Home

Tuesday, January 18, 2011

Kaunter Pertanyaan? LOL

Note : Ini AUTOPOST.

Ehem. Aku sekarang ni mungkin tengah tidur dah kot. Maklumlah tengah demam. Oh sebelum tu , ini merupakan auto post memandangkan aku duduk lama-lama depan laptop pun dah terasa layu kuyu. Aiseh.

Tadi feeling nak check keywords dekat Nuffnang. Heh. Macam biasa lah kan? Harus ada tersesat mengarut satu keyword kan? Kikikikik.


macam mana pergi pavillion naik monorail? -_____-'

Ini mesti kes aku pergi jalan-jalan dengan kakak aku last year tu kan? Kikikikik. Comel je orang cari keyword ni kan? Ceh jahat betul ayat. Ehiks. 


p/s: teringin nak buat autopost je after this... korang rasa ok tak? hmmm

Apa Maksud Semua Ini?


Apa maksud semua ini?
Tisu ? Tisu ? Strepsils?
Makna nya aku tengah DEMAM , BATUK , SELSEMA lah tu.

Hmmm , tak larat betul.
Semalam tidur awal sangat.
10 malam , bangun-bangun pukul 6 pagi.
Tu pun sebab terasa panas sejuk.
Lepas tu?
Hmmm , batuk batuk dan terus batuk.
Sekarang ni pun mata terasa layu , badan lemah gila , ni pun terpaksa gagah kan diri sebab banyak kerja sekolah menanti... huwaaaaa :'(

Tapi kan Tapi kan ....



NAK TIDURRRR!!! 
-____-'

Sunday, January 16, 2011

Ehem Ehem.

Semalam aku catat sejarah tersendiri apabila selepas pukul 9 malam aku tak online internet , aku tak tengok tv , aku tak makan tapi aku terus pergi tidur dan bangun-bangun pukul 7.15 pagi tadi. HOMAIGOD HOMAIGOD , WHAT HAIM DOING NI YUOLS! Penat kejadah sangat kan sampai bangun-bangun dah bunyi ayam berkokok padahal tu bunyi henpon zaman muda mudi dulu. Eceh muda mudi sangat!

Well , semalam aku pergi potong rambut. Suka betul dengan potongan rambut yang terbaru ni. Muka aku nampak makin comel uols! Tak percaya? Tak percaya sudah! *muntah* Kikikikik. Tapi yang tak menahan bila chinesse lady tu dia keganasan gila bila dia tarik potong rambut aku. Sampai aku terus feeling nak muntah sebab kepala aku sakit balik. Adess.Baru je pening aku baik yuols! Tetiba chinesse lady tu keganasan pulak semalam. Terus berdenyut kepala sampai terasa macam-macam. Sheesh. 

Ehem Ehem. Lepas tu balik-balik semalam ingat kan nak tidur kejap tapi memandangkan dah nak Maghrib , terus batalkan hasrat. Mahu Ayah aku ketuk pintu bertalu-talu kang sebab mengada-ngada nak tidur time Maghrib -___-' Lepas tu buat lah kerja sikit.Cehh. Ingatkan nak update bahagian tepi untuk Super Daddy , Hot Mommy , Handsome Guy , Beautiful Lady & I'm Teenagers tu. Tapi internet buat hal. Aiseh. So aku pun bersembang dengan mak aku je lah sambil pening-pening tu kan? Then lepas Magrib baru aku pergi naik tidur. Perghh tak sempat nak kira kambing dengan itik dah tertidur uolsss. Gituewww.

Lepas tu punya lah ingat kan nak bangun pukul 1 pagi macam selalu buat masa weekday tu kan? Tapi hampaaa hatiku sangat okeh? Bangun-bangun celik mata tadi tengok-tengok langit dah cerah. Hmmm , ingatkan nak siapkan kerja sikit. Tapi tu lah maybe sebab terlampau letih dengan macam-macam benda sampai aku tidur lama macam tu. Sebelum ni kalau dapat tidur 4 jam pun dah cukup syukur -___-' Alhamdulillah.

