Home

Monday, June 18, 2012

Random 123. Boleh?

Sebenarnya sejak tadi jari asyik mengetuk kibod untuk mengupdate sesuatu dalam belog ini. Tapi malangnya idea sedikit pun tidak ada yang terkeluar dari benak fikiran ini. Jijah memang suka tweet merapu tetapi tidak sesekali untuk mengupdate merapu meraban walaupun kadangkala memang ada juga ter-merapu meraban semua ini kan? Kalau semua benda Jijah nak merapu macam tak seronok lah pulak kan? HEHE , tengok tu membebel tak tentu pasal pulak kan?

Hujung minggu Jijah memang dipenuhi dengan macam-macam aktiviti. Minggu lepas pun memang banyak perkara yang terjadi sehingga Jijah pun tidak sempat untuk mengupdate apa-apa. Letih betul menghadap hari-hari pada minggu lepas. Letih otak dan letih badan! Bayangkanlah macam mana bila kedua-dua sekali letih kan? Terasa nak berguling-guling atas katil sahaja rasa tau! Begitulah.

Minggu ini insyaAllah Jijah akan update tentang macam-macam yang tidak sempat diupdate pada minggu lepas. Asyik berjanji kalau tak buat pun tak guna kan? Harap-harap minggu ini masih ada kesempatan untuk melakukan semua itu. InsyaAllah. So as usual , jom lihat teaser dahulu cherita-cherita yang akan diupdate pada minggu ini. Gituew! :p


siapakah gerangan Jejaka ini?
uols kenalkah?

hikhikhik.


ada apa dengan Aku , Kau & Dia?

Heh heh heh. Dua aje gambar nya. Gaya tulis dekat atas tadi macam banyak betul gambar yang kengkonon nak update minggu ini tu kan? HIHIHI. Tapi insyaAllah minggu ini akan update lagi banyak dari kebiasaan. Sebabnya semalam check Nuffnang , alhamdulillah aku dapat lagi satu buffered earning. Syukur sangat-sangat dapat lagi satu BE disaat aku sudah ada satu BE yang lain itu. Rezeki itu tak siapa yang boleh tahu kan? HEHE. 


thank you Samsung Galaxy SIII Launch :')

thank you Nuffnang :')

Entri kali ini memang random 123 lah sangat. Tapi memang sungguh aku sangat ketandusan idea nak menulis kali ini. Ya Allah.. Mungkin sebab dah terlalu lama tak menulis kot? HEHE. Mungkin juga lah. So uols , apa cherita hujung minggu korang?

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Wednesday, June 13, 2012

Bertemu Dengan Pojaan Hati Dolo-Dolo. Oh sukew! *pang*

Ahad lepas adalah hari yang sangat tidak disangka-sangka akan bertemu kembali dengan pojaan hari dolo-dolo ketika masih bersekolah. Bila terjumpa dengan dia , haruslah terasa nak guling-guling atas lantai sambil menitiskan airmata kan? Biasalah Jijah kalau tak dramatik tak sah? Harus paswah orang sekeliling dengan keadaan realiti ini katanya! Tapi mesti uols tertanya-tanya kan? Siapa pulak pojaan hati Jijah yang dolo-dolo? Jijah ni kan ramai pojaan hati sampai ada yang membuat anggapan yang salah kan? Ehem , Isnin lepas kan Jijah ada tepek gambar dia dari belakang. Agak-agak korang boleh teka tak? Hihihihi.

Okay mari ulang tayang gambar semalam. Siapakan insan berbaju ungu ini? Eceh!


siapakah insan ini?
eceh!

Dah , tak perlu nak berteka-teki. HEHE. Ahad lepas aku terserempak dengan pojaan hati dolo-dolo yang pernah aku minat gila-gila bagai nak rak. Iyer aku bertemu dengan Remy Ishak. Itu sesuatu yang aku agak tak sangka sebenarnya. Tak ada dalam perancangan pun nak pergi bertemu dia atau nak terserempak dengan dia. Memang aku ada tahu Remy Ishak akan ada di KL Festival City untuk rangka promosi filem terbaru dia iaitu Aku Kau dan Dia. Tapi memandangkan Jumaat lepas aku ada pergi berjimba ria dengan rerakan aku , maka aku memang tak jamin akan dapat turut serta untuk pergi situ kan? Tapi memang tak berharap nak pergi pun dah. Lagipun sekali sekala ajepun dapat berjimba ria dengan rakan-rakan aku ini semua. Sebab semua dari jauh kekdahnya! Tapi cherita jimba ria itu nanti aku cherita k!

