruslah sudah mendapat keizinan dan restu tuan pengarah tersebut kan? Harus jua mak hayam dan abang hayam turut merestui sama kan? Jijah masih tahu tatatertib mengunjungi tempat shooting orang hokkay! Tatatertib katakau! HAHAHA.

Rasanya tulis panjang-panjang tiada guna kan? Mesti korang semua tergeletis mahu melihat gambar sahaja kan? Jijah tahu sangat dah korang tu!





Keith Foo & Izara Aishah sedang mengambil mood masing-masing katanya.

Setiap kali berpeluang untuk ke tempat shooting , memang ia sebuah pengalaman yang cukup menarik untuk diri aku sendiri. Bukan apa , ketika itu kita boleh melihat bagaimana penat lelah seluruh tenaga kerja bersama pelakon dan pengarah untuk menjayakan sebuah cerita yang bagus. Masa itu baru kita tahu macam mana susah untuk kekalkan mood marah , mood sedih mahupun mood daripada tergelak tatkala scene memerlukan untuk tidak ketawa. Memang setiap kali berpeluang ke tempat shooting , ia sebuah perasaan yang menyeronokkan namun apabila menunggu sehingga shooting selesai perasaan penat mula hadir dalam diri. Siapa kata tak penat apabila berada di tempat shooting?

Memandangkan Jijah tidak mempunyai sinopsis telemovie ini untuk dikongsikan bersama korang. Jadi apa kata kita tengok lagi gambar jom?


Nah untuk peminat Keith Foo!

Manis ke tidokkk senyumannya? Hahahaha..






Eh bunga tu untuk sampe?

Untuk Jijah ke? Eh? *pangggggggg




Hamboi kan? Banyak juga gambar-gambar ini kan? Haruslah banyak chuols! Sebab Jijah telah berkesempatan untuk pergi ke tempat shooting ini sebanyak dua kali katanya. Kebetulan saja semua ini. Tak ada rancang mana pun. Mungkin semua ini rezeki Jijah sahaja. Kan? Lepas tu harus lah korang jua akan muak tengok gambar Jijah dengan Keith Foo sajork selepas ini kan? Ala-ala kena sediakan baldi siap-siap katakau! Eh ada sampai tahap macam itu ke? HAHAHA , melampau benar!




Kaedahnya datang tempat shooting orang datang buat perangai sekali kan? HAHAHAHA. Ini jadinya bila seharian dekat tempat shooting. Terus jadi macam-macam ragam dengan peel yang pelik-pelik kan? Orang dekat luar sibuk shooting , orang dekat dalam rumah buat perangai memacam kan? HAHAHA.

Itu yang jadi kalau Jijah dengan abang hayam seorang ini mula buat perangai kan? 








Nampak tak Keith Foo buat perangai tu? HAHAHA.

Kekonon nak ambil gambar Yana mak hayamku berlatar belakangkan Keith Foo katanya. 
Kekonon nak ambil gambar curi-curi.

Sekali? 
Keith Foo yang sibuk menyelit memuncungkan mulut kan? 

HAHAHAHAHA Dushhhh!


Lepas tu gelak sorang-sorang dekat belakang kan?

Ceh!






Hah! Suka ke tidhok? Mesti lah suka kalau korang peminat Keith Foo tu kan? Suka lah bila Jijah tepek banyak-banyak gambar kan? Siap sekali dengan gambar Jijah buat perangai kan? HAHAHAHA. Mana tahu korang rindu Jijah ke kan? Boleh lah tatap sekali gambar tu kan? HAHAHAHA *panggggg

Kaedahnya mana gambar-gambar Jijah bersama para pelakon ni khen? Banyak ke tidhok gambar Jijah dengan Keith Foo khen? Eh banyaknya persoalan!



HAHAHA buat perangai sangat!


Jijah & Izara Aishah.

Alhamdulillah , selepas beberapa tika kami bertemu kembali. It was a good feeling to meet her after a few years tak bertemu katanya.


Jijah & Ainul Aishah




Konsepnya duduk sekerusi. Korang hado? Tasbih mana tasbih!