Hmmm , nak tulis apa lagi? Banyak benda lagi nak update ni. Tapi kejap kejap lagi lah ye aku update :)

Oh ya , jangan lupa drop comment dekat entry di atas sekali tu if korang nak join Exchange Link dengan aku :) Tadi aku dah update sikit siapa yang nak join :) If korang nak join , di persilakan :) Tapi baca lah syarat dekat entry atas sekali tu ye :) Ehiks.

Ok lah , muah muah. 

Saturday, January 15, 2011

Heartbeat bukan tempat untuk anda check degupan jantung anda tetapi tempat untuk anda menambah nilai pendapatan.

Pasti ramai dah tahu tentang Heartbeat.my Bukan lah tempat untuk check jantung korang. Bukan Bukan. Tetapi Heartbeat sebenar nya lebih kurang sama seperti Nuffnang cuma Heartbeat bukan lah competitor Nuffnang ye. Maka ia selamat untuk di gunakan tanpa was-was. Chewah. Oh sebelum itu Heartbeat ini merupakan web yang menyediakan pelbagai jenis hadiah yang korang boleh order online dan bagi bloggers seperti kita , tugas kita hanya meletakkan link iklan sama seperti Nuffnang. Kalau korang nak order pun tak ada masalah , tak salah aku ada dapat discount lagi tau. Hiks. Tapi bagaimana kah cara nya? Oh yeah , ini lah aku nak bagitahu ni. Sila baca sampai habis ye :D

Bagi mereka yang masih ragu-ragu ataupun masih tidak pasti , hari ini aku hendak buangkan rasa ragu-ragu yang bersarang di dalam lubuk hati korang. Aku tahu semenjak Mama Zharfan beritahu bahawa Heartbeat bukan lah competitior Nuffnang , aku tengok ramai yang sudah menggunakan Heatbeat.Yeah! Mari kita mengumpul duit bersama Heartbeat selain Nuffnang :P Aku pun tahu daripada Mama Zharfan tetapi tidak terus menggunakan Heartbeat tetapi setelah bertanya itu ini daripada Miza Yusof dan dia memberi aku 1001 keyakinan , maka aku pun turut mencuba. 

So macam mana mahu menyertai Heartbeat? Cara nya amat mudah dan senang :D Pertama sekali , jika korang nampak banner Heartbeat yang aku letak di 3 tempat iaitu di atas sekali ataupun di sebelah kiri ataupun di bawah sekali , korang tekan link tersebut. Maka apabila kamu semua telah menekan link tersebut akan keluar seperti gambar di bawah ini.






tekan di bahagian ikelan tersebut.

Selepas itu , apabila sudah nampak apa gambar di atas itu , sila tekan di tempat yang aku telah empatsegikan dengan warna merah itu. Tekan di situ dan seterus nya akan mengeluarkan gambar seperti di bawah itu.






Haa , tekan dekat bahagian LET US START!

Ok kemudian akan muncul pula tab seperti di bawah.Di bahagian atas tersebut (di bahagian kotak) ada mereka tulis LOG IN / CREATE ACCOUNT. Ok , jadi korang perlu lah tekan di bahagian CREATE ACCOUNT. Seterus nya as usual bila dah tekan CREATE ACCOUNT/REGISTER semua itu , korang perlu lah isi maklumat peribadi korang dengan tepat.


Bagi yang belum mendaftar , sila tekan CREATE ACCOUNT. Bagi yang sudah mempunyai ACCOUNT , apa lagi noks , sila LOG IN la :P


Isi maklumat peribadi korang dengan tepat :) Kalau ada yang nak tukar after dah register , don't worry , korang still boleh edit ; contoh nya alamat or something else. :)