Lepas tu seperti yang dijangka lah , baca twitter Remy Ishak katanya pukul 2 petang dia ada disana. Aku balik dari rumah kawan aku pun pukul 2 petang. Ekekeke. Balik aje ke rumah tiba-tiba Umi cakap dia nak pergi beli barang dekat KL Festival City. Aku macam eh?! Tapi masa tu dah pukul 4 petang okes! Hahaha , so tak ada lah berangan nak terjumpa atau terserempak dengan Remy Ishak kan? Eceh. So bila pergi aje dekat KL Festival City tetibe mata macam terpandang sesuatu dekat atas pentas. Terasa macam mengenali insan itu. Terasa juga macam nak melompat guling-guling ! Mampoooo dah lompat kau guling-guling pulak? Ekekekeke. Dan rupa-rupanya para pelakon Aku Kau dan Dia baru aje memulakan promosi filem tersebut. Boleh aku terus tinggalkan Umi dan aku gigih seorang diri tepi stage? Boleh tak boleh tak? HEHE , mujur Umi sangat memahami dan memang dia pun tak kuasa nak berasakan di tepi stage macam anak bongsu dia yang seorang ini kan? Hiks.

Bila tengok aje Remy Ishak terus tersenyum sampai ke telinga. Terus mata bersinar-sinar macam duit jatuh ke tanah. Terus rasa hati meloncat-loncat ye. Okay nampak sangat Jijah sangat over , but does it matter uols? Kata kau Jijah! Dah tak mahu cerita panjang jom tengok gambar-gambar dari kamera cap ayam aku ni ha :p




Jadi semasa Ahad tempoh hari barisan pelakon-pelakon Aku Kau dan Dia seperti Remy Ishak , Pekin dan Zarina Jamalullail bersama pengarah filem Aku Kau dan Dia , Pierre Andre pun turut sama memeriahkan Ulangtahun Intrend yang ke 7 di KL Festival City. Memang keadaan dihadapan pentas utama penuh ya amat. Tapi Jijah sebab dah alang-alang ke sana haruslah hati pun sama-sama geletis nak dapatkan abe Wemy untuk bergambar kan? Bila usai sahaja abe Wemy dekat atas stage boleh Jijah terus lambai-lambai tangan dan jerit "abe wemyyyyyy" Hahahaha. 

Boleh tak tetibe Jijah ala-ala geletis begitu? Tetibe macam tak percaya yang Jijah segeletis ituew? Atau baru sedar yang selama ini diri segeletis ituew? -___-' Lepas aje melambai sambil menjerit itu terus saja ikut abe Wemy katanya. Risau takut dia dah nak balik sebab hati terkinja-kinja nak bergambar okes? Kalau tak dapat terasa nak guling-guling atas lantai gituh. Boleh? Hahahha. Lepas itu rupa-rupanya Remy kena pergi untuk sesi autograph untuk poster Aku , Kau dan Dia gituew. Harus Jijah jadi orang pertama yang ambil poster gedabak tu khen? Gituew!



Lepas aje dah dapat poster semua itu Jijah tunggu lagi abe Wemy katanya semata-mata untuk bergambar. Nasib tak kena cerca kan dengan mak sendiri sebab biar dia shopping seorang diri sedangkan anak bongsu dia ni sibuk menggeletis dengan retis lelaki katanya! Ampun Umi! Hehehe. Tapi masa memuler Jijah menggeletis tu haruslah tak ada orang sangat. Bila Jijah tengah menggeletis katanya baru lah ramai orang sedar kehadiran Remy Ishak dan pelakon-pelakon lain gituh. 

Begitulah. Okay jom tengok gambar lagi katanya!