HAHAHAH -__-'



HAHAHAHAHAHA.

Aku rasa Keith Foo pun ngeri kot setiap tika aku asyik bergambar dengan dia.

Bila aku post gambar banyak-banyak ni dalam entri ini aku pun ngeri dengan diri sendiri! HAHAHAH -___-'


Jijah & Arul , manager Keith Foo.

Nice to meet you Arul :)


Jijah & Abg Osman Ali.

Terima kasih kerana sudi benarkan Jijah untuk menyinggah ke tempat shooting Abg Man. Lain kali jemput lagi. Eh? HAHAHA.

Mesti korang ala-ala menyesal scroll entri ini sampai ke bawah kan? Iyelah Jijah sekali harung kasi gambar dengan Keith Foo macam tiada lagi hari esok kan? Eh! Haruslah! Sekali sekala menunjuk dalam belog sendiri apa salahnya khen? HAHAHAHA *pangggg 

Kalau tidak riak memang tidak sah kan? Rasa nak lelempang buaya pipi sendiri kan? HAHAHA. Tak adalah. Bukan nak riak , bukan nak menunjuk. Rezeki setiap orang berbeza. Mungkin hari-hari esok korang pula boleh jadi macam Jijah. Tayang gambar bersama artis kesayangan korang seberapa banyak yang boleh kan? Lagipun Jijah sebenarnya bukan saja-saja pun tulis entri ini. Haruslah menulis dan menayang gambar untuk tatapan korang jua kan? 

Tengok gambar , tengok gambar jua. Tapi jangan sesekali lupa malam ini korang boleh menyaksikan telemovie ini di TV3 jam 10 malam okay? Jijah dah tayang gambar begitu banyak ini untuk korang merasa lagi teruja untuk menonton malam ini hokkay. Ekslusif sangat katanya gambar-gambar ini. Memang khas untuk pembaca belog picisan Cherita Emo-Temo sajork tau! Hah ekslusif tak ekslusif tu kan? HAHAHA.

Oh mungkin ada sekeping lagi gambar khas untuk peminat Keith Foo lagi. Jijah faham sekarang memang ramai tengah meminati Keith Foo katanya. Jadi Jijah pun gigih jua snap untuk tatapan peminat Keith Foo khen? Itupun kalau ada peminat Keith Foo yang masuk menyinggah baca dalam belog Jijah khen? Ekekekeke.

Nah untuk korang lagi!


Suka ke tidhokkk?

Suka lettuew!

HAHAHA. Jijah tahu entri ini terlalu banyak gambar yang Jijah kongsikan bersama korang. Celoteh merepek pun boleh tahan banyak. Harap korang semua seronok melihat gambar-gambar ini jua tidak pengsan melihat Jijah buat perangai bersama mak hayam dan abang hayam khen? HAHAHA. Biasalah kami sekadar berseronok tatkala orang lain sedang sibuk bershooting khen? HEHE. Sebelum terlupa , sekali lagi Jijah ingin ucapkan terima kasih untuk Abang Man kerana sudi dan membenarkan Jijah hadir ke tempat shooting tempoh hari. Juga untuk mak hayamku dan abang hayamku terima kasih kerana memberi restu ala-ala restu nak ambil SPM khen? HAHAHA. Kalau tiada mereka-mereka ini , tak ada jua Jijah terpancul di Bukit Ampang tempoh hari mahupun di Kota Damansara khen? HEHE.

Jijah sangat teruja untuk menonton Tollgate Asmara malam ini di TV3 jam 10 malam okay! Haruslah teruja untuk menonton sementelah melihat bagaimana mereka bersusah payah dan bekerja keras untuk menghasilkan sebuah cerita ini dengan baik khen? Korang semua jangan lupa okay saksikan Keith Foo & Izara Aishah serta ramai lagi dalam Tollgate Asmara malam ini Jam 10 malam hanya di TV3! 

Ada yang teruja macam Jijah tak? Eh nah sekeping lagi gambar khas untuk korang yang mungkin merindui Jijah.. ahaks!


Rindu tak?

Eh bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)