Ok setelah selesai membuat CREATE ACCOUNT semua , korang perlu cari di bahagian bawah sekali di web Heartbeat seperti gambar di bawah ini. Korang perlu cari Join HB!Affialiate kalau tak silap aku. Maka baru lah boleh meletak code ikelan di belog korang :) Nanti sekali lagi korang perlu isi maklumat untuk HB!Affialiate. Iyelah untuk isi maklumat no acc bank korang , alamat korang , nama penuh korang dll :) Oh ya bagi yang mereka ragu-ragu tentang hendak isi no acc bank tu , korang boleh pilih Cheque jika tidak mahu meletak kan no acc bank korang. Macam yang aku tengok Mama Zharfan yang telah cash out duit Heatbeat dia, dia terus masukkan ke ACC Maybank dan after two week’s she cash out , dia dah dapat duit Heartbeat J It’s up to you guys dengan yang mana korang rasa selesa :D Maklumat peribadi tu boleh di edit ya sekira nya ada benda yang perlu di edit :)



 macam aku punya dia suruh tekan my HB!Affialiate , tapi untuk yang belum join lagi , rasa nya tak salah aku dia akan cakap Join HB!Affialiate.





setelah selesai mendaftar. untuk meletak kan code , sila tekan MyHB!Affialiate. 

Ok then here you go for put the code di dalam blog korang. Senang bukan ? Teheeheheh. Ok cara-cara untuk meletak kan CODE IKLAN di dalam BLOG korang amat mudah. Ok mula-mula sekali korang tekan di bahagian CODE. Setelah korang tekan maka akan keluar seperti di bawah ini. Ok then di sini korang boleh pilih korang nak letak jenis link iklan macam mana. Korang boleh pilih HORIZONTAL , TEXT , SQUARE & VERTICAL dengan size kecil atau besar untuk korang letak di dalam blog korang.Macam aku , aku saja-saja letak 3 sekaligus dengan harapan korang akan kelik-kelik bantu aku kan -_____-‘ CEHH.


Ok untuk letak , korang copy code yang tersedia di dalam web Heartbeat tersebut , kemudian korang pergi dekat DASHBOARD , setelah itu pergi ke LAYOUT , selepas itu pergi ke ADD GADGET , then pergi pula ke HTML CODE dan setelah itu korang PASTE KAN CODE LINK IKLAN Heartbeat tersebut. MUDAH kan?




after dah tekan MyHB!Affialiate , tekan GET A CODE ye kawan-kawan :)


then korang pilih je size kecik besar dan macam mana dekat situ then copy to ur blog. easy right? :)

Haaa , lepas itu ikut suka korang lah nak letak dekat bahagian atas ke , tepi ke tapi ikut kesesuaian size yang korang pilih tu tau :D Perghh , first time ni aku rajin siap printscreen dan kasi tahu detail ni. Kikikik. Seronok jugak buat benda ala-ala tutorial ni ek? Memang kena draft dulu lah , kalau on the spot mahu tunggang langgang ayat aku. Ekekekek.


Oh sebelum itu. Sebelum ada yang telah mendaftar dan membebel kenapa pulak dah letak heartbeat tapi nilai masih sikit dan bla bla , ini aku nak bagitahu. Nilai per click untuk iklan Heartbeat cuma 4 sen per click. Jadi tak hairan lah aku yang sudah guna sebulan setengah baru mengumpul nilai kecil tidak lebih dari 5 ringgit -___-’ 





 kelik untuk tumbesaran yang lebih besar. eh eh?

Oh it’s ok guys and ladies! Tapi ada cara nya untuk menaik kan nilai Heartbeat ni. Ok sila baca gambar di bawah itu. Haa , kalau korang suggest kan dekat kawan blogger korang untuk do the same thing as aku buat sekarang ni , ehiks , haaa maka nilai wang Heartbeat korang akan bertambah sebanyak RM 2. So guys and ladies , sila lah tolong saya ya. Awak tolong saya , saya tolong awak. Ehiks. Ada rasa macam nak pang pang bertalu tak? Oh jangan jangan. Saya punya lah baik hati kan? Awak tak dapat feel ke? Y_Y Cehh , drama betul. Kikikik.