Punyalah gigih Jijah mengekor ke sana dan ke sini kan? Risau juga kalau tak dapat bergambar. Lagi risau sebab tak ada siapa yang hendak ambilkan gambar Jijah bersama abam Wemy uolss. Masa tu dalam kepala otak ligat berfikir katanya. HEHE. Gedik sangat! Tapi akhirnya haruslah dapat kan uols? Jijah seorang yang sangat gigih katanya! Selepas bergigihan ke sana dan ke sini.. 

Akhirnyaaaaaaaaaa...


yataaaaaaaaaa! *guling-guling atas lantai*

Muahahaha perasaan gembira ya amat lah kan sebab macam tak percaya boleh terserempak dan terjumpa dan bergambar kan? Benda yang sangat tak disangka katanya! Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tak kemana kan uols? HEHE. Tapi sampai sekarang tak faham apa motif abe Wemy posing macam itu. Hahaha. Comel lah pulak. Ekekeke :p

So sekarang dah kembali berjumpa dengan pojaan dolo-dolo katanya dan sangat gembira katanya! HEHEHE. Sebenarnya dah tak tahu nak tulis apa dan mungkin juga kerana masih lagi dalam keadaan yang teruja -__-' Wakluuuu..berapa hari mahu terujaaaa daaa? Ekekeke.. So korang punya hujung minggu lepas apa citer? HEHE :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, June 11, 2012

Hujung Minggu.

Hujung minggu Jijah memang sangat happening dengan macam-macam perkara yang Jijah buat. Alhamdulillah berasa sangat lega seketika apabila hujung minggu yang ditempuh berjaya membuatkan Jijah hilang tekanan seketika. Seketika sahaja sebenarnya. Sekarang dah tertekan balik. Oh paswah! Ada macam-macam cherita nak kongsi dalam belog kesayangan. Tapi tengok macam mana kelapangan Jijah macam mana pulak kan? HEHE.

Minggu lepas dah lah banyak benda yang hendak di update dalam belog semuanya terbantut gara-gara internet menyengal tak tentu pasal kan? Dah terpaksa post pone semua cherita minggu ni. Tapi minggu ni agak sibuk lah pulak nak update macam-macam cherita. Aisehmen. Entah bila mood mengetuk kibod dengan gigih nak datang ye? Rasa kagum dengan blogger-blogger yang sentiasa update belog meskipun hanya dengan schedule post tau! Jijah ni bukan kata schedule post , post yang ringkas pendek-pendek pun tak mampu nak update! Dasar pemalas sangat khen Jijah ni? *nanges* Hihihi , dah start nak buat drama dah Jijah oiiii :p

Apa-apa pun Jijah nak kasi teaser gambar sikit apa yang menyeronokkan sangat hujung minggu Jijah tempoh hari kan? Hiks...


ada apa dengan keropok Lays? :p


cer teka Jijah jumpa artis mana semalam?
aisehmen artis ni dah 3 tahun tak jumpa okes? akhirnya bertemuuu!
*lap air mata kerinduan*


koleksi bertambah lagi?

Hah! Dah tengok kan teaser gambar-gambar gitu khen? InsyaAllah akan ku gigih juga untuk bercherita dalam belog kesayangan ini nanti ye. Hiks. Begitulah kan. Bagaimana pula dengan hujung minggu korang? Hehe. Jijah rasa hujung minggu Jijah tempoh hari adalah hujung minggu yang paling menyeronokkan. Alhamdulillah. Nak tahu kenapa paling menggembirakan? Kena tungguuuuuuu lah! :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, June 5, 2012

Rezeki Jun :: BE Muncul Lagi !

Akhirnya Jijah kembali mengetuk kibod netbook kesayangan setelah hampir beberapa hari emosi terganggu dek kerana macam-macam perkara yang terjadi dalam kehidupan Jijah. Di kala Jijah terasa hari-hari Jijah berlalu dengan kelam tanpa cahaya akhirnya ada juga cahaya yang menyinari dengan kehadiran Buffered Earning dalam belog kesayangan. Sebenarnya tidak lah memberi sinar mana pun tapi ada lah jugak yang boleh membuat Jijah tersenyum seketika kan? Okay let's forget about something yang mendukacitakan hati. Let's move on for a better and great news anyway.