So guys and ladies yang masih belum join Heartbeat for those yang nak mengumpul pendapatan sampingan sambil-sambil enjoy blogging , here it is the thing that you should do right now xD Lagipun bukan letih pun kan? Just publish it into our blog then haaa kita pun dapat hasil dia sama kan :D

Ada yang tak faham ke dengan penerangan comel saya ? Ehiks. It’s ok. Sila Sila tanya saya , and InsyaAllah if I can answer your question , maka aku akan jawab. Tehehehe.So apa lagi yuolss yang masih belum menyertai Heartbeat? Moh lah kita join! Eh lagi satu , sekarang ni ada hadiah-hadiah comel bersempena Velentine’s Day yang bakal tiba! So for guys and ladies yang nak hadiahkan hadiah untuk para kekasih korang , apa kata korang click link tersebut. Harga dia pun secomel hadiah dia :D Ehem Ehem , harap-harap korang jangan lupa tekan ye :D

nota kaki : jangan paksa saya , sebab bila rela lebih selesa.
apa ni? entah -.-



Nota Chenta untuk IjahEmoTemo

I'm try to make it short story for this time. Huhuhuh. Every week (after this lah), I'm try to make some short story about my whole week memandangkan kebiasaan nya aku tak akan ada masa untuk bercherita panjang what's going on in my daily day kan? So every Friday , Saturday or maybe Sunday , I'm try to find my free time to write something about my whole week.

Minggu ini : Macam-macam perkara berlaku. Ada yang menarik , ada yang seronok , ada juga yang hampeh. Macam semua tahu 11 Januari hari itu genap aku 17 tahun. Maka terlalu banyak kawan-kawan di Facebook , Twitter , Blog malah SMS pun ada yang wish. Thank You So Much Guys and Girls. 

Minggu ini juga sakit kepala aku masih bersisa dan aku terasa macam nak menangis and yes menangis jugak kot sebab denyutan sakit kepala ni over yang teramat. Berdenyut sakan menari berjoget , berzapin dan mungkin juga hip hop sekali. Memang terasa macam nak tidur sehari suntuk tak mahu buat benda lain. And yes memang aku asyik tidur je memandangkan bila aku nak bangun pun macam hape je.

So then take a note to myself : have some rest dan tak nak jadi macam zomba bak kata Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah terutama bila everyday bila balik sekolah , aku tak tidur langsung. Lepas tu pukul 8 malam baru aku tidur then pukul 12 tengah malam or maybe around 1 am , aku mesti terjaga. Then lepas terjaga for sure doing my homework or maybe belajar ulangkaji semua untill 5 am , lepas tu aku tidur kejap. Pukul 6 pagi aku bangun nak bersiap semua.Padahal rumah aku depan sekolah wehhh -_____' Mandi pukul 6.45 pun aku masih boleh sampai awal dekat sekolah. Ishhh.

Then , apa lagi? Ish lupa pulak nak cakap apa. Oh ya this week I'm a bit lazy to study. Ish , menyampah betul lah macam ni. Ok fine , aku tak nak stress tahap melampau. Tapi dalam masa sama aku tak nak biarkan diri aku relax macam tak ingat yang SPM tak lama lagi. Aku bukan pandai yang esok exam , hari ni belajar then terus tangkap apa yang belajar tu kan? Boleh kot tapi untuk sesetengah subject je la. Sedar diri sikit -___-'

Lagi satu note to myself : sila buat jadual harian. Bukan jadual waktu sekolah je , jadual hidup sekali. Ish , macam berterabur sangat , mana nak ulangkaji , mana nak rehat , mana nak buat itu. Seriously berterabur. Ikut tak ikut belakang kita, yang penting setiap kali tengok jadual tu insaf kejap yang dah nak SPM tapi ingat macam baru sekolah tadika syok je main redah buat apa kan? -___-'

Heh. So , konon nya nak make it short story but the end still jadi longgggg story. Cehhh. Ok lah uols , aku dah mengantuk ni. Gonna have some rest now eventhough , petang tadi gila lama aku tidur. Ishh. Tidur je lah. Esok KOKO walaupun dah feeling malas nak pergi. Opsss. Bye uols ;)




akibat terlalu banyak benda terjadi dalam hidup , the end ... i'm doing cheeky monky comel faces walaupun... boleyh? heh.

p/s: mana nota chenta nya? dalam mimpi saja ye. nangis!!