Alhamdulillah tadi ketika gegedik check Nuffnang tengok-tengok dapat Buffered Earning baru lagi. Bersyukur sangat-sangat memandangkan hampir seminggu dua juga tak dapat BE baru. Memang belog ini jadi sendu seketika tanpa BE baru. Tapi sekarang dah digantikan dengan BE baru. Harap-harap mampu bertahan lama sikit dan mampu kumpul nilai banyak sikit. HIHIHI *pang* Hahahah.


Thank You Shell Advance 2012 :')

Thank You Nuffnang :')

Tak sangka dapat lagi BE dari Nuffnang. Syukur sebab berpeluang lagi merasa rezeki BE dari Nuffnang. InsyaAllah lepas ini akan gigih lah sedikit untuk mengupdate belog kan? Hihihihi. Tapi tengah terfikir juga ni nak update apa ye? Dah macam tak ada idea nak update apa-apa. Nak update pasal entry basi , rasanya sudah cukuplah kot. Nanti-nanti aje Jijah update entry yang ada muka Aaron Aziz ye. Sekarang macam hilang mood untuk update apa-apa pasal hiburan. Ada mood lagi tapi bila nak menulis terasa macam pfttttt , kata kau Jijah! :p

So insyaAllah nanti bila ada masa lapang , Jijah update lagi. As usual , last but not least ..


Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap mentari , lalu Dia datangkan kilat dan guruh .

Puas kita mencari dan menanti di mana mentari , rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan 

kita pelangi-Nya yang indah

:')

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Friday, June 1, 2012

Instagram?

Instagram sangat popular pada masa kini untuk pengguna telefon Iphone dan juga Android. Sebagai seseorang yang tidak mampo dan tidak mempunyai telefon mahal seperti sedemikian haruslah hati terkinja-kinja mahu memiliki telefon berkenaan semata-mata mahu merasai bagaimana terkinja-kinja juga hati untuk meng-edit gambar menggunakan Instagram. Parah juga masalah Jijah ini. Nak memiliki telefon berkenaan bukan kerana berminat dengan telefon tersebut tetapi kerana hendak menggunakan aplikasi Instagram. Parah!

Sebenarnya Instagram sangat menarik JIKA , kau orang suka edit-edit gambar calit-calit sikit kasi cantik. And of course if and only kau orang suka snap gambar walaupun cuma gambar daun celah pokok rumah kau orang pun. So dengan ada Instagram gambar yang lesu dan layu pun boleh buat kau fun. Faham macam itu? Eceh , gaya tulis macam kau ada Instagram. Gaya tulis kena hebat walaupun realiti sebenar macam hadojahhh! Hahaha. Jadinya sebelum ini gigih juga Jijah mengedit gambar perfeeling Instagram. Jijah pun tak tahu kena sampuk dengan angin apa sehinggakan teringin betul nak edit gambar pesen Instagram. Nak kata cantik kasi kecikkan pipi Jijah idok ler jugak tapi tetap teringin. Boleh macam itu?

Cuba demi cuba dan terus juga mencuba! Maka tetibe Jijah sebagai pengguna Google Chrome terjumpa satu aplikasi menarik yang menyerupai dengan Instagram. Oh. Ini Menarik. Tak tahu pada asalnya aplikasi mengedit online gambar itu menyerupai Instagram. Sekadar nak tahu best atau tidak aplikasi tersebut. Jijah memang gemar mengedit gambar tapi tidak lah sehingga rupa diri sendiri edit dengan tekun sehingga bertukar jadi rupa Jessica Alba ke Jennifer Lopez. Tak , tak ada sampai macam itu sekali. Heh. 

So then , aku pun add to chrome aplikasi PicMonkey ini. Yes nama aplikasi itu PicMonkey. Walaupun nama aplikasi itu Monkey tapi hasilnya cukup cun dimata Jijah yang tidak sepet ini. Eh apa kena mengena?! Hohoho! Dah tak perlu tulis panjang-panjang. Meh aku tunjuk contoh-contoh gambar ala-ala Instagram ini. Gaya macam ada orang kisah diknon?! Paswah ajelah! Aplikasi PicMonkey ini mungkin tidak 100% sama macam Instagram. Tapi untuk Jijah ada lah iras-iras sikit kan? Lagipun Jijah bukan guna Instagram jadi tak pasti sama betul atau sama sedikit kan? Hihihihi. Kata Kau Jijah!

Sebelum kena lahar , bukan sekeping aku nak tepek. Tapi berkeping-keping ye?! Walaupun bukan dari Instagram , mek tehtap nak berlagak macam mek guna Instagram. Kau hado? Ewah! *pang*


rasanya ini tidak Instagram sangat kot? macam tak pernah nampak orang edit pesen gini.
huehuehuehue.


I miss THEM! :'(


Hah! Gambar tu memang dah sedia ada blur!
Ini memang selalu pesen yang orang edit guna Instagram guna :p

ini versi gedik nak edit gambar Abam Sol dengan Jijah!
hewhewhew! :p


to : EJA! katanya! :p


shawl baru! yeppah yeppah! :p


Jijah dan Lisa Surihani :p

ini gambar dalam folder ABPBH2011. tapi ghasak jugak tepek sini.
sebenarnya dah hilang mood nak update lagi pasal ABPBH. 
boleh?! .___.

Well , itu antara gambar-gambar yang di-edit dengan penuh gigih dan tekun. Jijah kalau dah tahu satu benda tu , mula lah explore sampai rasa bosan. Ini pun dah separuh bosan asyik mengedit gambar kan? Entah apa yang best edit gambar pun Jijah tak pasti. Tapi memang menyeronokkan. I just don't know why. Hihihihi. Sebenarnya malas nak buat watermark yang end up jadi besar gedabak itu. Tapi sekarang ini sangat penting untuk me-watermark kan sesuatu gambar walaupun hanya gambar kau dengan senduk sekalipun ye? Dunia sekarang masing-masing mempunyai sifat jilaka mencuri gambar orang tanpa gheti meminta izin kekdahnya! Tidak meminta izin itu satu hal , ada pula yang pesen membuang watermark dan ada juga yang pesen tak buang watermark tapi tidak pula gheti nak memberi kredit kepada tuan hak gambar. Aiyoh , itu sesuatu yang sangat mudah tapi sangat susah untuk orang praktikkan. Paswah!

Tetibe membebel tak tentu hala pulak kau Jijah! Kannn! Jijah memang pantang betul bila orang yang mencuri gambar sesuka hati ini tau. Kalau kasi kredit itu sejuk sekejap hati meskipun korang tak meminta izin kan. Lagipun aku pun kadang-kadang macam itu atleast give them some credit. Ini tidak , kau ingat bila watermark tu dah terpacak maka nya kau orang senang-senang lah ek tak payah kasi kredit? Itu salah okes?! Hah , membebel lagi. Bukan apa kadang-kadang kesian tau orang yang bersusah payan mengambil gambar tak kira lah gambar makanan , artis , pemandangan and etc tapi last-last korang sesuka hati aje tepek dalam belog korang dan buat seolah-olah itu gambar korang kan? Itu tidak adil! Oh yes Jijah berhenti lah kamu dari membebel panjang -___-'

Kekdahnya , korang rasa gambar-gambar yang Jijah tepek ini ada tak ala-ala Instagram? Atau Jijah sahaja yang terperasan tak sedar diri perfeeling macam Instagram? Oh tak kisahlah. Janji Jijah rasa Jijah edit gambar ini macam shantek walaupun lah kan? Ekekekek. 

Last but not least. Sebab terpengaruh dengan drama Ameera. Kembali ter-suka dengan Syamsul Yusof. Hohoho. Maka sekali lagi gigih mengedit banyak kali gambar Abe Sol Sol Sol sambil tersenyum gigit jari. Hahaha , kalau tak gedik tak sah kan Jijah? *dush* Maka...terima lah sekeping hati ini ehh sekeping gambar ini. Keh Keh Keh :p



Jijah & Abam Sol :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!